Lebih setahun aku makan angin setelah meninggalkan dunia
keparat korporat yang berpusat di Bukit Bintang. Tamar Jeles memberi peluang kepada aku mencuba di tempat dia bertugas, syarikat Takaful terbesar Malaya yang aku tak nak sebut namanya (dalam post ni aku rujuk kepada ETB jela, haha). Sesiapa yang tak tahu tu, buat-buat tahu jela. Jawatan dalam Jabatan Shariah, khas untuk Shariah review.
Untuk makluman, Shariah review ni bukan benda baru, tapi dijelaskan posisi dan kedudukannya dalam Shariah Governance Framework oleh Bank Negara Malaysia. Konon-konon aku biasa buat due diligence dulu, sesuai la buat review (Tak sia-sia ambil LLB_S dulu). Ada beberapa benda aku nak kongsikan sepanjang 7 bulan kerjaya baru aku ni.
Pertama aku nak kongsi, mengenai soal tawaran dari ETB, mula-mula memang insulting sebab exec HR yang buat surat tawaran tu sediakan LO yang lain dari apa yang dijanjikan kepada aku oleh bakal bos & recruiter. Hampeh... Tiga kali re-nego kemudian baru lah aku terima, itu pun dengan sedikit tidak puas hati, bahkan tiba masa nanti akan aku tuntut hutang-hutang tertunggak dan janji-janji manis dari HR ETB ni. Point aku:
kalau dapat tawaran kerja, tak semestinya kita wajib ambil apa yang dihidangkan depan mata, masih ada ruang dan peluang untuk perbincangan, soal gaji, jawatan, pangkat dan lain-lain. Betullah, ad-donya itu mataun wa laibun... Berpinar mata bila sentuh bab harta, wang dan wang dan RM... Semoga hati ini dekat dengan akhirat hendaknya...
Kedua, bila dah masuk Jabatan Shariah, maka dengan segera dilabel sebagai "Ustaz".
Mudahnya manusia menilai. Gelaran bukan diberi kepada nilai dan isi seseorang itu, tapi semata-mata merujuk kepada jawatan.
Ketiga, pengalalaman kerja sebagai lawyer dulu memang sangat-sangat berguna. Contohnya, bila orang tanya dari mana dulu, aku dengan segera jawab "dulu kat legal firm". Berkerut dahi orang yg dengar mcm mana lawyer boleh masuk Jabatan Shariah. Aku jawab lagi "Saya ada double degree, law & Shariah".
Untung lah mereka-mereka yg ambil LLB & LLBS sebab ruang lingkup dan horizon pilihan kerja lebih meluas dari mereka yang punya LLB sahaja. Sebabnya, orang akan beri lebih perhatian. Bukan hendak membezakan dengan mereka yang ada kerjaya selain peguam, tapi ini memberi kelebihan dari segi bahasa, menderaf dokumen, kertas kerja lebih mudah. Bahkan dari segi komunikasi pun lebih mudah.
Keempat, baru aku tahu kenapa in house legal counsel kadang-kadang lambat bagi respons kepada lawyer. Kalau dah namanya syarikat tu, dengan governance kena menyusuri satu satu peringkat dari ketua jabatan ke segala jenis chief kepada senior management kepada board. Aduhai... Bila kenang-kenang semula, tak payah susah-susah macam ni masa jadi lawyer, ada apa-apa hal direct terus kat big boss. Apa pun, aku fahamlah,
governance atau urustadbir dalam sesebuah organisasi itu penting, suatu mekanisma kawalan risiko. Satu benda yang aku perhatikan, sepatutnya urusan jadi lancar dengan ada governance ni, tapi sebaliknya yang terjadi. Individu, hatta ketua dan kepala yang berpangkat besar ada kalanya takut untuk membuat keputusan lalu menjejaskan kelancaran kerja orang lain. Nak sign dokumen ringkas pun banyak bertanya, seolah-olah dia kena sign surat pancung kepala sendiri. Lesson learnt,
dengan kuasa yg bersar, maka semakin besarlah tanggungjawab, kena berani buat keputusan.
Jadi bersedialah kepada
ma'syarus syabab sekalian yang berchita-chita kerja di bank/institusi kewangan, jangn impi bonus dan gaji besar, tapi impikan kerjaya yang memudahkan kita mencari redha Ilahi.
Cukup lah sekadar ini. Cuuukup... cukup... cukup sudaahhh....