Pages

PRK UIAM: Last kopek!

1. Sejak zaman-berzaman, para pelajar UIAM mengundi BUKAN berdasarkan label.

2. Secara kebetulan, calon-calon pro-Aspirasi (atau Sahabat atau Revo atau apa saja nama gemulah wakil parti pemerintah), sangat ketandusan calon-calon yang berkualiti. Teramat tandus! Sampaikan kerapkali berlaku situasi calon-calon pro-A dikutip entah dari mana tau-tau saja bertanding.

3. Secara kebetulan juga, calon-calon yang tidak cenderung kepada parti pemerintah (kini dilabel sebagai pro-Mahasiswa atau WUFI (nama lama)), rata-rata terdiri di kalangan mereka yang berwibawa, dikenali ramai, mesra alam & aktif berpersatuan. Untuk mengatakan pro-M sapu belaka pun tidak tepat kerana ada juga calon pro-M yang kalah dengan calon bebas (nasib baik bukan calon pro-A). Cumanya calon bebas tu masih lagi senonohlah berbanding calon pro-A. Calon pro-M itu kalah pun kerana main tangkap muat je bubuh calon. Satu ketika dulu, ya betul, para pelajar masih undi berdasarkan jantina tanpa mengenali siapa pun calon, tapi sekarang, takde track record, takde undi.

4. Walaupun tiada label calon di kertas undi (atau di skrin komputer sewaktu e-voting), tapi hakikatnya kempen calon dilakukan secara "pukal" dan "berparti". Mustahil dan tak masuk akal calon-calon yang bertanding itu semuanya neutral & pakat-pakat bertanding atas keupayaan diri sendiri. Siapa yang nak tolong kempen kalau begitu?

5. Kalau ditanyakan kepada aku kenapa sampai sudah pro-A masih gagal memenangi PRK di UIAM (kecuali satu tahun yang pro-M boikot PRK tu), jawapannya mudah sahaja - kerana kualiti calon. Itu sahaja. Kalau pro-A boleh cari seseorang calon yang berpengaruh, yang boleh mengaku bebas tapi lepas menang mengaku pro-A, itu sudah cukup bagus.

6. Tapi malangnya setakat ini hampir tidak ada.

mizan hitam & uiam


sekadar berkongsi pendapat sebagai alumni uiam & bekas pensyarah UIAM..pemerhatian & persepsi aku mungkin salah, for me it's a fair comment but I stand corrected:

1. UIAM yang ditubuhkan sejak 1983 ada hala tuju & falsafah tersendiri yang tidak sama dengan ipta lain..prioriti & pertimbangan uiam dalam satu2 isu juga tidak sama

2. hampir 30 tahun UIAM wujud, pimpinan tertinggi UIAM adalah terdiri daripada oleh 'orang-orang asal' UIAM yg faham roh & budaya UIAM..macam di ipta lain jugak, kalau unisza prioritinya kepada anak negeri terengganu, uitm kepada bumiputera, etc

3. secara umumnya, boleh dikatakan 90% staf akademik UIAM bukan jenis yang gila jawatan..lagi rela tinggal jawatan dari tinggal kelas..cuma segelintir je yang jenis nak tongkat langit

4. jawatan deputy rector student affair (= tnc hep) kat mana2 universiti pun adalah jawatan paling menggerunkan..orang UIAM pun takde yang gila nak pegang jawatan tu..dr sidek baba sampai masuk isa kerana jawatan ni, dr daud bakar sampai keluar UIAM..punyalah orang tak nak pegang jawatan ni sampai dato' hamidon yang kerjanya jaga masjid pun dilantik jadi deputy rector..walau sampai ke tahap itu sekali pun, UIAM tetap pilih orang dalam yang faham dengan budaya UIAM

5. aku nampak kejanggalan yg amat nyata apabila tak semena-mena seorang ahli akademik terpaksa diimport untuk menjadi deputy rector, macamlah staf akademik UIAM ada 5, 6 orang je..lantik orang luar, makna katanya semua staf akademik UIAM ni tak layaklah nak jadi deputy rector..pusinglah kot mana pun, memang itulah persepsinya..

6. yang lebih janggal, bekas deputy rector prof nik ditransfer ke legal unit (macam turun pangkatlah) tapi sebab tak nak nampak turun pangkat, legal unit tu dinaiktaraf jadi office of legal adviser..masalahnya takde orang lain ke yang layak jadi legal adviser yg sebelum ni memang diisi oleh pensyarah aikol? bekas head legal unit tu tak kompeten ke? atau prof nik yg tak kompeten jadi deputy rector? atau lecturer aikol yg lain memang tak layak duduk kat legal unit tu?

7. ini je isu mulanya..ingatkan selesai kat sini je

8. masuk bab prk ni, tak pasal2 wujud pulak "majlis syura" UIAM yg penuh gigihnya buat repot polis pasal surat palsu yg melibatkan datuk mizan..kepala bana apa majlis syura ni aku tak pernah dengar pun? siapa mursyidul am? endorse kat mana penubuhan majlis syura ni? pensyarah2 kanan UIAM pun tak pernah dengar nama majlis syura ni..

9. re-election..salah ke, tak salah ke, memang patutlah datuk mizan kena marah sebab dia deputy rector student affairs...siapa2 yg pegang jawatan tu pun memang kena maki, walaupun dia tak tau apa2..budak sekolah buat hal, pengetua sekolah yg kena jawab, anak2 buat perangai, orang tuding jari kat mak bapak..dr daud bakar dulu pun student jerkah gitu je, takde panggil dr dr dah, terus panggil MDB je

9. penjelasan pembatalan prk uiam, takde satu pun yg meyakinkan, sekejap itu sekejap ini..mula2 salahkan sistem, tapi esok lusanya kata salah staf ITDlah, adminlah, masing2 pakat tuding jari sesama sendiri..

10. kalau aku jadi datuk mizan, aku letak jawatan, walau aku tak salah sekalipun...sebab aku pengerusi spr..kalau dah aku dipilih sebab kononnya aku lebih layak berbanding ribuan staf akademik UIAM yg lain, bila sekali blunder macam ni terjadi, maknanya aku dah tak layaklah jadi deputy rector..dahlah kau salahkan sistem, tapi esoknya pak menteri cakap bukan salah sistem pun, tapi salah manusia

11. malu reputasi, nama UIAM jadi buruk, boleh tahan kira lagi...rugi duit siapa nak ganti? berapa belas ribu kertas melayang & toner habis sebab nak buat re-election balik...siapa nak bayar tu? tukang kira undi nak stay up sampai 2, 3 pagi, ingat staf admin UIAM tak menyumpah? jaga2, silap2 luar & dalam kena maki..kalau dalam private service ni dah lama kena pecat, kalau dalam gomen dah lama kena sumbat dalam cold storage

12. kita marah kat datuk mizan ni bukan sebab batang tubuh dia...ex students dia nak kelek junjung dia takpelah, itu hak diorang..tapi isunya bukan sebab batang tubuh dia, tapi sebab blunder yg dia buat ke atas UIAM

13. kalau student marah, kita kata student tak matang..lecturer nak marah, nanti dituduh nak berpolitik..dah tu biar aku orang luar yg pernah bergelar student & lecturer UIAM ni yg marah

14. aku tak peduli, ustaz ke, kiyai ke, wali ke, tolonglah, keluar dari UIAM..cukuplah UIAM dengan masalah tersendiri yg tak selesai-selesai..biar orang UIAM yang uruskan UIAM

PRK UIAM: Apa nak jadi


1. Penulis merupakan bekas mahasiswa lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang tergerak untuk mengulas mengenai isu pilihanraya kampus (PRK) di UIAM yang masih diselubungi dengan pelbagai tanda tanya. Walaupun sudah beberapa tahun menamatkan pengajian, penulis masih lagi mengikuti perkembangan UIAM dari semasa ke semasa.

2. Sepanjang belajar di UIAM, penulis sempat mengundi untuk PRK sebanyak empat kali melalui sistem e-voting yang menggunakan sistem komputer. Sepanjang pelaksanaan e-voting, boleh dikatakan proses pengundian PRK berjalan lancar dan lebih mudah diuruskan berbanding sistem pengundian manual.

3. E-voting sudah dilaksanakan hampir 10 tahun di UIAM. Pada mulanya, sistem e-voting mendapat bantahan majoriti mahasiswa kerana sistem ini mudah terdedah kepada unsur manipulasi dan penyelewengan, selain berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan teknikal. Meskipun ramai mahasiswa yang skeptikal dengan ketelusan e-voting, sistem ini tetap dilaksanakan juga.

4. Pada tahun ini buat julung-julung kalinya, kesilapan teknikal yang disebut-sebut dahulu menjadi kenyataan, meskipun dari segi faktanya kesilapan-kesilapan teknikal yang didakwa itu boleh dipersoalkan. Dikhabarkan kesilapan itu berpunca daripada staf ITD yang terlupa untuk menekan butang "save" yang menyebabkan aliran pengundian menjadi berterabur. Pada jam 11.30 pagi pihak ITD telah meminta Admin menangguhkan dulu proses pengundian tetapi dengan cerdiknya Admin kata takpe proceed je dulu sambil-sambil betulkan kesilapan, kalau boleh. Akhirnya bila waktu mengundi tamat, data collection jadi berkecai. Ini sudah jadi kes masuk kereta nak sejuk lalu bukak aircond, tapi tingkap empat-empat terbukak luas, dia bukak jugak aircond sampai full, lepas tu komplen tak sejuk. Kalau versi cerita ini diterima, maknanya bukanlah kerosakan teknikal tapi KECUAIAN MANUSIA.

5. Dikhabarkan pihak yang bertanggungjawab terhadap sistem e-voting ini "bermati-matian" bersumpah untuk meyakinkan para mahasiswa bahawasanya kes ini benar-benar masalah teknikal tapi teknikalnya berpunca dari salah manusia juga. Sewajarnya pimpinan tertinggi UIAM perlu bertanggungjawab di atas "kesalahan teknikal" yang melanda sistem e-voting dan tidak hanya semata-mata menuding jari kepada sistem. Kalau sistem e-voting sebelum ini "tahan uji" selama hampir sedekad tanpa sebarang masalah dan pertikaian, bagaimana pula tiba-tiba sistem boleh disalahkan kali ini? Pentadbir UIAM jangan berselindung di sebalik sistem!

6. Walau apa pun yang telah berlaku, cadangan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM yang baru lebih menimbulkan tanda tanya. Pengundian semula secara manual merupakan solusi yang ingin kembali ke zaman batu. Apakah sistem e-voting yang digunakan selama ini memang tiba-tiba sahaja sudah tidak boleh dibaiki sama sekali atau bagaimana? Kalau dah terbukti staf ITD terlupa buat itu dan ini kenapa sistem e-voting pula hendak dimangsakan dan pengundian semula dilakukan secara manual? Apa logiknya?

7. Perlu diingat, salah satu alasan pelaksanaan e-voting dahulu ialah untuk menghapuskan kaedah pengiraan undi secara manual yang mengambil banyak masa sehingga jam 2, 3 pagi. Suasana pengiraan undi persis pilihanraya sebenar ini lazimnya mengundang bibit-bibit ketegangan di kalangan mahasiswa (para calon dan penyokong) yang "berkampung" di pusat penjumlahan undi satu ketika dahulu.

8. Jika PRK diadakan secara manual, dikhuatiri keharmonian UIAM akan tergugat dengan "kebanjiran" para mahasiswa yang ingin memberi sokongan kepada calon-calon PRK di UIAM, memandangkan kebanyakan universiti awam lain telah selesai PRK. Kaedah pengiraan juga akan jadi lebih rumit kerana melibatkan ramai tenaga kerja (yang terkena sudah tentulah para kakitangan UIAM) untuk mengira undi bagi keseluruhan 31 kerusi. Apakah para petugas PRK sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini sedangkan kali terakhir pengundian manual dijalankan ialah kira-kira 10 tahun dahulu? Apakah jaminan yang kaedah manual ini akan berjalan lancar dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kekecohan? Penulis berasa ragu-ragu, tindakan pilihanraya semula secara manual yang akan diadakan secara ad hoc tanpa persediaan akan lebih merumitkan keadaan. Bersediakah UIAM menghadapi pengundian manual dari sudut logistik?

9. UIAM mesti mengemukakan laporan terbuka kepada umum persis "kertas putih" yang menerangkan secara terperinci apakah kesalahan-kesalahan teknikal yang dimaksudkan. UIAM juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh pelajar UIAM kerana bukan kerja para pelajar untuk mengundi sampai dua kali.

10. Jangan terlalu mudah menghentam para mahasiswa secara melulu. Kononnya terlalu beremosi, biadap dan tidak berakhlak apabila berdepan dengan pentadbir UIAM. Kalau penjelasan yang dibuat pun tak berapa masuk dek akal, takkanlah mahasiswa mahu percaya bulat-bulat? Adalah normal sikap anak muda yang terbawa-bawa dengan emosi tetapi penjelasan di pihak UIAM juga tidak meyakinkan. Secara umumnya, mahasiswa UIAM bukanlah dari kalangan mereka yang suka menyibuk tak tentu pasal dalam urusan pentadbiran UIAM. Jarang sekali kedengaran gelagat mahasiswa UIAM yang pernah 'memalukan' nama baik universiti. Kalau ada pun, sejak akhir-akhir ini dengan kes Ustaz Azhar Idrus, pembatalan sesi sembang dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, pengunduran Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan pembatalan program k-Fiqh, itu semua tidak melibatkan mahasiswa UIAM.

Tahniah kepada Siti Payung

Sukacita dimaklumkan bahawa salah seorang penyumbang di dalam blog Suara Serak ini sudah selamat melangsungkan perkahwinan beliau dengan pasangan pilihannya.

Tahniah kepada Siti Payung, semoga rumah tangga yang baru dibina ini diredai dan diberkati oleh Allah 'azzawajalla. Selamat pengantin baru dari kami warga kerja Suara Serak.

Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair.

Kenangan lalu di AIKOL

Ini satu artikel sekuel kepada artikel ini.

Aku telah mendedahkan sedikit sebanyak faktor kenapa aku berhenti menjadi pensyarah di AIKOL. Tapi itu hanya sebahagian saja. Ada cerita di belakang tabir yang aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa, malah hanya sedikit saja manusia yang tau mengenai peristiwa ini.

Peristiwa ini tidak menjadi punca langsung kenapa aku berhenti, tapi sedikit sebanyak menjadi punca kenapa aku tawar hati untuk menjadi pensyarah. Aku kecewa kerana beberapa sebab yang aku akan ceritakan selepas ini. Niat aku untuk mengimbau kembali peristiwa ini bukanlah kerana sentap ke apa, kerana peristiwa ni pun dah lama berlalu. Cuma sekadar berkongsi pengalaman jelah.

Peristiwa ini bermula dengan seorang pelajar bermasalah di dalam kelas aku. Masalah dia ialah kerana dia hampir tak pernah datang lecture. Seingat aku, tak lebih 3 kali dia datang lecture. Ini adalah kerana dia adalah repeater tegar & waktu tu dia dah 3 kali repeat subjek ni. Mungkin kerana dia dah rasa dia tau banyak benda (sebab dah banyak kali repeat), so dia tak datang dah kuliah. OK lah, takpe. Yang menambahkan masalah ialah tutorial dia cuma pernah datang sekali je. Takde alasan apa-apa, dia memang tak nak datang.

Test pulak, ada 2 test, satu common test, satu lagi test yang aku buat untuk kelas aku. Dia datang common test tapi tak datang second test, juga tanpa sebab. Dia tak bagitau sebab, memang dia tak kisah langsung pasal test tu. Disebabkan dia tak kisah pasal test tu aku pun tak kisahlah pasal markah dia, haha. Masa aku tampal carry mark tu, markah dia yang terendah kot, sebelas.

Sekonyong-konyong aku tampal carry mark kat depan bilik aku, barulah dia nak call aku, SMS aku, nak mintak jumpa. Jumpa? Untuk apa? Adakah aku ini terompah kayu yang bila kau sakit perut nak ke jamban baru nak cari aku?

Dia memujuk rayu aku dengan alasan yang sungguh dramatik. Katanya dia cuma datang tutorial sekali je sepanjang semester tu sebab dia kerja part time (kerja part time waktu pagi? oh mabeles!). Dia tak explain kat aku apa benda kerja part time tu tapi aku tau sangatlah kerja part time dia selaku pelakon. Aku tak kisah dengan kerjaya sambilan tu sebab bagi aku, itu urusan peribadi dia. Aku tak nak jumpa dia sebab takde sebab untuk aku jumpa, tapi aku counter semula kat dia, aku bersedia untuk jumpa dia kalau mak bapak dia datang sekali, so senang aku nak cerita dari awal sampai habis.

Student ni reluctant, dia kata dia malas nak libatkan mak bapak dia (tau dah, kalau mak bapak dia ada, letih pulak dia nak menjawab dengan mak bapak dia). Aku kata nantilah dulu, aku consult lecturer-lecturer lain yang ajar subjek yang sama. Kesemuanya bagi signal yang jelas, jangan layan budak ni. So aku kata, takpelah, takde sebab nak jumpa, tumpukan kat final jelah.

Dia datang masa exam final, cuma setengah jam je. Dia jawab satu setengah soalan. Masa tu jugak aku cakap kat lecturer-lecturer yang ada menjaga exam masa tu, fail dah budak ni. Kemudian dia call aku, aku tak layan. Maka aku luahkan rasa marah aku kat Facebook (biasalah), tapi aku tak refer pun nama dia & takde cara orang yang baca status aku tu boleh rasa aku aim status tu kat dia (dah dia pun datang lecture 3, 4 kali je, siapa kisah pasal dia). Aku cuma cakap aku akan failkan dia (based on jawapan dia masa final). Aku tak kisah pun publish benda ni kat Facebook sebab aku takde apa nak sorok. Dia pulak agaknya dah usha Facebook aku sikit punya lama, perasan status ni & terus tersentap. Dia tak friend dengan aku pun, cuma Facebook aku ni public, so siapa-siapa pun boleh tengok. Dia tuduh aku fitnah dia (ini akan aku ceritakan kemudian).

So, dia pun fail lah subjek tu.

Sekonyong-konyong bukak je semester baru, rupa-rupanya dia hantar satu surat komplen terhadap aku kepada Dekan AIKOL. Dalam surat komplen tu, dia komplen yang aku telah fitnah dia dalam Facebook (kah kah kah) & dia telah menuduh aku melanggar tatatertib seorang pensyarah dengan upload gambar dua (2) bahagian jawapan student yang aku rasa kelakar dalam Facebook aku. Jawapan yang didakwa jawapan tu sebenarnya bukan jawapan, tapi "rayuan". Sir, janganlah failkan saya, yang sorang lagi, sir tolonglah bagi saya B+. Bagi aku tindakan aku upload tu tidak melanggar etika sebab takde nama pelajar yang didedahkan & takde bahagian jawapan material yang didedahkan (sebab budak-budak ni tulis ungkapan merayu di hujung skrip jawapan). Amalan ni pun biasa je di kalangan pensyarah, ada pensyarah yang fotostat terus jawapan & tampal depan bilik dia sambil bagi amaran - "Jangan tiru perbuatan ini". Ada pensyarah lain yang buat benda sama kat Facebook sebab ada jawapan-jawapan kelakar. Mungkin ianya melanggar peraturan (yang aku pun tak taulah disebut kat mana), tapi aku tetap pertahankan perbuatan aku. Yelah, kalau aku ni Profesor memanglah AIKOL tak layan tapi agaknya sebab aku ni lecturer baru, tu yang berminat kot nak layan.

Budak yang komplen ni sebenarnya sakit hati & dia monitor je apa yang aku buat kat Facebook aku, kesian kat dia. So sangkutlah 2 isu yang dia nak bantai aku, isu fitnah & isu gambar kat Facebook. Aku tak kisah pun sebab aku jawab dengan terperinci dalam surat aku kepada Dekan setebal 6 muka surat (nipis je). Ni pun bukan surat tunjuk sebab, sebab sebelum Dekan keluarkan surat tunjuk sebab, aku dah jawab dulu dah. Ada sebab kenapa aku menjawab dulu surat ni tapi tak payahlah cerita, ini isu peribadi antara aku & Dekan waktu tu. Isu aku yang pada mulanya nak diminitkan dalam mesyuarat AIKOL tak jadi diminitkan kerana pimpinan AIKOL berpuas hati dengan penjelasan aku. Yela, dah tak salah nak takut apa. Isu ini mati di situ.

Aku tak kecewa pasal surat komplen ni sebab, yela aku tak salah pun. Yang aku kecewa ialah dalam surat komplen tu, student ni ada ambik signature beberapa orang student AIKOL (dalam 20 orang lebih), yang menyokong dakwaan dia bahawa perbuatan aku tu tak beretika. Yang aku pelik tu, sorang pun aku tak kenal! Majoriti mereka ialah budak final year yang aku kira sebenarnya satu batch dengan budak ni tapi sebab budak ni dah banyak repeat, so dia masih lagi tersangkut di level bawah. Jadi, aku kecewa macam mana budak-budak ni boleh setuju untuk sign benda yang diorang tak tau hujung pangkal? Siap ada sorang anak lecturer AIKOL yang sign sekali. Memang aku ada bincang benda ni dengan pensyarah yang ajar subjek yang sama dengan aku tapi dia nasihat "Tak payahlah, entah apa yang budak ni buat sampai budak-budak lain ni sign kita pun tak tau, cerita nak sign tu, benda lain, tapi surat yang dia hantar, cerita benda lain". Takpelah, aku bagi benefit of doubt kat budak-budak ni. Tapi aku takkan lupa la sebab nama semua budak-budak ni masih ada dalam simpanan aku, kat akhirat nanti aku tuntut semula.

Apa yang berlaku selepas itu?

Budak itu kembali semula ke semester baru setelah 3 kali repeat subjek tu. Sepatutnya dia dibuang tapi ikut polisi baru UIAM, kau repeatlah berapa kali pun tak kisah, asalkan cukup 6 tahun tak habis LLB, silakan berambus dari AIKOL. So masa tu dia belum cukup 6 tahun lagi, selamatlah dia kat AIKOL. Tak lama lepas tu dia sendiri berhenti dari AIKOL sebab dia dah tak minat belajar law. Nak teruskan karier lakonan dialah kot, takpelah aku pun dah tak heran pasal benda ni.

Peristiwa ni menjadi antara punca aku menilai semula kedudukan aku kat AIKOL. Siapalah aku, pensyarah paling muda, paling mentah, apalah kedudukan aku kat AIKOL. Sedangkan para pensyarah yang dah berbelas, berpuluh tahun mengajar pun boleh ditendang keluar, siapalah yang nak pertahankan aku. Waktu aku kena fitnah tu pun (ohhhh, macam ahli politik pulak), yang betul-betul membela aku cuma 3, 4 orang pensyarah je. Tapi nasib baik jugaklah ada yang membela, terima kasih madam-madam semua. Tapi sampai bila orang nak bela, Dr. Abdul Aziz Bari pun ditunjukkan jalan keluar, setakat aku ni, haha, buat lapik kaki je.

Faktor ini, beserta beberapa faktor-faktor lain menjadi sebab kenapa aku merumuskan bahawa kerjaya sebagai pensyarah bukan lagi kerjaya yang viable bagi aku. Seolah-olah aku takde kerjaya lain untuk diceburi. Macamlah aku kebulur sangat nak mengajar. Suasana yang tak kondusif ini menyebabkan aku memberanikan diri untuk melangkah masuk ke industri kewangan Islam & alhamdulillah, aku selesa kat sini. Nampak macam jahat, tapi aku tak perlu sakit kepala dengan kerenah students, aku tak perlu susah payah nak bodek Dekan & taking sides, gaji pun masyuk. Hanya aku & kerja aku je.

Begitulah adanya.

Obstructed Inguinal Hernia

Tajuk entri ni bukanlah nama kuih raya atau juadah tradisi Melayu. Tapi sebuah 'kecacatan' fizikal yang di alami oleh kaum Adam. Hernia juga lebih popular dirujuk sebagai angin pasang / uluran / burut dikalangan orang Melayu. Walhal tak ada kaitan dengan angin pun. Yang aku faham, ada unjuran sebahagian dari usus ke bahagian yang tidak sepatutnya. Ada yang tahap teruk terunjur ke bahagian buah z*k*r. Paling minima bila ada benjolan dibahagian ari-ari (kiri atau kanan atau kedua-dua sekali) dan yang teruk boleh ke tahap yang menyakitkan. Nak cerita panjang-panjang aku pun tak reti nak terjemahkan kepada penulisan, jadi cukup sekadar aku kepilkan link dari Wikipedia bertajuk Inguinal Hernia.

Aku nak berkongsikan pengalaman aku sendiri buat pembedahan kecil nak selesaikan masalah hernia ni. Kejadian berlaku beberapa hari sebelum raya, aku pergi medical check up untuk kerja baru. Check punya check, bila doktor tu tekan-tekan perut aku dan bahagian bawah sikit, dia detect ada bonjolan. Aku memang perasan dah ada bonjolan tu selama ni, dan bagi aku tak ada rasa sakit pape pun. Doktor sahkan tu hernia, nasihatkan untuk buat pembedahan. Makanya aku pun merujuk ke Hospital Ampang Puteri. Dalam pukul 3 aku pergi, jumpa dengan Dr. K. Da check dan nasihat suruh buat pembedahan. Siap cakap, "petang ni jugak atau esok boleh buat". So fikir punya fikir aku decide buat petang tu jugak, dalam pukul 5.30 aku masuk wad bedah, pukul 7.30 aku sedar semula. Bius penuh, memang tak sedar apa-apa masa pembedahan, sedar-sedar sakit sikit kat bahagian yang dibedah, tak panjang pun, 1 inci lebih. Esok tengaharinya dah discharge, aku diberi pain killer. Dr. K cakap ambil masa 1 bulan nak recover sepenuhnya.

2 3 hari pertama selepas pembedahan agak seksa jugak, sebab sakit, nak batuk, bak bersin pun tahan je,  Jalan pun pelan-pelan je. Orang beraya makan sedap-sedap aku berpantang. memang raya ni aku tak sentuh lagi rendang ke ayam ke. Sabar jelah.

Kemudian mesti ada tertanya, berapa kos pembedahan? Hampir RM8k, tapi sebab aku melanggan ambil takaful, so aku covered, cuma perlu bayar 10% dari keseluruhan kos. OK la, takde banyak sangat nak keluar duit. Rawatan susulan (2 kali) kena bayar dulu, tapi nanti boleh claim dari takaful. Syukur jugak ada perlindungan takaful , dah la jadi masa nak raya, banyak pakai duit.

Pengajaran dari cerita aku ni: -

1. Pandai-pandai la orang laki check sendiri ada tak bonjolan hernia ke tak.

2. Jangan malu-malu kalau ada hernia, sebab bukannya penyakit teruk pun. Ianya takkan menjejaskan kelelakian anda.

3. Melangganlah dengan mana-mana takaful untuk manfaat kesihatan. Kalau nak agen aku boleh rekomen agen aku sendiri atau kawan aku yang juga seorang agen.

Sekian.



AP a.k.a Approved Permit

** Ini adalah tulisan kenalan aku iaitu Penyair Purba. Bak kata beliau, sebab blog aku ni gersang dan tandus takde update entri baru, dia pun bagi kebenaran utk publish penulisan beliau.  Atas saranan Penyair Purba, dan kebetulan dengan isu harga kereta nasional ni, aku pilih penulisan bertajuk AP a.k.a Approved Permit

Sila baca dengan hati terbuka dan menilai dengan akan yg waras.

                                                                                                


Approved Permit (popularly known as AP) is a license for import based on Customs Act 1967. It is not issued solely for import of cars but this article will only focus on the AP for automotive industry. It is basically a license to import and bring vehicles into Malaysia for the purpose of trade and usage in the country. All imported vehicles are subject to AP which is currently being managed and issued by the Ministry of International Trade and Industry (MITI). Thus, we cannot buy or bring imported cars in Malaysia without AP.

AP was first introduced in 1970 with the purpose of assisting Malays in the automotive industry. It is part of the New Economic Policy (NEP) initiatives. Starting from that time onwards, the sale of imported vehicles was restricted by the national automotive policy and AP which was fully allocated to Malays companies. The allocation was later liberalised when several businessmen and companies owned by Chinese, notably Tan Sri Vincent Tan and Berjaya Group were also given AP to import vehicles.

The Malay businessmen involved in the automotive industry then set up an association known as PEKEMA. Notable companies under this association include NAZA, Weststar, MOFAZ, Pantai Bharu Holdings, Mutiara Motor and Kumpulan Niaga Mahmud Taib (son of the Chief Minister of Sarawak). The most infamous company is NAZA Group which was founded by the late Tan Sri Nasimuddin.

When the list of AP receivers was released in 2005, four people were then dubbed as AP Kings. They are Nasimuddin, Syed Azman, Hanif Aziz (former officer of MITI, also first cousin to Khairy Jamaluddin) and Azzuddin Ahmad (secretary of FAM and father in law to Singer Deja Moss). It was reported that Azzuddin has since left Weststar.

The list also includes the niece of Rafidah Aziz (former Minister of MITI) and Mokhzani (son of Tun Mahathir). Another beneficiary is Fadhil Ahmad, Managing Director of Competitive Supreme Sdn Bhd which is the sole importer for Ssang Yong (popular product is Rexton). Fadhil also wears another hat as CEO of Brooklands Motor, importer of Citroen cars. Another colourful AP beneficiary is Ilyas Mohamed, CEO of Cartrade, importer of Audi and Volkswagen. His son, Fahmi Ilyas is a racer who needless to say, relies on Ilyas to pump in the cash. Another daddy to a racer, Fauzy Hamid is the boss of MOFAZ, another giant in the automotive industry. His son is none other than Fairuz Fauzy, the new darling of Malaysian racer after Alex Yoong. Wang Selamat Sdn Bhd (money secured in their hands, LOL) is the most famous company under MOFAZ. The imported cars in its stable include Toyota, Lexus, Honda and Nissan. Not to be left out, a royal member of Kedah was also in the list of AP beneficiary. Tunku Zainol Tengku Izham of TAHB Auto is the importer of Chevrolet.

The list will not be complete without the involvement of Tun Mahathir’s son, Mokhzani who has the sole right to import Porsche. In furtherance of his interest in automotive industry, he is also the Chairman of Sepang International Circuit (another brainchild of his daddy). It was reported last year that he sold his company to Sime Darby and only retain minor shares in the new venture. He was reportedly said that he wants to move away from AP, not surprising because the oil industry is waiting for him through his Kencana Petroleum.

Discussion on beneficiaries of AP will not be complete without the other two colourful businessmen. Ahmad Kemin is AJK for UMNO JB and he is the founder of Mutiara Motors, giant car dealer in Johor. His son got married to Juliana Banos in a luxury wedding where the dowry (hantaran) was reportedly RM77,888.77. Their stable of cars includes Ferrari and Lamborghini. In a local daily report early this year, Mokhtar (the son) admitted to having twelve marquees which he shares with Ahmad. Another young gun is Shahrin Zahari (former husband of Natasha Hudson). His business partner is Malaysian Car Racer, Nik Iruwan Nik Izani who aspires to be an F1 driver.

Discussion on AP will not suffice without a brief outlook at the price of vehicles and taxes imposed by the Government. The excise duties on cars are based on capacity. Cars below 1800 cc will be taxed at 75% whilst those in 2000 to 2499 cc will be taxed at 90%. For cars above 2500 cc, the excise duties will be 105%. Bear in mind that excise duties are not the only tax imposed on cars. There is also sales tax which is about 10%. The tax on imported cars contributes to the exorbitant prices which many attributes to the Government policy of assisting Proton and Perodua. In fact, there is no imported car (brand new) with the price below RM40,000.00 (exception to small cars such as Suzuki Alto and Hyudai i10). In fact, Malaysia is one of the highest prices of cars in the world. Thus, it is not a surprise that Malaysian household debt is at its highest ever level. To put it figuratively, for a car worth RM40k, the tax to Govt. alone is RM16k.

The picture on the automotive industry will also have to include the public transport system in Klang Valley. Notwithstanding the exorbitant prices, Malaysians are among the highest owners of cars in the world. It is estimated that for every 1000, there are 997 cars. It was arguably reported that the initiative to improve the public transport was hindered by the lobby from the automotive industry. Public money amounted to Billions of Ringgit has gone down the drain in the name of public transport. Companies in charge of LRT and Monorails have to be bailed out and now managed by Syarikat Prasarana.

There were proposals to abolish AP. At first, it was scheduled in 2010 but later postponed to 2015. However, interested parties such as PEKEMA have voiced out their objections to the abolishment proposal. PEKEMA argued that its members spent close to RM2 billions and employ about five thousand workers, hence the need for protection by AP. Based on National Auto Policy (NAP), the AP will be phased out latest by 2020.

Even Tun Mahathir had his complaint about AP. In 2005, he quarrelled publicly with the then Minister of MITI, Rafidah Aziz. He said the influx of AP has affected the sale of Proton and unjustly enriched few cronies. In fact, due to this quarrel only that Malaysian finally get access to list of AP beneficiaries.

Further, it is public knowledge that those cronies with AP, majority of them have not even have a decent car showroom. With the exception of NAZA (credit to them because they do business, not Ali-Baba style), most companies under PEKEMA do not have any showroom. It is also a well known fact that Honda Malaysia has to buy AP from some cronies. That means, Honda (Chinese businessmen) do the business of selling cars and cronies with AP just take their due from that printing money machines (Ali-Baba style).

The purpose of the article is not to attack any individual or company. Instead, it is written with the sole aim of providing information for Malaysian public to chart the future of this country. Are we ready for change, not only in the business area but also all encompassing areas of life? The world has become smaller. We can reach US or China in just under the five hours time. The world is now at the fingertips.

NEP was created to assist Malays. Undeniably many Malays prosper under the system, such as proven by AP where many businessmen are now in the super rich league. It is a fact that about few hundred thousand workers depends on those businessmen and their companies. A collapse of the company will mean loss of jobs for thousand.

So whose benefits must we protect? The tycoons and select few. Or their workers. Or the public in general who suffers due to the system. Those with income below two thousand ringgit will have to fork out at least RM500 per month to own a Proton. Also those who have to ride a bike because of the non affordability to purchase a car.

It is a tough choice. It is extremely difficult for public to choose. The system and the way business was done are inextricably intertwined with the corruption and cronyism. How to avoid corruption when only a select few can enter the arena of money making in the name of NEP? The chosen ones were also largely not based on any merit. Connection and link is the main glue. It is now what you know and what is your expertise. Instead, it is who you know.

So, Malaysians, where are we heading? Am I tired of this country? It is a resounding YES. But I will give Malaysia another chance.

Sukarnya Menjadi Ustaz Di Mata Masyarakat

Entri aku kali ini lebih menjurus kepada persepsi masyarakat terhadap golongan ilmuan Islam, atau dalam bahasa mudahnya, golongan 'Ustaz'. Aku bagi 3 situasi:

Pertamanya, kita akan mempersoalkan kelayakan ustaz tersebut. Contohnya, jika ustaz tersebut punya degree Usuluddin, tapi kini berkecimpung dalam sektor kewangan, bahkan menjadi pakar dalam bidang tersebut, maka dari kiri kanan depan belakang ada sahaja suara-suara sumbang menyatakan bahawa ustaz ni tak layak, bukan ahli untuk bicara soal kewangan/ muamalat Islam. Mungkin mereka lupa ustaz ini ada sarjana atau PhD dalam bidang kewangan/muamalat Islam. Sebabnya, di mata umum, bila seseorang itu mengaji agama, dia di label 'Ustaz', padahal bidang agama ni luas. Ada yang khusus bahagian muamalat, ada yang bahagiah jenayah, bahagian keluarga dsb. Nak cari yang pure mujtahid tu, memang ada, walaupun jumlahnya kecil. Sedikit proviso: aku tak nafikan juga ada kalangan 'ustaz' ni yang memang bidangnya lain, tapi tiba-tiba nak terjun dalam bidang lain, dan tidak ada usaha pun nak memahirkan diri dalam bidang yang baru diceburi tersebut. Bahkan sama je dgn profession lain, terutamanya motivator - membawa 'imej' Islam, berhujah sana sini, petik sumber-sumber yang dia sendiri tak dapat bezakan mana dalil Quran, Hadis atau kata-kata 'ulama silam.

Keduanya, bila si ustaz ini memberi pendapat, penulisan atau menjawab persoalan yang dikemukakan, ada sahaja yang akan tidak berpuas hati atau sengaja pusing kata-kata si ustaz tadi untuk dijadikan isu. Paling menjengkelkan, bila ada golongan jahil memberi komen "Oo, since Ustaz cakap macam ni, yang lain boleh la ye??". Takpun ada suara-suara sumbang menyatakan "Ala, benda ni pun haram jugak, Ustaz tak cakap pun". Tak pun pertanyaan seperti "ustaz tahu ni dari mana?", "siapa guru ustaz, siapa guru kepada guru ustaz, siapa guru kepada guru kepada guru ustaz?". Kita perlu faham, bila seseorang ustaz itu menjawab atau bagi pendapat mengenai sesuatu isu, ada kalanya pendapat tersebut hanya terpakai kepada isu itu sahaja, tak bolehlah nak pukul rata. Kalau audien adalah masyarakat umum, cara memberi jawapan sudah tentu berbeza, semudah yang mungkin asalkan sampai maksud. Nanti kalau dijawab panjang lebar, dengan dalil-dalil, cara untuk sampai kepada hukum dan kaedah usul, bimbang masyarakat akan lebih terkeliru (umumnya para ustaz akan sentiasa berhujah dengan dalil).

Ketiga, Ustaz tersebut 'terbeban' dengan pelbagai soalan tambahan berdasarkan pendapat, penulisan atau jawapan kepada persoalan yang ditujukan kepada beliau. Kita ambil contoh mana-mana blog atau laman web para ustaz, di bahagian komen sahaja kadang-kadang sampai 50 orang komen. Katakan separuh (25) yang komen menujukan sekurang-kurangnya 1 soalan tambahan, bukan isu yang mudah, malahan ada yang sangat-sangat spesifik dan perlu kepada pemahan isu dan fakta yang terlibat, juga kajian menyeluruh untuk memberi hukum. Jadinya, ustaz tersebut sudah ada 25 soalan untuk dijawab, itu tak termasuk soalan-soalan lain yang dituju 'live' kepada ustaz tersebut, malahan ada yang sentiasa mendapat panggilan atau SMS bertanyakan soal hukum hakam. Tahniah kepada para ustaz yang menjawab setiap persoalan dengan teliti, tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak sempat menjawab dek kekangan masa dan kerjaya? Adakah ustaz ini 'berdosa' mengabaikan tanggungjawab sebagai penyuluh ummah dan pembuka sinar kepada kejahilan masyarakat? Jadi terpaksalah para ustaz membuat kenyataan rasmi, "andai ada masa dan keizinan ana akan balas kepada sebarang pertanyaan".

Tiga benda di atas sekadar contoh, bagaimana golongan ustaz ini menghadapi cabaran untuk berdakwah dan berjihad di kalangan masyarakat umum. Bukan apa, supaya mata lebih celik hati lebih terbuka dalam pergaulan kita dengan golongan ustaz ni. Soal ulama/ustaz su', ustaz cari makan ni, aku tak nak cerita la. Bersepah-sepah di akhir zaman ni , yang pentingkan periuk nasi sendiri hingga sanggup menutup kebenaran. Wallahu 'a'lam.


RAMADHAN KAREEM... AHLAN WA MARHABAN

Maka sudah diumumkan 1 Ramadhan  1433H jatuh pada hari Sabtu ini (21 Julai 2012).


RAMADHAN KAREEM...

Moga dipanjangkan umur menempuh bulan berkah, rahmah dan maghfirah ini dengan jayanya. Allahumma ameen.

KAGUM DAN HORMAT KEPADA ORANG LAIN

Kali ini aku ingin bicara tentang perasaan kagum dan hormat kita terhadap sesetengah individu dan golongan, dari sudut pandang kerjaya dan profesionalisma. Aku percaya, setiap kita, sepanjang menempuh alam pekerjaan, pasti akan berjumpa dengan mereka yang akan menimbulkan rasa kekaguman serta hormat kita pada mereka.

Kekaguman dan rasa hormat itu timbul barangkali dek sifat mereka yang profesional, bijaksa, ketrampilan diri dan dari segi kelayakan.

Bagi aku sendiri, bos besar lama aku yang aku tidak mahu namakan di sini adalah salah seorang yang berjaya mengkagumkan aku. Bukan sahaja dia bercakap, malahan dia menjalankan apa yang dia cakapkan. Bukan sahaja penuh dengan idea dan inspirasi, bahkan dia memberi inspirasi dengan orang lain. Dia boleh jadi orang yang pertama sampai pejabat pukul 7 pagi, dan dia juga boleh menjadi orang yang terakhir meninggalkan pejabat lewat malam nanti.

Aku juga punya rasa hormat kepada golongan peguam yang betul-betul tahu apa yang mereka ucapkan (bukan mereka yang pandai cakap tapi kandungannya tahap sampah dan longkang). Selalunya golongan yang senior dan veteran. Yelah, dah kehidupan bergelumang dengan law siang malam pagi petang, mana tak jadi bijak pandai. Pemikiran pun kritis dan kreatif.. Ini terpakai juga kepada sesetengah hakim dalam penghakiman bertulis mereka. Kita boleh bezakan hakim mana yang buat kerja atau sekadar copy paste hujahan peguam. Memetik kata profesor aku dulu, "they breathe the law". Setiap bait patah perkataan mereka itu 'menghembuskan' undang-undang.


Aku juga pernah jumpa orang yang betul-betul ikhlas untuk membantu organisasi beliau maju. Ni semasa aku terlibat dalam suatu matter berkaitan M&A. Cerita ni agak complicated, tapi aku ringkaskan, asalkan maksud yang aku nak sampaikan tu terluah. Selalunya kalau urusan M&A akan ada legal advisers, auditors, investment bankers, tax advisers dan sudah tentu internal parties dari organisasi itu sendiri terlibat, dari CEO, CFO, pegawai undang-undang, akauntan, orang-orang dari business development dan finance.Tapi malangnya dalam kes ni, hanya CEO dan beberapa orang pegawai beliau je yang bersungguh-sungguh nak close deal, yang lain tu suam-suam kuku je bila buat kerja. Aku sendiri boleh nampak 'kesuaman' tersebut. Halfway dalam negotiation deal tu, muncul seorang pegawai, yang jawatannya aku tak berapa ketahui, sebabnya dalam formal meeting yang melibatkan golongan yang aku sebutkan tadi,  memang dia tak pernah masuk, tapi tiap kali CEO dan beberapa trusted officers beliau berjumpa kami (legal advisers), akan ada mamat ni. Nak dijadikan cerita, terkeluar dari mulut CEO tu sendiri yang mamat ni tak ada kaitang langsung dengan deal ni, tapi ditarik oleh CEO tu sendiri untuk membantu. Mamat ni ada latarbelakang law dan perakaunan. Punya la CEO tu annoyed dengan pegawai yang suam-suam kuku tadi, dia cakap kat aku dan bos aku, merujuk kepada mamat ni, bunyinya lebih kurang - "you are wasted here (merujuk kepada organisasi beliau sendiri), you know with all these people (merujuk kepada pegawai yang suam-suam kuku), you won't develop much, might as well you join them (merujuk kepada kami - lawyer)". Point aku, mamat ni sanggup buat kerja belakang tabir, yang bukan pun bidangtugas dia untuk terlibat dalam deal ni, takde pun dalam KPI dia untuk terlibat dalam M&A, tapi buat kerja tanpa sedikit pun keluhan apa lagi nak membangga diri. Kalau akulah, memang tak sanggup buat kerja sukarela. Bukan sebab apa, yang di tangan pun tak terpikul. Jadi, dari situ timbul rasa hormat terhadap mamat ni.

Sama juga rasa hormat itu timbul terhadap seorang akauntan dari sebuah firma perakaunan yang besar. Dia dah senior, tapi dia treat junior dia memang bagus, even treatment dia pada aku yang junior ni pun bagus. Sebabnya sesetengah orang ni tak layan junior lawyer, nak senyum pun susah. Tak nampak langsung bossy (seperti sesetengah bos). Bila dia bagi penerangan nampak kebijaksanaan beliau, mudah. Aku yang langsung tak tahu pasal akaun ni tiba-tiba faham akaun bila dia terangkan, haha... Tapi, client ada tak setuju dengan beberapa isu dan cara mereka dalam menangani isu tersebut bordering kepada sempadan biadap dan kurang ajar. Bayangkan, bila anda dihamburkan dengan kata-kata "you are paid to speak" atau "if you cannot do this, we can give this job to other firm". Aku sendiri tak puas hati. Come on la, dia ni akauntan, bijak pandai kot, bukannya pelac*r yang client boleh hambur tak tentu pasal. Tapi reaksi akauntan ni cool je, tak pulak nak tinggi suara, takde nak melawan tak tentu pasal. Dia terangkan dan terus bagi penerangan beserta sebab dan musabab. Bertambah hormat aku pada dia.

Itu jela sebahagian cerita yang aku ingat dan yang aku nak kongsikan. Macam aku cakap, cerita tentang kekaguman dan perasaan kehormatan itu hanyalah pada etika kerja, profesionalisma dan karisma mereka. Aku bukan cerita bab sahsiah atau peribadi. Sebabnya, tak guna kalau hebat dalam kerjaya tapi akhlaq, moral, karakter 'zero. Sebagai contoh, akauntan yang aku cerita tadi yang tenang dan bijaksana dalam menangani karenah pelanggan, tapi bila masuk tandas, kencing berdiri. Alahai, dalam hati aku cakap "sia-sia aku 'respect' ko selama ni, tapi kencing berdiri jugak".

So kalau kerjaya tip top, akhlaq jugak mesti chantekkkkk... Baru la menimbulkan perasaan kagum dan hormat malahan gerun baik di kalangan kawan atau lawan.

ULAT & KULAT - XPDC


Sebagai seorang peminat (tak berapa nak) tegar rock kapak sekitar usia 15 tahun ketika meniti PMR, aku dan rakan-rakan seringkali melayan lagu-lagu dendangan XPDC.   Lagu-lagu ‘Semangat Yang Hilang’, ‘Titian Perjalanan’, ‘C.I.N.T.A.’,  ‘Apa Nak Dikata’ antara yang menjadi pilihan. Samada Mael atau  Ali, tetap layan.

Dalam banyak-banyak lagu XPDC, ada 1 lagu yang susunatur lirik dan komposisi muziknya boleh tahan, tapi mungkin ramai yang tidak tahu dan/atau tidak pernah dengar.  Lagu bertajuk ‘Ulat & Kulat’, liriknya seperti berikut: -

Berulat berkulat
Oh mata kaum kerabat

Kau ikat kau sekat
Kau suka semangat daulat

Bagaikan kami
Tak tahu
Bagaikan kami
Tak mampu

Bezakan intan
Dan kaca
Bezakan batu
Dan tanah
Kekal... singgah

Pulanglah puaka
Ke dalam perut
Pawaka
Pulanglah
Puaka
Kau diam
Lestari sana

Dah putih nak putih lagi
Dah hitam nak hitam lagi
Dah punah nak lagi
Punahkan apa lagi

Siapa kau siapa kami
Nak minta tumpang lalu
Nak kena tabik dulu

Berulat berkulat
Siapa kau aku nak tongkat
Nak angkat

Kalau dihayati memang mendalam maksud lagu ni, penulis lirik meluahkan perasaan tidak puas hati kepada golongan yang tertentu. Penggunaan bahasa yang agak mudah, penuh dengan maksud yang tersirat.  Tapi aku tanak la cerita panjang, pandai-pandai korang tafsirkan. Sekian.

Nota kaki: menuju usia lewat 20an, aku kini lebih cenderung mendengar lagu-lagu dendangan Anuar Zain.. Auuwww… Kah kah kah…

Kelayakan Atas Kertas...

Baru-baru ini aku berkesempatan menjalani temuduga di sebuah insititusi perbankan/kewangan global yang menapak di Malaysia. Ini pun atas dasar ihsan seorang kenalan (aku refer sebagai Mr. K) yang berada di institusi tersebut. Jawatan dalam jabatan Shariah untuk operasi takaful institusi tersebut dan Mr. K merupakan seorang pegawai Shariah kanan di situ.

Sebelum interview aku pun jumpalah Mr. K nak minta tips interview, nak tahu selok belok sedikit mengenai operasi dan cara kerja. Sambil berborak-borak makan capati di kedai mamak, Mr. K buka satu cerita, pasal dia ada menolak suatu peluang untuk buat lompatan kerjaya dengan institusi yang lain. Tapi dia menolak bulat-bulat sebab HR manager yang hubungi Mr. K meragukan kelayakan Mr. K atas alasan Mr. K "tiada takhassus muamalat" (specialize/majoring dalam Islamic transaction). Seolah-olah HR manager tersebut tidak 'menghormati' atau tidak 'mengiktiraf' ijazah dimiliki oleh Mr. K. Padahal Mr. K graduan LLB dan LLB (Shariah) UIA, sama macam aku.

Selang sehari aku sempat borak dengan Tamar Jeles pasal sijil dan kelayakan ini. Tamar Jeles buka kisah dia berdepan dengan internal auditor institut dia berkhidmat sekarang ni.  Kes yang sama. Auditor tersebut seolah-olah mempersoalkan kelayakan Tamar Jeles untuk berkhidmat dalam jabatan Shariah operasi takaful,  dengan mengatakan Tamar Jeles ni tiada kelayakan dalam bidang 'muamalat'. Ini membuatkan aku melontar persoalan, apa yang HR manager dan auditor ini faham mengenai 'muamalat'. Tamar Jeles pun pemegang ijazah LLB dan LLB_S tambah Master of Comparative Laws (MCL) (kasik up sikit saham ko, haha). Tak campur dengan sijil SPM dan PMR dia yang meletup. Tu belum cerita pasal fiqh usrah, aku percaya Tamar Jeles boleh buat suatu entri panjang, haha...

Berbalik kepada isu. Untuk pengetahuan umum, sesiapa yang ambil LLB + LLB_S ni, akan wajib ambil course Fiqh Muamalat (Islamic Law of Transaction) untuk dua semester, dan subjek Usul al-Fiqh sampai 6 semester beserta subjek Islamic Law of Banking & Takaful, semuanya dalam bahasa arab. Ada dari kalangan kami yang ambil elektif atau audit subjek Islamic Banking dan Takaful dan juga Banking & Negotiable Instruments dalam bahasa Inggeris semasa LLB. Bahkan antara kursus yang ditawarkan untuk MCL juga ada Usul Al-Fiqh dan Islamic Banking & Securities. Bagi aku, kesemua di atas sudah cukup membuatkan seseorang itu berkelayakan dan ada latarbelakang 'muamalat'. Jadi pemegang ijazah LLB + LLB_S, di atas kertas, ada kelayakan dalam bidang perbankan dan takaful - iaitu bidang muamalat. Kami belajar selok belok hukum-hakam 'amali beserta dalil-dalil (Fiqh) dan pada masa yang sama kami juga ada pengetahuan soal bagaimana sesuatu hukum itu dicapai (Usul al-Fiqh).

Takkanlah HR manager dan auditor tersebut hanya menghadkan mereka-mereka yang ada diploma/ sarjana muda/ sarjana/ kedoktoran yang kelayakan mereka tertera perkataan "Muamalat" atau "Islamic Banking" sebagai layak untuk berkhidmat dalam bidang perbankan/kewangan Islam? Ini mentaliti yang kurang tepat.

Ini kerana ada golongan yang di anggap pakar dalam bidang perbankan/ kewangan Islam berlatarbelakangkan perakaunan dan Usuluddin. Tamar Jeles sudah kupas isu tersebut di SINI.

Sudah tentu di atas ini aku bercakap soal kelayakan atas kertas. Bila bicara mengenai skil-skil kerjaya seperti penguasaan Bahasa Arab /Bahasa Inggeris, skil penulisan, skil komunikasi, pengalaman dan sebagainya merupakan suatu topik yang berbeza. Mereka yang ada semua ini akan mengatasi mereka yang bersandarkan dua keping ijazah LLB + LLB_S atau apa-apa sekali ijazah pun. Tak semua perkara di ajar di universiti dan kebanyakan kita tahu 'on the job'. Teori dan praktis suatu dimensi berbeza walaupun duduk sebelah menyebelah.


Sebelum ni aku memang tak nak join banking specialize pada Islamic banking or takaful. Sebabnya aku tak mahu dilabel sebagai ustaz kerana hakikatnya aku memang bukan ustaz (atau mungkin aku kecewa sebab masa chambering dulu nak minta practice group buat Islamic banking tapi tercampak dan dicampak ke lembah korporat dan pasaran hutang & modal). Ini mentaliti masyarakat Malaysia, habis pukul rata. Sesiapa yang bekerja di mana-mana Majlis Agama akan digelar ustaz, begitu juga perihal dengan mereka yang bekerja di JAKIM atau JKSM semuanya dapat gelaran kehormat 'ustaz' walaupun hakikat pekerjaan mereka di sana ialah akauntan.

Hasil interview tu aku tak tahu, tapi macam ada gaya tak dapat, haha... Al-kisah...

Jangan Risau, Bapak Ada


PERHATIAN: Entri ini ditulis untuk komen perihal mereka yang suka bersandarkan kepada ayah/bapa/abah/papa/daddy dalam kehidupan seharian. Kalau ada yang rasa-rasa akan berkecil hati atau mual atau terasa atau bakal panas p*ngg*ng, sila baca entri lain.

Situasi 1 : Duit poket

Masa belajar, dah dapat PTPTN tapi enjoy sakan tukar HP, beli pakaian branded. Bila kawan tegur, maka jawapan diberi, "ala, nanti tak cukup duit bapak aku bagi lagi". Maka, anak itu terus berbelanja sakandan bila cukup bulan, akan telefon bapak minta subsidi.

Situasi 2 : Cari Kerja

Dah grad, anak terkial-kial buat resume, kelam kabut tak tentu hala. Prospek kerja pun tak tahu apa. Kemudian dapat talian hayat, dari bapak tercinta. "Jangan risau, ko kerja je dengan kompeni XXXXX ni, bapak ada kawan kat situ". Anak terus tersenyum. Bapak memang best.

:)

Situasi 3 : Kahwin

Dah kerja, gaji tak sampai hujung bulan dah sampai paras merbahaya. Poket makin menipis. Couple dah lama, bakal mak mertua mula bertanya. Hantaran bakal isteri yang ada degree RM10,000. Itu pun selepas diskaun 20%. Maka si anak sekali lagi menghadap ayahanda pohon perkenan bujet tambahan.

Situasi 4 : Beli Rumah

Dah kawin, mula-mula sewa rumah kawasan Seksyen 1 Wangsa Maju, flat 5 tingkat je bro, lif pun takde. Apa kelaaaaassss... Getus hati sendiri "Eksekutif muda takkan nak tinggal kawasan flat". Tapi duit takde bayar deposit rumah. Hasrat hati sampai ke pengetahuan ayahanda tercinta, sekali lagi perbendaharaan keluarga jadi taruhan.

Situasi 5 : Pergi Haji

Bapak dah register nama anak dengan Tabung Haji sejak darjah 5 lagi dan bapak masih lagi top up akaun walaupun anak dah bersusia 25 tahun.

***

Aku tak salahkan kalau golongan ayah/bapa/abah/papa/daddy yang kasihan anak-anak nak menolong anak-anak dari segi kewangan dan sebagainya, asalkan mereka cukup ikhlas dan memang mampu dan dah membuat perancangan untuk hala tuju hidup anak-anak. 


Tapi yang aku marah ni golongan anak-anak yang meminta-minta walaupun tahu ayah/bapa/abah/daddy/papa tak berapa berkemampuan. Lagi satu kalau berbekalkan mentaliti 'bapak ada' ni, sampai bila-bila seseorang tu tak akan memajukan diri sendiri dan ambil mudah untuk mencapai sesuatu.


Deyyy, usaha la sendiri.... 




Mbah Saya Yang Hebat



Kemalasan dan kekurangan nafsu untuk menulis menyebabakan aku jarang menulis dalam blog dalam tempoh dua bulan yang lepas. Sebagai azam di tengah tahun 2012, aku harap dapat menulis dengan sedikit konsisten tanpa mengira topik dan wacana.


Berbalik kepada tajuk entri kali ini. Untuk mereka yang tidak tahu, "Mbah" ni perkataan jawa yang barangkali maksudnya ibu bapa kepada ibu dan bapa kita, datuk atau nenek. Kalau datuk dirujuk sebagai Mbah Lanang dan nenek dirujuk sebagai Mbah Wedok. Dua minggu lepas (18.06.2012) aku kehilangan mbah wedok aku, yang namanya Siti Aminah, usia dlm lingkungan 72 tahun. Mbah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, kerana sakit tua. Jadi, sepanjang minggu tersebut, aku menempuh usbu' ul-huzn aku tersendiri.


Aku nak berkongsi sikit tentang mbah aku ni. Nak cerita riwayat penuh hidup mbah, aku pun tak berapa nak tahu, jadinya apa yang aku cerita ni sekadar satu perkongsian dari kaca  mata seorang cucu. Mbah ni memang orang kampung, masa mudanya potong getah. Bukan macam zaman sekarang, anak dara nak pegang pisau potong bawang pun segan silu (baca: tak tahu). Masa sihat, mbah akan bergilir-gilir ke rumah anak-anak, dan sudah tentu mbah akan meluangkan lebih masa di rumah aku, sebab ada cucu kesayangan mbah, iaitu adik-adik aku. Tak pun, adik-adik aku ni la yang mbah aku bawa ke sana ke mari. Aku pulak, masa kecik-kecik dulu selalu jadi kawan gaduh mbah, tak tahu kenapa. Sifat dan perangai budak kecik kot.


Mbah tak lokek bercerita memberi nasihat. Banyak kata-kata mbah masih terngiang-ngiang dalam benak kepala aku. Kalau arwah mak aku marah, dia akan bela. Kalau aku nak beli jajan, dia bagi duit belanja. Pagi-pagi mbah dah bangun awal, dari tikar sembahyang dia akan gerak cucu-cucu untuk solat subuh. "Mbah nangis lah kalau cucu-cucu tak bangun sembahyang" - tu antara ungkapan mbah. 


Satu kelebihan mbah ialah kemahiran dan kerajinan di dapur. Kalau di kampung, mbah sendiri masuk kebun petik pucuk paku, ambil pucuk ubi untuk masak. Paling aku suka, ikut mbah masuk kebun, ambil ubi kayu. Penuh satu guni. Buat kerepek ubi, mbah potong sendiri,goreng sendiri. memang stok kerepek ubi tu kalau orang tengok macam nak berniaga je. Tapi mbah cakap mbah buat untuk cucu-cucu makan. Sampai sekarang kerepek ubi jadi kegemaran aku. Tu belum lagi cerita bab mbah masak memasak ni, memang sedap. Kalau pagi-pagi tu dah tersedia sarapan dari pisang goreng, keledek goreng, cucok kembung (yang ni aku pernah jumpa mbah sorang je buat, kat kedai tak pernah jumpa) hatta ke roti canai.


Mbah mula sakit masa aku lepas SPM kot. Tapi awal-awal tu setakat semua sihat kecuali lutut mbah sahaja. dari sakit lutut, hinggalah tak boleh berjalan sendiri dan kemudian terlantar. Alhamdulillah semua ahli keluarga ambil inisiatif menjaga mbah, dari anak-anak hingga ke cucu-cucu. Tapi dek urusan kerja dan peribadi, waktu aku berbakti pada mbah memang sangat minima. Apa pun, suka untuk aku selitkan di sini, kepada yang membaca ni, kalau ada ruang dan kesempatan, ambil tahulah perihal pengurusan jenazah dari bab mandikan jenazah, kafan dan solat jenazah, kerana suatu hari nanti kematian itu bakal tiba kepada mereka yang dekat dengan kita.


Mbah mungkin bukan seorang jutawan, apa lagi tauke kosmetik atau sebagainya, tetapi di mata aku, mbah kekal bersemadi menjadi salah seorang insan yang mencorak hidup aku.


Allahumma Fighlaha Warhamha Wa‘Afiha Wa’fuanha...

Peguam Syarie Wilayah Persekutuan

Ini merupakan ulasan yang tertangguh. Cerita lama sila rujuk di sini dan di sini.

Setelah hampir 2 tahun menanti, akhirnya aku telah selamat ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (PSWP) pada 21 Jun 2012 di Mahkamah Tinggi Syariah 1, Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Terima kasih kepada isteri tercinta, Sarah Shahimah yang sudi menemani aku sewaktu majlis pentauliahan ini.

Penantian ini sesungguhnya melelahkan kerana tauliah yang diminta itu perlu melalui pelbagai proses dan peringkat. Bermula dengan penghantaran borang sekitar pertengahan tahun 2010, panggilan kursus & ujian bertulis cuma bermula pertengahan tahun 2011, kemudian temuduga lisan di penghujung 2011. Tunggu punya tunggu punya tunggu, pertengahan tahun 2012 barulah selamat ditauliahkan secara rasminya.

Sepanjang penantian selama 2 tahun ni untuk mendapatkan sekeping sijil tauliah & sekeping sijil amalan guaman, aku telah melihat pelbagai perkara & melalui macam-macam pengalaman yang mungkin tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Maknanya kalau semata-mata nak dikira untung duniawi untuk dapatkan sijil tauliah ni, memang aku takkan mintak la tauliah PSWP ni, takde pecuniary benefit pun. Semuanya kerana minat & memberi self recognition kepada degree Syariah aku. 

Seperkara yang aku perasan mengenai sijil tauliah PSWP ni, sebenarnya ada dua sijil - satu sijil tauliah yang valid sampai mati (macam peguam sivil), satu lagi sijil amalan yang kena renew tiap-tiap tahun (macam peguam sivil jugak). Ini berbeza dengan sijil tauliah Peguam Syarie Kelantan (PSK), sijilnya satu je, itulah sijil tauliah, itulah sijil amalan - dan sijil ni kena renew tiap-tiap tahun. Aku sangkakan dulu PSK ni pun ada sijil tauliah yang valid sampai mati, rupa-rupanya kena renew tiap-tiap tahun, ceh, rugi jela kot aku apply hari tu, haha. Maknanya nak sebut tu, amalan antara negeri-negeri pun lain-lain, takde standard tertentu.

Walau apa pun, alhamdulillah semuanya dah selesai. Cukuplah dua negeri je aku apply sijil peguam syarie, letih dah wehhh...Lepas ni nak sambung PhD pulak!

BEKU PTPTN BEKU OTAK & BERKULAT

Samada gimik, ikhlas, serius atau mainan politik berkaitan keputusan sementara PTPTN  (atas arahan Pak Menteri) membekukan pinjaman kepada pelajar baru UNISEL dan KUIS masih menjadi persoalan dalam benak fikiran aku. 

Menteri berkenaan menyatakan keputusan dibuat atas tekanan pembangkang (baca: Pakatan Rakyat kerana hakikatnya PR merupakan parti-parti yang membentuk kerajaan memerintah di Selangor) untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Sungguh mudah Pak Menteri akur kehendak PR? Alangkah bagus kalau isu ISA, daftar pilihanraya dan lain-lain diselesaikan tanpa perlu ada linangan air mata dan hingus dek gas pemedih mata. Dan watak antogonis yg disebut-sebut tak lain tak bukan Ketua Umum PR, Anwar Ibrahim. Sungguh hebat insan bernama Anwar Ibrahim ni sampai Pak Menteri tertekan dengan tekanan politik berkaitan pendidikan percuma. Sebelum ini kehebatan Anwar jelas dan terbukti apabila beliau berjaya menggunakan kuasa minda mengumpulkan perusuh di kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Tak kira apa pun faktor pembatalan pembekuan tersebut, Pak Menteri mengisytiharkan "kemenangan" dan dengan sukahatinya membuat kesimpulan palsu bahawa PR tidak layak atau tidak mampu untuk menyediakan pendidikan percuma. Memetik kata-kata Siti Payung dalam status mukabukunya  berbunyi lebih kurang "at the end of the day, we are at the mercy of the federal government".

Untuk rekod, tidak ada mana-mana pihak pun yang menyatakan boleh menyediakan pendidikan percuma dengan serta merta, tidak ada pihak pun mendabik dada menyatakan PTPTN wajib dihapuskan tanpa ada rancangan dan pelan alternatif. Tidak Rafizi apa lagi Khairy dan tidak jua Pak Anwar. Isunya bukan semata-mata pendidikan percuma atau hapus PTPTN semata-mata. Platform pendidikan sedia ada memang belum bersedia untuk pendidikan percuma (walau dalam apa jua bentuk sekali pun).  Isunya pada kehendak dan pelan pelaksanaan. Selagi tidak dilaksanakan pelan yang benar-benar tuntas seperti yang digariskanpanduankan  oleh Rafizi dan mana-mana think tank PR atau sesiapa pun, selagi itu PTPTN perlu terus berfungsi tanpa perlu pilih bulu. Selagi itulah tumbuh kolej-kolej swasta dan industri "perniagaan" pendididan. Harus diingat, UNISEL dan KUIS bukanlah institut pengajian untuk anak-anak 'lord', ada mereka ini anak petani anak peruncit.

Pada sudut pandang yang lain,  cadangan dan usaha kerajaan Selangor untuk menyediakan langkah-langkah proaktif bagi menampung pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS, seperti menjual tanah milik UNISEL, walaupun dilihat sebagai langkah bersifat sementara, menunjukkan kesediaan kerajaan negeri untuk menghadapi pembekuan tersebut dengan berani. Katakanlah kerajaan negeri berjaya mengharungi pembekuan tersebut, ini akan menjadi suatu tamparan hebat kepada kerajaan pusat dan Pak Menteri bahkan kepada Timbalan PM yang turut menyokong tindakan PTPTN. Akhirnya, rating undi juga yang di cari. 

Lepas ni aku nak tunggu pulak ada orang komen kerajaan persekutuan sekarang ni prihatin sebab masih meneruskan kemudahan PTPTN kepada institusi pengajian milik kerajaan Pakatan Rakyat. Mungkin kita akan lihat lagi satu siri demo dan perhimpunan menyokong ketetapan kerajaan. Apa pun bagi aku, perkembangan isu ini sekali lagi menunjukkan tahap kematangan permainan politik negara yang dicerminkan melalui ketidakberapa matangnya ahli-ahli politik. Mungkin sengaja dibekukan otak mereka atau sengaja dikulatkan menjadi basi.

Menjelang PRU 13 (3): Kenapa Parlimen tak bubar lagi

Jun bakal berlalu, kemungkinan besar tanpa pilihanraya. Pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka berlangsung sama ada 2, 3, 9 atau 10 Jun nampak gayanya tidak akan berlaku.

Kenapa Parlimen masih belum dibubarkan, rasanya mudah je untuk difahami. Kalau Najib konfiden BN boleh menang PRU-13 ni, dah lama dia bubar Parlimen. Tapi malangnya isu-isu semasa tak banyak memihak kepada BN, mana dengan Bersihnya, NFCnya, PTPTNnya, Feldanya. Pengundi Melayu masih berbelah bagi, walaupun separuh lebih sedikit nampaknya condong ke arah BN. Pengundi Cina masih 'bungkus' di pihak BN. Pengundi India pun lebih kurang begitu. Kalau sekadar nak mempertahankan kerajaan dengan majoriti mudah barangkali mudah untuk digapai oleh Najib, tapi masalahnya kalau perkara itu benar-benar berlaku maknanya dia pun ikut 'bungkus' sama macam Pak Lah dulu.

Kalau ada satu sebab yang menyebabkan Najib teragak-agak untuk bubarkan Parlimen, sebab itu adalah kerana Najib khuatir apa yang berlaku kepada Pak Lah dulu akan berlaku kepadanya juga. Teori ini dipelopori  oleh Lim Kit Siang (LKS) dan aku sikit sebanyak bersetuju dengan pemerhatiannya.

Teori ini timbul kerana wartawan bertanya kepada LKS, macam mana PR langsung takleh agak akan menang masa PRU 2008 dulu. LKS jawab semula dengan soalan, macam mana yang kita boleh tau PR boleh sapu 5 negeri & BN akan hilang majoriti 2/3? When was it? Adakah sewaktu Parlimen dibubarkan? Sewaktu penamaan calon? Sewaktu tempoh berkempen?

Sebenarnya, BN sudah mula berasa lingkup, specifically, 2-3 hari sebelum pengundian pada 8 Mac. Masa tu momentum ABU sudah memuncak & pada waktu itulah, Pak Lah sudah tidak boleh berpatah balik. Bermula dengan sketsa pembatalan dakwat kekal, muka depan Utusan 2 hari sebelum pengundian sudah memberi isyarat BN akan kehilangan kerusi yang banyak. Kalau sudah Pak Lah kata kerajaan BN tak boleh dibentuk tanpa wakil MCA & MIC, itu apa tandanya? Kenyataan berbau rayuan itu sudah cukup memberi isyarat betapa cemasnya UMNO pada waktu itu.

Dan apa yang berlaku, berlakulah sudah, BN hilang 5 negeri & hilang majoriti 2/3.

Yang dibimbangi oleh Najib sekarang, apakah jaminan nasib beliau tidak akan sama seperti Pak Lah? Yakni, masa bubar Parlimen bukan main konfiden nak menang, tapi masuk 2, 3 hari terakhir, signal kemenangan sudah mula melingkup. Masa tu nak patah balik macam mana?

Pada waktu tempoh berkempen nanti, BN sudah tak terdaya untuk mengepung semua kawasan. Masa pilihanraya kecil bolehlah. Tapi apabila jentera BN di negeri masing-masing nanti bergerak secara sendiri tanpa pemantauan penuh daripada pimpinan pusat, masa tu barulah BN negeri tau langit tu tinggi atau rendah. Barulah padang permainan akan jadi sedikit seimbang.

Apa yang berlaku pada 10 hari tempoh berkempen tu, Allah sahaja yang mengetahui. Aku masih ingat lagi pada PRU 1999, sentimen negara Islam dilagukan bertalu-talu untuk menakutkan pengundi bukan Islam di media massa - dan ianya berjaya. PRU 2004 pula, ini memang salah pembangkang sendiri, padan muka, takde kesatuan, takde persefahaman, masing-masing dengan stail masing-masing, last-last lingkup.

Siapakah yang akan menang pada PRU 13 nanti?

Siapa yang dapat menguasai 10 hari tempoh berkempen nanti, maka dialah yang akan menang. And please, segala video porno yang terbaru, yang kononnya baru terbongkar, orang dah malas nak layan, it's too obvious.








Datuk Yusof, Anwar Ibrahim, Liwat, Bersih dan Teksi

Mukaddimah

Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengejutkan negara dengan menyertai pasukan peguambela Anwar Ibrahim dalam perbicaraan menghadapi tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman. Datuk Yusof merupakan ketua pendakwa dalam kes sodomi II melibatkan Anwar. Lawan kini jadi kawan?

Untuk makluman, peguamcara II merupakan orang ketiga dalam hiraki Pejabat Peguam Negara (AGC), selepas Peguam Negara dan Peguamcara I. Tapi sekarang ini, struktur sudah berubah. Sekarang ada Peguam Negara, seorang Peguamcara dan tiga orang Timbalan Peguamcara. Setiap Timbalan Peguamcara akan menyelia divisyen tertentu dalam AGC.


Teori dan Konspirasi

Disebabkan Datuk Yusof mewakili Anwar dalam kes pendakwaan berkaitan Bersih 3.0, timbul pelbagai teori. Ada cakap-cakap mengatakan beliau memang tidak 'ngam' dengan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, iaitu bekas boss beliau. Ada yang cakap beliau akan menyertai PAS.

Lebih teruk, ada yang menuding jari bahawa kes sodomi II Anwar telah dikompromi dari awal lagi dan diprejudis oleh Datuk Yusof. Datuk Yusof 'musuh dalam selimut'!!!! Sodomi II tu patut dibuang dalam tong sampah lama dahulu lagi.

Sebenarnya, memang ramai mereka yang dari AGC keluar dari perkhidmatan awam dan beramal sebagai peguambela dan peguamcara - tidak kira yang senior atau yang junior (apatah lagi sekarang ini, setahun berkhidmat sudah boleh petisyen untuk penerimaan masuk sebagai peguam). Faktor gaji, kenaikan pangkat, skop kerja, pembangunan karier adalah antara faktor-faktor mereka keluar dari perkhidmatan. Sudah tentu bila mereka-mereka ini beramal sebagai peguam, mereka akan menjadi 'lawan' kepada pendakwaraya dan/atau peguam persekutuan dari AGC. Antara nama-nama besar yang meninggalkan AGC ialah Salehuddin Saidin dan Shafee Abdullah juga seorang kenalan bernama Kapal.

Dari sudut yang berlainan, ramai juga peguam yang menyertai AGC dan bidang kehakiman. Mereka ini berkhidmat sebagai pendakwaraya, peguam persekutuan, majistret, pesuruhjaya kehakiman dan sebagainya. Tun Zaki (bekas ketua hakim negara merupakan seorang peguam sebelum dilantik menjadi dan beliau dilabel sebagai 'lawyer UMNO') merupakan contoh paling baik. Juga ada Gopal Sri Ram, Arif Yusof, Mah Weng Kwai, Hamid Sultan. 

Samada mereka-mereka ini partisan, tidak adil, pro mana-mana parti politik, kita perlu analisa satu persatu dan setiap individu sudah tentu berbeza prinsipnya.

Cab-Rank-Rule

Datuk Yusof cakap pasukan Anwar call beliau sehari sebelum hari pertuduhan dan sebab beliau ada masa, beliau buat keputusan untuk wakili Anwar. Secara umumnya, seorang peguam mestilah mengambil, menerima dan memberi  khidmat guaman kepada mereka yang datang kepada mereka, jika mereka mampu dan layak untuk memberi khidmat nasihat dalam bidang yang diperlukan. Ini dikenali sebagai cab-rank-rule, suatu konsep perundangan berasal dari UK (debat dan hujah soal hukum mewakili penjenayah, soal hukum menyembunyikan fakta, soal relevan atau tidak cab-rank-rule ini dan soal-soal etika yang lain tidak jadi fokus penulisan kali ini). Kenapa diibaratkan cab-rank-rule? Sebabnya mudah, jika ada barisan penumpang, pemandu teksi akan mengambil penumpang yang berada dibarisan paling hadapan, dan tidak memilih penumpang yang kedua atau yang ketiga. 

Konsep ini telah diterima pakai di Malaysia melalui Legal Profession (Practice & Etiquette) Rules 1978:-

An advocate and solicitor SHALL give advice on or accept any brief in the Courts in which he professes to practise AT the proper profesional fee dependent on the length and difficulty of the case, BUT special circumstances may justify his refusal, at his discretion, to accept a particular brief.

Ada tiga elemen penting - 

i. kena terima kes jika peguam beramal dalam bidang berkaitan kes tersebut; 
ii. pada fi yang berpatutan; dan 
iii. boleh tolak kes jika ada sebab. 

Dalam konteks guaman, orang awam boleh mendapat representasi dan diwakili dari peguam tanpa perlu peguam memilih atau selektif siapa yang bakal menjadi anak guam mereka. Kalau tidak, sukar bagi mereka yang tidak popular atau sebagainya diwakili oleh peguam.

Peguam dan Anak Guam

Hubungan peguam dan anak guam sepatutnya terikat pada hubungan profesionalisma sahaja. Tapi, sentimen ada memainkan peranan juga. Sebab itu tidak hairan jika sekarang ini kita melabel sesetengah firma guaman dilabel sebagai 'lawyer UMNO', 'lawyer PAS' atau 'lawyer PKR'. Memang wujud. 

Salahkah firma guaman ini mewakili parti-parti tertentu? TIDAK. Setiap parti politik (bahkan ahli politik) berhak kepada khidmat guaman. Merujuk kepada zaman krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009 dulu, aku tergelak dengan tulisan seorang 'lawyer UMNO' yang pejabatnya dulu di bangunan UMNO dan kini di Putrajaya. Beliau 'marah' dan 'menempelak' dan mempersoal kewajaran golongan peguam yang mewakili 'pakatan pembangkang' secara pro-bono (percuma) tapi pada masa yang sama merupakan panel penasihat kepada GLC, bank dan badan-badan yang 'milik' kerajaan (Barisan).

Mengapa perlu menempelak? Golongan peguam tersebut sekurang-kurang ada inisiatif untuk memberi khidmat guaman percuma. Selagi tidak ada konflik kepentingan dan menyalahi apa-apa etika, para peguam bebas beramal dan bebas memilih siapa yang mereka mahu wakili. Sikap dan perilaku anak guam tidak semestinya refleksi sikap dan perilaku seorang peguam.

Penutup

Faktanya mudah, kronologinya jelas. Suatu masa dahulu Datuk Yusof merupakan Peguamcara II dan terlibat dalam sodomi II. Kes sodomi II itu dari segi undang-undangnya memang patut dibakul sampahkan sejak awal lagi (sebab itu Anwar bebas). Kini Datuk Yusof seorang peguambela yang beramal. Beliau ada kebebasan untuk wakili sesiapa yang beliau mahu, pada bila-bila masa.

Apa yang tersirat di sebalik debat Khairy - Rafizi

1. Rafizi adalah pemimpin pilihan Anwar

1.1. Rafizi Ramli merupakan calon yang ditunjuk oleh Anwar Ibrahim sewaktu pemilihan Kongres PKR 2 tahun lepas untuk menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Malangnya, kemunculan semula Rafizi secara mendadak & 'kehilangan'nya satu ketika dulu dalam Exco AMK, tidak dapat diterima oleh kebanyakan ahli. Kebanyakan mereka cenderung memilih aktivis Chegu Bard sebagai ketua, sementelah Shamsul Iskandar (Sam) pula telah memberi isyarat untuk berundur sebagai Ketua Pemuda dan ingin mara ke jawatan Naib Presiden. Beberapa pimpinan utama PKR, antaranya Nik Nazmi cuba ke depan untuk memberi sokongan terbuka kepada Rafizi, tetapi sokongan tidak berpihak sepenuhnya kepada Rafizi. Di saat-saat akhir setelah nyata Rafizi kekurangan sokongan untuk memenangi jawatan Ketua AMK, Sam telah membuat u-turn (walaupun dia kata kat T-junction) dengan mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK. Jadi sokongan ahli-ahli kepada Chegu Bard sebelum ini sebahagian besarnya berpindah semula kepada Sam. Di dalam pertandingan itu Sam menang tipis & berjaya mempertahankan jawatan Ketua AMK.

1.2. Barangkali setelah melihat ahli enggan mengikut 'wahyu' Anwar membabi-buta (dengan memilih Rafizi sebagai Ketua AMK tanpa banyak soal), Rafizi telah diberi jawatan yang agak signifikan di dalam PKR (tapi masih dipersoalkan fungsinya) iaitu jawatan Pengarah Strategi. Pengarah Strategi ini entah apa bidang kuasanya, sama jugalah seperti Ketua Umum (?) dan Pengarah Komunikasi sedangkan Ketua Penerangan PKR tu bukankah tugasnya menyelaraskan komunikasi? Hai entahlah. Sebagai pegawai utama di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor (staf Anwar la ni), peranan Rafizi di peringkat kerajaan negeri tidak memberi kesan signifikan. Dengan jawatan ini pun ahli PKR masih belum yakin untuk memilihnya sebagai Ketua AMK.

1.3. Peranan Rafizi hanya benar-benar menonjol dek kerana skandal NFC. Ini pun aku percaya dek kerana 'wahyu' Anwar. Ada sebab kenapa hanya Rafizi & Zuraida Kamaruddin dipilih untuk bersilat dalam skandal NFC. Peranan Zuraida selaku Ketua Wanita PKR adalah untuk membedal Ketua Wanita UMNO, manakala segala pendedahan diterajui oleh Rafizi. Kenapa mesti Rafizi? Bukan Ketua Pemuda? Bukan Ketua Penerangan? Sebab Anwar mahu tonjolkan Rafizi & dia mahu membuktikan bahawa "yang aku suruh kau orang sokong dulu ni, bukan saja-saja aku suruh sokong". Dengan pengunduran Shahrizat Jalil sebagai menteri dan pendakwaan suaminya di mahkamah, Rafizi mendapat kredit politik yang terbesar.

1.4. Kemuncaknya ialah debat PTPTN antara Rafizi & Khairy. Walaupun masing-masing ada flaws, tapi Rafizi berjaya meletakkan dirinya setaraf dengan Khairy. Lagi sekali, kenapa mesti Rafizi, bukan Sam? Patutnya Ketua Pemuda lawan sesama ketualah. Lagi sekali juga, aku percaya, Anwar mahukan ianya sebegitu. Sam hanyalah pemimpin transisi yang sudah melepasi zamannya, dia hanyalah caretaker jawatan itu sementara menunggu ianya diambil alih oleh Rafizi pada pemilihan Kongres PKR akan datang. Pada waktu itu ahli tidak lagi mempersoalkan, siapakah Rafizi? Sekarang, usai debat PTPTN, Rafizi dijulang sebagai wira.

1.5. Mana pimpinan pemuda lain? Bolehkah anda bayangkan Khairy berdebat dengan Sam, atau Khairy berdebat dengan Nasrudin Hassan? Sam takde masalah dari segi berdebat, tapi maaf cakaplah, aku perlu sebut, he is physically unfit, bukan verbally unfit. Penampilannya yang 'comel', membuatkan Sam nampak 'kecil' bila dipasangkan dengan Khairy. Itu saja concern aku. Rafizi at least nampak segak sikit, tu jelah. Nasrudin Hassan? Maaf cakaplah, bungkus. Konsert artis barat, hari Valentine, Irshad Manji, boleh serah kat dialah. Dasar fiskal, kerangka ekonomi, gamaknya tinggal rangkalah.


2. Anwar tetapi calon Perdana Menteri

2.1. Hakikat yang perlu diterima oleh semua parti di Malaysia, Anwar tetap calon Perdana Menteri (PM). Memang sesetengah ahli-ahli Pas mahukan presiden mereka menjadi PM, tapi bak analogi Khairy - Nasrudin la, anda tergamak bayangkan Najib Razak berdebat dengan Hadi Awang soal dasar ekonomi negara? Tidak sekali-kali aku menafikan kredibiliti Presiden Pas, tapi biasakah kalian melihat Presiden Pas dalam mana-mana wacana ekonomi seperti mana anda melihat Dr. Dzulkefly Ahmad atau Husam Musa? And yet anda marah bila sesetengah ahli-ahli Pas tegar menyokong Anwar sebagai calon PM, kih kih kih.

2.2. Keseluruhan keghairahan debat Anwar-Najib seharusnya membuatkan ahli-ahli Pas berfikir, siapakah pemimpin utamamu yang kau mahu tonjolkan, atau setidak-tidaknya pemimpin pelapismu? Di antara nama-nama Mat Sabu, Husam Musa, Nizar Jamaluddin, di manakah para ustazmu yang bisa berbicara soal ekonomi dan kewangan dengan petahnya di hadapan rakyat jelata?

2.3. Walau apa pun alasan Najib, orang tetapi mahu melihat dia berdebat dengan Anwar. Memang ramai yang membakulsampahkan saranan ini, sampai tergamak ada yang kata debat ni budaya barat bukan budaya  kita. Tapi kalau tak debat pun memang kita tau, Najib, seperti mana Pak Lah, seorang yang lemah dari segi oral skillnya. Gedebung gedebang sorang-sorang retilah, cakap bukan main, nanti Anwar demamlah, tapi bila ajak debat dia kata buang masa, walhal Ketua Pemuda dia pun berdebat, so Najib takut ke apa? Ini persepsi orang ramai. Kau boleh kayuh merata basikal, kau boleh walk about berbatu-batu, takkan debat sejam kau tak mampu? Dek kerana itulah debat ini penting, kerana kalau Najib kalah sekalipun dalam debat ni, kalahnya bermaruah.


3. Dasar transformasi yang kaput

3.1. Debat antara Khairy & Rafizi ini, asasnya satu sahaja. Rafizi kata trend pembayaran balik hutang PTPTN yang sangat mendukacitakan (di bawah 10%), kalau diteruskan sehingga tahun 2020, akan menyaksikan Malaysia lingkup dengan beban hutang ratusan bilion. Secara jujur, aku TAK PERCAYA dasar transformasi Najib boleh meningkatkan pendapatan rakyat (para penerima hutang PTPTN khususnya) secara signifikan, sebagaimana yang dikatakan oleh Khairy. Tidak, dalam tempoh 8 tahun ini pun aku tak percaya. Aku lebih percaya kepada rombakan drastik dalam sistem pendidikan percuma. Kalau Khairy kata caj 1% PTPTN tu pun dihapuskan jugak, soalnya hutang ratusan bilion itu tetap kekal. Ianya tidak akan ada penyelesaian, aku berkeyakinan sebegitu. Aku lebih percaya yang berlaku nanti ialah berbondong-bondong rakyat akan disenaraihitam & dihalang ke luar negara berbanding rakyat yang sama akan patuh & taat membayar hutang-hutang PTPTN mereka dengan penuh adil & saksama. Kamon, ini Malaysia lah!







Malaysian Bar dan Bar Council post BERSIH 3.0



Pembuka Kata

Semenjak perhimpunan BERSIH 3.0 April lepas, salah satu nama yang mencetuskan kontroversi dan menjadi tumpuan lensa kamera dan perhatian media selain dari senaman punggung dan jualan burger - iaitu Bar Council dan/atau Malaysian Bar. Dikatakan badan peguam ini tidak professional, partisan dan berat sebelah dalam menyediakan laporan berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 (laporan penuh di SINI). Seterusnya badan peguam ini juga dituduh telah bertukar fungsinya menjadi sebuah parti politik dan akibatnya semakin hilang integriti. Badan peguam ini juga digesa untuk berdaftar sebagai parti politik, malahan sebahagian ahli Majlis Peguam dicabar untuk bertanding dalam pilihanraya. Malah ada suara-suara sumbang menyarankan agar Bar Council/Malaysian Bar dibubarkan.

Bar Council atau Malaysian Bar?

Kita mulakan dengan apa perbezaan Bar Council (Majlis Peguam) dan Malaysian Bar (Badan Peguam Malaysia). Secara umumnya aku lihat ramai yang terkeliru atau tidak faham beza kedua badan ini. Hakikatnya, Bar Council/Malaysian Bar bukanlah sebuah kelab syok sendiri atau sebuah persatuan atau pertubuhan apa lagi sebuah badan amal. 

Malaysian Bar merupakan sebuah badan korporat yang ditubuhkan melalui Seksyen 41 Akta Profession Undang-Undang 1976 (LPA). Seksyen 42 menggariskan beberapa objek dan kuasa Malaysian Bar. Yang popular dan selalu dicanangkan oleh Malaysian Bar dan para individu dalam amalan guaman ialah "to uphold the cause of justice withour regard to its interest or that of its members, uninfluenced by fear or favour". Ini suatu klausa yang sangat berkuasa dan umum, kerana proses menegakkan keadilan itu adalah sangat luas, ini termasuklah menjaga keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

LPA juga menggariskan bahawa setiap peguambela dan peguamcara yang mempunyai sijil amalan tahunan yang sah, secara automatik menjadi ahli Malaysian Bar.

Bar Council pula ditubuhkan melalui Seksyen 47 LPA, untuk memastikan kelancaran pentadbiran dan pengurusan Malaysian Bar serta memastikan Malaysian Bar menjalankan fungsinya dengan baik. Ahli Bar Council ini bukanlah dilantik (appointed), tetapi dipilih (elected) oleh melalui proses pemilihan berdasarkan kriteria tertentu. Oleh sebab penulisan kali ini bukan secara khusus mengkaji proses, prosedur fungsi dan kuasa Malaysian Bar/Bar Council, maka aku tinggalkan setakat ini sahaja.

Dalam perumpaan lain, Malaysian Bar ini ibarat seperti sebuah kerajaan, dan Bar Council itu jemaah menteri. Jika tidak faham lagi, perumpamaan lain ialah Malaysian Bar itu sebuah syarikat, dan Bar Council itu ahli lembaga pengarah.

Mereka yang duduk di dalam Bar Council inilah yang akan menentu hala tuju dan pendirian Malaysian Bar. Mereka inilah yang akan membuat ketetapan atau pendirian samada untuk menyokong terhadap sesuatu isu. Kepada para peguam di luar sana yang ada aspirasi untuk terlibat dalam Bar Council, silalah calonkan diri untuk pemilihan ahli dan jangan senyap menyepi.

Laporan BERSIH 3.0 oleh Malaysian Bar 

Bagi aku, laporan ini memang tidak menepati sebuah laporan yang penuh. Sebabnya, tidak dinyatakan tujuan laporan atau apakah objektif laporan. Laporan ini juga hilang arah tuju kerana tidak ada permulaan yang baik, tidak ada flow dalam pengisian apa lagi penutup yang bernas. Ia diolah lebih kepada penceritaan atau pengalaman para peguam pemerhati, serta disulami dengan beberapa undang-undang dan garispanduan antarabangsa berkaitan menjaga keamanan, hak asasi dan dalam menangani perhimpunan.

Apa pun, sekalung tahniah kepada Malaysian Bar yang cuba mengeluarkan laporan ini, disebalik kekurangan yang aku senaraikan tadi. Mungkin jika blogger menceritakan pengalaman peribadi sewaktu BERSIH 3.0 tidak membawa apa-apa makna, tetapi jika sebuah badan guaman yang mengketengahkan sesuatu isu, ia membawa bersama kredibiliti (walaupun sedikit).

Tajuk laporan pun "Final Report of the Malaysian Bar on BERSIH 3.0 rally held on 28 April 2012 in Kuala Lumpur", sudah tentu akan merujuk kepada apa yang berlaku ketika perhimpunan berlangsung. Dan memang betul gas pemedih mata dilepaskan, ada insiden baling botol dari kalangan demonstran, ada insiden polis menggunakan kekerasan melampau dalam menahan demonstran, laluan keluar dari kawasan berhimpun dihalang dan sebagainya. Semuanya dinyatakan dalam laporan tersebut. Apa yang cuba disampaikan dalam laporan tersebut ialah, cuba menghubungkait kolerasi antara apa yang berlaku semasa kejadian dengan apa yang termaktub oleh undang-undang dan garispanduan antarabangsa.

Badan Bebas

Hasil dari laporan di atas, Majlis Peguam/Malaysian Bar dituduh sebagai partisan dan tidak professional serta berat sebelah. Malah cabaran Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya beberapa individu dalam Bar Council untuk bertanding dalam pilihanraya merupakan suatu kenyataan yang langsung tidak berkait dengan isu. Mungkin beliau membuat kenyataan tersebuat atas kapasiti ahli politik bukan atas kapasiti menteri yang menjaga hal ehwal perundangan.

Laporan SUHAKAM berkaitan BERSIH 2.0 juga menunding jari kepada polis menggunakan kekerasan melampau dalam menangani pehimpunan BERSIH 2.0. Jadi adakah kerajaan atau masyarakat umum mengatakan SUHAKAM juga berat sebelah? Apa respon pihak berkuasa terhadap syor atau saranan SUHAKAM?

Adil bukanlah semata-mata sama rata, tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bebas bukan bermakna tidak perlu ada pendirian, kerana itu namanya atas pagar. Bebas, antara lainnya membawa maksud boleh menjalankan tanggungjawab dan fungsi serta amanah dengan tatacara yang ditetapkan sendiri tanpa ada campur tangan oleh pihak luar, untuk membuat keputusan tanpa perlu mengambil kira kepentingan sesuatu pihak atau takutkan suatu pihak yang lain pada sudut yang lain. Akhirnya, kebenaran itu yang perlu dizahirkan, walaupun kebenaran ada kalanya pahit dan memakan diri.


Kes Saman Bar Council

Seorang peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengambil inisiatif untuk menyaman Bar Council, antara lainnya untuk mendapat deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Luarbiasa adalah terbatal dan tidak sah kerana tidak patuh pada beberapa prosedur untuk menjalankan Mesyuarat Agung Luarbiasa. Ini termasuklah notis yang tidak sempurna, wujudnya 'pengundi hantu' semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa.  

Aku malas ulas dan komen lebih-lebih kerana tak mahu prejudis kes yang sudah masuk mahkamah (sakit perut tahan gelak sebab guna alasan cikai bernilai sepuluh sen ini). Secara peribadi dan mengikut pengamatan aku terhadap Mohd Khairul Azam Abdul Aziz melalui wawancara dan penampilan beliau di kaca TV (rancangan Soal Jawab TV3), aku kurang bersetuju dengan hujah dan pendapat beliau (komen beliau terhadap Bar Council/Malaysian Bar) yang nampak dangkal dan selektif.

Akademi Undang-Undang

Rentetatan isu dan kemelut dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Bar Council/Malaysian Bar maka Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz suatu idea untuk menubuhkan sebuah Akademi Undang-Undang, sebuah badan yang akan memayungi mereka yang punya latar belakang pendidikan undang-undang, ini termasuklah penasihat undang-undang syarikat, para pensyarah undang-undang, bekas hakim dan lain-lain. Adakah ini akan menjadi alternatif kepada Malaysian Bar? Apakah kuasa dan fungsi Akademi Undang-Undang ini? itu kita tunggu dan lihat.

Menjadi trend semasa untuk menubuhkan organisasi dan persatuan kala ini. Malaysia sudah ada TIBAI, IKHLAS serta pelbagai gabungan haram lain. Haram kerana mereka ini tidak berdaftar. Aku sendiri terfikir untuk menubuhkan persatuan bekas pengamal undang-undang (PBP-UU). Tujuan utama PBP-UU ialah untuk memperjuangkan nasib para peguam yang kerja tungkus lumus balik lewat malam dan untuk memastikan gaji minima chambering student ialah RM1,500 serta gaji minima peguam muda ialah RM3,000. kah kah kah... 

Tetapi menubuhkan suatu badan alternatif semata-mata badan sedia ada itu dituduh atau dilihat tidak bebas atau partisan sangatlah tidak adil. 

Hala Tuju

Sudah tentu masih ada ruang untuk Bar Council dan/atau Malaysian Bar untuk memperbaiki mutu dan tahap perkhidmatan dan profesionalisma mereka. Tidak semua yang diperjuangkan Bar Council adalah dipersetujui oleh semua pengamal undang-undang, lebih-lebih lagi berkaitan kebebasan beragama, pemansuhan hukuman mati dan lain-lain lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Jadi, bebanan berpindah kepada mereka yang suci hati untuk merubah dan mentransformasi imej dan pendirian Bar Council/Malaysian Bar yang bukan sahaja patuh Shari'ah, malah rasional dan tuntas tanpa berasa takut atau berat sebelah. Sampai bila kita nak petik nama Dato' Haji Sulaiman, Khutubul Zaman, Zainur Zakaria atau arwah Raja Aziz Addruse atau Puan Hendon sebagai malay lawyer, muslim lawyer? 

Secebis pesanan kepada lelaki bujang

Suka aku mulakan entri ini dengan kenyataan ini: AKU MASIH BUJANG. Ini bukan strategi untuk mempromosi diri, tapi suatu thesis statement bahawa aku mahu sentuh isu orang bujang dan aku ada locus untuk sentuh isu ini.

Sudah tentu setiap lelaki bujang sesudah berkerjaya akan sibuk mengejar dan membina kerjaya impian, punya gaji tinggi atau sekadar punya status kewangan yang stabil. Beli kereta dan rumah, kumpul wang untuk kahwin. Tapi aku bukan nak bicara soal ini, aku mahu sentuh perkara yang mungkin remeh temeh, tapi aku sangat ambil peduli.

Kehidupan lelaki bujang seringkali (ini keyword, seringkali bukan keseluruhan) disekutukan dengan makan mi segera, rumah sewa yang serba semak dan tidak teratur, bau rumah kurang menyenangkan, longgokan baju kotor tak bercuci dan lain-lain perkara negatif. Fakta, bukan auta.

Jadi mengapa sedemikian? Mungkin ada 2 atau 3 sebab.

Pertamanya soal kehendak dan keinginan. Lelaki bujang lebih berkeinginan berpakaian bergaya. Tapi bila lihat keadaan rumah, mengharukan. Sebabnya rumah berselerak, berbau dan kotor. Mereka tidak ada atau kurang kehendak mahu rumah yang bersih, teratur dan kemas.

Tapi mengapa lelaki bujang berkehendakkan kehidupan yang bertaraf kelas kedua ini? Ini membawa kepada sebab seterusnya, iaitu sikap malas. Sudah makan mi segera, kuali dan mangkuk dibiar. Cukup beruntung kalau mangkuk itu diletakkan ke sinki, ada yang terbiar atas meja berhari-hari sampai berkulat. Akhirnya akan menyusahkan rakan serumah yang lain. Untung jika dapat rakan serumah yang tidak banyak bicara bila membuat sesuatu kerja, tapi bagaimana jika yang berkira? Jadi akan timbul sedikit persengketaan dan/atau tidak puas hati. "Asyik-asyik aku je yang sapu, aku je yang angkat sampah, aku lah itu akulah ini". Rungutan sedemikian ada kesahihannya, kerana jika rakan yang merungut itu berkira, rakan yang berdiam diri itu pula pemalas.

Lelaki bujang ada sesetengahnya menghabiskan masa 2 ke 3 jam ke gim atau bersukan melakukan aktiviti berat. Tapi untuk mereka mengangkat penyapu seolah-olah suatu bebanan yang sangat azab dan menyeksakan. Jadi tidak hairan bila kita lihat debu tebalnya seinci, kipas bersawang dan puntung rokok atas lantai.

Adakah ini soal taboo? Lelaki tak sepatutnya buat kerja rumah?? Sila bagi dalil qot'ie yang rojih untuk menyokong poendapat demikian. Jika ada, aku sudi delete entri ini. Atau ini ego semata-mata? Dengan siapa hendak ditujukan ego? Mungkin jika sudah beristeri, ego dengan isteri, tapi ini masih berstatus bujang trang tang tang. Dan walaupun sudah beristeri, memasak, mengemas dll bukanlah tanggungjawab isteri seorang sahaja.

Jadi kepada rakan-rakan bujang di luar sana, sempena hujung minggu ini, silalah ringankan tulang, gotong royong kemas rumah anda. Buang segala perasaan malas dan tak ambil kisah soal kebersihan dan soal kekemasan buat sementara waktu. Tingkatkan nilai kehidupan anda. 

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets