Adakah anda sudah memiliki Pelan Perlindungan ini?
*TPD= Total Permanent Disability (Cacat Kekal)
Sekilas Pandang ...
Pelan Takaful ini sebenarnya memberikan perlindungan kepada pendapatan kita (income protection). Bagaimana ianya berfungsi? Cuba bayangkan perkara-perkara berikut:
1. Pernahkah kita mendengar rakan sebaya atau sesiapa sahaja yang terlibat di dalam kemalangan dan mengalami lumpuh atau mengalami kecacatan kekal?
2. Pernahkah kita mendengar orang mengidap penyakit-penyakit kritikal? – sakit jantung, kanser paru-paru, kencing manis, kanser payudara dan sakit-sakit kritikal yang lain yang memerlukan kos rawatan yang tinggi?
3. Pernahkah kita mendengar rakan-rakan sebaya atau sesiapa sahaja yang memerlukan wang yang banyak untuk menampung kos rawatan? > pembedahan batu karang, pembedahan anggota badan kerana bermain bolasepak, atau sakit-sakit lain?
4. Pernahkah kita mendengar rakan-rakan sebaya kita yang telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di usia yang muda?
Kita mungkin pernah terfikir mengenai perkara-perkara di atas. Namun persoalannya, adakah kita yakin bahawa kita akan terus hidup sihat di dunia ini? Kalau ditakdirkan begitu.. Syukur pada Tuhan. Tetapi jika berlaku perkara-perkara di atas kepada kita? Apa persiapan kita? Adakah kita mempunyai wang RM 20-30 ribu di dalam bank kita sekarang jika tiba-tiba doktor mengatakan kita menghidap penyakit kritikal dan perlu membuat rawatan kesihatan kita? Sanggupkah kita menggadaikan nyawa kita sendiri?
Jadi, Plan Takaful ini sebenarnya akan melindungi pendapatan kita jika berlaku sebarang musibah yang tidak dingini. Jika kita membayar insurance kereta setiap tahun, jika berlaku kemalangan siapa yang akan membayar kos baik pulih kereta tersebut? Begitulah dengan Plan Takaful ini. Jika berlaku sebarang musibah, Pelan Inilah yang akan membayar segala kos perubatan. Kita tidak perlu gusar untuk menggunakan wang simpanan yang kita kumpul selama kita bekerja. Gunakanlah wang simpanan kita sebaik mungkin, untuk membahagiakan keluarga, ibu bapa, pasangan, anak-anak kita dan kita serahkan kepada Pelan Takaful untuk membiayai segala kos apabila musibah berlaku terhadap diri kita. Jika kita sanggup untuk melindungi kereta kita dengan membayar insurance setiap tahun, adakah kita TERGAMAK untuk membiarkan diri kita tanpa sebarang perlindungan??? Adakah kereta lagi berharga daripada diri kita????
Kita mungkin pernah menonton program Bersamamu di TV3. Mereka perlukan duit untuk menampung perbelanjaan perubatan dan ada juga perlukan wang kerana ketua keluarga telah lumpuh/sakit dan tidak lagi boleh bekerja. Persoalannya, pernahkah kita memberikan sumbangan kepada mereka? Fikirkan, jika perkara tersebut berlaku kepada kita, adakah ada orang yang sanggup memberikan wang untuk membantu kita? Di manakah tempat untuk kita menagih simpati?
Fikir-fikirkan. Sesungguhnya, tiada siapa yang mahu perkara-perkara di atas berlaku kepada dirinya. Namun, kita tidak berdaya menghalang segala ujian dari Tuhan. Adakah kita yakin kita masih sihat dan masih boleh bekerja pada esok hari? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? 5 tahun akan datang??? Apa persediaan kita?
Nazri Yahya
019-364 4140
Al-Isra’ Associates Sdn Bhd.
Oleh AMREE AHMAD
MALANG tidak berbau. Nahas jalan raya yang berlaku pada 18 September tahun lalu bukan sahaja menyebabkan seorang isteri menjadi balu, malah dua anaknya yang masih kecil kehilangan seorang bapa.
Lebih pilu, insiden yang meragut nyawa Setiausaha Kedua.Kedutaan Malaysia di Libya, Khairil Hisham Ahmad itu berlaku sehari sebelum hari kelahirannya yang ke-31. Allahyarham menghadap Ilahi dalam keadaan tragik jauh di negara orang.
Pada hari yang sama, isteri Khairil, Shahrizad Mohd. Sharifudin sedang bersedia untuk menunaikan solat Zuhur ketika dihubungi pihak Wisma Putra kira-kira pukul 2.30 petang. Pensyarah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL)itu tidak menduga apa-apa.
"Kebetulan saya baru sahaja bertugas selepas habis pantang melahirkan anak kedua dan menyangka panggilan mengejut itu mungkin daripada suami," katanya sejenak membuka bicara. Mereka melangsungkan perkahwinan sekitar Disember 2005.
Anak sulung pasangan tersebut, Ahmad Muzoffar sudah pun berusia lebih dua tahun manakala adiknya, Ahmad Mu'azzam ldni baru berumur sembilan bulan. Allahyarham Khairil Hisham berkhidmat di negara utara Afrika itu sejak Mac 2007.
Malangnya panggilan diterima Shahrizad itu rupa-rupanya mengubah kehidupan beliau buat selama-lamanya.
"Arwah ketika itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk menjemput seorang hakim dari Malaysia sebagai pengadil bagi majlis tilawah al-Quran peringkat Libya," jelas Shahrizad.
Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu pekerja kedutaan terbabas kira-ldra pukul 6 pagi waktu Libya.
Pemandu warga Ghana itu gagal mengawal kenderaan rasmi diplomatik Malaysia di bulatan sebelum melanggar sebatang pokok.
Nahas itu menjadi berita besar di Libya kerana ia berlaku rnenjelang pertandingan tilawah kebangsaan negara tersebut. Hakim dari Malaysia yang turut berada di dalam kereta terselamat.
"Menurut polis, arwah maut di tempat kejadian dan kes itu unik sebab mangsa 'dijemput' Ilahi semasa dalam tugas agama," terang Shahrizad.
Shahrizad sempat tinggal di Libya sebelum balik pada Mei 2008 kerana mahu bersalin di tanah air.
Suaminya yang berasal dari Batu Pahat, Johor sebelum itu bertugas di unit antiterorisme Kementerian Luar di Putrajaya selama lima tahun.
Beli perlindungan insurans
Bagaimanapun, kejadian tidak diduga itu ada hikmah tersendiri.
Secara kebetulan, allahyarham yang tidak pernah mengambil insurans tiba-tiba berbuat demikian ketika pulang ke tanah air sewaktu menyambut kelahiran anak keduanya.
"Arwah sekadar mahu keluarganya dilindungi sistem insurans berasaskan syariah iaitu Prudential-BSN Takaful melalui agensinya, Al-Isra' Associates Sdn. Bhd., kerana ia lebih terjamin.
"Agensi ini menawarkan skim perlindungan takaful yang dipercayai di bawah syarikat kukuh dan ramai pelanggan," jelas beliau.
Kata Shahrizad, biarpun sudah balik ke Libya, allahyarham sering bertanyakan sama ada permohonan Takaful-Link yang disertainya telah diluluskan.
Seperti tahu ajalnya hampir, permohonan Allahyarham diluluskan pada 15 September 2008.
Beliau meninggal dunia tiga hari kemudian yang kebetulan jatuh pada malam Nuzul Quran dan ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa Ramadan.
"Saya reda pemergian arwah malah - bersyukur ketika dia dalam perjalanan balik ke Malaysia untuk melihat saya bersalin, suami saya sempat mengerjakan umrah di Tanah Suci dan juga sempat 11 hari.melihat anak bongsunya," kata Shahrizad lagi.
Allahyarham berkesempatan melakukan upacara akikah, mencukur jambul dan khatan untuk dua anak lelaki mereka.
Jenazah kembali ke tanah air dan disemadikan di tanah perkuburan Presint 20, Putrajaya pada 21 September, seminggu menjelang Aidilfitri.
Shahrizad ditemui pada majlis penyerahan pampasan takaful berjumlah RM60,000 di Petaling Jaya, Selangor Selasa lalu.
Bukan itu sahaja, walaupun allahyarham cuma sempat membayar premium kali pertama sebanyak RM300, keluarganya diberi perlindungan takaful.
Malah dua anaknya menerima pengecualian bayaran premium sehingga berusia 25 tahun.
Jika berlaku perkara (1) – (3) di atas, adakah kita masih boleh bekerja? Adakah kita masih mempunyai pendapatan bulanan? Bagaimana dengan kos rawatan kita? Bagaimana dengan hutang piutang kita? Hutang kereta, hutang PTPTN?, hutang rumah? Personal Loan? Dari mana kita boleh mendapatkan wang untuk menampung perkara-perkara tersebut? Jika kita mempunyai anak, adakah kita sanggup untuk menggadaikan masa depan anak kita dengan menggunakan wang simpanan kita yang sepatutnya kita gunakan untuk pendidikan anak kita semata-mata untuk menampung kos rawatan kita?
Bagaimana pula jika perkara (4) berlaku kepada kita pada usia yang muda? Apa yang kita ingin tinggalkan kepada keluarga kita? Adakah sanggup kita ingin melihat ibu bapa kita bersusah payah membebani hutang-piutang yang kita tinggalkan? Tidak puaskah kita menyusahkan mereka membiayai segala perbelanjaan kita sepanjang kita bersama mereka? Bagaimana pula jika kita sudah berkeluarga sendiri? Adakah kita sanggup membiarkan pasangan yang kita cintai susah payah mencari duit untuk menampung segala hutang yang kita tinggalkan selepas kita tiada? Bagaimana dengan nasib anak-anak kita? Bagaimana mereka ingin meneruskan pelajaran mereka tanpa sebarang wang yang mencukupi yang kita tinggalkan? Dengan adanya Pelan Takaful ini, pampasan akan diberikan kepada waris apabila berlaku kematian, penyakit kritikal dan juga cacat kekal.
adakah ini meruju' kepada encik kapal?
ReplyDeleteya saya.
Delete