Pages

Hari Jumaat sepatutnya cuti

Isu yang aku akan ulas pada hari ini nampak seperti agak remeh, tetapi ianya signifikan. Isu cuti hari Jumaat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, hari cuti ni jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri (untuk negeri-negeri) dan kerajaan persekutuan (untuk Wilayah Persekutuan). Mungkin sesetengah kita yang duduk di Lembah Klang sudah terbiasa dengan keadaan hari Jumaat bekerja, namun tidak di negeri Kelantan, Terengganu & Kedah (Perlis termasuk ke? Tak pasti).

Sebenarnya, AMAT MALANG apabila kita sebagai orang Islam masih perlu bekerja pada hari Jumaat sedangkan Jumaat sepatutnya hari kita orang Islam, terutamanya yang lelaki untuk bersolat Jumaat.

Mungkin ada yang memandang remeh, eh, bukan tak boleh solat Jumaat walaupun Jumaat kerja ye tak? Kita boleh solat Jumaat jugak kan. Inilah silapnya kita, kita memandang remeh peranan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari. Sebab kita pandang yang penting hanya solat Jumaat 2 rakaat tu je. Walhal keutamaan hari Jumaat bukan sekadar solat Jumaat tu je. Tanyalah perasan mereka (terutamanya lelaki) di 3 negeri di atas apabila Jumaat cuti, sebenarnya mereka seronok kerana mereka tidak perlu terkejar-kejar untuk pergi solat Jumaat.

Apabila Jumaat cuti, banyak fadilat Jumaat yang kita (lelaki) dapat rebut tanpa perlu terkejar-kejar. Mandi solat Jumaatnya, kerat kukunya, datang awal solat Jumaatnya (merebut pahala unta), merebut pahala iktikafnya. Kadang-kadang sebelum Jumaat tu siap ada tazkirah lagi. Nak balik pun tak kelam-kabut, sebab takde apa yang nak dikejar.

Bezakan kalau Jumaat tu kerja, terkejar-kejar. Dengan tak mandinya, dengan belum makannya, mana nak dengan iktikafnya, selalu kalau sampai masjid pun, tinggal pahala telur ayam atau silap-silap takde pahala. Dah tu balik pun tergesa-gesa sebab nak mengejar masuk ofis semula pukul 2.30 petang. Kadang-kadang tu ada meeting pulak lepas solat Jumaat. Solat sunat ba'diah Jumaat pun hangus. Dah kalau semua terkejar-kejar di manakah keberkatannya lagi? Itu belum masuk lagi kes tertidur time khutbah Jumaat (dah kalau bangun 6.00 pagi sebab nak pergi kerja mana tak mengantuk kalau khutbah Jumaat). At least kalau Jumaat cuti, boleh bangun lambat sikit & masa khutbah Jumaat takdelah tidur.

Kalau tak nak sebut dari perspektif agama pun, terus-terang aku katakan dari segi produktiviti kerja, kerja hari Jumaat sangat tak produktif terutama kepada sektor kerajaan sebab pada hakikatnya banyak masa terbuang di hari Jumaat tu. Sebabnya, kebiasaan kakitangan awam akan keluar 12.15 tengahari untuk lunch & solat Jumaat. Tapi siapa yang dapat faedah? Sepatutnya hanya pekerja lelaki Muslim saja yang dapat keistimewaan ni tapi apa yang kita dapat saksikan, pekerja wanita yang takde kena mengena dengan solat Jumaat (di Malaysia lah) pun dapat keluar awal. Yang menyakitkan mata tu, time kita lelaki ni nak makan sebelum Jumaat tu, time tu jugaklah yang para wanita ni berlonggok kat kedai makan & kafetaria, tak boleh tunggu lelaki solat Jumaat dulu ke? Takut lauk habislah tu. Dah tu, pekerja bukan Islam pun dapat keluar jugak, walaupun mereka sah-sah tak perlu solat Jumaat. Aku boleh jamin, untuk hari Jumaat je, sektor kerajaan & swasta dah rugi at least sejam setengah, sebab lazimnya pekerja akan keluar 12.15 pm (awal 45 minit dari waktu rehat hari biasa) & akan masuk semula pejabat 2.45 pm (lewat 45 minit dari waktu rehat hari biasa). Itu belum masuk yang keluar pukul 12 pm masuk ofis 3 pm (yang lagi lambat dari tu pun ada). Katalah seminggu rugi sejam setengah, kalau setahun, purata 75 jam terbazir untuk seorang pekerja. 75 jam tu hampir sama dengan produktiviti 2 minggu waktu bekerja. Itu baru seorang pekerja. Kalau sejuta pekerja? Maknanya 75 juta jam terbazir begitu saja.

Apa masalah kalau cuti Jumaat & Sabtu je? Ahad tu kerja. Maknanya Ahad sampai Khamis, masa bekerja dapat dioptimumkan, rehat pukul 1 pm - 2 pm je. Jumaat tu, cutilah puas-puas. Yang lelaki dapat solat Jumaat & ambil fadilat Jumaat. Yang perempuan pun dapat shopping atau kemas rumah atau rehat saja-saja je kalau nak.

Ini bukanlah bermaksud nak mendiskriminasikan pekerja yang beragama Kristian pulak. Nanti kata kalau Ahad kerja, diorang tak dapat pergi gereja pulak. Benda ni boleh diadjust, bukanlah rigid sangat. Mungkin boleh arrange time slip, bagi penganut Kristian pelepasan dalam 3, 4 jam untuk pergi gereja. Lagi pun penganut Kristian di Malaysia ni tidaklah ramai sangat, tak sampai 10% kot, kalau tolak Sabah/Sarawak lagi sikit peratusannya. Sepatutnya negeri macam Pahang, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, tak payahlah nak cuti jugak Ahad tu. Eloknya KL & Selangor pun cuti jugak Jumaat tu, atas nama produktiviti namun yang paling penting, atas kesedaran agama. Kalau yang minoriti orang Islam macam kat Penang, Sabah, Sarawak tu, takpelah nak cuti jugak Ahad. Macam Johor zaman Muhyiddin jadi MB, sebab nak bodek Mahathir, tergamak tukar cuti hari Jumaat kepada Ahad, banyaklah kau punya menjunjung Islam.

Kenapa jadi macam ni? Sebab kita ambil mudah peranan hari Jumaat. Jumaat sebagai hari yang menyatukan umat Islam tu, tak nampak. Takde rasa nak meraikan, nak membesarkan hari Jumaat. Kadang tu nak tunggu Awal Muharam dulu, nak tunggu Maulid Nabi dulu, baru nak ingat masjid. Walhal Jumaat tu meeting mingguan. Yang nampak di KL ni, kelam-kabut, terkejar-kejar. Mana nak berkat kalau macam tu.

1 comment:

  1. Saya sangat sokong pendapat tuan. Amat memalukan dan menyedihkan orang Islam tidak sensitif perkara ini.

    Sedangkan ianya mempunyai impak yang besar kepada sosial masyarakat di hari muka.

    Bayangkan, bapa2, tidak pernah dapat bersolat Jumaat bersama anak2 yang bersekolah, bapa sibuk bersolat bersama rakan kerja, anak2 sibuk entah solat entah tidak. Dimana ukhuwah bapa dan anak tentang solat dan agama?

    Malangnya,... orang Kristian yang segelintir saga, pun dapat menghadiri gereja bersama keluarga dan anak-anak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets