Pages

Ini kisah pensil warna, kalau tidak diasah.

Biar aku memulakan entri ini dengan pantun dua kerat:

Bila pena sudah patah
Nak menulis terasa lelah.

Setelah sendawa 2 kali dan minum air kosong dan dalam hati baca Basmallah, maka aku pun menulis entri ini (ala-ala Zul Nordin, kah kah kah).

Menceritakan kisah aku kecil-kecil dulu, memang aku berbakat dalam bidang seni lukis. Kalau Picasso tu orang iktiraf sebagai maestro, aku up lagi dan lagi.. haha... Cikgu-cikgu bagi jela tajuk lukisan apa, apakah medium lukisan - colour water, pensil warna, crayon, magic colour - memang aku setelkan dengan ikhlas. Dapat A tu perkara biasa, setakat lukisan ditampal di belakang kelas tu lagi la biasa, jadi bahan pameran. Memang ada gaya, mutu dan keunggulan.

Cuma disebalik itu, aku pakai pensil warna Luna yang 12 batang je, magic colour, water colour yang paling murah, cukup syarat, yang penting ada. Tapi semua berakhir di sekolah rendah je, sebab sekolah menengah aku tak di ajar subjek seni lukis. Yang ada seni khat. Sekarang ni aku tengok set pensil warna dah ada yang 48 batang, ntah apa la budak-budak zaman sekarang lukis dan warnakan.

Bergerak maju ke tahun 2012, aku dah takde skill nak lukis atau warna-warna ni, hilang terus. Sekarang skill aku ialah tulis blog. Haha...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets