Pages

Rosmah Mansor dan gelaran kehormatnya.

Aku nak tulis panjang-panjang sangat pasal ni, rasa macam tak berbaloi. Tapi reaksi yang diterima atas keputusan Universti Curtin ni memang menakjubkan. Ramai yang membantah tidak bersetuju, terutama dari para pelajar dan alumni institusi tersebut. Isunya berkisar apa sebab Rosmah ni layak dapat gelaran kehormat tersebut.

Di pihak Curtin Universiti, mereka ada mengeluarkan kenyataan meminta maaf kerana merujuk Rosmah Mansor sebagai 'First Lady'. Ini kes terlepas pandang dan ada unsur-unsur kejahilan di situ oleh orang-orang Australia yang tidak tahu salah silah dan galur sistem pemerintahan negara. Tapi kepeningan berterusan yang menjadi isu ialah kenyataan yang menyatakan Rosmah berjasa besar melalui program PERMATA, dan dikatakan PERTAMA kini sudah ada 600 pusat. Bila kita periksa laman web PERMATA sendiri, yang tersenarai hanyalah beberapa sahaja.

Komen-komen yang ada pada laman FB rasmi Universiti Curtin tu, memang pelbagai rencah dan perisa. Kebanyakannya mengutuk tindakan penganugerahan tersebut kepada Rosmah Mansor. Sekarang ni sebarang komen telah ditutup oleh pengurusan Universiti Curtin. Aku baca banyak komen-komen berunsur kutukan dan penghinaan, peribadi dan sebaliknya sepanjang aku menyusuri mukasurat FB Universiti Curtin.

Yang paling pelik ialah komen sorang mamat ni, berbunyi "Sebagai seorang rakyat Malaysia saya tidak pernah mendengar apa itu PERMATA." Betapa jahilnya komen ni. Kalau nak kritik dan komen, sila guna akal fikiran yang waras, bukan emosi yang akhirnya menunjukkan keb*d*han diri sendiri.

Aku tak sokong pun pemberian ini, ramai lagi tokoh-tokoh yang memberi kebaikan kepada rakyat jelata secara umumnya. Lainlah kalau Rosmah buka PERMATA dari poket dia sendiri, nak tolong anak-anak luar bandar. Ini setakat buka pusat pembangunan kanak-kanak, ramai yang buat. Kalau setakat buat program menari-nari kat Istana Budaya, Tiara Jaquelina dah lama buat.

Bagi aku sendiri, kejadian ini memberikan aku pengetahuan wujudnya Universiti Curtin ini, yang juga ada branch di Sarawak, dan nama Curtin itu ialah bekas Perdana Menteri Australia yang ke-14, Encik John Joseph Curtin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets