Pages

Secebis pesanan kepada lelaki bujang

Suka aku mulakan entri ini dengan kenyataan ini: AKU MASIH BUJANG. Ini bukan strategi untuk mempromosi diri, tapi suatu thesis statement bahawa aku mahu sentuh isu orang bujang dan aku ada locus untuk sentuh isu ini.

Sudah tentu setiap lelaki bujang sesudah berkerjaya akan sibuk mengejar dan membina kerjaya impian, punya gaji tinggi atau sekadar punya status kewangan yang stabil. Beli kereta dan rumah, kumpul wang untuk kahwin. Tapi aku bukan nak bicara soal ini, aku mahu sentuh perkara yang mungkin remeh temeh, tapi aku sangat ambil peduli.

Kehidupan lelaki bujang seringkali (ini keyword, seringkali bukan keseluruhan) disekutukan dengan makan mi segera, rumah sewa yang serba semak dan tidak teratur, bau rumah kurang menyenangkan, longgokan baju kotor tak bercuci dan lain-lain perkara negatif. Fakta, bukan auta.

Jadi mengapa sedemikian? Mungkin ada 2 atau 3 sebab.

Pertamanya soal kehendak dan keinginan. Lelaki bujang lebih berkeinginan berpakaian bergaya. Tapi bila lihat keadaan rumah, mengharukan. Sebabnya rumah berselerak, berbau dan kotor. Mereka tidak ada atau kurang kehendak mahu rumah yang bersih, teratur dan kemas.

Tapi mengapa lelaki bujang berkehendakkan kehidupan yang bertaraf kelas kedua ini? Ini membawa kepada sebab seterusnya, iaitu sikap malas. Sudah makan mi segera, kuali dan mangkuk dibiar. Cukup beruntung kalau mangkuk itu diletakkan ke sinki, ada yang terbiar atas meja berhari-hari sampai berkulat. Akhirnya akan menyusahkan rakan serumah yang lain. Untung jika dapat rakan serumah yang tidak banyak bicara bila membuat sesuatu kerja, tapi bagaimana jika yang berkira? Jadi akan timbul sedikit persengketaan dan/atau tidak puas hati. "Asyik-asyik aku je yang sapu, aku je yang angkat sampah, aku lah itu akulah ini". Rungutan sedemikian ada kesahihannya, kerana jika rakan yang merungut itu berkira, rakan yang berdiam diri itu pula pemalas.

Lelaki bujang ada sesetengahnya menghabiskan masa 2 ke 3 jam ke gim atau bersukan melakukan aktiviti berat. Tapi untuk mereka mengangkat penyapu seolah-olah suatu bebanan yang sangat azab dan menyeksakan. Jadi tidak hairan bila kita lihat debu tebalnya seinci, kipas bersawang dan puntung rokok atas lantai.

Adakah ini soal taboo? Lelaki tak sepatutnya buat kerja rumah?? Sila bagi dalil qot'ie yang rojih untuk menyokong poendapat demikian. Jika ada, aku sudi delete entri ini. Atau ini ego semata-mata? Dengan siapa hendak ditujukan ego? Mungkin jika sudah beristeri, ego dengan isteri, tapi ini masih berstatus bujang trang tang tang. Dan walaupun sudah beristeri, memasak, mengemas dll bukanlah tanggungjawab isteri seorang sahaja.

Jadi kepada rakan-rakan bujang di luar sana, sempena hujung minggu ini, silalah ringankan tulang, gotong royong kemas rumah anda. Buang segala perasaan malas dan tak ambil kisah soal kebersihan dan soal kekemasan buat sementara waktu. Tingkatkan nilai kehidupan anda. 

Sekian.

PTPTN : Suatu Cabaran ke Arah Pelepasan Pembayaran (Siri II)

Bahagian I di SINI.

Sedikit trivia: kepada mereka yang tidak tahu, "pelepasan pembayaran" yang aku maksudkan di sini bermaksud 'biasiswa', 'exemption' dan yang seerti dengannya, iaitu tak perlu bayar hutang PTPTN kalau dapat ijazah kelas pertama. PTPTN menggunakan terma "pelepasan pembayaran". Ijazah kelas pertama ni berbeza-beza ikut universiti dari serendah 3.5 ke 3.75, perlu disahkan oleh universiti (kalau ijazah tu tak tertera perkataan kelas pertama), bukan PTPTN yang tentukan.

Berbalik kepada cerita aku.

Petang tadi dapat panggilan dari Pegawai E. Dia mengesahkan jangkaan aku, aku dapat exemption bayar PTPTN untuk tahun ke-5 je. Maksudnya, dari hutang aku asalnya RM35,500, aku kena bayar RM26,000 (sebab aku bukan anak menteri dan bukan anak towkey, so aku kena la minta pinjaman penuh, bes kan jadi rakyat Malaysia???)

Sebelum tu aku ada e-mel dia, aku minta pencerahan dia pasal beberapa isu. Salah satunya, kalau betul aku hanya dapat pelepasan untuk tahun ke-5 sahaja, PTPTN nak kira macam mana, dan adakah aku akan ditawarkan Ujrah semula. Kemudian Pegawai E ni tanya, samada aku setuju dengan keputusan PTPTN. Aku macam pelik, ait kena persetujuan aku ke? Nanti aku minta pelepasan penuh, nak ke PTPTN bagi? Dia cakap kalau aku setuju, dia akan hantar kes aku ke bahagian pelarasan, nak laraskan jumlah hutang. Aku pun beritahu la, takan la PTPTN nak aku setuju on the spot, melalui telefon. Jadi aku minta PTPTN keluarkan surat rasmi, beritahu aku keputusan dan sebab musabab keputusan tersebut, sebab aku tanak setakat surat picisan beritahu keputusan, tak tulis sebab keputusan. Pegawai E cakap dia akan beritahu bos dia (sebab bos dia yang akan buat surat tu). Berbalik pada soal aku setuju tak setuju tu, aku tanya kalau aku tak setuju, macam mana? Dia cakap boleh buat permohonan baru. Boleh pulak camtu? Aku dah tunggu 2 tahun kot nak tahu pasal ni. Aku cakap la, kalau aku buat permohonan baru, nanti akan jadi cerita sama juga (dalam otak aku ni tengah mencari-cari apa dasar rayuan yang boleh aku kemukakan untuk dapat pelepasan penuh, huak3)...

Itu jela, sekarang ni aku akan tunggu surat rasmi dari PTPTN sementara tu aku cari ilham baru nak dapat pelepasan penuh. Kalau ada sesiapa ada masalah dengan PTPTN, nak minta rujukan aku, boleh je, Sila jangan segan silu nak kemukakan aduan, haha..

Tapi permohonan untuk mansuhkan PTPTN aku tak akan layan la. Korang boleh ikut camping kat dataran kalau nak. Melencong sikit ke perkembangan terbaru kaki pukul dan samseng yang serbu barisan mahasiswa yang berkhemah kat dataran, aku kategorikan tindakan mereka itu bacul dan b*d*h dan pengecut. Mereka boleh dilabel sebagai penjenayah dan aku harap korang kena tangkap, kena dakwa. Nak jadi hero pergi la berkawal tangkap perompak, buat apa kacau orang camping???

nota kaki: ni dah macam blog peribadi pulak, cite masalah aku je, haha.. padahal niat awal nak menjadikan blog ni medan perkongsian isu-isu sejagat untuk membantu ummah... haha...

hidup umpama setin air coke

dalam hidup bekerjaya ni, mesti kita akan perasan yang gaji kita mesti tak sama berbanding kawan-kawan kita..kalau ada 10 orang kawan, aku gerenti 10-10 ni gaji lain-lain..

kenapa boleh jadi lain? kenapa ada yang bergaji besar, ada yang bergaji sederhana dan ada yang bergaji ciput? aku selalu jawab persoalan ni dengan mengibaratkan kita-kita ni sebagai setin air coke

kenapa setin air coke?

kerana secara umumnya, air coke di kilang coke, harga kosnya adalah sama untuk kesemua air tin, katalah 50 sen..
kalau dah harga kosnya 50 sen setin, kenapa di pasaran harganya akan jadi totally lain? misalnya harga di mydin 90 sen, kedai runcit biasa rm1.50, di restoran makanan segera rm2, di pub harganya rm3, di airport harganya rm4 dan di sesetengah hotel 6,7 bintang harganya setin rm10?

samalah jugak macam kita-kita ni
kenapa asalnya semua sama je, ada degree belaka tapi end up dapat gaji yang berbeza-beza?

untuk jawab soalan ini, kita kena berbalik semula kepada air coke di atas, siapakah yang menentukan harga coke di sini rm2, di situ rm3 dan di sinun rm10? jawapannya ialah pasaran yang menentukan..pengusaha hotel berani meletakkan harga setin air coke rm10 sebab dia tau mesti ada yang sanggup beli, tapi tokey mydin tak sanggup letak harga walau rm2 setin sebab dia tau takde siapa akan beli barang dia kalau macam tu

sama jugaklah macam kita, kita yang menentukan kita nak duduk di pasaran mana..kita kena cari 'pengusaha' yang sudi letakkan harga tinggi untuk kita walaupun 'harga' kita hanyalah degree macam orang lain jugak

dalam erti kata lain, kita kena pandai market diri kita..diulangi sekali lagi, kita kena pandai market diri kita kalau kita nak dapatkan bayaran yang lumayan berbanding kerja yang kita buat

market ni ada bermacam cara..antaranya kita kena pastikan yang diri kita ada pakej tambahan atau added value berbanding orang lain, barulah pengusaha akan pilih kita..nak kata ada degree, semua ada degree, jadi apa pakej tambahan yang kita ada untuk offer kepada pengusaha-pengusaha di luar sana?

kalau kita ada master/sarjana, itu satu added value..kalau kita ada latihan praktikal (macam law ni, pernah chambering dan ditauliahkan sebagai peguambela dan peguamcara), itu satu added value..kalau kita ada pengalaman bekerja di syarikat konglomerat, itu satu added value (ni merujuk kepada situasi kalau kita nak pindah kerja ke tempat lain yang offer gaji lagi tinggi)..kita pandai teknologi dan software, itu juga added value..kalau macam ambik law kat uia ni, ada degree syariah ialah added value, dapat tauliah peguam syarie ialah added value, pernah tulis artikel dan published kat penerbitan mana-mana ialah added value..pendek kata, banyak cara kita nak upgrade diri kita dengan berkorban sedikit masa, usaha dan wang ringgit

gaji bukan soal nasib semata-mata tapi soal usaha untuk kita meletakkan 'harga' kepada diri kita..untuk sektor awam mungkin penulisan aku ni tak berapa relevan, tapi untuk sektor swasta (peguam, eksekutif), percayalah, yang membezakan gaji kita dengan orang lain bukanlah kerana kita ada degree apa tapi apa added value yang kita ada yang boleh beri manfaat kepada syarikat tempat kita nak bekerja..maka soal demanding itu perkara biasa, tak salah kalau seseorang itu demand kalau dia layak demand, tapi janganlah demand masa mula-mula start kerja, tu memang nak mintak kena hempuk namanya..dah ada track record, baru boleh demand be!


Dokumen ini disahkan benar!!!

Pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang menyatakan bahawa keperluan untuk sesuatu salinan dokumen disahkan benar (certified true copy atau CTC) akan dimansuhkan disambut baik oleh rata-rata penduduk Malaysia, terutamanya penduduk desa.

Sebelum ini, garispanduan agensi-agensi kerajaan menetapkan bahawa segalan salinan dokumen sokongan mestilah disahkan benar oleh beberapa golongan sahaja, seperti pegawai kelas A, ketua jabatan, majistret, pesuruhjaya sumpah, jaksa pendamai, pengetua sekolah, penghulu, ketua kampung atau pun pengerusi jawatankuasa kemajuan & keselamatan kampung (JKKK). Sebenarnya tidak ada undang-undang khusus yang mewajibkan salinan dokumen disahkan benar oleh golongan tertentu. Dasar ini ada kalanya menyebabkan kesusahan kepada orang awam. Ada permohonan yang ditolak disebabkan dokumen sokongan mereka disahkan oleh golongan selain yang telah ditetapkan.

Menurut tinjauan dan carian kami, borang permohonan pengecualian menyertai program latihan khidmat negara turut menyenaraikan komandan kem PLKN sebagai salah seorang yang boleh mengesahkan salinan dokumen sokongan. Apa relevannya kem komandan kepada dokumen sokongan tidaklah kami ketahui.

Mat Jan Kasimin, bapa 3 orang anak yang menetap di Parit 3, Sungai Besar menyatakan kegembiraan beliau atas polisi baru ini. Beliau mengucapkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan beban dan keperluan masyarakat. "Saya memang mengalu-alukan langkah ang diambil ni, tak perlu susah-susah lagi nak ke pekan minta cop pegawai, nak mintak cop penghulu. Sebelum ni anak saya nak masuk tadika KEMAS pun susah, jumpa penghulu kat kedai kopi mintak cop, dia cakap tak bawa cop" ujar beliau dengan pelat jawa.


**************


Kat atas tu bukan berita betul, berita tipu, tapi pasal langkan nak mansuhkan salinan disahkan benar tu betul. Baca di SINI. Sebut pasal salinan sah ni, aku dulu minta cop penghulu nak sahkan segala sijil bagai masa nak masuk UIA. Aku tak ingat penghulu mukim mana, haha. Sebagai berlaku adil dan menghormati sumbangan penghulu kepada mukim, aku bagi link pejabat tanah dan daerah Teluk Intan, tempat aku menetap, yang menyenaraikan penghulu-penghulu Teluk Intan.Tapi aku mintak cop tu cerita 10 tahun lepas, mungkin pakcik tu dah pencen.

Dan suka juga aku nak kongsi bahawa ada permohonan aku dikatakan tak lengkap sebab yang sahkan dokumen aku ialah seorang peguambela & peguamcara (bukannya pegawai kanan bahagian tertentu (takde kaitan dengan kerajaan). Aku boleh terima lagi sebab bahagian tu yang keluarkan dokumen tersebut. Tapi, bila aku bagi dokumen yang disahkan oleh pegawai dari bahagian yang dimahukan, ada pulak hamba Allah ni cakap, boleh ke orang jawatan ni sahkan dokumen, bukan kena jawatan lagi tinggi ke? lain organisasi lain jawatan la bang, mungkin jawatan dia timbalan pengarah, tapi hakikatnya dia lagi berjawatan lebih besar dari abang.. haha... aku gelak dalam hati je...  

Soal jawab pendidikan percuma

Orang politik akan berkompang bila menyentuh isu pelaksanaan pendidikan percuma atau mansuh PTPTN Melayu akan lingkup, hak Melayu terjejas, negara akan bankrap, Petronas akan ada lebih tanggungan dan sebagainya, pendidikan percuma cuma bahan jajaan pilihanraya. Di satu puak lagi akan bersorak yang hutang kroni boleh lepas tapi kenapa tak mampu bagi pendidikan percuma, Petronas untung juta-juta, dana awam jutaan ringgit mudah sahaja diseleweng lebih baik bantu pelajar. Dan senarai akan berpanjangan, satu pihak tembak kemudian dibalas semula. 

Bagi aku, mahasiswa dan masyarakat Malaysia amnya tidak bersedia untuk pendidikan percuma apatah lagi dihapus nilai hutang PTPTN. Kenapa? Sebabnya mudah, kita ambil senario peminjam PTPTN|:-

Peminjam ambil lewa bab pelajaran;
Peminjam belanja wang pinjaman bukan untuk buku tapi untuk telefon bimbit dan pakaian;
Peminjam gagal dalam pelajaran;
Peminjam gagal tamatkan pengajian;
Peminjam pentingkan lifestyle dan trend berbanding kesederhanaan; 
Peminjam boleh membeli kereta mewah dan rumah mewah tapi lalai bayar hutang.

Pasti ada yang berkata, bukan kesemua bersikap seperti di atas. Ada yang bersungguh-sungguh. Ada yang betul tak mampu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini yang terjadi sekarang ini, ada golongan karut marut dan huru-hara yang tak layak untuk dapat pendidikan percuma, tak layak hutang mereka dihapuskan. Berbalik kepada mentaliti dan attitude individu. 

Jadi kalau ditanya, pendidikan percuma lojik atau tidak, rasional atau tidak. Jawapannya sudah tentu lojik. Tapi tidak boleh pukul rata. Soal pelaksanaan, soal kawalan. Semua orang boleh buat dasar, perkara makro, tapi siapa yang akan melaksanakan dasar, meneliti yang mikro??  Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ambil contoh pemberian RM500 kepada mereka yang berkelayakan dalam program BR1M Malaysia. Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.92 bilion untuk BR1M. Ini jumlah yang besar (tapi kecil berbanding dana PTPTN), dan ramai yang dapat tempias manfaat, walaupun pada pendapat aku manfaat tersebut sangat-sangat sedikit dan BR1M lebih kepada langkah populis berbanding dengan tujuan utama kurangkan beban rakyat. Jadi terpulanglah kepada kerajaan sedia ada (atau kerajaan akan datang) untuk membuat dasar yang tuntas dan tidak culas dari segi pelaksanaannya ke arah sistem pendidikan yang bukan sahaja percuma, tapi berkualiti.

Sehingga itu, dan sehingga pilihanraya, dan sehingga PTPTN tak direform serta ditingkatkan mutu perkhidmatan, kita berstatus quo. Hutang tetap hutang dan ada yuran yang perlu dibayar.

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14: Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Daulat Tuanku!!!

Sempena pertabalan YDPA yang baharu, aku nak update sikit la. Aku tahu ramai yang gembira, bukan apa, sebab hari ini diumumkan cuti. 

Apa pun, sedikit sebanyak mengenai YDPA ke-14. Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, sebelum dilantik sebagai YDPA, baginda  merupakan Sultan Kedah yang ke 27. Baginda pernah menjawat sebagai YDPA yang ke-5 dari tahun 1970 ke 1975. Pada tahun 2008, baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah. 


Suka juga aku nak sebut semenjak ada YDPA yang baharu ni, para khatib Jumaat pernah la tersasul atau tergagap ketika baca doa, yela, selama ni selalu dok sebut As-Sultan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 


Apa pun, Malaysia sudah ada Kepala Utama Negara yang baharu seperti yang termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. Dan kalau kita teliti dan susuri Perlembagaan Persekutuan, YDPA merupakan ketua cabang utama kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman tapi sudah tentu mempunyai batas dan kuasa tertentu. Aku kena buka semula kitab pasal perlembagaan untuk coret pasal perkara-perkara ini. Jadi aku berhenti setakat ini sahaja.

nota kaki: gambar ihsan Google.

PTPTN : Suatu Cabaran ke Arah Pelepasan Pembayaran


Aku nak berkongsi kisah aku sepanjang membuat permohonan pelepasan bayaran balik pinjaman dari PTPTN, lebih detail dari entri aku yang terdahulu, boleh baca di SINI.

Al-kisahnya kepada yang tidak tahu, takdir aku ke menara gading ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, program ijazah berkembar LLB dan LLB_S (iaitu LLB Shariah - jadi aku ni pelajar undang-undang sivil dan juga pelajar undang-undang Shari'ah sepanjang tempoh pengajian), ambil masa 6 tahun (1 tahun matrik PJ dan 5 tahun kampus utama  Gombak). Aku memang peminjam PTPTN, sebab itu je yang termampu, sebab bila pohon biasiswa Telekom dan JPA, tak dapat, memang bukan rezeki, dan aku tak memilih untuk ke sesi temuduga pinjaman Yayasan Perak. Jadi lepas 6 tahun tu, aku pun grad la, 2nd class LLB, 1st class LLB_S.

Lepas tamat tempoh pengajian April 2009, aku terus kerja dan sibuk hinggalah masuk tahun 2010 aku tergerak nak pohon pelepasan pembayaran balik. Jadi bermulalah perjalanan aku minta pelepasan pembayaran balik pinjaman atau dalam bahasa lainnya, proses untuk aku tak nak bayar hutang. Aku buat permohonan berdasarkan premis berikut: -
  1. Tarikh surat tawaran pinjaman aku ialah 25 Jun 2004 (sebab polisi PTPTN tak benarkan pelepasan bayaran balik selepas 1 Julai 2005, hinggalah dalam budjet 2010 kerajaan benarkan semula hanya untuk mereka yang grad selepas 1 Januari 2010;
  2. Surat tawaran tersebut adalah untuk program LLB_S; dan
  3. Aku grad LLB_S dengan 1st class.
Bagi aku ini permohonan yang simple tapi terdetik mungkin timbul sedikit masalah memandangkan melibatkan double degree dan keputusan yang berbeza (2nd class & 1st class). Tapi, dengan suci hati aku pun buat surat dan hantar permohonan ke PTPTN.

Seperti yang aku duga, memang tak semudah dan tak selancar yang aku sangka. Sebabnya begini, surat tawaran aku ke UIA memang untuk program LLB_S. Yang aku faham ketika itu, 4 tahun pertama aku akan habiskan LLB dahulu dan pada masa yang sama aku akan ambil subjek LLB_S. Status aku sepanjang 4 tahun tersebut mmg LLB_S. Kemudian lepas tamat LLB, tahun ke-5 barulah semua subjek yang aku ambil 100% subjek LLB_S. Tapi masalahnya, dalam akademik transkrip LLB_S, hanya subjek-subjek tahun ke-5 ditunjukkan, langsung tak dicampur dengan subjek-subjek LLB_S yang aku ambil dari tahun pertama ke tahun ke-4. Tapi itu bukan masalah aku, di luar bidangkuasa aku, sebab selama ini aku beranggapan bahawa semua keputusan subjek-subjek LLB_S dari tahun pertama hingga tahun ke-5 akan dinilai puratakan untuk menentukan keputusan keseluruhan bagi ijazah LLB_S. Tapi bukan itu yang berlaku.

Sebagai pemudah cara, aku buat kronologi berikut: -

April 2009: Aku tamat pengajian, habis final exam.

20 November 2009: Surat peringatan dari PTPTN suruh buat bayaran. Memang tepat la timeline PTPTN hantar surat suruh bayar, lepas 6 bulan aku grad.

15 Januari 2010: Surat peringatan kedua dari PTPTN.

2 Februari 2010: Surat permohonan pelepasan bayaran balik pertama dihantar ke PTPTN.

26 April 2010: Aku buat surat susulan, bertanya status surat permohonan.

15 Oktober 2010: Surat dari PTPTN menyatakan permohonan aku tak lengkap. Amboi, hampir 8 bulan baru nak balas kat aku beritahu permohonan tak lengkap. Musykil, sebab PTPTN cakap proses permohonan hanya mengambil masa dalam 3 bulan je.

8 November 2010: Surat permohanan kedua aku hantar, yang lengkap dan semua dokumen yang PTPTN senaraikan teratur.

28 Februari 2011: Surat tawaran Ujrah bertarikh 20 Februari 2011 diterima. Antara syarat surat tawaran ialah penerimaan tawaran Ujrah hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat tawaran.

4 Mac 2011: Hantar e-mel ke Unit Penguatkuasaan Dan Kutipan Balik PTPTN (upkb@ptptn.gov.my), pohon penjelasan status permohonan pelepasan bayaran balik. Juga bertanya adakah perlu untuk sempurnakan tawaran Ujrah dan samada melengkapkan tawaran Ujrah akan memberi apa-apa kesan atau prejudis terhadap permohonan pelepasan bayaran balik.

7 Mac 2011: Terima jawapan dari seorang pegawai (Pegawai A), jawapan cukup ringkas dan padat tapi kurang bermanfaat pada aku:
Tuan, Berdasarkan Pekeliling PTPTN Bil. 1/2010 telah memaklumkan selagi kelulusan belum diperolehi tuan masih tertakluk untuk membuat bayaran balik pinjaman seperti yang telah ditetapkan. Permohonan tuan untuk pengecualian bayaran balik pinjaman masih dalam semakan PTPTN. Sekian, terima kasih.
Masih dalam semakan selepas hampir 4 bulan dari tarikh terima permohonan lengkap? Surat permohonan lengkap aku hanya ada 2 helai dan ada 9 dokumen/lampiran sokongan. Dalam surat tu aku dah nyatakan dengan jelas aku grad ijazah berkembar dan kenapa aku fikir aku layak dapat pelepasan. 4 bulan (dan akan berterusan) untuk teliti semua ini??

7 Mac 2011: Dengan segera aku balas supaya Pegawai A: -
(i) memberikan 'estimated timeline' dan proses semakan permohonan yang terlibat dipihak PTPTN, memandangkan beberapa bulan sudah berlalu dari tarikh permohonan lengkap;


(ii) berkaitan dengan  item (i), memberi panduan samada saya perlu menyempurnakan surat tawaran Ujrah dalam tempoh masa yang ditetapkan (90 hari dari 20 Februari 2011) walaupun status permohonan pelepasan bayaran balik masih belum diketahui.

Saya berharap agar pihak PTPTN mengambil perhatian dengan kadar segera permohonan saya untuk mengelakkan kekeliruan dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Mula-mula aku memang nekad nak buat bayaran bulanan, tapi bila tiada respon langsung dari PTPTN, memang sampai sekarang 1 sen pun aku tak bayar apa-apa lagi. Kalau permohonan berjaya OK, kalau tak berjaya mungkin aku akan buat rayuan. Sebab, memang terbukti, aku tengok dalam forum ada pelajar yang dah bayar bulanan dan pada masa yang sama buat permohonan pelepasan bayaran balik, bila berjaya dia pun tanya la, bila PTPTN nak pulangkan duit yang selama ni dia dah bayar. Jawapan yang diterima mengejutkan - dia kena buat satu lagi surat pohon PTPTN menuntut PTPTN pulangkan bayaran yang telah dibuat. Dan aku pasti, ini juga akan memakan masa yang luarbiasa dari kebiasaan (ini dibuktikan dengan pengesahan seorang pegawai PTPTN yang aku jumpa).

6 Mei 2011: E-mel aku di atas tidak berbalas, dan pada 6 Mei 2011 aku e-mel sekali lagi mohon penjelasan dan balasan. Juga tiada respon.

26 Mei 2011: Buat aduan mengenai status permohonan di http://icare.ptptn.gov.my/. Ringkasnya aku buat aduan kenapa lama sangat permohonan aku ni tapi masih tak ada maklumbalas dari PTPTN dan perkara sama yang aku tanya dalam e-mel di atas. Dan aku juga tulis perkara berikut dalam ruang "Hasil yang dikehendaki" yang disediakan:-

1. Proses permohonan pelepasan bayaran balik disegerakan supaya individu dapat membuat perancangan masa hadapan.
2. Pohon status Surat Tawaran Ujrah, adakah masih sah jika tidak disempurnakan selepas tempoh 90 hari? Kelewatan bukan disengajakan.
3. Pohon disambungkan terus kepada pegawai yang terbabit, talian hotline PTPTN adalah tidak membantu dan sukar dihubungi.
4. Pohon jasa baik pihak berkaitan untuk mengambil tindakan dan perhatian segera akan perkara ini.
4 Jun 2011: Balasan dari aduan yang aku kemukakan diterima:-
Nota Terima: 
Terima kasih. Aduan daripada pihak tuan telah diterima dan perkara akan dipanjangkan kepada Jabatan/Bahagian berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Sebarang maklumbalas berkaitan akan dimaklumkan kepada pihak tuan. Pihak Kementerian menerima baik cadangan daripada pihak tuan, perkara akan dipanjangkan kepada Jabatan/Bahagian untuk tindakan sewajarnya. Sekian. Harap maklum. 

Nota Selesai: 
permohonan pelajar mempunyai 2 kelulusan iaitu kelas pertama dan kelas kedua. pengeshan dari ipt masih mengelirukan pengkelasan secara keseluruhan pengejian untuk 4 tahun samada kelas pertama atau kelas kedua
Selesai? Berdasarkan "Nota Selesai" tu aku dah agak, memang akan ada masalah bila melibatkan ijazah berkembar. Tapi yang aku peliknya, takkan la para pegawai PTPTN yang terlibat ni tak faham konsep ijazah berkembar?? 2 program ijazah berbeza, 2 keping ijazah berbeza dan 2 kali juga aku naik pentas konvo.

18 Ogos 2011: Surat tawaran Ujrah yang kedua aku terima, bertarikh 18 Ogos 2011. Aku biarkan je, tak sentuh pun surat tawaran tu.

25 Ogos 2011: Aku dengan suci hati sekali lagi e-mel kepada Pegawai A pohon penjelasan, namun tiada balasan.

12 Oktober 2011: Pertama kali aku join forum http://app.mohe.gov.my. Aku ceritakan secara ringkas apa yang telah berlaku dan sekali lagi aku bertanya:-
1. apakah status permohonan saya - sudah hampir setahun dari tarikh permohonan lengkap sudah berlalu;2. perlukahah menyempurnakan surat tawaran Ujrah dalam tempoh masa yang ditetapkan (90 hari dari tarikh surat tawaran) walaupun status permohonan pelepasan bayaran balik masih belum *;3. perlukah membuat surat susulan secara rasmi.
Harap pihak Tuan dapat memberi penjelasan. 
13 Oktober 2011: Balasan dari admin forum:-
1. Maaf diatas segala kesulitan, untuk makluman permohonan pengecualian bayaran balik masih dalam proses dan KIV kerana semakan menunjukkan PTPTN dalam proses pengesahan dengan IPT untuk kelulusan kelas pertama oleh senat.2.Mohon untuk meneruskan permohonan pembiayaan UJRAH dengan segera kerana apabila permohonan pengecualian bayaran balik diluluskan maka UJRAH juga akan * untuk permohonan tersebut.
Kalau diperhatikan, memang masalah pasal ijazah berkembar, tunggu penjelasan  dan semakan dengan IPT (iaitu UIA). Yang aku tak faham, semua dokumen dan lampiran yang aku kemukan dalam permohonan lengkap aku terutamanya yang mengatakan ijazah LLB ialah 2nd class dan ijazah LLB (Shari'ah) ialah 1st class, merupakan dokumen asal dan asli yang dikeluarkan oleh bahagian Admission & Records UIA. Apa lagi penjelasan yang PTPTN mahukan??

25 Oktober 2011: Aku buat post dibawah pada forum:- 
Terima kasih di atas penjelasan. Untuk mengelakkan kekeliruan, pohon penjelasan adakah penukaran kepada pembiayaan UJRAH akan menjejaskan status permohonan pengecualian bayaran balik? (Dari segi polisi, saya layak memohon pelepasan kerana surat pinjaman di tandatangani sebelum 2005 bukannya atas perjanjian UJRAH yang baru.)
Jika jawapan di atas adalah tidak, saya akan melengkapkan permohonan UJRAH dengan kadar segera. 
Pohon agar PTPTN mengambil tindakan segera untuk permohonan pengecualian bayaran balik. Saya bersedia untuk berhubung dengan pihak IPT (UIA) jika diperlukan.
Dan pada 27 Oktober aku terima jawapan (atau mungkin bukan jawapan) ini: -
Salam Sejahtera,
Untuk makluman, mohon merujuk dengan UIA kerana berdasarkan rekod PTPTN menunjukkan maklumbalas seperti berikut:
permohonan pelajar mempunyai 2 kelulusan iaitu kelas pertama dan kelas kedua. pengeshan dari ipt masih mengelirukan pengkelasan secara keseluruhan pengejian untuk 4 tahun samada kelas pertama atau kelas kedua 
Tidak menjawab soalan, tetapi menyerahkan baton kepada aku suruh buat semakan dengan UIA. Sekali lagi aku tertanya-tanya, apa yang susah sangat nak bezakan dua ijazah ni?? Adakah sebab mereka keliru dengan akademik transkrip LLB_S yang hanya menunjukkan 1 tahun pengajian???

31 Oktober 2011: Tak puas hati dengan jawapan di atas, aku post ini di forum: -
Untuk mengelakkan sebarang kelewatan dan kekeliruan, pohon kerjasama pihak forum menghubungkan saya dengan pegawai PTPTN yang menyemak/menguruskan permohonan saya. Komunikasi terus dengan pihak PTPTN adalah lebih efektif, untuk mengetahui status permohonan dan seterusnya untuk saya terus berhubung dengan pihak pengurusan UIA. Tidak wajar untuk saya terus berhubung dengan UIA untuk mengelakkan miscommunicationE-mail saya <**.****@gmail.com>
Alasan aku mudah, kalau aku tak bercakap terus dengan pegawai yang uruskan permohonan aku, dan aku main semberono je sondol UIA, nanti timbul kekeliruan, sebab aku tak tahu apa perhubunagn dan komunikasi yang berlaku antara PTPTN dan UIA. Kemudian aku terima jawapan ini pada 1 November 2011.
Aduan/pertanyaan telah di kemukakan kepada pegawai berkaitan untuk semakan lanjut.maklumbalas akan di berikan melalui alamat email yang di berikan.
sekian
Aku menanti-nanti e-mel seperti yang dijanjikan, tapi tak kunjung tiba. Aku pun saje gatal tangan post kepada forum lagi pada 11 November 2011: -
Salam Sejahtera,

Saya masih menanti respon dari pegawai yang berkenaan. Pohon kerjasama, tempoh 1 tahun untuk suatu permohonan adalah tempoh yang terlalu lama tanpa apa-apa perkembangan dari PTPTN.
14 November 2011, aku terima balasan ini:-
Aduan/pertanyaan telah di kemukakan kepada pegawai berkaitan untuk tindakan lanjut.Aduan boleh di semakan di ruangan aduan online di website PTPTN dengan menggunakan ID. TICKET maklumbalas anda adalah *****.******
sekian
21 November 2011, ini jawapan yang aku terima dari aduan online: -
Nota Terima: 
Terima kasih. Aduan daripada pihak tuan telah diterima dan perkara akan dipanjangkan kepada Jabatan/Bahagian berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Sebarang maklumbalas berkaitan akan dimaklumkan kepada pihak tuan. Pihak Kementerian menerima baik cadangan daripada pihak tuan, perkara akan dipanjangkan kepada Jabatan/Bahagian untuk tindakan sewajarnya. Sekian. Harap maklum. 

Nota Selesai: 
pelajar mempunyai kelulusan iaitu 2ndc dan 1stc -  pengesahan lanjutan masih diperlukan  
Masih lagi tersekat pada isu ijazah berkembar, padahal aku dah gariskan sebab-sebab kenapa aku fikir aku layak dapat pelepasan. Dan yang aku lagi marah tu, apa langkah-langkah PTPTN untuk mendapat "pengesahan lanjut" dan dari siapa?? Jadinya, pada hari yang sama juga aku post lagi pada forum:-
Persoalan saya di sini: Apakah status pengesahan yang diperlukan, dan dari siapa pengesahan diperlukan? Berapakah tempoh masa diperlukan untuk pengesahan?Secara jujurnya, saya kecewa dengan kurangnya komunikasi berkesan antara saya dan PTPTN setakat ini. 
Esoknya bila aku periksa forum, admin balas ini:-
Salam Sejahtera,
Maaf diatas segla kesulitan, status terkini dan maklumbalas yang diterima pada 22/11/2011 pada 11.14 am daripada pegawai penyelaras seperti berikut:
Salam,
Puan,
Permohonan pelajar akan dibawa dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kutipan Balik Pembiayaan Pendidikan (MJKBPP) – tarikh belum dipastikan lagi.
Sekian, terima kasih. 
Jujurnya, aku agak lega bila lihat jawapan bahawa permohonan aku akan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa apa sahaja, walaupun tarikh belum dapat dipastikan lagi. Jadinya, sebagai tanda penghargaan aku pun post lagi dan menerima jawapan berikut: -
Salam Sejahtera,
Terima Kasih atas perhatian ini. Diharapkan mesyuarat diadakan secepat yang mungkin. Saya tidak tahu akan proses/prosedur/polisi PTPTN dalam kes saya ini, namun saya perlu memberi sedikit tekanan kepada PTPTN untuk menyelesaikan permohonan saya kerana saya sendiri sudah amat tertekan dengan perkara ini. 
Majulah Malaysia untuk rakyat.
Salam Sejahtera,
Terima kasih diatas pandangan anda. PTPTN dalm usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebarang maklumbalas akan dimaklumkan melalui surat.
18 Disember 2011: Hampir sebulan aku tunggu, namun masih tiada apa-apa respon. Jadi aku tergerak untuk sekali lagi bertanya di forum: -
Salam sejahtera,
Boleh tahu status terkini? Adakah mesyuarat sudah dijalankan?
Terima kasih
Esoknya, ini jawapan yang aku terima: -
Maaf diatas segala kesulitan, aduan jawapan sudah dihantar ke pegawai penyelaras. Semakan sedang dilakukan. 
OK, another round of aduan!!!

5 Januari 2012: Masih menunggu respon positif. Jadi aku sekali lagi post: -
Salam Sejahtera,
Pohon status permohonan. 
Terima Kasih.
Dari bulan November 2011 beritahu permohonan aku akan dipanjangkan ke mesyuarat. Apa hasilnya?? Dan aku terima jawapan bernilai seposen ini:-
untuk makluman tuan/puan, berdasarkan semakan permohonan pengecualian bayaran balik masih lagi dalam semakan dan tindakan. sehubungan itu, tuan/puan di harap dapat menyemak dari semasa ke semasa. Maaf diatas segala kesulitan.
sekian,
Apa yang PTPTN semak apa yang PTPTN bertindak, aku pun tak tahu.

9 Januari 2012: Sebab nak tahu, aku post ini:-
Terima Kasih untuk makluman. Cuma saya ingin tahu apakah proses seterusnya dari PTPTN dan tempoh masa yang diperlukan, dan ada apa-apakah dari pihak saya untuk membantu mempercepatkan proses? Saya faham memang ada beribu-ribu permohonan dibuat dan PTPTN memerlukan masa untuk menilai semua permohonan, tetapi bagi kes permohonan saya ini, sudah mengambil masa lebih dari setahun. Saya pohon untuk berkomunikasi terus dengan pegawai yang terbabit untuk menjelaskan apa status permohonan saya (sebelum ini saya dijanjikan akan ada pegawai yang akan menghubungi saya, namun hingga kini tiada satu pun emel dari sesiapa pun). Emel saya **.****@gmail.com.
Permintaan aku mudah: biar aku bercakap terus dengan pegawai yang berkenaan. Sekali lagi aku terima jawapan seposen: -
untuk makluman tuan/puan, pihak PTPTn akan membuat semakan semula dengan pegawai yang berkenaan. mohon semakan dari semasa ke semasa.
sekian,
20 Januari 2012: Aku geram dan buat post ini:-
Masih lagi menanti "pegawai yang berkenaan". Saya cuma mahu tahu status permohonan, dan penerangan sebab musabab permohonan saya hampir mencecah 2 tahun tidak ada jawapan konklusif. Pohon kerjasama pihak PTPTN. Ini melibatkan soal kewangan dan perancangan masa depan.
Terima kasih.
25 Januari 2010: - Ini jawapan dari forum PTPTN: -
Pihak PTPTN memohon maaf atas segala kesulitan dan kelewatan kelulusan permohonan tuan/puan.
Aduan telah di lakukan sekali lagi kepada pegawai penyelaras. Tuan/puan boleh menyemak aduanyang baru dengan menggunakan ID tiket *****.******.
Sekian.
Banyakkan aduan dalam kes aku ni? Apa hasilnya??

30 Januari 2012: Akhirnya aku terima panggilan dari seorang pegawai PTPTN (Pegawai B). Lega rasanya dapat bercakap dengan orang dari PTPTN. Pegawai B sekadar beritahu dia baru ditugaskan untuk menilai permohonan aku. Bila ditanya dia tahu tak kes aku ni macam mana, memang dia tak maklum sepenuhnya. jadi aku dengan panjang lebar dan benada sedikti emosi aku cerita segala effort aku dan kekecewaan aku. Tak pasal-pasal Pegawai B ni kena leteran dan bebelan aku.

Hasil perbualan tersebut, aku terima balasan dari aduan online melalui e-mel: -
Rayuan tuan untuk pengecualian bayaran balik pinjaman telah diterima dan akan dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kutipan Balik Pembiayaan Pendidikan (MJKBPP) untuk dipertimbangkan.
Walaubagaimanapun, tarikh mesyuarat belum dapat ditentukan lagi. Sebarang keputusan mengenai rayuan ini akan dimaklumkan dengan segera setelah keputusan diperolehi.
Rupa-rupanya PTPTN ada hantar satu surat pertengahan November 2011, sekadar menyatakan bahawa permohonan aku telah diterima dan dalam semakan (aku tak maklum sebab surat dihantar ke alamat rumah aku di kampung). Tapi tak bagi kesan pun, semata-mata bagi surat nak nyatakan permohonan diterima, baik PTPTN hantar setahun yang lepas. Dan tak lojik permohonan aku baru diterima sebab masa aku hantar permohonan lengkap tu melalui serahan tangan, siap dapat acknowledgment receipt dari PTPTN pada 9 November 2010. Jadi aku buat kesimpulan, dengan menghantar surat pada tersebut pada November 2011, PTPTN sekadar melepas batok di tangga. Tak ada kesan pun pada permohonan aku.

2 Februari 2012: Selang beberapa hari, aku buat post baru kat forum, sekadar nak maklumkan yang lepas ini aku akan berhubung terus dengan Pegawai B: -
Baru menerima panggilan dari pegawai PTPTN. Satu surat dari PTPTN telah di terima pada November 2011, hanya menyatakan permohonan saya (yang saya pos pada November 2010) telah diterima dan akan dipanjangkan ke mesyuarat jawatankuasa, namun hingga kini (Februari 2012) tiada tarikh berkaitan mesyuarat tersebut. Harap PTPTN lebih cekap dan amanah di masa-masa akan datang. Sila terima kritikan ini dengan hati terbuka. Saya akan berhubung terus dengan pegawai berkenaan untuk status permohonan saya.
Terima Kasih pada pihak forum yang membalas pertanyaan saya.
Sepanjang bulan Februari aku ada 2 3 kali berhubung dengan Pegawai B, minta dia ketengahkan masalah permohonan aku ni kepada pegawai atasan. Tapi malangnya sekali lagi Pegawai B beritahu yang server sistem PTPTN tengan down sedang dalam proses baikpulih. Dan sebab sistem down, dia tak boleh semak status permohonan aku. Sampailah awal bulan Mac 2012, aku dapat bercakap dengan seorang lagi pegawai (Pegawai C). Pegawai C ni kebetulan tolong angkat telefon masa aku nak bercakap dengan Pegawai B, sebab Pegawai B ni kerja shift malam (punyala teruk PTPTN ni dan banyak kes dan melibatkan ribuan pelajar sampai terpaksa buat shift malam - jadi di sini aku tahu ada usaha untuk PTPTN menaiktaraf dan  membaiki tahap dan mutu perkhidmatan). Jadi aku pun meluah kepada Pegawai C, jawapan yang diberi kepada kau sekali lagi, server masih lagi down. Tak pe la server down, tapi mesti ada hard copy fail permohonan aku, aku suruh dia retrieve dan tengok status permohonan aku. Dalam perbualan tu, sempat juga aku luahkan kekecewaan aku pasal PTPTN dan nada aku agak keras. Mujurlah Pegawai C ni rasional, dihujung perbualan dia cakap dengan nada pasrah "tak pasal-pasal saya yang kena".

15 Mac 2012: Kemudian aku terima e-mel ni dari Pegawai C:-
Untuk makluman pihak tuan dari semakan saya, permohonan pengecualian bayaran balik tuan masih dalam pertimbangan.

Pihak Perbadanan masih menunggu pengesahan dari pihak UIA berkenaan status keputusan pihak tuan.
Pihak tuan juga boleh membuat semakan semula di UIA
 -          Sila berhubung dengan bahagian admissions and record division
OK - masih dalam pertimbangan, entah berapa kilo PTPTN timbang tak pulak diberitahu. Bila aku telefon semula Pegawai C, dia menjelaskan bahawa pada 9 Mac 2011, PTPTN telah menghantar satu surat kepada Bahagian Kemasukan & Rekod UIA pohon penjelasan mengenai status ijazah aku tapi sampai ke hari ini masih tiada jawapan dari UIA. Dalam erti kata yang lain, tiada respon dari UIA, sebab tu permohonan aku sangkut. So, inikah yang PTPTN timbangkan selama ini? Sebelum ini dijanjikan permohonan aku akan masuk mesyuarat, tapi sekarang lain cerita pulak. Beban berpindah kepada UIA.

Dan kalau kita teliti, permohonan lengkap aku diterima oleh PTPTN pada 9 November 2010, tapi sehingga Mac 2011 baru PTPTN nak minta penjelasan dari UIA. Selama 4 bulan tempoh tersebut mereka buat apa?

16 Mac 2012: Aku ambil keputusan untuk ke UIA sendiri, minta penjelasan. Nak marah juga pada UIA (Bahagian Kemasukan & Rekod) kenapa tak balas dari PTPTN. Memang aku marah, tapi marah pada PTPTN sebab tak kompeten, bagi banyak alasan. Rupa-rupanya UIA dah balas surat tu pada 4 April 2011, tapi tak ada dalam rekod PTPTN. Sebagai bukti, aku pun minta la salinan surat yang dari UIA, disahkan (CTC) oleh pegawai yang membalas surat tersebut sendiri. Dan yang aku bertambah marah, pengesahan dari UIA sekadar surat yang simple dan melampirkan pengesahan ijazah aku ni memang 1st class, sama dan sebijik dengan lampiran yang aku bagi PTPTN sebelum ini. Yela, lojiknya memang akan ada 1 jenis dokumen yang dikeluarkan oleh UIA untuk mengesahkan aku dapat 1st class.

Inilah masalahnya dengan PTPTN, kalau dorang tahu UIA tak balas, follow up la, telefon ke buat surat ke hantar notis ke, emel ke. Ni senyap sunyi dok cakap masih dalam semakan dengan UIA.

Kemudian aku terus ke pejabat PTPTN Damansara Heights, aku jumpa Pegawai C. Aku tanya dia, sekarang ni apa lagi PTPTN nak? Pengesahan UIA sama je dengan dokumen yang aku bagi dalam permohonan aku. Bebel punya bebel, Pegawai C ni setuju nak panggil pegawai atasan dia. So, aku pun bertemu la dengan Pegawai D (senior) dan Pegawai E (junior).

Dari pengamatan aku, kedua-dua pegawai ini tak tahu menahu apa yang berlaku pada permohonan aku selama ini. Aku ceritalah titik punca masalah aku ni sebab ada dua ijazah yang berbeza keputusan dan sebab kenapa aku fikir aku layak dapat pelepasan.

Cumanya, Pegawai D cuba tenangkan aku dan memberi jaminan bahawa PTPTN hanya memerlukan pengesahan dari UIA. Bila aku jawab, nak pengesahan apa lagi encik, dokumen sokongan permohonan saya yang menunjukkan saya dapat 1st class original, UIA yang keluarkan. Pegawai D jawab, Tak kita nak ni ada cop dari UIA - sambil menunjukkan cop CTC dari UIA pada salinan surat yang aku ambil dari UIA. Dalam hati aku yela, tegakkan la benang basah, mana ada dalam dunia dokumen asal perlu disahkan sebagai certified true copy. So aku pun bagi la salinan surat dari UIA kepada pegawai D, sekali lagi aku diberi jaminan bahawa permohonan aku akan diberi perhatian. Ada lagi beberapa butiran mengenai pertemuan ini yang aku rasa tak perlulah aku kongsi kepada umum.

Untuk merekodkan pertemuan tu, aku pun tulis la e-mel kepada Pegawai B, C dan E (sebab aku tak dapat alamat e-mel Pegawai D) - aku cakap dengan adanya surat pengesahan dari UIA tu, maka semua dokumen yang diminta oleh PTPTN sudah lengkap.

Mungkin 2 3 hari lepas meeting di PTPTN aku telefon semula Pegawai E, tanya bila permohonan aku akan dibincangkan dan akan dipanjangkan dalam mesyuarat. Dia jawab tak tahu, semua keputusan dalam tangan Pegawai D dan lain-lain pegawai atasan. Memang baran gila bila dengar ayat seposen tu. Geram aku, aku pun cakap la, dah semua dokumen lengkap, fast track la permohonan aku yang tergantung tak bertali selama ni, takkan itu pun tak boleh. Aku sembur lagi, kalau bukan usaha aku sendiri terhegeh-hegeh ke UIA pergi ke PTPTN, entah jadi pekasam ke apa permohonan aku tu.

22 Mac 2012: Kemudian aku terima e-mel ni dari Pegawai E:
Hasil semakan dan perbincangan bersama Pengurus Kanan (Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik) dan En.********, permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman/pembiayaan pihak tuan akan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan awal bulan April ini. Oleh yang demikian mohon jasa baik pihak tuan untuk melampirkan : a)   Salinan Transkrip Peperiksaan (ringkasan setiap semester) yang telah disahkan oleh Pegawai Pendaftar / Penolong Pendaftar Bahagian Akademik Ini adalah kerana transkrip yang berada dalam simpanan kami adalah transkrip yang disahkan oleh **** ********** **** *** ADVOCATE & SOLICITOR KUALA LUMPUR yang mana cop pengesahan ini tidak boleh digunakan sebagai pengesahan transkrip untuk permohonan pengecualian bayaran balik. Segala kesulitan dan kemusykilan amatlah kami kesali.
Sekali lagi aku baran. Dia rujuk pada permohonan aku yang mula-mula, yang tak lengkap. Aku telefon dia, jelaskan kat dia suruh dia rujuk pada permohonan aku yang lengkap. Boleh pulak dia cakap, berbunyi lebih kurang - Oo ye ke, nanti saya request permohonan lengkap, tapi tak boleh buat hari ni, sebab pegawai lain yang uruskan. Aduhai....

16 Mac 2012: Esoknya aku terima e-mel dari Pegawai E:-
Permohonan tuan telah lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan. Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman/pembiayaan pihak tuan akan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan. Sebarang keputusan adalah berdasarkan budi bicara pihak pengurusan dan jawatankuasa yang terlibat.
Baru sekarang nak cakap permohonan aku lengkap. Nak je aku reply yang permohonan lengkap aku telah dihantar setahun yang lalu pada 9 November 2011. Instead, aku cakap terima kasih dan aku akan tunggu awal April ni.

5 April 2012: Aku e-mel Pegawai E pohon status:
Ada apa-apa perkembangan? Bila tarikh Mesyuarat Pengurusan?
Kemudian aku terima reply dari Pegawai D:
Untuk makluman tuan, Cik ******** masih bercuti sakit kerana beliau demam campak hampir dua minggu.Saya difahamkan beliau akan kembali bertugas pada minggu hadapan jika keadaan mengizinkan.Mohon pertimbangan tuan agar maklumat selanjutnya akan diberikan sekembali beliau bertugas semula. Kerjasama tuan amat dihargai.Sekian, terima kasih.
Aduhai, demam pulak. Aku tak tahu nak kesian pada siapa. So, semalam, aku cuba telefon Pegawai B dan C, langsung tak berangkat, entahla, mungkin dorang mesyuarat. Mungkin PTPTN cuti hari tu. Mungkin cengkerik akan berbunyi lagi ~ ~ ~ ... Sebab bagi aku mudah je, Pegawai E janji mesyuarat untuk menilai permohonan aku ialah pada awal April, so masuk esok sudah masuk pertengahan 3 April...

So hari ni aku telefon Pegawai E, mujur dia dah masuk pejabat. Dia cakap dia dah buat paper untuk perhatian pegawai atasan review pasal permohonan aku. Bila aku tanya bila tarikh mesyuarat, dia cakap tak tahu, bos yang tentukan. Aku cakap, tanya la bos, dia balas bos sibuk, keluar masuk ofis. Aku cakap kan bole e-mel, sms, telefon. So, aku bagi dia peluang dia tanya pada bos dia. Tak lama dia telefon semula, inform yang tarikh mesyuarat ialah Khamis ni dan Jumaat dia akan inform aku keputusan. Dan aku dapat hint dari dia yang kemungkinan besar permohonan aku akan diluluskan, tapi hanya untuk tahun ke-5 sahaja. Maksudnya, aku cuma dapat pelepasan 1/5 dari keseluruhan jumlah pinjaman. Aku sekarang ni tengah terfikir nak buat rayuan supaya aku dapat pelepasan dari keseluruhan pinjaman. Pining2....

Penutup

Kenapa aku tulis entri ni panjang-panjang? Sebab aku nak bagi gambaran apa yang telah berlaku, bagaimana suatu permohonan yang sepatutnya mudah berlarutan hingga memakan masa 2 tahun dan terus berjalan. Sebab apa? Bagi aku kerana ini mentaliti pekerja makan gaji, terutamanya badan berkanun yang separa kerajaan. Sebab tak ada kepentingan peribadi dari segi untung, bonus dan sebagainya, maka permohonan orang awam (yang hakikatnya bergelar pelanggan) dilayan separuh ikhlas, endah tak endah. Tak ada kesungguhan, kena ditukul diketuk baru nak gerak buat kerja.

Untuk berlaku adil kepada PTPTN, ada juga aku tengok permohonan yang berjaya dalam tempoh 3 bulan yang ditetapkan PTPTN. Jadi, sebagai pengajaran, kalau sesiapa yang ada mmasalah yang sama, tuntutlah hak anda dengan pebuh dedikasi dan kesungguhan. Kalu boleh buat aduan, buat la, telefon, emel dan apa jua cara komunikasi untuk menunjukkan yang kita serius menuntut.

Isu nak mansuh PTPTN, hapus hutang PTPTN tu aku tanak sentuh lagi, cuma komen awal aku, kalau dah berhutang tu bayar je. Aku percaya kerajaan patut bantu semaksima mungkin untuk pendidikan tinggi, termasuklah pilihan untuk pendidikan percuma. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, tengok sikap dan sifat mahasiswa sekarang ni yang datang kelas pun segan, assignment pun tak buat, lepas buku dari tangan, pakai duit PTPTN beli baju dan handphone mahal - aku rasa memang tak layak la untuk dapat pendidikan percuma. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang betul-betul memerlukan pinjaman PTPTN? Aku pernah lihat pelajar yang guna wang PTPTN bukan setakat untuk biaya diri di universiti, bahkan yang lebih itu diguna untuk bantu keluarga. So, fikir-fikirkan...

Update: Beberapa jam lepas aku postu entri ni, aku dapat e-mel dari Pegawai E, menyatakan: -

Mohon maaf kerana kelewatan memberi maklum balas mengenai permohonan pihak tuan. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini Mesyuarat Pengurusan akan diadakan pada hari Khamis 12/04/2012 ini. Walau bagaimanapun Mesyuarat Pengurusan ini terpaksa ditunda pada hari Khamis 19/04/2012 minggu hadapan berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan oleh pihak pengurusan.
  
Segala kelewatan dan kemusykilan amatlah kami kesali.
OK, tunda lagi... maknanya aku akan terus menunggu lagi dan lagi menunggu...
    

Dilema profesion guaman Syarie

Sebagai seorang graduan undang-undang sivil & Syariah dari UIAM yang telah dua kali pergi temuduga Peguam Syarie (Wilayah Persekutuan & Kelantan), aku telah menyaksikan beberapa respon daripada graduan universiti lain mengenai lulusan UIAM sewaktu temuduga tersebut.

Sebagai calon "suka-suki", yakni calon yang tiada kepentingan secara langsung melainkan nak kumpul tauliah je, aku tak rasa tertekan dengan temuduga tersebut sebab aku hadir atas kapasiti nak ambik pengalaman. Kalau gagal temuduga pun aku tak rugi apa kecuali beberapa ratus ringgitla, haha. Tapi bukan semua calon hadir dengan tujuan yang sama dengan aku. Majoriti yang hadir temuduga ialah mereka yang benar-benar memerlukan tauliah tersebut kerana mereka berkhidmat sebagai Peguam Syarie atau tengah chambering di firma guaman Syarie. Dan kebanyakan mereka bukanlah lulusan UIAM.

Melalui sesi-sesi sembang santai dengan calon-calon bukan produk UIAM ni, mereka sebenarnya agak tertekan dengan calon-calon produk UIAM, bukan atas sebab peribadi, tetapi mereka kerap merasakan yang produk UIAM mempunyai banyak kelebihan (English, pengetahuan undang-undang sivil yang lebih terperinci, keyakinan) dan siapalah mereka kalau nak dibandingkan dengan produk UIAM. Malah seorang calon bukan produk UIAM pernah mengeluh mengenai panel temuduga - "Ada ke dia tanya aku macam-macam pasal perlembagaan, pasal isu-isu semasa, manalah aku tau, aku grad Syariah je".

Sekali pandang, kita akan rasa macam "Takkanlah itu pun kau tak tau", tapi kalau kita perhalusi sebenarnya, itu bukanlah salah calon produk bukan UIAM itu semata-mata. Ini kerana jawapan dia menzahirkan bahawa silibus pengajian Syariah di IPTA yang ada di negara kita ni, masih tertinggal, walaupun dalam subjek yang dipelajari, mungkin ada dibincangkan mengenai isu-isu perlembagaan ni (aku YAKIN mesti ada), cuma tak ditekankan je.

Menyalahkan calon itu saja semata-mata samalah macam menyalahkan pelajar undang-undang UNISZA yang ijazahnya tak diiktiraf oleh LPQB dan tak boleh beramal sebagai peguam, siapa suruh kau masuk UNISZA, padahal manalah budak tu nak tau LLB UNISZA tak diiktiraf LPQB. (LPQB - Legal Profession Qualifying Board ialah badan yang menyelia kelayakan akademik orang-orang yang ingin beramal sebagai peguam).

Melalui pemerhatian aku juga, lulusan undang-undang UIAM akan memilih profesion Peguam Syarie sebagai profesion "hampir terakhir" kerana prospek kerjaya yang tidak kompetitif dengan pasaran semasa. Gajinya amatlah tak masuk akal. Kalau chambering untuk jadi peguam sivil itu gajinya kita boleh kata sikit (rate KL - RM1000 ke RM2500), gaji chambering Syariah jauh lebih sikit, sekitar RM400 ke RM1000, yang RM1000 tu pun ada lagi yang kata mahal sangat! Kalau gaji tahun pertama peguam sivil adalah sekitar RM1800 ke RM3500, gaji tahun pertama peguam Syarie adalah lebih menyedihkan, RM1200 ke RM1800 & RM1800 tu kira yang paling tinggi, melainkan kalau peguam sivil tu turut bergelar peguam Syarie.

Kerana perbandingan gaji yang tak kompetitif inilah aku katakan profesion Peguam Syarie ini merupakan profesion "hampir terakhir" yang dipilih oleh lulusan UIAM, kerana gajinya permulaannya yang sikit. Oleh kerana 'ego' lulusan UIAM yang "tau lebih sikit" berbanding lulusan bukan UIAM jugaklah, mereka tak boleh tahan tengok peguam-peguam Syarie senior yang bajet pandai - sehinggakan pernah terkeluar daripada mulut peguam Syarie senior bukan lulusan UIAM yang bergelar Datuk, kalau lulusan UIAM nak jadi peguam Syarie ni kerjanya takde lain cuma nak menabur periuk nasik peguam Syarie yang bukan lulusan UIAM - pergilah cari kerja lain kenapa nak jadi peguam Syarie jugak.

Disebabkan sikap dan penerimaan peguam Syarie senior yang tak memberangsangkan inilah, ramai lulusan UIAM tidak berminat untuk jadi peguam Syarie, sekurang-kurangnya aku boleh katakan di Lembah Klang ni lah.

Sebenarnya, nak beramal sebagai peguam Syarie ini tidaklah susah, baik dari segi prosedur mahu pun penghujahannya, tapi dek kerana tak susah itulah ada di kalangan peguam Syarie senior yang 'tercabar'. Perlu diingat, market Syariah ni tak luas, balik-balik cerai, mut'ah, hadanah, harta sepencarian, harta pusaka, jenayah sikit-sikit. Kalau dapat client yang middle class, kita takkan kaya. Kalau setakat nak pengesahan cerai, mut'ah tu semua, orang tu sendiri boleh sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan mahkamah tanpa perlu mengupah peguam Syarie. Jadi nak dapat duit ni, kena dapatkan client yang kaya-kaya, Datuk, Tan Sri, jutawan, baru boleh kaya. Kalau tuntutan harta sepencarian RM10 juta, peguam charge 3%, tak ke RM300,000? Padahal harta sepencarian dari dulu sampai sekarang, sama jelah penghujahannya, balik-balik mahkamah akan putuskan 1/3 jugak pembahagiannya. Hujah recycle, tapi income masyuuuuk. Masalahnya jugak bukan semua Melayu ni kaya dan bukan semua Melayu kaya ni bercerai-cerai. Jadi faham-faham sendirilah, market sempit, kalau peguam ramai-ramai ni, makin sempitlah peluang nak dapat client. Itu pun sebenarnya peguam Syarie senior masih lagi tak ramai sebab kalau kes besar-besar balik-balik muka yang sama je jadi peguam.

Terdapat jugak peguam Syarie senior yang kedekut nak turunkan ilmu, aku percaya disebabkan faktor di atas inilah. Dia tak nak peguam junior dia tau semua benda, sebab kalau dah tau semua benda, nanti peguam junior ni cabut bukak firma guaman sendiri, habislah client dia!

Ini cuma sekadar secebis masalah di dalam profesion guaman Syarie. Sebahagiannya aku dah ulas dalam entri aku yang terdahulu mengenai tiada penyelarasan kaedah untuk melantik peguam Syarie. Nanti kalau aku rajin lagi aku taiplah...

Laporan Khas JKKK: Bawang itu Laukku

Selamat tengahari. Saya Hamidon Hamidan wartawan lokasi anda membawakan anda secara langsung Laporan Khas JKKK untuk Berita Kurang Utama. Laporan ini bukanlah untuk menandingi Aduan Rakyat atau Titik Sentuhan, sekadar suatu percubaan untuk para penonton supaya membuka mata dan pasang telinga terhadap isu-isu semasa dan apa yang berlaku disekeliling kita.

Untuk episod pertama Laporan Khas JKKK akan mengetengahkan laporan bertajuk "Bawang itu Laukku". Kami mengembara jauh ke negeri pantai barat tanah air, iaitu Negeri Perak. Kami menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan menuju ke daerah Dinding. Selepas hampir 3 jam perjalanan menggunakan kereta, kami menyusuri pula Sungai Dalam sepanjang 143 kilometer. Sepanjang perjalanan kelihatan beberapa perkampungan orang asli, dan melihat aksi-aksi kanak-kanak orang asli ini melakukan kuak lentang dan gaya bebas di sungai, mengingatkan kami bahawa adakah mereka ini merupakan bakat yang perlu diasah menggantikan Daniel Beego atau Michael Phelps. Mungkin pihak program PERMATA boleh masuk kampung untuk mencari bakat dan bijak untuk diketengahkan dan seterusnya dihantar ke luar negara untuk bermain organ atau biola atau trumpet. Tapi itu cerita untuk episod lain, tujuan utama kami ialah untuk ke Kampung Tempoyak Manis bertemu dengan keluarga En. Slamet Topal bin Slamet Emre, seorang petani yang kini ditimpa masalah. Masalah kesihatan dan masalah kewangan.

Setibanya di rumah En. Slamet Topal, kami disambut baik oleh isterinya, Pn. Seeti. Maka bermulalah cerita, perihal pendapatan keluarga yang tidak tetap dan mengharapkan belas ihsan orang kampung. En. Slamet Topal dan Pn. Siti dikurniakan 3 orang anak lelaki kembar yang kini berada di darjah 4. Namun, disebabkan En. Slamet yang lumpuh akibat diserang angin ahmar keluarga ini hilang tempat bergantung. Ada kalanya, kerana tiada wang, mereka sekeluarga terpaksa makan nasi berlaukkan bawang. Ini kerana banyak bawang liar tumbuh melata di Kampung Tempoyak Manis. Untuk mendapatkan sumber protin, anak-anak En. Slamet memancing ikan di sungai. Apa yang menyedihkan, pendidikan anak-anak juga terjejas kerana tiada wang untuk membeli buku dan peralatan sekolah. Kami simpati.

Bila diajukan permasalahan yang menimpa keluarga En. Slamet Topal kepada pihak berkuasa, ini jawapan yang kami terima: "Kami tak pernah mendapat sebarang aduan dari mana-mana penduduk kampung berkaitan hal ini, kalau tak pernah dapat aduan, bagaimana kami mahu ambil tindakan", ujar En. Rosdi Maher, ketua kerani Jabatan Tanah dan Galian dan Sumber Asli dan Unit-Unit Kebajikan Khas Daerah Dinding (JTGSAUUKDD). Beliau menambah bahawa, jika pihaknya (iaitu JTGSAUUKDD) mengambil tindakan sendiri, akan dituduh sebagai menyibuk atau menjaga tepi kain orang. Oleh yang demikian, beliau berharap ada orang kampung yang prihatin untuk membuat aduan dan laporan lanjut. Untuk makluman penonton, Encik Rosdi Maher merupakan anak jati Kampung Tempoyak Manis.

Mengetahui Laporan Khas ada di kawasan Daerah Dinding, ADUN kawasan iaitu YB. Jasmani Johari hadir menemui En. Slamet Topal. Tanpa disoal, YB. Jasmani Johari memberi kenyataan ambil berat berikut: "Pihak kami akan cuba yang terbaik untuk membantu keluarga En. Slamet. Macam sekarang ini kami ada bawa beras, gula, susu dan makanan ruji yang lain. Saya juga ada memberi sedikit bantuan kewangan ye. Emm, duit poket saya sendiri", sambil tersenyum lebar. Sambil menunding ke arah anak-anak En. Slamet, beliau menambah, "Dari segi jangka panjang, InsyaAllah pihak kami dan kerajaan akan memastikan pendidikan budak-budak ini terjamin, kami akan perintahkan PTPTN bagi pinjaman untuk mereka melanjutkan pelajaran  ke sekolah menengah dan seterusnya universiti."  

Setelah selesai membuat penggambaraan dan mendapatkan jaminan bantuan dari beberapa pihak yang berkaitan, maka kami pun bersiap pulang ke ibu kota. Dalam benak persoalan ini bermain: Kenapa baru sekarang mereka ini mahu ambil tindakan? Adakah perlu media sampai baru hendak buat kerja dan ambil tindakan? Ibarat menang sorak kampung tergadai, ikan tak dapat, jala yang koyak.

Sekian, saya Hamidon Hamidan mengakhiri Laporan Khas. Kembali kepada rakan setugas di studio.

nota kaki: nama-nama perseorangan dan lokasi adalah rekaan dan fantasi semata-mata, kecuali beberapa nama yang boleh dikenalpasti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets