Pages

PTPTN : Suatu Cabaran ke Arah Pelepasan Pembayaran (Siri II)

Bahagian I di SINI.

Sedikit trivia: kepada mereka yang tidak tahu, "pelepasan pembayaran" yang aku maksudkan di sini bermaksud 'biasiswa', 'exemption' dan yang seerti dengannya, iaitu tak perlu bayar hutang PTPTN kalau dapat ijazah kelas pertama. PTPTN menggunakan terma "pelepasan pembayaran". Ijazah kelas pertama ni berbeza-beza ikut universiti dari serendah 3.5 ke 3.75, perlu disahkan oleh universiti (kalau ijazah tu tak tertera perkataan kelas pertama), bukan PTPTN yang tentukan.

Berbalik kepada cerita aku.

Petang tadi dapat panggilan dari Pegawai E. Dia mengesahkan jangkaan aku, aku dapat exemption bayar PTPTN untuk tahun ke-5 je. Maksudnya, dari hutang aku asalnya RM35,500, aku kena bayar RM26,000 (sebab aku bukan anak menteri dan bukan anak towkey, so aku kena la minta pinjaman penuh, bes kan jadi rakyat Malaysia???)

Sebelum tu aku ada e-mel dia, aku minta pencerahan dia pasal beberapa isu. Salah satunya, kalau betul aku hanya dapat pelepasan untuk tahun ke-5 sahaja, PTPTN nak kira macam mana, dan adakah aku akan ditawarkan Ujrah semula. Kemudian Pegawai E ni tanya, samada aku setuju dengan keputusan PTPTN. Aku macam pelik, ait kena persetujuan aku ke? Nanti aku minta pelepasan penuh, nak ke PTPTN bagi? Dia cakap kalau aku setuju, dia akan hantar kes aku ke bahagian pelarasan, nak laraskan jumlah hutang. Aku pun beritahu la, takan la PTPTN nak aku setuju on the spot, melalui telefon. Jadi aku minta PTPTN keluarkan surat rasmi, beritahu aku keputusan dan sebab musabab keputusan tersebut, sebab aku tanak setakat surat picisan beritahu keputusan, tak tulis sebab keputusan. Pegawai E cakap dia akan beritahu bos dia (sebab bos dia yang akan buat surat tu). Berbalik pada soal aku setuju tak setuju tu, aku tanya kalau aku tak setuju, macam mana? Dia cakap boleh buat permohonan baru. Boleh pulak camtu? Aku dah tunggu 2 tahun kot nak tahu pasal ni. Aku cakap la, kalau aku buat permohonan baru, nanti akan jadi cerita sama juga (dalam otak aku ni tengah mencari-cari apa dasar rayuan yang boleh aku kemukakan untuk dapat pelepasan penuh, huak3)...

Itu jela, sekarang ni aku akan tunggu surat rasmi dari PTPTN sementara tu aku cari ilham baru nak dapat pelepasan penuh. Kalau ada sesiapa ada masalah dengan PTPTN, nak minta rujukan aku, boleh je, Sila jangan segan silu nak kemukakan aduan, haha..

Tapi permohonan untuk mansuhkan PTPTN aku tak akan layan la. Korang boleh ikut camping kat dataran kalau nak. Melencong sikit ke perkembangan terbaru kaki pukul dan samseng yang serbu barisan mahasiswa yang berkhemah kat dataran, aku kategorikan tindakan mereka itu bacul dan b*d*h dan pengecut. Mereka boleh dilabel sebagai penjenayah dan aku harap korang kena tangkap, kena dakwa. Nak jadi hero pergi la berkawal tangkap perompak, buat apa kacau orang camping???

nota kaki: ni dah macam blog peribadi pulak, cite masalah aku je, haha.. padahal niat awal nak menjadikan blog ni medan perkongsian isu-isu sejagat untuk membantu ummah... haha...

15 comments:

  1. kalo ko undi pembangkang nanti, diorang menang pastu hutang 26k ko tu mansuh, fuhhh asyikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. asyik3... aku ingat nak minta jawatan ceo ptptn skali, boleh tak?

      Delete
  2. Kecoh sekarang ni pasalPPTN ni . yek...
    Tapi biasalah bro birokrasi....makan tahun ..hehehehe. Sabar

    ReplyDelete
  3. hahaha.. tak salah campurkan sekali personal dengan info :)

    ReplyDelete
  4. @Hanif: kecoh, banyak isu yang perlu diberi penekanan dan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan...

    @Boni: nnt banyak sgnt personal info ramai aweks nak kenal, hahaha

    ReplyDelete
  5. saya setakat Maktab Perguruan ja dulu, ada elaun ja..zaman sekarang sekurang2 ada first digree, so ramai yang amik PTPTN . Nampaknya kecoh sekarang...tunggu dan lihat, moga ada penyelesaian secara telus adil.
    Tq ke blog Pesona ya

    ReplyDelete
  6. bro nak mintak contoh surat pengecualian bayaran ade x

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, nak mintak contoh surat pengecualian bayaran jugak boleh?tq bro
      ni email:ismad87@rocketmail.com

      Delete
  7. bro..so sekarang ni memang confirm la dapat exemption for 5th year only?situasi saya same mcm bro..LLB 2nd class, LLBS 1st class...saya pun ade anta application utk exemption..tp sampai sekarang tak dpt respond dr PTPTN..so lepas ni kena la ikut methods yg bro gune ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg confirm dapat utk LLBS. kena selalu kontek dorang, kalau tak segan sila e-mel ke suaraserak, bgtau nama, no. IC, nanti saya bagi contact no. officer yg banyak tlg saya tuh...

      Delete
  8. Salam Bro

    Aku pun dalam proses "perang" ngan PTPTN sekarang pasai 1st class nih. Kes aku pun dah almost 2 tahun x settle2. Memang cam nih la diaorang kerja. Aku jugak akan berjuang hingga ke peluh terakhir menuntut hak. Dari cerita ko nih..memang jalan serita dia sebijik macam kes aku...so aku x tkejut sgt. So kes ko nih memang genuine..

    Doakan kejayaan aku jugak "perang" ngan PTPTN nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro.dropemel ke suaraseak, saya bagi kontek no.officer yg saya selalu deal dulu, InsyaAllah boleh membantu...

      Delete
  9. Hi Bro Daim,
    Terima kasih untuk keterangan panjang lebar tentang perkara ni, saya tercari² sebenarnya, ternyata bukan mudah org nak kasi free² duit kat kita hehe. Saya nk tanya, permohonan boleh dibuat sejurus selepas tamat belajar atau selepas tarikh graduasi ? and.... boleh tak saya nak mintak contoh surat permohonan pengecualian bayaran jugak, and kalau boleh details yang lain² yg berkaitan dengan proses yg memeritkan ni 😂

    Email:atindora@gmail.com

    Hope you can help.
    Thanks a lot ! May Allah bless you always.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets