Daulat Tuanku!!!
Sempena pertabalan YDPA yang baharu, aku nak update sikit la. Aku tahu ramai yang gembira, bukan apa, sebab hari ini diumumkan cuti.
Apa pun, sedikit sebanyak mengenai YDPA ke-14. Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, sebelum dilantik sebagai YDPA, baginda merupakan Sultan Kedah yang ke 27. Baginda pernah menjawat sebagai YDPA yang ke-5 dari tahun 1970 ke 1975. Pada tahun 2008, baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
Suka juga aku nak sebut semenjak ada YDPA yang baharu ni, para khatib Jumaat pernah la tersasul atau tergagap ketika baca doa, yela, selama ni selalu dok sebut As-Sultan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Apa pun, Malaysia sudah ada Kepala Utama Negara yang baharu seperti yang termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. Dan kalau kita teliti dan susuri Perlembagaan Persekutuan, YDPA merupakan ketua cabang utama kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman tapi sudah tentu mempunyai batas dan kuasa tertentu. Aku kena buka semula kitab pasal perlembagaan untuk coret pasal perkara-perkara ini. Jadi aku berhenti setakat ini sahaja.
nota kaki: gambar ihsan Google.
0 comments:
Post a Comment