Pages

Kerana WANG dan DUIT: Menipu dan Tertipu

Entah macam mana semenjak dua menjak ini aku sering terbaca tentang isu yang berkait rapat dengan kes-kes fraud, penipuan dan scam. Sebagai contoh aku senaraikan beberapa kes yang berlaku (tanpa mendedahkan siapa atau mana-mana pihak):

Kes 1

Pembukaan kedai berkonsepkan francais yang bersandarkan barangan dan produk Muslim yang bukan sahaja Halal, malahan Toyyiban. Ini biasa kita dengar. Iklan memang merata-rata, dalam akhbar siap satu muka penuh bewarna dan juga radio yang berunsur Islamik. Modal permulaan sekitar RM50,000 ke RM100,000, dan ada pakej-pakej tertentu. Banyak tu, kalau buat kahwin, boleh kahwin dua sekaligus.

Jadi memang ramai yang terpesona dan tertarik. Memang ramai yang nak join. Ada yang betul-betul beroperasi, memang berjalan lancar. Tapi malangnya, ramai yang digantung tak bertali. Kedai entah ke mana, duit entah ke mana. Promoter/pemilik francais pun entah ke mana, tak dapat dihubungi. Berbulan-bulan menunggu, bukat setakat modal lesap, malah terpaksa tanggung kos-kos lain seperti kos sewa kedai, kos daftar perniagaan dan lain-lain. Akhirnya, impian membuka perniagaan berkecai.

Kes 2

Perniagaan yang berkonsepkan sewa kereta. Dimiliki oleh orang kenamaan, ada gelaran. Konsep yang sama, promoter/pemilik akan kutip duit, atas alasan sebagai modal pelaburan, dan pelabur dijanjikan pulangan bulanan yang tetap untuk tempoh tertentu. kalau ikut perkiraan keuntungan mencapai 21% dari modal yang dikeluarkan. Wow... ASB pun bagi dalam 8%, unit trust yang sedikit aggresif mungkin mencapai 15%. Lebih mudah dan menarik pelabur hanya perlu goyang kaki selepas bayar duit, tunggu cek tiap-tiap bulan. Ini rezeki jatuh ke riba.

Tapi, indah khabar dari rupa. Promoter/pemilik skim ini didakwa dan disabitkan kesalahan kerana mengambil deposit secara haram. Tindakan mengutip duit dari pelabur tersebut melanggar suatu akta perundangan negara. Akhirnya, para pelabur terpaksa menunggu proses mahkamah yang memakann masa untuk menuntut jumlah yang mereka beri.

Untung entah ke mana, hasilnya penat dan lelah buat tuntutan, turun naik mahkamah.


Kes 3 

Ini bertopengkan pelaburan dalam bentuk hartanah, bukan di Puchong bukan di Ampang. Tapi di UK. United Kingdom. Apa?? UK??? Siapa tak nak memiliki tanah di UK. Tempat lahir Prince William. Kah kah kah... Rupa-rupanya tanah itu memang ada nilai, tapi takkan terjual atas sebab lot tanah tersebut merupakan tanah yang menjadi batasan untuk kawasan-kawasan kampung dan kawasan-kawasan bandar yang tak ada prospek untuk dijual (ini mungkin sebab perundangan UK yang aku sendiri tyak arif).

Pelabur pun takkan dapat geran tanah, maksudnya duit yang mereka laburkan tu bukan untuk pembelian tanah, tapi dijanjikan pulangan yang tertentu. Akhirnya, pulangan entah ke mana, promoter/pemilik lari menghilang dan akhirnya promoter/pemilik disiasat atas kesalahan jenayah white collar. Ingat, watak antagonis dalam kes ini bukan mereka dari Nigeria atau Uganda, tapi mereka dari UK, tanah tumpah darah orang Melayu yang bujet urban berseluar sendat dan ketat. Kah kah kah... Aku gelak guling-guling.

Apa yang kita pelajari dari kes-kes di atas?


Dari pemerhatian aku, kebanyakan kes-kes penipuan ni agak sama modus operandinya. Kononnya, promoter/pemilik ada satu skim pelaburan atau perniagaan, pelabur dikehendaki melabur sejumlah wang, dan dijanjikan pulangan tetap yang lumayan. Ini sama dengan skim ponzi, skim piramid, Korek lubang, gali lubang.  Pelabur yang permulaan mungkin untung dan dapat rasa pulangan, tapi akan sampai satu tahap promoter/pemilik sudah kehabisan modal untuk dijadikan pusingan modal. Ada juga kes promoter/pemilik yang mulanya ikhlas dengan sesuatu perniagaan, tapi silap strategi jadi kelabu mata tengok duit berkepuk-kepuk, terus jadi tamak haloba.

Yang aku kasihan, para pelabur yang tertipu ini bukan golongan makcik-makcik kampung, tapi terdiri dari golongan professional, berpendidikan. Ada yang terlibat semata-mata dikaburi oleh duit, keuntungan. Yang kasihannya, ada yang terlibat kerana betul-betul mahu berniaga. Tapi jangan salah anggap kenyataan aku dan jangan pukul rata bahawa mana-mana promoter/pemilik yang mahukan duit pendahuluan itu merupakan penipu. Adat berniaga, perlu ada modal, kena sedia tanggung risiko, kerugian.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan dari terjebak?

1. Pertamanya, kaji selidik dulu latar belakang promoter/pemilik. Kalau sebuah syarikat, atau enterprise, luang sedikit masa dan tenaga untuk buat carian di Suruhanjaya Syarikat. Kalau kita tengok syarikat hanya ada saham bernilai RM2, tapi projek yang dicanangkan bernilai puluhan ringgit, sudah tentu ada yang tak kena.

2. Keduanya, jangan terliur dengan janji pulangan tetap, pulangan besar, untung atau kaya. Usaha untuk senang. Tajuddin Ramli jadi kaya dulu-dulu pun susah tau, kena masuk circle Mahathir, kena masuk circle Daim Zainuddin. Eh, ke situ pulak aku.

3. Pastikan ada hitam putih perjanjian yang betul-betul sah bukan setakat kertas untuk ditandatangani. Aku dah banyak tengok, projek ribu-ribu, tapi perjanjian loose, teruk caca merba.

4. Berkait rapat dengan point nombor 3, sila jangan segan silu atau kedekut untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam atau mereka yang pakar. Sekecil mana pun pelaburan yang dibuat, pastikan anda mendapat khidmat nasihat yang sewajarnya.

Sekian seadanya. Harap dapat menjadi panduan.

Temptasi Kewangan Islam

Aku perhatikan sejak akhir-akhir ni, mungkin sedekad kebelakangan ni, makin ramai orang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang kewangan Islam (Islamic finance) atas kapasiti yang mereka rasa sesuai. Yelah, kalau pensyarah, dia akan berjinak-jinak dengan jadi Shariah Committee untuk institusi kewangan Islam yang berkenaan, kalau graduan universiti - pun akan berjinak-jinak untuk menjadi eksekutif yang ada kaitan dengan institusi kewangan Islam. Kalau pelajar pulak, seboleh-boleh nak merapatkan diri dengan bidang kewangan Islam walaupun masa degreenya dulu takde kaitan secara langsung atau kadang-kadang tu memang takde kaitan langsung dengan Islamic finance.

Contohnya yang aku perhatikan, ramai lulusan agama yang bukan Shariah (Usuluddin, Dakwah, Bahasa Arab) pun mendekatkan diri dengan Shariah courses. Takde master Shariah, dia akan ambik master Shariah, walaupun degreenya Usuluddin. Sekarang ni MBA pun ada dalam Islamic finance. Ada yang jenis konar baring terus, degree dia Accounting, alih-alih tuning PhD pergi ke Islamic banking yang ada tempias-tempias sikit walaupun tak banyak.

Para pensyarah Syariah pun, kalau sebelum ni selesa dengan course yang mereka ajar (fiqh jenayah, fiqh perlembagaan), dek kerana temptation jugak, tiba-tiba dia jadi Shariah Committee untuk bank sekian-sekian. Kadang-kadang tu kita sebagai student rasa "Eh, dia ni langsung tak pernah ajar pasal muamalat, usul fiqh alih-alih jadi Shariah Committee jugak?"

Begitulah trend yang menunjukkan betapa marketablenya orang yang ada paper qualification on Shariah vis-a-vis fiqh muamalat. Aku sendiri pun sebenarnya tidaklah terlalu minat dengan fiqh muamalat ni tapi disebabkan aku ambik jugak degree Shariah maka aku terdedah dengan fiqh muamalat & yang lebih penting aku "ter"punya degree Shariah yang boleh digunakan untuk cari makan, beserta dengan degree LLB.

Syukurlah pilihan aku nak buat LLB + LLB (Shariah) dulu, ternyata bukan pilihan yang silap. Yelah aku sebut pilihan sebab dulu aku ada pilihan untuk ambik accounting, economics, hatta ke Timur Tengah pun ada kalau nak tapi aku tolak sebab aku rasa course yang UIAM tawarkan ni memang unik sebab ianya dinamik. Kita tak belajar satu benda je.

Aku selalu cakap kat students aku dulu, kita sebagai law students memang dicemburui atas banyak sebab tapi antara sebabnya ialah kita belajar banyak benda berbanding budak-budak course lain (di UIAM lah). Misalnya, kita belajar fiqh muamalat, budak Economics & IRK pun belajar fiqh muamalat. Kita belajar faraid, IRK pun belajar tapi budak Economics tak belajar. Kita belajar contract, budak Architecture pun belajar. Kita belajar international law, constitutional law, budak political science pun belajar, tapi budak IRK & Economics tak belajar. So maknanya bits & pieces apa yang budak-budak lain belajar, semua budak law belajar & yang menariknya, still, budak law ada belajar benda yang takde satu course lain pun ada offer. Begitulah betapa diversify jurusan undang-undang ni.

Merujuk kepada isu kewangan Islam jugaklah, jurusan undang-undang banyak bersangkut-paut dengan kemajuan kewangan Islam malah banyak "players" kewangan Islam mempunyai background undang-undang.

Dan aku hanya menyebut satu cabang daripada puluhan cabang kerja yang ada kalau kita bergelar graduan undang-undang.

Q&A: Gejala paranormal & supernatural (siri 1)

Soal jawab di bawah ini merupakan hasil nukilan Ustaz Apandi Hussin, pengamal perubatan Islam Darussyifa' cawangan Rawang. Beliau telah memberi keizinan agar hasil penulisannya dikongsi bersama. Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jawapan-jawapan di bawah ini hanyalah garis panduan umum yang tidak bermaksud untuk "pukul rata" bagi kesemua situasi paranormal. Setiap kes hendaklah dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang diyakini.


1) Ayat-ayat mudah yang boleh diamalkan/dizikirkan untuk mengelakan diri dari terkena tempias orang yg dirasuk.

1.1 Al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Kursy (baca dengan niat dan menyedut nafas serta telan nafas)
1.2 Ayat 97 & 98 Surah Al-Mukminuun

2) Cara yang paling mudah dan terbaik untuk menolong orang yang dirasuk, sementara menunggu orang yang lebih arif datang membantu.

2.1 Azan bergilir di telinga kiri dan kanan (Lelaki sahaja)
2.2 Asingkan daripada orang lain dan antara pesakit dengan pesakit.
2.3 Elakkan membaca apa-apa atau meletakkan mushaf quran dan sebagainya.
2.4 Panggil nama pesakit, minta supaya melembutkan badan dan membuka mata.
2.5 Memberi minum air sejuk / membasuh muka (cawan plastik)
2.6 Jika perlu, dimandikan atau syorkan supaya mengambil wuduk.
2.7 Jangan biarkan ia bersendirian dan termenung serta bersedih.
2.8 Jika perlu, bawa ke pusat rawatan yang berdekatan.
2.9 Kenal pasti punca masalah (sama ada gangguan asal atau perasaan dsb)

3) Apakah ciri-ciri atau tanda org yang sedang berkawan @ berdamping dgn jin.

3.1 Mudah marah / mata merah / sukar bertentang mata.
3.2 Memakai tangkal
3.3 Tahu perkara-perkara ghaib
3.4 Sombong dan mengugut akan membinasakan dan sebagainya.
3.5 Mengamalkan jampi serapah yang tidak difahami untuk tujuan tertentu
3.6 Mengamalkan bacaan atau ayat secara salah atau songsang.
3.7 Mengamalkan ilmu daripada mimpi.
3.8 Susah beribadat / benci orang baik / panas ketika bacaan Quran / azan dsb
3.9 Kalau berniaga – kedai kotor (lalat) tetapi pembeli ramai

4) Apakah tanda-tanda seseorang telah terkena sihir?

4.1 Perubahan sikap atau watak/tahap kesihatan secara mendadak
4.2 Adakalanya perubahan secara perlahan
4.3 Sakit yang berpanjangan dan berulang
4.4 Rawatan hospital tidak dapat mengesan sakit.

5) Bagaimana cara untuk mengelakkan diri dari terkena sihir / gangguan.

5.1 3 Qul / ayat kursi (bodyguard)
5.2 Berbuat baik kepada semua orang
5.3 Mengamalkan pertahanan diri yang bersistematik.
5.4 Mengamalkan doa harian (doa adalah senjata)
5.5 Menjaga keselamatan barang peribadi (pakaian dalam)
5.6 Mengelakkan berada ditempat yang berisiko

6) Apakah ciri-ciri pada manusia yang disukai jin untuk dipilih menjadi sahabatnya?

6.1 Jin sangat suka orang jahil (beribadat) – kisah jin takut dengan orang yang tidur
6.2 Orang yang memendam masalah
6.3 Terlampau takut (penakut)
6.4 Terlampau berani (sombong sehingga mencabar)
6.5 Banyak membaca buku berkaitan mistik
6.6 Orang suka melakukan maksiat

7) Adakan jin mendengar dan mengetahui segala apa yang manusia perkatakan dan adakah dia tahu apa isi hati manusia?

7.1 Mereka boleh mendengar (mereka tidak kelihatan justeru senang mencuri dengar)
7.2 Mereka mengetahui daripada maklumat Qarin.
7.3 Tidak mengetahui perkara dalam hati (cuma meneka).

8) Bilakah waktu jin suka berkeliaran dan apakah tandanya jika dia hampir dengan kita?

8.1 Waktu senja
8.2 Matahari atas kepala
8.3 Meremang bulu roma / bau wangi / busuk / pergerakan dsb
8.4 Terbatuk ketika awal tidur
8.5 Kaki tersentak semasa tidur

9) Apakah jenis-jenis jin,makanannya dan di manakah tempat tinggalnya?

9.1 3 kumpulan yang besar (Terbang / Merayap / Berjalan)

9.2 Jenis-jenis Jin (Ifrit, Qarin, Ummu Mildam dsb)

9.2.1 Mereka seperti masyarakat manusia
9.2.2 Pandai / bodoh / glamour / jahat / baik / elit dsb.
9.2.3 Berbagai agama / bangsa
9.2.4 Berkelompok / bersendiri dsb
9.2.5 Mereka mudah dimanipulasi / ditipu / dipergunakan

9.3 Makanan

9.3.1 Yang baik – makanan yang bersih, tulang daripada haiwan yang disembelih dsb.
9.3.2 Yang jahat – makanan yang kotor (najis haiwan, bangkai, darah, asap, wap najis dsb)

9.4 Kediaman mereka

9.4.1 Dalam hutan, dalam laut, awan, rumah tinggal, pokok, kubur, dalam tandas celah-celah lubang merekah dsb.

10) Apakah perkara yang boleh menyebabkan jin datang mengganggu manusia?

10.1 Kesalahan kita (Kita mengganggu ketenteraman/rumah/keluarga mereka)
10.2 Kesalahan dia (cinta / suka berkawan / menolong)
10.3 Dihantar untuk mengganggu (dinamakan sihir)

11) Kenapa hanya sesetengah orang sahaja yang dapat melihat wajah jin dan orang lain tidak dapat melihat?

11.1 Asasnya semua tak dapat lihat.
11.2 Apabila dia menjelma.
11.3 Melihat jin bermakna seseorang telah diganggu bukan tanda kelebihan
11.4 Orang dapat melihat mereka berisiko besar untuk diganggu kerana dianggap pengintip (spy)

12) Adakah benar seseorang yang mempunyai masalah jiwa (jiwa kacau) lebih mudah diganggu oleh mahkluk halus?

12.1 Betul dan tepat – untuk merosakkan kita, memperbesarkan perkara kecil, bergaduh, bermusuhan dsb.
12.2 Dalam kebanyakkan kes memang lebih mudah.

13) Apakah cara yang terbaik untuk menggelakkan diri dari gangguan makhluk halus?

13.1 Mendekatkan diri dengan agama.
13.2 Mengamalkan ayat-ayat perlindungan.
13.3 Mengelakkan diri dari berada di tempat-tempat yang berisiko.

14) Adakah gangguan mahkluk halus ini boleh menganggu keharmonian pejabat dan adakah orang lain boleh terkena @ berjangkit kepada orang lain?

14.1 Boleh kerana pelbagai punca:

14.1.1 Diganggu semasa pembinaan awal.
14.1.2 Dibawa masuk oleh seseorang (untuk mengawal bangunan)
14.1.3 Diamalkan oleh warga kerja (untuk pengasih / naik pangkat dsb)
14.1.4 Masalah asal yang dihidapi oleh seseorang

SOALAN PALING BEST

15) Kenapa orang Melayu kerap diganggu?

15.1 Sejarah orang melayu (Islam) banyak bergantung dengan jin (mistik).
15.2 Membela untuk berubat, jadi kuat (bersilat), cantik, bekerja dan mempertahankan diri serta keluarga.


16) Kesimpulan

16.1 Manusia dicipta dari unsur roh dan jasad.
16.2 Jika kita perlu makanan untuk hidup dan sihat maka, begitu jugalah dengan roh
16.3 Senjata roh perlu untuk melawan musuh berbentuk roh.

IPTI: Satu sorotan ringkas

Institusi pengajian tinggi Islam (IPTI) merujuk kepada institusi pengajian yang menyediakan kursus pengajian Islam untuk para pelajar lepasan sekolah menengah yang berpendidikan agama, sama ada diploma mahu pun ijazah sarjana muda. Kalau kita nak menyebut mengenai IPTI yang pertama di Malaysia, mesti ramai di kalangan kita yang tertanya-tanya, errr..universiti apa ye?

Ya, universiti apa? UIA ke?

Sebenarnya IPTI pertama di Malaysia, malah di Tanah Melayu ialah Kolej Islam Malaya (KIM). KIM ditubuhkan kerana ketiadaan IPTI yang dapat menyediakan pengajian untuk para pelajar lepasan sekolah menengah agama. Sehingga tahun 1950'an dulu, memang banyaklah sekolah menengah agama, di negeri-negeri tu siap ada leading school. Kalau di Perak ada Sekolah Idrisiah, Kedah ada Maktab Mahmud, Terengganu ada SMASZA, Kelantan ada Maahad Muhammadi. Tapi lepas habis sekolah menengah, mahu ke mana? Pilihan yang ada waktu tu hanyalah ke Timur Tengah yang tentu sekali, bukan semua orang mampu & layak untuk ke sana.

Jadi KIM ditubuhkan pada 1955 untuk mengisi kekosongan itu. Dijemput pensyarah daripada Mesir untuk mengemudi KIM (Tan Sri Dr. Muhammad Abdul Rauf). Bekas Mufti Brunei, Tan Sri Ismail Aziz juga pernah menjadi pengetua KIM. KIM pada waktu tu cuma menyediakan Sijil Tertinggi KIM (macam Diploma), tapi dengan sijil ni, lepasan KIM boleh terus ke al-Azhar untuk menyambung ijazah Sarjana. Ramailah tokoh negara kita yang menjadi lepasan KIM ni, yang jadi menteri, yang jadi mufti, ahli politik, tak nak sebutlah, kalian boleh cari sendiri.

Hayat KIM sampai ke penamat dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada penghujung 1960'an. Dengan tertubuhnya UKM, KIM diserapkan masuk ke UKM menjadi Fakulti Pengajian Islam (FPI) beserta dengan Fakulti Sains & Fakulti Sastera. Aku nak tekankan kat sini, proses penghapusan IPTI atas nama 'naiktaraf' ini menjadi trend pihak kerajaan yang menyaksikan beberapa IPTI lain terkubur.

Selepas KIM hilang autonomi ditelan UKM, status KIM turun pangkat menjadi KIK (Kolej Islam Klang) pada tahun 1970. KIK sudah menjadi sekolah menengah yang menyediakan pengajian sehingga Tingkatan 6 sahaja. Status itu kekal sehingga sekarang, KIK sudah menjadi KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah).

'Roh' KIM hilang ditelan UKM sehinggakan Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM tidak dikaitkan lagi dengan KIM. Cuma orang lama-lama je yang tau asal-usul FPI UKM. Baru-baru inilah, setelah 40 tahun, timbul usaha untuk menghidupkan semula KIM menjadi sebuah universiti bergelar Universiti Islam Diraja Malaysia. Ini sepatutnya dibuat 40 tahun dulu, tapi takpelah, daripada takde langsung baiklah ada sekarang.

Situasi KIM senasib dengan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas pada 1965. Selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih Kelantan pada 1978, BN telah 'menaiktaraf' YPTIK dengan memindahkan YPTIK menjadi Akademi Pengajian Islam (API) di Universiti Malaya (UM) pada 1981. YPTIK hilang ditelan UM, sampailah sekarang. Cuma setelah Pas memerintah Kelantan semula, Pas telah menubuhkan Maahad Dakwah wal Imamah untuk menggantikan YPTIK & kini Maahad itu dikenali sebagai Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Tapi prestasi KIAS masih lagi menjadi tanda tanya (haha, ni kalau aku nak bantai memang sedap).

Di Terengganu juga IPTInya mengalami nasib yang sama apabila Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang ditubuhkan pada 1981 habis ditelan juga menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin - UNISZA (sebelumnya Universiti Darul Iman - UDM). Proses 'naiktaraf' KUSZA menyaksikan identiti KUSZA lenyap kerana Fakulti Pengajian Islamnya (siap ada nama 'Kontemporari' pulak sekarang) berdiri sama tinggi & duduk sama rendah dengan fakulti-fakulti lain di UNISZA. Pergaulan para pelajar juga menjadi lebih bebas tidak seperti waktu KUSZA dulu. Pendek kata, autonomi KUSZA juga sudah ditelan UNISZA.

Sebenarnya isu KUSZA ditelan UNISZA inilah yang menjadi salah satu punca kenapa Idris Jusoh tidak lagi menjadi Menteri Besar Terengganu. Tindakan Idris Jusoh menyerahkan KUSZA kepada kerajaan persekutuan lebih dilihat sebagai cara untuk mengurangkan hutang kerajaan negeri yang berjumlah RM80 juta dek kerana terpaksa menanggung KUSZA. Sedangkan KUSZA sebagai satu institusi yang disayangi oleh istana Terengganu, tak boleh 'disodok' macam tu je. Dek kerana perbuatan Idris Jusoh yang menyakitkan mata istana inilah, Canselor UDM, Sultanah Nur Zahirah enggan hadir ke majlis konvokesyen pertama UDM yang menyaksikan warga UDM malu besar dengan isyarat yang istana Terengganu berikan kepada UDM. Setelah berbolak-balik sekian lama barulah nama UDM ditukar menjadi UNISZA sebagai satu cara untuk membodek istana Terengganu. Bayangkan segala signboard UDM yang terpaksa ditukar menjadi UNISZA, berapa juta agaknya yang hangus ye?

Walaupun KUSZA dah jadi UNISZA, tapi kerajaan negeri Terengganu sudah tidak ada lagi kolej agama yang menjadi aset & kebanggaan mereka.

Sebelum aku melarat lebih jauh, mesti ada yang tertanya-tanya, penting sangat ke sesebuah negeri tu mempunyai kolej agama sendiri?

Aku boleh katakan ianya penting sebab kolej agama ialah manifestasi kuasa agama Islam yang dipegang oleh negeri (baca: istana). Dengan kuasa negeri yang sememangnya dah terhad ni, IPTI merupakan salah satu cara negeri untuk menzahirkan kuasa mereka dalam hal ehwal agama Islam. Tambahan pulak majlis agama Islam, jabatan agama Islam, mahkamah Syariah, lembaga zakat di negeri-negeri jugak dipegang oleh kerajaan negeri, maka sumber manusia (baca: pekerja) di jabatan-jabatan berkaitan agama di negeri-negeri sewajarnya dipegang oleh mereka yang berkelulusan IPTI negeri itu jugak. IPTI jugak memberi prioriti kepada anak negeri untuk menjadi pelajarnya.

Setakat ni, hampir setiap negeri ada IPTI sendiri. Misalnya Kelantan ada KIAS, Pahang ada KIPSAS, Selangor ada KUIS, Perak ada KISDAR, Johor ada KIJ, Melaka ada KUIM, Kedah ada KUIN. Tapi setakat ni yang paling menonjol tentulah KUIS & KUIN.

Jadi kalau dah tiap-tiap negeri ada kolej agama sendiri, kerajaan persekutuan tak payahlah sibuk-sibuk nak naiktaraf IPTI ni & serap jadi IPTA. Misalnya macam KUSZA tu, kalau sungguh nak buat universiti, buat jelah universiti lain, KUSZA tu tak payah usik. Jadi kerajaan negeri ada dua pusat pengajian tinggi Islam. Kalau nak buat FPI, biar universiti baru tu ada FPI sendiri, yang KUSZA jangan usik. Sepatutnya KIM dulu pun, kalau nak buat FPI di UKM, biarlah FPI tu hidup sendiri di UKM, kena KIM pulak yang kena ditelan oleh UKM (OKlah kalau kes dulu-dulu, kekurangan dana & sumber manusia aku boleh terima jugaklah).

Aku pernah mendengar tokoh sejarawan Prof. Dato' Dr. Ramlah Adam memberi komennya mengenai isu yang semacam ini, walaupun ianya tidak berkaitan dengan IPTI (aku pun banyak tak setuju dengan makcik ni tapi yang betul, aku setuju jugaklah). Ramlah Adam kata dia tak faham kenapa ITM kena dinaiktaraf jadi UiTM. Sepatutnya kalau nak buat universiti, buatlah UiTM satu, yang ITM tu jangan usik. Jadi orang Melayu ada dua institusi. Beliau ambik contoh Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) & Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang MCA asaskan. Maknanya bila MCA nak buat UTAR kat Gopeng, dia tak 'naiktaraf' KTAR kat Wangsa Maju supaya jadi UTAR. Maka UTAR jadi UTAR, KTAR kekal KTAR.

Sepatutnya pendidikan Islam pun begitulah. Bukannya nak memusatkan IPTI, tapi nak bagi IPTI tu bercambah, jangan fokus kat satu je. Maknanya ada UIAM, ada USIM, ada UIDM, biarlah banyak-banyak pun, peluang pun lagi terbuka luas untuk orang belajar agama.


Hari Jumaat sepatutnya cuti

Isu yang aku akan ulas pada hari ini nampak seperti agak remeh, tetapi ianya signifikan. Isu cuti hari Jumaat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, hari cuti ni jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri (untuk negeri-negeri) dan kerajaan persekutuan (untuk Wilayah Persekutuan). Mungkin sesetengah kita yang duduk di Lembah Klang sudah terbiasa dengan keadaan hari Jumaat bekerja, namun tidak di negeri Kelantan, Terengganu & Kedah (Perlis termasuk ke? Tak pasti).

Sebenarnya, AMAT MALANG apabila kita sebagai orang Islam masih perlu bekerja pada hari Jumaat sedangkan Jumaat sepatutnya hari kita orang Islam, terutamanya yang lelaki untuk bersolat Jumaat.

Mungkin ada yang memandang remeh, eh, bukan tak boleh solat Jumaat walaupun Jumaat kerja ye tak? Kita boleh solat Jumaat jugak kan. Inilah silapnya kita, kita memandang remeh peranan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari. Sebab kita pandang yang penting hanya solat Jumaat 2 rakaat tu je. Walhal keutamaan hari Jumaat bukan sekadar solat Jumaat tu je. Tanyalah perasan mereka (terutamanya lelaki) di 3 negeri di atas apabila Jumaat cuti, sebenarnya mereka seronok kerana mereka tidak perlu terkejar-kejar untuk pergi solat Jumaat.

Apabila Jumaat cuti, banyak fadilat Jumaat yang kita (lelaki) dapat rebut tanpa perlu terkejar-kejar. Mandi solat Jumaatnya, kerat kukunya, datang awal solat Jumaatnya (merebut pahala unta), merebut pahala iktikafnya. Kadang-kadang sebelum Jumaat tu siap ada tazkirah lagi. Nak balik pun tak kelam-kabut, sebab takde apa yang nak dikejar.

Bezakan kalau Jumaat tu kerja, terkejar-kejar. Dengan tak mandinya, dengan belum makannya, mana nak dengan iktikafnya, selalu kalau sampai masjid pun, tinggal pahala telur ayam atau silap-silap takde pahala. Dah tu balik pun tergesa-gesa sebab nak mengejar masuk ofis semula pukul 2.30 petang. Kadang-kadang tu ada meeting pulak lepas solat Jumaat. Solat sunat ba'diah Jumaat pun hangus. Dah kalau semua terkejar-kejar di manakah keberkatannya lagi? Itu belum masuk lagi kes tertidur time khutbah Jumaat (dah kalau bangun 6.00 pagi sebab nak pergi kerja mana tak mengantuk kalau khutbah Jumaat). At least kalau Jumaat cuti, boleh bangun lambat sikit & masa khutbah Jumaat takdelah tidur.

Kalau tak nak sebut dari perspektif agama pun, terus-terang aku katakan dari segi produktiviti kerja, kerja hari Jumaat sangat tak produktif terutama kepada sektor kerajaan sebab pada hakikatnya banyak masa terbuang di hari Jumaat tu. Sebabnya, kebiasaan kakitangan awam akan keluar 12.15 tengahari untuk lunch & solat Jumaat. Tapi siapa yang dapat faedah? Sepatutnya hanya pekerja lelaki Muslim saja yang dapat keistimewaan ni tapi apa yang kita dapat saksikan, pekerja wanita yang takde kena mengena dengan solat Jumaat (di Malaysia lah) pun dapat keluar awal. Yang menyakitkan mata tu, time kita lelaki ni nak makan sebelum Jumaat tu, time tu jugaklah yang para wanita ni berlonggok kat kedai makan & kafetaria, tak boleh tunggu lelaki solat Jumaat dulu ke? Takut lauk habislah tu. Dah tu, pekerja bukan Islam pun dapat keluar jugak, walaupun mereka sah-sah tak perlu solat Jumaat. Aku boleh jamin, untuk hari Jumaat je, sektor kerajaan & swasta dah rugi at least sejam setengah, sebab lazimnya pekerja akan keluar 12.15 pm (awal 45 minit dari waktu rehat hari biasa) & akan masuk semula pejabat 2.45 pm (lewat 45 minit dari waktu rehat hari biasa). Itu belum masuk yang keluar pukul 12 pm masuk ofis 3 pm (yang lagi lambat dari tu pun ada). Katalah seminggu rugi sejam setengah, kalau setahun, purata 75 jam terbazir untuk seorang pekerja. 75 jam tu hampir sama dengan produktiviti 2 minggu waktu bekerja. Itu baru seorang pekerja. Kalau sejuta pekerja? Maknanya 75 juta jam terbazir begitu saja.

Apa masalah kalau cuti Jumaat & Sabtu je? Ahad tu kerja. Maknanya Ahad sampai Khamis, masa bekerja dapat dioptimumkan, rehat pukul 1 pm - 2 pm je. Jumaat tu, cutilah puas-puas. Yang lelaki dapat solat Jumaat & ambil fadilat Jumaat. Yang perempuan pun dapat shopping atau kemas rumah atau rehat saja-saja je kalau nak.

Ini bukanlah bermaksud nak mendiskriminasikan pekerja yang beragama Kristian pulak. Nanti kata kalau Ahad kerja, diorang tak dapat pergi gereja pulak. Benda ni boleh diadjust, bukanlah rigid sangat. Mungkin boleh arrange time slip, bagi penganut Kristian pelepasan dalam 3, 4 jam untuk pergi gereja. Lagi pun penganut Kristian di Malaysia ni tidaklah ramai sangat, tak sampai 10% kot, kalau tolak Sabah/Sarawak lagi sikit peratusannya. Sepatutnya negeri macam Pahang, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, tak payahlah nak cuti jugak Ahad tu. Eloknya KL & Selangor pun cuti jugak Jumaat tu, atas nama produktiviti namun yang paling penting, atas kesedaran agama. Kalau yang minoriti orang Islam macam kat Penang, Sabah, Sarawak tu, takpelah nak cuti jugak Ahad. Macam Johor zaman Muhyiddin jadi MB, sebab nak bodek Mahathir, tergamak tukar cuti hari Jumaat kepada Ahad, banyaklah kau punya menjunjung Islam.

Kenapa jadi macam ni? Sebab kita ambil mudah peranan hari Jumaat. Jumaat sebagai hari yang menyatukan umat Islam tu, tak nampak. Takde rasa nak meraikan, nak membesarkan hari Jumaat. Kadang tu nak tunggu Awal Muharam dulu, nak tunggu Maulid Nabi dulu, baru nak ingat masjid. Walhal Jumaat tu meeting mingguan. Yang nampak di KL ni, kelam-kabut, terkejar-kejar. Mana nak berkat kalau macam tu.

What We Learned From Chelsea vs Bolton

Introduction


The match just ended with Chelsea beating Bolton 3 goals to nil. A huge relief for Andre Villas Boas. So, suaraserak.blogspot brings to you, What We Learned From Chelsea vs Bolton.


1. David Luiz is one of the best defender in the world


Cool hair-do. Dazzling skills on the ball. Pushing forward when opportunity arises, providing extra body in midfield, never compromising his defensive duty. Reminiscence of Franz Beckenbauer and a certain Rio Ferdinand during their heydays as libero, ball playing defender. Earned extra points by stealing the ball from an opponent, lovely pass to a teammate, then collecting back another, spotted a chance and suddenly Chelsea open the scoring. His finishing would make Fernando Torres looks like Emile Heskey. He is definitely one of the best defender, if not the best. A perfect and ready made replacement for the aging Lucio of Inter Milan for Brazil.


2. Never write off Frank Lampard 


Call him old, out fashioned or obsolete. Playing second fiddle to Andre Villas Boas's team this season, yet he keeps his fighting spirit intact. A model professional, comparable only to Paul Scholes, the Manchester United legend. Lampard is Chelsea's leading scorer this season, and has certainly marked his authority in English football, becoming the highest scoring midfielder of the decade with 150++ goals. His second goal for Chelsea in this match says it all. Plus a tidy display in midfield. Villas Boas must be wondering how wrong he could by every time he left Lampard off the team's first XI. 


3. Ryo Miyaichi is Arsenal's next best thing (after Alex Oxlade-Chamberlain (who is the Arsenal's next best thing after Theo Walcott))


He's only 19. Definitely still learning the trade of English football. But his running and penetration down the left wing would make Arsene Wenger thinks twice why he let a gem go on loan and keeping the disappointing and hapless (former) Russian maestro in Andre Arshavin. Now receiving his first senior international call up, Miyaichi's future looks bright. Can't wait for years to come when he will be locking horns with other young starlets of English football, Phil Jones and Chris Smalling to name a few. Miyaichi on the left and Chambo on the right, not a bad idea at all.


4. Didier Drogba's play acting is the worst in English football history


He is revered in his country. But not so among the Bolton's fans. His miss timed tackle (I prefer calling it a kick) on Tuncay Sanli, is so bad that it may warrant a booking. What happens next is shocking. He turned 360 degree, performing an almost a chicken dance before went down on the ground, as if he was tackled by Djohan Djourou from behind. He failed to knock off his "injury" and was substituted for Fernando Torres shortly after. Rivaldo must be laughing watching such a performance. What a shame considering this comes from a "great" footballer.


5. Forget Fernando Torres


He cuts a forlorn figure in his 14 minutes on the pitch, never presenting the offensive threat he once was. Got a decent chance in the 87 minute, but he blasted the ball over the bar. David Luiz could have done better. One decent cross from the right wing on the dying minute of the match, but that is all from the Spaniard who recently was dropped from the Spain squad. A Michael Owen in the making? Hopefully not, Roman Abramovich certainly not happy with that idea.


Conclusion


This is a massive win for Chelsea.

Awareness: Adakah anda sudah memiliki Pelan Perlindungan ini?

Adakah anda sudah memiliki Pelan Perlindungan ini?



*TPD= Total Permanent Disability (Cacat Kekal)




Sekilas Pandang ...

Pelan Takaful ini sebenarnya memberikan perlindungan kepada pendapatan kita (income protection). Bagaimana ianya berfungsi? Cuba bayangkan perkara-perkara berikut:


1. Pernahkah kita mendengar rakan sebaya atau sesiapa sahaja yang terlibat di dalam kemalangan dan mengalami lumpuh atau mengalami kecacatan kekal?

2. Pernahkah kita mendengar orang mengidap penyakit-penyakit kritikal? – sakit jantung, kanser paru-paru, kencing manis, kanser payudara dan sakit-sakit kritikal yang lain yang memerlukan kos rawatan yang tinggi?

3. Pernahkah kita mendengar rakan-rakan sebaya atau sesiapa sahaja yang memerlukan wang yang banyak untuk menampung kos rawatan? > pembedahan batu karang, pembedahan anggota badan kerana bermain bolasepak, atau sakit-sakit lain?

4. Pernahkah kita mendengar rakan-rakan sebaya kita yang telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di usia yang muda?



Kita mungkin pernah terfikir mengenai perkara-perkara di atas. Namun persoalannya, adakah kita yakin bahawa kita akan terus hidup sihat di dunia ini? Kalau ditakdirkan begitu.. Syukur pada Tuhan. Tetapi jika berlaku perkara-perkara di atas kepada kita? Apa persiapan kita? Adakah kita mempunyai wang RM 20-30 ribu di dalam bank kita sekarang jika tiba-tiba doktor mengatakan kita menghidap penyakit kritikal dan perlu membuat rawatan kesihatan kita? Sanggupkah kita menggadaikan nyawa kita sendiri?

Jadi, Plan  Takaful ini sebenarnya akan melindungi pendapatan kita jika berlaku sebarang musibah yang tidak dingini. Jika kita membayar insurance kereta setiap tahun, jika berlaku kemalangan siapa yang akan membayar kos baik pulih kereta tersebut? Begitulah dengan Plan Takaful ini. Jika berlaku sebarang musibah, Pelan Inilah yang akan membayar segala kos perubatan. Kita tidak perlu gusar untuk menggunakan wang simpanan yang kita kumpul selama kita bekerja. Gunakanlah wang simpanan kita sebaik mungkin, untuk membahagiakan keluarga, ibu bapa, pasangan, anak-anak kita dan kita serahkan kepada Pelan Takaful untuk membiayai segala kos apabila musibah berlaku terhadap diri kita. Jika kita sanggup untuk melindungi kereta kita dengan membayar insurance setiap tahun, adakah kita TERGAMAK untuk membiarkan diri kita tanpa sebarang perlindungan??? Adakah kereta lagi berharga daripada diri kita????

Kita mungkin pernah menonton program Bersamamu di TV3. Mereka perlukan duit untuk menampung perbelanjaan perubatan dan ada juga perlukan wang kerana ketua keluarga telah lumpuh/sakit dan tidak lagi boleh bekerja. Persoalannya, pernahkah kita memberikan sumbangan kepada mereka? Fikirkan, jika perkara tersebut berlaku kepada kita, adakah ada orang yang sanggup memberikan wang untuk membantu kita? Di manakah tempat untuk kita menagih simpati?

Fikir-fikirkan. Sesungguhnya, tiada siapa yang mahu perkara-perkara di atas berlaku kepada dirinya. Namun, kita tidak berdaya menghalang segala ujian dari Tuhan. Adakah kita yakin kita masih sihat dan masih boleh bekerja pada esok hari? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? 5 tahun akan datang??? Apa persediaan kita?

Untuk perkongsian lanjut dan free consultation, hubungi Perunding Kewangan anda:

Nazri Yahya
019-364 4140
Al-Isra’ Associates Sdn Bhd.



Oleh AMREE AHMAD


MALANG tidak berbau. Nahas  jalan raya yang berlaku pada 18 September tahun lalu bukan sahaja menyebabkan seorang isteri menjadi balu, malah dua anaknya yang masih kecil kehilangan seorang bapa.

Lebih pilu, insiden yang  meragut nyawa Setiausaha Kedua.Kedutaan Malaysia di Libya, Khairil Hisham Ahmad itu berlaku sehari sebelum hari kelahirannya yang ke-31. Allahyarham menghadap Ilahi dalam keadaan tragik jauh di negara orang.

Pada hari yang sama, isteri Khairil, Shahrizad Mohd. Sharifudin sedang bersedia untuk menunaikan solat Zuhur ketika dihubungi pihak Wisma Putra kira-kira pukul 2.30 petang. Pensyarah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL)itu tidak menduga apa-apa.

"Kebetulan saya baru sahaja bertugas selepas habis pantang melahirkan anak kedua dan menyangka panggilan mengejut itu mungkin daripada suami," katanya sejenak membuka bicara. Mereka melangsungkan perkahwinan sekitar Disember 2005.

Anak sulung pasangan tersebut, Ahmad Muzoffar sudah pun berusia lebih dua tahun manakala adiknya, Ahmad Mu'azzam ldni baru berumur sembilan bulan. Allahyarham Khairil Hisham berkhidmat di negara utara Afrika itu sejak Mac 2007.

Malangnya panggilan diterima Shahrizad itu rupa-rupanya mengubah kehidupan beliau buat selama-lamanya.

"Arwah ketika itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk menjemput seorang hakim dari Malaysia sebagai pengadil bagi majlis tilawah al-Quran peringkat Libya," jelas Shahrizad.

Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu pekerja kedutaan terbabas kira-ldra pukul 6 pagi waktu Libya.

Pemandu warga Ghana itu gagal mengawal kenderaan rasmi diplomatik Malaysia di bulatan sebelum melanggar sebatang pokok.

Nahas itu menjadi berita besar di Libya kerana ia berlaku rnenjelang pertandingan tilawah kebangsaan negara tersebut. Hakim dari Malaysia yang turut berada di dalam kereta terselamat.

"Menurut polis, arwah maut di tempat kejadian dan kes itu unik sebab mangsa 'dijemput' Ilahi semasa dalam tugas agama," terang Shahrizad.

Shahrizad sempat tinggal di Libya sebelum balik pada Mei 2008 kerana mahu bersalin di tanah air.

Suaminya yang berasal dari Batu Pahat, Johor sebelum itu bertugas di unit antiterorisme Kementerian Luar di Putrajaya selama lima tahun.












Beli perlindungan insurans




Bagaimanapun, kejadian tidak diduga itu ada hikmah tersendiri.

Secara kebetulan, allahyarham yang tidak pernah mengambil insurans tiba-tiba berbuat demikian ketika pulang ke tanah air sewaktu menyambut kelahiran anak keduanya.

"Arwah sekadar mahu keluarganya dilindungi sistem insurans berasaskan syariah iaitu Prudential-BSN Takaful melalui agensinya, Al-Isra' Associates Sdn. Bhd., kerana ia lebih terjamin.

"Agensi ini menawarkan skim perlindungan takaful yang dipercayai di bawah syarikat kukuh dan ramai pelanggan," jelas beliau.

Kata Shahrizad, biarpun sudah balik ke Libya, allahyarham sering bertanyakan sama ada permohonan Takaful-Link yang disertainya telah diluluskan.

Seperti tahu ajalnya hampir, permohonan Allahyarham diluluskan pada 15 September 2008.

Beliau meninggal dunia tiga hari kemudian yang kebetulan jatuh pada malam Nuzul Quran dan ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa Ramadan.

"Saya reda pemergian arwah malah - bersyukur ketika dia dalam perjalanan balik ke Malaysia untuk melihat saya bersalin, suami saya sempat mengerjakan umrah di Tanah Suci dan juga sempat 11 hari.melihat anak bongsunya," kata Shahrizad lagi.

Allahyarham berkesempatan melakukan upacara akikah, mencukur jambul dan khatan untuk dua anak lelaki mereka.

Jenazah kembali ke tanah air dan disemadikan di tanah perkuburan Presint 20, Putrajaya pada 21 September, seminggu menjelang Aidilfitri.

Shahrizad ditemui pada majlis penyerahan pampasan takaful berjumlah RM60,000 di Petaling Jaya, Selangor Selasa lalu.

Bukan itu sahaja, walaupun allahyarham cuma sempat membayar premium kali pertama sebanyak RM300, keluarganya diberi perlindungan takaful.


Malah dua anaknya menerima pengecualian bayaran premium sehingga berusia 25 tahun.




  1.     Jika berlaku perkara (1) – (3) di atas, adakah kita masih boleh bekerja? Adakah kita masih mempunyai pendapatan bulanan? Bagaimana dengan kos rawatan kita? Bagaimana dengan hutang piutang kita? Hutang kereta, hutang PTPTN?, hutang rumah? Personal Loan? Dari mana kita boleh mendapatkan wang untuk menampung perkara-perkara tersebut? Jika kita mempunyai anak, adakah kita sanggup untuk menggadaikan masa depan anak kita dengan menggunakan wang simpanan kita yang sepatutnya kita gunakan untuk pendidikan anak kita semata-mata untuk menampung kos rawatan kita?


        Bagaimana pula jika perkara (4) berlaku kepada kita pada usia yang muda? Apa yang kita ingin tinggalkan kepada keluarga kita? Adakah sanggup kita ingin melihat ibu bapa kita bersusah payah membebani hutang-piutang yang kita tinggalkan? Tidak puaskah kita menyusahkan mereka membiayai segala perbelanjaan kita sepanjang kita bersama mereka? Bagaimana pula jika kita sudah berkeluarga sendiri? Adakah kita sanggup membiarkan pasangan yang kita cintai susah payah mencari duit untuk menampung segala hutang yang kita tinggalkan selepas kita tiada? Bagaimana dengan nasib anak-anak kita? Bagaimana mereka ingin meneruskan pelajaran mereka tanpa sebarang wang yang mencukupi yang kita tinggalkan? Dengan adanya Pelan Takaful ini, pampasan akan diberikan kepada waris apabila berlaku kematian, penyakit kritikal dan juga cacat kekal.

Cerita pasal kasut

Cerita pasal kasut


Minggu lepas aku dan wife pergi ke Pavilion, jalan-jalan bawak anak..niat asal nak jalan-jalan je, kemudian kami masuk Tangs, ade jualan murah..

Tetiba wife aku mencadangkan untuk beli kasut kerja untuk aku, memandangkan kasut aku sgt teruk rupanya, sebab dia nak belanja aku on je.. dok belek ar bermacam jenis, dan ada satu kasut aku belek (tak ingat brand apa) harga RM1500..gila mahal…!!!!!!

Kasut tu import dari Italy dan handmade, kononnya kualiti kaw2, n sangat2 special.. aku hanya mampu pegang dengan hujung jari sambil terfikir, ada ke orang yang nak membeli kasut semahal ni..? ape beza kasut ni dengan kasut murah yang lain? kasut ni jaga kaki? kasut ni takkan menyebabkan kaki berbau? Kasut ni membuatkan kita berjalan dengan pantas? atau sekadar propa je…

Dari dulu sampai sekarang, bila nak beli kasut, aku cukup memilih, terutama bab harga, dan harga semahal RM1500 tu aku rasa gila..

Dan aku rasa pelik sebab ada orang sanggup beli kasut beribu2 harga hanya untuk digunakan memijak debu, pasir, lumpur atau kadang2 terpijak tahi, tapi bila nak beli kopiah untuk sembahyang dan mengadap tuhan, harga kopiah RM5 pon nak tawar menawar lagi….

nota kaki: ini juga hasil nukilan En. Zarep, criminal lawyer yang sebahagian kerjanya ialah mengira wang ringgit hasil kerjaya perundangan beliau.. buktinya beliau shopping di Pavilion, tempat urban tuh... kah kah kah.. jangan marah ya bang...

Cerita 4 team EPL (edisi menganjing)

Ini entri sumbangan the most notorious criminal lawyer in town, En. Zarep. Kalau ada sesiapa kena dakwa boleh la jumpa dia. Tapi kali ni dia mahu cerita pasal sepak bola. Caya la bro, gua pon sokong Men Yu juga.. kah kah kah....

Cerita 4 team EPL

Chelsea akan bertemu dengan Napoli malam ni, satu game yang mungkin akan jadi satu petanda kepada karier Andres Villas Boas.. kalo kalah ada potensi kena pecat gak macam pengurus terdahulu..

(update: memang Chelsea kalah pon 3 - 1.. bO0ooo)

Chelsea n Arsenal megah sampai ke pusingan kedua, tapi mungkin penamat sampai sini je..kepada pengurusan Chelsea sila jual Torres tu, beli mahal-mahal score 3 bijik..? pakai but kicap ke?

Arsenal..? malas nak cakap ar team budak-budak hingusan ni, 6 tahun takde piala apa-apa, sampai rak isi piala tu penuh dengan kotak tisu atau botol mineral je kot..

Liverpool..? takde beza Liverpool dengan Empayar Rom, megah suatu kita dahulu, sandarkan pada kenangan, aku berani jamin, tunggu lagi 10 tahun pon Liverpool tak ke mana..

MU..? MU mane lepas 2nd round Champions League, main kt europa je, tu pon menang 2-0 je aritu.. menang EPL baru 19 kali, Liga Juara-juara 3 kali, ada kuda tua gak macam Chelsea, tp ntah apehal MU gak menang..bosan aku.. tiap2 tahun sokong MU, tak sokong pon diorg gak juara.. hahahahahah.. Glory-glory Man Utd…

Jatuh Bangun dan Berdiri Dalam Kehidupan

Seringkali kita menilai dan menjatuh hukum kepada orang lain. Kita komen dan terus komen perihal kehidupan orang lain. Kita gelak dan kita sindir pendapat orang lain. Kita pandang sinis dan senyum serong melihat kisah orang lain. Tak kurang kita pandang enteng pada matlamat dan cita-cita orang lain, pandang rendah pada haluan hidup orang lain.

Semuanya kita buat, tanpa tahu kisah disebalik hidup orang itu, tanpa kita tahu apa yang mereka lalui. Dan kita tidak kisah pun untuk ambil tahu hal sebenar, apa yang tersirat dan apa yang tersurat.

Kita label orang lain sebagai bodoh. Kita cop orang lain sebagai gagal. Kita anggap mereka cetek fikiran, jauh ketinggalan.

Tapi orang itu teruskan kehidupan. Persetankan cerita kita, tak patah semangat dek cerita-cerita mulut jahat hati busuk kita. Jerit perih orang itu lalui sendiri. Sambil itu kita masih ketawa dan terus ketawa.

Tapi orang itu berjaya dan berdiri, lebih tinggi dari kita. Baru kita mendongak, baru kita bersorak. Baru mengaku itu sahabat. Ini orang hebat.

Barang "local"

Ada dua perkara yang sama berlaku di Malaysia dan England pada Jumaat, Sabtu dan Ahad 17-19 Febuari 2012, iaitu perlawanan Piala FA.

Dalam perlawanan Piala FA England, kita akan dapat melihat siaran secara langsung terus ke kaca tv untuk setiap perlawanan, dibawakan Astro, walaupun ia melibatkan Crawley Town lawan Stoke City.

Di Malaysia, perlawanan Piala FA juga dibawakan secara langsung, tetapi dengan perlawanan terpilih, yang saya ingat hanya UiTM lawan Lions (tu pun sebab main petang), Kelantan-Sarawak, ATM-Perak, sangat-sangat terhad.

Saya juga mempunyai pengalaman sendiri iaitu di gelanggang futsal, di mana pada ketika berlangsung perlawanan antara Kelantan-Sarawak, dan pada yang sama di England, Chelsea-Birmingham. Pengusaha gelanggang memilih Chelsea-Birmingham, hinggakan selepas habis separuh masa pertama pun, mereka tetap dengan Chelsea-Birmingham. Yang jaga kedai tu pun pakai baju QPR, heh.

Apa lagi yang nak diucapkan? Sesungguhnya manusia di sebelah sini sentiasa berkiblatkan bolasepak Inggeris.

Sama juga dengan Liga Super, hanya ada satu siaran di Astro Arena, dan satu lagi di TV1. Tetapi untuk bolasepak Inggeris, kita akan dapat lebih dari 3 siaran yang menyiarkan perlawanan, walaupun ianya Norwich lawan Swansea.

Isteri bersalin di mana? Tanggungjawab suami

Isu yang saya ingin utarakan, malah selatankan pada hari ini ialah isu di mana isteri anda bersalin, yakni di mana anak anda akan dilahirkan. Baik, saya faham isu ini mungkin agak sensitif untuk dibicarakan tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai suami (dan bakal-bakal suami), kita sepatutnya mengambil cakna mengenai isu ini.

Sebagai seorang suami, kita sepatutnya menjaga maruah isteri kita terutama dari segi penampilannya. Aurat yang didedahkan oleh isteri kita, kita jugak akan mendapat sahamnya. Dek kerana itulah kita bertanggungjawab untuk menegur, menasihat sehabis daya kalau isteri kita tidak menutup aurat. Dan tanggungjawab menutup aurat itu tidak terhenti setakat penampilan zahiriah sahaja.

Ramai di kalangan kita yang 'alpa' apabila isteri kita mengandung dan kita bawa isteri kita check up di hospital / klinik dan seterusnya bersalin di hospital / klinik itu. Doktor lelaki atau perempuan yang kita pilih untuk merawat isteri kita sewaktu check up atau bersalin nanti?

Sebagai seorang suami yang beragama Islam, adalah WAJIB bagi kita untuk memastikan yang isteri kita mendapat rawatan daripada seorang doktor wanita Islam. Tentulah WAJIB itu bergantung kepada kemampuan kita. Kalau kita hanya mampu sekadar check up dan bersalin di hospital kerajaan sahaja, maka dalam keadaan normal, kita sebagai suami hanya mampu pasrah melihat isteri kita dirawat oleh doktor lelaki, kalau nasib kurang baik lagi, dapat kat doktor lelaki yang bukan Islam. Dan memang entri saya ini tidak ditujukan kepada mereka yang kurang berkemampuan, sebab lazimnya memang bersalin di hospital kerajaan, anda tidak ada pilihan untuk apa pun. Silap-silap nak bilik kelas 1 pun anda takde pilihan sebab bilik dah penuh.

Kalau anda mampu atau kemampuan itu boleh diusahakan dan diikhtiarkan, cubalah bawa isteri anda untuk check up dan bersalin dengan doktor wanita Islam. Anda boleh belanja ratusan ringgit untuk rokok, aksesori kereta, joran memancing & apa sahaja passion anda sebagai seorang lelaki, namun tergamakkah anda untuk mengizinkan aurat isteri anda menjadi bahan tatapan doktor lelaki walaupun atas urusan tipikal darurat (daruratkah kalau kita boleh membuat pilihan?). Kalau setakat check up perut tu, boleh tahan kira lagilah, tapi kalau bahagian yang terkangkang tu?

Saya ingin menegur di sini kerana terdapat kecenderungan di kalangan pasangan yang berkemampuan yang prefer untuk mendapatkan perkhidmatan doktor lelaki di hospital / klinik swasta dengan alasan doktor lelaki itu baik, berhemah dan sama waktu dengannya. Ada dua isu di sini, satunya pasal doktor lelaki tu, keduanya pasal pasangan tu. Anda perlu faham, doktor lelaki (Islam atau bukan), lazimnya wajib berhati-hati dan memberi perkhidmatan sehabis baik kepada pesakit yang bersalin / bakal bersalin kerana skop kerja mereka sangat berbahaya. Bila-bila sahaja mereka boleh didakwa mencabul kehormatan pesakit kerana pada hakikatnya, tangan mereka boleh menyentuh bahagian-bahagian sulit pesakit wanita atas nama rawatan. Memang lazimnya ada jururawat atau si suami yang akan memantau, tapi itu tetap tidak mengubah hukum asal yang tidak membenarkan seseorang yang bukan mahram untuk melihat aurat isteri kita. Soalnya ialah, dah habis ke doktor wanita Islam kat Tanah Melayu ni sampaikan terpaksa 'menagih' khidmat doktor lelaki, di hospital / klinik swasta pulak tu! Nak salahkan doktor lelaki tu tak boleh juga, sebab kalau takde demand, takdelah supply ye tak.

Saya tak menafikan, nak dapatkan khidmat doktor wanita Islam untuk menyambut kelahiran anak kita, walaupun di hospital swasta, kena tengok rezeki jugak. Kadang-kadang nasib kurang baik, isteri kita terberanak di tengah malam dan sewaktu sampai di hospital hanya doktor lelaki sahaja yang on call, maka mahu tidak mahu, pasrah jelah dengan keadaan itu. Yang ni, takpelah sebab kita dah berikhtiar sehabis daya. Sebab itu dipesankan jugak, kena banyak berdoa supaya isteri kita bersalin dengan doktor wanita Islam yang kita pilih. Tak naklah bayar ribu-ribu, tapi last-last dapat kat doktor lelaki jugak yang sambut anak kita. Kalau macam tu baik bersalin kat hospital kerajaan, ye tak.

Punca 'keserabutan' ini berlaku adalah kerana dasar kerajaan sendiri. Dasar kerajaan yang tidak mengutamakan maruah isteri yang bersalin dan mengambil pendekatan "ikut nasiblah dapat kat doktor mana pun masa bersalin nanti". Walhal kata negara Islam, Islam Hadhari la, Islam Wasatiyyah lah, tapi isteri bersalin terkangkang, yang menyambutnya doktor bukan mahram jugak. Ni bukan salah doktor lelaki tu jugak, tapi yelah, macam yang disebut, dasar kerajaan. Kalau kerajaan tak mengizinkan doktor lelaki untuk jaga bab-bab bersalin ni, maka takdelah jadi situasi doktor-doktor lelaki menyambut kelahiran bayi. Mungkin jugak dek kerana Menteri Kesihatan kat negara kita ni, sepanjang ingatan saya kuotanya diisi oleh menteri MCA yang berbangsa Cina, maka sensitiviti itu tidak ada (alah, toksah salahkan MCA la sebab Perdana Menteri selama ni semuanya Islam). Kalau para pembesar negara anggap benda ni benda remeh, saya nak tanyakan adakah mereka tergamak mengizinkan doktor lelaki untuk menyambut kelahiran isteri mereka jika diberi pilihan. Saya rasa, suami yang ada maruah takkan membenarkan perkara tersebut berlaku.

Sepatutnya kerajaan membuat polisi sebegini, doktor lelaki Islam tidak dibenarkan untuk jaga bab-bab bersalin ni, sekadar teori dan praktikal yang minimum je bolehlah. Doktor lelaki bukan Islam, kalau nak jugak, bolehlah bagi izin, tapi dia hanya dibenarkan untuk merawat pesakit wanita bukan Islam jugak. Jadi maruah pesakit wanita Islam yang akan bersalin tu, terjagalah, kerana hanya doktor wanita Islam saja yang akan menyambut kelahirannya. Mungkin polisi ini drastik dan sukar untuk dilaksanakan serta-merta, tapi bolehlah ditumpukan ke hospital-hospital kerajaan di bandar-bandar misalnya terlebih dulu. Cukuplah mak ayah kita atau mungkin datuk nenek kita 'terjebak' dalam situasi yang tak menyenangkan ini dulu. Kita yang mempunyai pilihan (jika berkemampuan), cubalah buat yang terbaik agar maruah isteri kita terpelihara. Kata kita sayang isteri kita, takkanlah kita nak benarkan lelaki bukan mahram nak tengok aurat isteri kita, aurat berat pulak tu. Percayalah, isteri yang baik akan berasa selamat dan dihargai kalau suami dapat memberi layanan terbaik kepadanya. Layanan terbaik tu termasuklah mendapatkan doktor yang terbaik untuk menyambut kelahiran anaknya. Takdelah isteri tu berdebar-debar, dahlah cuak nak bersalin, tapi bila terkangkang, orang yang tak 'berhak' untuk tengok bahagian sulit tu pulak diberi mandat untuk tengok, malah sentuh, lagilah dia malu dan berdebar-debar.

Kalau anda sayangkan isteri anda dan tentunya sayangkan Allah serta perintahNya, buatlah sesuatu untuk mengubah 'keserabutan' ini - sementara kerajaan pun belum insaf dengan polisi yang berkecamuk ini.

Menanti sebuah jawapan

Sebagai seorang manusia yang belajar di UIAM, saya teringin untuk melihat siapakah di kalangan batch saya (kawan-kawan serta kenalan) yang akan mencatat rekod berikut:

1. Yang paling lambat kahwin (atau takkan kahwin sampai ke sudah)
2. Yang pertama dapat cucu
3. Yang pertama jadi wakil rakyat
4. Yang pertama jadi Profesor
5. Yang pertama dikurniakan pangkat "Dato' / Datuk"
6. Yang pertama kahwin dua / tiga / empat
7. Yang pertama sekali bercerai (na'uzubillah)
8. Yang pertama jadi Hakim Mahkamah Tinggi

5 ways Sarawak can beat Kelantan

1. Play pressing game

Whether the ball is in the Sarawak area or the opposition area, or any spot in between, there will be no let-up allowed, and Sarawak can gain an increased possession in the game. In addition, do not forget to heat up the match, maybe worth a red card or two.

2. Subramaniam's factor

Much have been said for his stellar performances that earns his recall to the national side. On the contrary, his performances by no means, mediocre. He has a questionable ability of marking players, and have a tendency to clear the ball to nowhere. He is also prone to making mistakes, and Sarawak front line must be ready to focus on him ahead of the match. Close him down, press him, and its worth.

3. Kelantan's off-field problems

Is Butler still there? Will Ghaddar play? Kelantan is surely in the limelight for the wrong reason.

4. Forget Badri Radzi

Look at what he is doing? He only slows the game. Playing counter-attacking game will not benefit Kelantan. If the ball at his feet, he will take time and look for players in front of him, and pass the ball stylishly. That's all.

5. Forget the imports

Be it Ghaddar or newcomers Onyekachi, Kelantan goal-scoring ability comes from local talents. As such, Sarawak should be wary of Kelantan attacking strike force of Norshahrul and seasoned Indra Putra. Cut the supply for them. Let Sarawak's midfielder do the job.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets