Di surau tempat aku bekerja, waktu zohor memang akan diadakan kuliah zohor. Kehadiran jemaah, kalau campur lelaki & perempuan, aku rasa mencecah 200 orang. Kemudian sesudah zohor akan jemaah biasanya akan bersurailah.
Sewaktu jemaah melangkah keluar dari surau tu, lazimnya akan adalah seorang dua, kadang-kadang sampai tiga orang yang akan duduk bersila & bentang sejadah untuk mengutip derma. Yang menariknya, muka-muka tu kebanyakannya muka-muka orang yang sama.
Secara pukul rata, peminta derma (nak sebut peminta sedekah macam lekeh sangat) terdiri daripada mereka ini:
1. Mualaf: Mualaf berketurunan Cina ni tak silap aku ada 3 orang, tapi yang muka sangat familiar ni sorang je. Aku ingat dia sebab dia akan bentang sekeping kertas di atas sejadah & kertas tu bertulis "KAKI SAKIT". Sebagai modal juga dia akan letak Kad Mualaf dia yang dikeluarkan oleh MAIWP. Lepas tu dia akan bagi salam kepada tiap-tiap orang yang keluar daripada surau tu. Hampir setiap minggu, dalam sehari, mesti dia ada (kalau tiap-tiap hari orang muak pulak ye tak). Mualaf lain pun ada juga, selang 2 minggu adalah muka mereka, muka lebih kurang, fizikal pun lebih kurang, macam apek tua umur 50'an camtu. Ada sekali tu aku solat zohor di Darul Takaful, sekali aku jumpa sorang mualaf yang biasa memungut derma di surau Dataran Maybank. Maknanya, mungkinlah, mualaf-mualaf ni ada syif dia pada hari-hari tertentu, hari ni kat mana, minggu depan kat mana. Based on kutipan, aku rasa tiap-tiap hari buta-buta je dia akan dapat RM20 - RM50, katalah RM30. Kali 16 hari bekerja dalam sebulan (tolak Jumaat, Sabtu & Ahad) dia akan dapat sekitar RM480, atau round up - RM500 sebulan.
2. Orang Pakistan atau Afghanistan yang kononnya pungut derma untuk Maahad Tahfiz kat negara diorang, habis segala surat izin pungut derma dia keluarkan. Orang macam ni mungkin 3 bulan sekali datang.
3. Pungutan derma untuk maahad tahfiz, tapi tempatan.
Kalau pakai polisi surau tempat aku kerja, siapa yang nak kutip derma kena mintak izin AJK surau dulu. Selalunya penceramah tetap dia akan maklumkan kepada AJK surau & itu memang biasalah, sebab ada sesetengah penceramah tetap ni mempunyai maahad tahfiz atau madrasah sendiri. Yelah, takkan dia nak kelepet pulak kan. Jadi, orang luar yang nak memungut derma tu memang susah sikitla sebab AJK surau akan mintak surat izin daripada MAIWP/JAWI/Kementerian Luar Negeri (mana yang berkenaan) & selalunya memang takdelah yang bawak surat-surat ni. Jadi yang takde surat tu, kita tak halang untuk buat kutipan tapi tak umum jugak bahawa ada kutipan.
Aku menaip pasal ni bukan apa, cuma aku rasa agak terganggu dengan imej mualaf yang memungut derma ni, adakah itu saja kerjanya? Yelah, mualaf ni setahun dua pertama lepas masuk Islam tu bolehla kita consider mualaf & layak dapat bantuan zakat, tapi yang jenis bertahun-tahun ni macam mana? Kadang-kadang aku tertanya-tanya, kalau dia tak masuk Islam, adakah dia akan meminta derma sebegini? Memang ada kes dek kerana masuk Islam, mualaf ni dibuang oleh keluarga, jatuh sakit & mungkin inilah jugak yang berlaku kepada mualaf-mualaf ni sampai putus mata pencarian. Tapi aku tak berkenan dengan kejadian ni. Aku pun takdela sampai ke tahap nak siasat bagai sebab aku pun banyak kerja lain nak buat. Cuma itu jelah benda yang aku nak kongsikan hari ni. Sekian.
0 comments:
Post a Comment