Isu yang saya ingin utarakan, malah selatankan pada hari ini ialah isu di mana isteri anda bersalin, yakni di mana anak anda akan dilahirkan. Baik, saya faham isu ini mungkin agak sensitif untuk dibicarakan tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai suami (dan bakal-bakal suami), kita sepatutnya mengambil cakna mengenai isu ini.
Sebagai seorang suami, kita sepatutnya menjaga maruah isteri kita terutama dari segi penampilannya. Aurat yang didedahkan oleh isteri kita, kita jugak akan mendapat sahamnya. Dek kerana itulah kita bertanggungjawab untuk menegur, menasihat sehabis daya kalau isteri kita tidak menutup aurat. Dan tanggungjawab menutup aurat itu tidak terhenti setakat penampilan zahiriah sahaja.
Ramai di kalangan kita yang 'alpa' apabila isteri kita mengandung dan kita bawa isteri kita check up di hospital / klinik dan seterusnya bersalin di hospital / klinik itu. Doktor lelaki atau perempuan yang kita pilih untuk merawat isteri kita sewaktu check up atau bersalin nanti?
Sebagai seorang suami yang beragama Islam, adalah WAJIB bagi kita untuk memastikan yang isteri kita mendapat rawatan daripada seorang doktor wanita Islam. Tentulah WAJIB itu bergantung kepada kemampuan kita. Kalau kita hanya mampu sekadar check up dan bersalin di hospital kerajaan sahaja, maka dalam keadaan normal, kita sebagai suami hanya mampu pasrah melihat isteri kita dirawat oleh doktor lelaki, kalau nasib kurang baik lagi, dapat kat doktor lelaki yang bukan Islam. Dan memang entri saya ini tidak ditujukan kepada mereka yang kurang berkemampuan, sebab lazimnya memang bersalin di hospital kerajaan, anda tidak ada pilihan untuk apa pun. Silap-silap nak bilik kelas 1 pun anda takde pilihan sebab bilik dah penuh.
Kalau anda mampu atau kemampuan itu boleh diusahakan dan diikhtiarkan, cubalah bawa isteri anda untuk check up dan bersalin dengan doktor wanita Islam. Anda boleh belanja ratusan ringgit untuk rokok, aksesori kereta, joran memancing & apa sahaja passion anda sebagai seorang lelaki, namun tergamakkah anda untuk mengizinkan aurat isteri anda menjadi bahan tatapan doktor lelaki walaupun atas urusan tipikal darurat (daruratkah kalau kita boleh membuat pilihan?). Kalau setakat check up perut tu, boleh tahan kira lagilah, tapi kalau bahagian yang terkangkang tu?
Saya ingin menegur di sini kerana terdapat kecenderungan di kalangan pasangan yang berkemampuan yang prefer untuk mendapatkan perkhidmatan doktor lelaki di hospital / klinik swasta dengan alasan doktor lelaki itu baik, berhemah dan sama waktu dengannya. Ada dua isu di sini, satunya pasal doktor lelaki tu, keduanya pasal pasangan tu. Anda perlu faham, doktor lelaki (Islam atau bukan), lazimnya wajib berhati-hati dan memberi perkhidmatan sehabis baik kepada pesakit yang bersalin / bakal bersalin kerana skop kerja mereka sangat berbahaya. Bila-bila sahaja mereka boleh didakwa mencabul kehormatan pesakit kerana pada hakikatnya, tangan mereka boleh menyentuh bahagian-bahagian sulit pesakit wanita atas nama rawatan. Memang lazimnya ada jururawat atau si suami yang akan memantau, tapi itu tetap tidak mengubah hukum asal yang tidak membenarkan seseorang yang bukan mahram untuk melihat aurat isteri kita. Soalnya ialah, dah habis ke doktor wanita Islam kat Tanah Melayu ni sampaikan terpaksa 'menagih' khidmat doktor lelaki, di hospital / klinik swasta pulak tu! Nak salahkan doktor lelaki tu tak boleh juga, sebab kalau takde demand, takdelah supply ye tak.
Saya tak menafikan, nak dapatkan khidmat doktor wanita Islam untuk menyambut kelahiran anak kita, walaupun di hospital swasta, kena tengok rezeki jugak. Kadang-kadang nasib kurang baik, isteri kita terberanak di tengah malam dan sewaktu sampai di hospital hanya doktor lelaki sahaja yang on call, maka mahu tidak mahu, pasrah jelah dengan keadaan itu. Yang ni, takpelah sebab kita dah berikhtiar sehabis daya. Sebab itu dipesankan jugak, kena banyak berdoa supaya isteri kita bersalin dengan doktor wanita Islam yang kita pilih. Tak naklah bayar ribu-ribu, tapi last-last dapat kat doktor lelaki jugak yang sambut anak kita. Kalau macam tu baik bersalin kat hospital kerajaan, ye tak.
Punca 'keserabutan' ini berlaku adalah kerana dasar kerajaan sendiri. Dasar kerajaan yang tidak mengutamakan maruah isteri yang bersalin dan mengambil pendekatan "ikut nasiblah dapat kat doktor mana pun masa bersalin nanti". Walhal kata negara Islam, Islam Hadhari la, Islam Wasatiyyah lah, tapi isteri bersalin terkangkang, yang menyambutnya doktor bukan mahram jugak. Ni bukan salah doktor lelaki tu jugak, tapi yelah, macam yang disebut, dasar kerajaan. Kalau kerajaan tak mengizinkan doktor lelaki untuk jaga bab-bab bersalin ni, maka takdelah jadi situasi doktor-doktor lelaki menyambut kelahiran bayi. Mungkin jugak dek kerana Menteri Kesihatan kat negara kita ni, sepanjang ingatan saya kuotanya diisi oleh menteri MCA yang berbangsa Cina, maka sensitiviti itu tidak ada (alah, toksah salahkan MCA la sebab Perdana Menteri selama ni semuanya Islam). Kalau para pembesar negara anggap benda ni benda remeh, saya nak tanyakan adakah mereka tergamak mengizinkan doktor lelaki untuk menyambut kelahiran isteri mereka jika diberi pilihan. Saya rasa, suami yang ada maruah takkan membenarkan perkara tersebut berlaku.
Sepatutnya kerajaan membuat polisi sebegini, doktor lelaki Islam tidak dibenarkan untuk jaga bab-bab bersalin ni, sekadar teori dan praktikal yang minimum je bolehlah. Doktor lelaki bukan Islam, kalau nak jugak, bolehlah bagi izin, tapi dia hanya dibenarkan untuk merawat pesakit wanita bukan Islam jugak. Jadi maruah pesakit wanita Islam yang akan bersalin tu, terjagalah, kerana hanya doktor wanita Islam saja yang akan menyambut kelahirannya. Mungkin polisi ini drastik dan sukar untuk dilaksanakan serta-merta, tapi bolehlah ditumpukan ke hospital-hospital kerajaan di bandar-bandar misalnya terlebih dulu. Cukuplah mak ayah kita atau mungkin datuk nenek kita 'terjebak' dalam situasi yang tak menyenangkan ini dulu. Kita yang mempunyai pilihan (jika berkemampuan), cubalah buat yang terbaik agar maruah isteri kita terpelihara. Kata kita sayang isteri kita, takkanlah kita nak benarkan lelaki bukan mahram nak tengok aurat isteri kita, aurat berat pulak tu. Percayalah, isteri yang baik akan berasa selamat dan dihargai kalau suami dapat memberi layanan terbaik kepadanya. Layanan terbaik tu termasuklah mendapatkan doktor yang terbaik untuk menyambut kelahiran anaknya. Takdelah isteri tu berdebar-debar, dahlah cuak nak bersalin, tapi bila terkangkang, orang yang tak 'berhak' untuk tengok bahagian sulit tu pulak diberi mandat untuk tengok, malah sentuh, lagilah dia malu dan berdebar-debar.
Kalau anda sayangkan isteri anda dan tentunya sayangkan Allah serta perintahNya, buatlah sesuatu untuk mengubah 'keserabutan' ini - sementara kerajaan pun belum insaf dengan polisi yang berkecamuk ini.
Teringat kata2 Ust. Zainuddin masa di AIKOL dulu. Kita susah payah kumpul duit bayar mahar, bayar hantaran baru boleh tengok dan sentuh isteri. Tapi bila bab bersalin, kita bayar doktor mahal2 untuk doktor tu sentuh dan tengok isteri kita.
ReplyDeleteMoga dipermudah jalan.
benda ni la yg aku nak taip sebelum ni, ada benda yg ustaz zainudin cakap masa kelas QH dulu, tapi tak ingat..inilah pesan dia..aku cuma ingat dia kata isteri bersalin nanti jangan bagi doktor lelaki check...
DeleteSaya amat bersetuju dgn pendapat saudara. Diharap perkara ini dpt diketengahkan & dititikberatkan oleh pihak bertanggungjawab terutamanya pemimpin & masyarakat Islam sendiri.
ReplyDeletems wife mula2 pregnant dl aku bwk die ke hosp al-nisa' (nama islamik gile)...tb2 y check wife aku non muslim, wpon doc 2 pompuan, aurat muslimah terhadap non muslim pompuan sm je dgn aurat thdp bukan mahram...haram betoi...seb bek time bersalin doc wanita y sambut...(aku mampu doa je sbb x mampu nk htr wife aku ke hosp swasta)
ReplyDelete