Pages

Memoir Sebuah Perjalanan

Sedang aku baring-baring sendirian di rumah di hujung minggu, aku tiba-tiba terfikir, takkan la aku nak duduk je dekat rumah tanpa buat apa-apa, tanpa ada sumbangan kepada masyarakat sekeliling aku. Kemudian aku nekad, aku nak mengembara untuk lebih mengenali bangsaku sendiri. Aku bangun dari tilam empukku, dengan pantas mengemas mana yang cukup untuk aku mengembara. Aku terus keluar rumah, dan bila kawan aku tanya nak ke mana, dengan yakin aku jawab aku nak mengembara.

Aku ke stesen LRT yang berhampiran, terus ke KL Sentral. Dalam hati aku, tujuan aku hanya satu tempat, London.

Setelah beberapa jam naik kapal terbang maka sampailah aku ke sana. Suasana di situ nyaman, sejuk, tiada pencemaran, tidak seperti di negaraku sendiri, panas, peluh, habuk, minyak dan banyak lagi. Aku berjalan di kawasan bandar, dan aku lihat penduduk di situ banyak menggunakan bahasa melayu dalam perbualan mereka, seperti i, you, thank you, excuse me, please, dan banyak lagi. Aku sangat berbangga dengan apa yang aku lihat. Pakaian mereka pun lebih kurang dengan pakaian orang di negaraku sendiri. Makanan juga tidak jauh bezanya. Mereka juga ada strawberi, chicken chop, cheese, daun basil, olive oil, burger, dan banyak lagi.

Setelah sehari berjalan, aku rasa puas, dan aku balik semula ke Malaysia dengan rasa senang hati dengan apa yang aku lihat.

2 comments:

  1. i love stamford bridge. i eat pizza.

    ReplyDelete
  2. london ada big ben, kita ada bangunan sultan abdul samad

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets