Aku perhatikan sejak akhir-akhir ni, mungkin sedekad kebelakangan ni, makin ramai orang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang kewangan Islam (Islamic finance) atas kapasiti yang mereka rasa sesuai. Yelah, kalau pensyarah, dia akan berjinak-jinak dengan jadi Shariah Committee untuk institusi kewangan Islam yang berkenaan, kalau graduan universiti - pun akan berjinak-jinak untuk menjadi eksekutif yang ada kaitan dengan institusi kewangan Islam. Kalau pelajar pulak, seboleh-boleh nak merapatkan diri dengan bidang kewangan Islam walaupun masa degreenya dulu takde kaitan secara langsung atau kadang-kadang tu memang takde kaitan langsung dengan Islamic finance.
Contohnya yang aku perhatikan, ramai lulusan agama yang bukan Shariah (Usuluddin, Dakwah, Bahasa Arab) pun mendekatkan diri dengan Shariah courses. Takde master Shariah, dia akan ambik master Shariah, walaupun degreenya Usuluddin. Sekarang ni MBA pun ada dalam Islamic finance. Ada yang jenis konar baring terus, degree dia Accounting, alih-alih tuning PhD pergi ke Islamic banking yang ada tempias-tempias sikit walaupun tak banyak.
Para pensyarah Syariah pun, kalau sebelum ni selesa dengan course yang mereka ajar (fiqh jenayah, fiqh perlembagaan), dek kerana temptation jugak, tiba-tiba dia jadi Shariah Committee untuk bank sekian-sekian. Kadang-kadang tu kita sebagai student rasa "Eh, dia ni langsung tak pernah ajar pasal muamalat, usul fiqh alih-alih jadi Shariah Committee jugak?"
Begitulah trend yang menunjukkan betapa marketablenya orang yang ada paper qualification on Shariah vis-a-vis fiqh muamalat. Aku sendiri pun sebenarnya tidaklah terlalu minat dengan fiqh muamalat ni tapi disebabkan aku ambik jugak degree Shariah maka aku terdedah dengan fiqh muamalat & yang lebih penting aku "ter"punya degree Shariah yang boleh digunakan untuk cari makan, beserta dengan degree LLB.
Syukurlah pilihan aku nak buat LLB + LLB (Shariah) dulu, ternyata bukan pilihan yang silap. Yelah aku sebut pilihan sebab dulu aku ada pilihan untuk ambik accounting, economics, hatta ke Timur Tengah pun ada kalau nak tapi aku tolak sebab aku rasa course yang UIAM tawarkan ni memang unik sebab ianya dinamik. Kita tak belajar satu benda je.
Aku selalu cakap kat students aku dulu, kita sebagai law students memang dicemburui atas banyak sebab tapi antara sebabnya ialah kita belajar banyak benda berbanding budak-budak course lain (di UIAM lah). Misalnya, kita belajar fiqh muamalat, budak Economics & IRK pun belajar fiqh muamalat. Kita belajar faraid, IRK pun belajar tapi budak Economics tak belajar. Kita belajar contract, budak Architecture pun belajar. Kita belajar international law, constitutional law, budak political science pun belajar, tapi budak IRK & Economics tak belajar. So maknanya bits & pieces apa yang budak-budak lain belajar, semua budak law belajar & yang menariknya, still, budak law ada belajar benda yang takde satu course lain pun ada offer. Begitulah betapa diversify jurusan undang-undang ni.
Merujuk kepada isu kewangan Islam jugaklah, jurusan undang-undang banyak bersangkut-paut dengan kemajuan kewangan Islam malah banyak "players" kewangan Islam mempunyai background undang-undang.
Dan aku hanya menyebut satu cabang daripada puluhan cabang kerja yang ada kalau kita bergelar graduan undang-undang.
0 comments:
Post a Comment