Sebagai seorang graduan undang-undang sivil & Syariah dari UIAM yang telah dua kali pergi temuduga Peguam Syarie (Wilayah Persekutuan & Kelantan), aku telah menyaksikan beberapa respon daripada graduan universiti lain mengenai lulusan UIAM sewaktu temuduga tersebut.
Sebagai calon "suka-suki", yakni calon yang tiada kepentingan secara langsung melainkan nak kumpul tauliah je, aku tak rasa tertekan dengan temuduga tersebut sebab aku hadir atas kapasiti nak ambik pengalaman. Kalau gagal temuduga pun aku tak rugi apa kecuali beberapa ratus ringgitla, haha. Tapi bukan semua calon hadir dengan tujuan yang sama dengan aku. Majoriti yang hadir temuduga ialah mereka yang benar-benar memerlukan tauliah tersebut kerana mereka berkhidmat sebagai Peguam Syarie atau tengah chambering di firma guaman Syarie. Dan kebanyakan mereka bukanlah lulusan UIAM.
Melalui sesi-sesi sembang santai dengan calon-calon bukan produk UIAM ni, mereka sebenarnya agak tertekan dengan calon-calon produk UIAM, bukan atas sebab peribadi, tetapi mereka kerap merasakan yang produk UIAM mempunyai banyak kelebihan (English, pengetahuan undang-undang sivil yang lebih terperinci, keyakinan) dan siapalah mereka kalau nak dibandingkan dengan produk UIAM. Malah seorang calon bukan produk UIAM pernah mengeluh mengenai panel temuduga - "Ada ke dia tanya aku macam-macam pasal perlembagaan, pasal isu-isu semasa, manalah aku tau, aku grad Syariah je".
Sekali pandang, kita akan rasa macam "Takkanlah itu pun kau tak tau", tapi kalau kita perhalusi sebenarnya, itu bukanlah salah calon produk bukan UIAM itu semata-mata. Ini kerana jawapan dia menzahirkan bahawa silibus pengajian Syariah di IPTA yang ada di negara kita ni, masih tertinggal, walaupun dalam subjek yang dipelajari, mungkin ada dibincangkan mengenai isu-isu perlembagaan ni (aku YAKIN mesti ada), cuma tak ditekankan je.
Menyalahkan calon itu saja semata-mata samalah macam menyalahkan pelajar undang-undang UNISZA yang ijazahnya tak diiktiraf oleh LPQB dan tak boleh beramal sebagai peguam, siapa suruh kau masuk UNISZA, padahal manalah budak tu nak tau LLB UNISZA tak diiktiraf LPQB. (LPQB - Legal Profession Qualifying Board ialah badan yang menyelia kelayakan akademik orang-orang yang ingin beramal sebagai peguam).
Melalui pemerhatian aku juga, lulusan undang-undang UIAM akan memilih profesion Peguam Syarie sebagai profesion "hampir terakhir" kerana prospek kerjaya yang tidak kompetitif dengan pasaran semasa. Gajinya amatlah tak masuk akal. Kalau chambering untuk jadi peguam sivil itu gajinya kita boleh kata sikit (rate KL - RM1000 ke RM2500), gaji chambering Syariah jauh lebih sikit, sekitar RM400 ke RM1000, yang RM1000 tu pun ada lagi yang kata mahal sangat! Kalau gaji tahun pertama peguam sivil adalah sekitar RM1800 ke RM3500, gaji tahun pertama peguam Syarie adalah lebih menyedihkan, RM1200 ke RM1800 & RM1800 tu kira yang paling tinggi, melainkan kalau peguam sivil tu turut bergelar peguam Syarie.
Kerana perbandingan gaji yang tak kompetitif inilah aku katakan profesion Peguam Syarie ini merupakan profesion "hampir terakhir" yang dipilih oleh lulusan UIAM, kerana gajinya permulaannya yang sikit. Oleh kerana 'ego' lulusan UIAM yang "tau lebih sikit" berbanding lulusan bukan UIAM jugaklah, mereka tak boleh tahan tengok peguam-peguam Syarie senior yang bajet pandai - sehinggakan pernah terkeluar daripada mulut peguam Syarie senior bukan lulusan UIAM yang bergelar Datuk, kalau lulusan UIAM nak jadi peguam Syarie ni kerjanya takde lain cuma nak menabur periuk nasik peguam Syarie yang bukan lulusan UIAM - pergilah cari kerja lain kenapa nak jadi peguam Syarie jugak.
Disebabkan sikap dan penerimaan peguam Syarie senior yang tak memberangsangkan inilah, ramai lulusan UIAM tidak berminat untuk jadi peguam Syarie, sekurang-kurangnya aku boleh katakan di Lembah Klang ni lah.
Sebenarnya, nak beramal sebagai peguam Syarie ini tidaklah susah, baik dari segi prosedur mahu pun penghujahannya, tapi dek kerana tak susah itulah ada di kalangan peguam Syarie senior yang 'tercabar'. Perlu diingat, market Syariah ni tak luas, balik-balik cerai, mut'ah, hadanah, harta sepencarian, harta pusaka, jenayah sikit-sikit. Kalau dapat client yang middle class, kita takkan kaya. Kalau setakat nak pengesahan cerai, mut'ah tu semua, orang tu sendiri boleh sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan mahkamah tanpa perlu mengupah peguam Syarie. Jadi nak dapat duit ni, kena dapatkan client yang kaya-kaya, Datuk, Tan Sri, jutawan, baru boleh kaya. Kalau tuntutan harta sepencarian RM10 juta, peguam charge 3%, tak ke RM300,000? Padahal harta sepencarian dari dulu sampai sekarang, sama jelah penghujahannya, balik-balik mahkamah akan putuskan 1/3 jugak pembahagiannya. Hujah recycle, tapi income masyuuuuk. Masalahnya jugak bukan semua Melayu ni kaya dan bukan semua Melayu kaya ni bercerai-cerai. Jadi faham-faham sendirilah, market sempit, kalau peguam ramai-ramai ni, makin sempitlah peluang nak dapat client. Itu pun sebenarnya peguam Syarie senior masih lagi tak ramai sebab kalau kes besar-besar balik-balik muka yang sama je jadi peguam.
Terdapat jugak peguam Syarie senior yang kedekut nak turunkan ilmu, aku percaya disebabkan faktor di atas inilah. Dia tak nak peguam junior dia tau semua benda, sebab kalau dah tau semua benda, nanti peguam junior ni cabut bukak firma guaman sendiri, habislah client dia!
Ini cuma sekadar secebis masalah di dalam profesion guaman Syarie. Sebahagiannya aku dah ulas dalam entri aku yang terdahulu mengenai tiada penyelarasan kaedah untuk melantik peguam Syarie. Nanti kalau aku rajin lagi aku taiplah...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKetawa saya dengar cerita ni, agak sama ceritanya dengan graduan Ukur Bahan USM dengan yang bukan USM. Yang bezanya, Jurukur Bahan tidak pernah cukup, dan tak pernah lagi senior Jurukur Bahan yang kedekut ilmu, semuanya suruh dapatkan pengiktirafan Sr (Surveyor) tu secepat mungkin. Thanks for sharing.
ReplyDeleteSaya minat nak jadi Peguam Sharie tapi minat pada hal tanah, harta sebab memang dalam construction field, minat sambung belajar jadi Lawyer or Quantity Surveyor dalam Arbitration etc. tu yang terjumpa blog ni.
Untungla kalau senior professional nak sama2 bangunkan industi dan tak lokek ilmu... selamat mencebutri bidang perundangan kalau betul2 samabung law...
DeleteMemang agak kasihan lulusan undang-undang UniSZA yang mengalami masalah pengiktirafan LPQB.
ReplyDeleteapa la yang ko dok merepek ni.. kesian tgk pemikiran ko pun sama je sempit.. kalau ko lulusan uiam, ko ni menjatuhkan imej ko sendiri la sebagai produk uia.. aku produk uia g interview pun lepas. xmacam ko yg negative thinker ni dok tak lepas2 lagi.. bak kata ayat buruk, dok menyalak atas bukit je tp tak buat apa..
ReplyDeleteMaaf, secara spesifiknya apa yang saudara marahkan ni?
DeleteMacam xde guna je blaja tinggi2 jadi peguam kalau setakat gaji rm1200-rm1800 je..baik belajar setakat spm je jd pem.tadbir..membazir je bayar tauliah mahal2
ReplyDeleteMacam xde guna je blaja tinggi2 jadi peguam kalau setakat gaji rm1200-rm1800 je..baik belajar setakat spm je jd pem.tadbir..membazir je bayar tauliah mahal2
ReplyDeleteBekerjala lima tahun ambil pengalaman..keje bawah firma orang...pastu klau nk kaya sgt buat firma syarie sendiri....
ReplyDeletemaaf saya ingin bertanya, saya juga bakal graduan llb dan llbs uiam. Kalau saya sudah melakukan chambering 9 bulan di firm civil untuk long call jadi peguam civil, perlu jugakah saya buat DAIJ untuk jadi peguam syarie?
ReplyDeleteStatus ni penuh dengan keangkuhan
ReplyDelete