Pages

Mengenang Sodomi 2.0

Pertama sekali, aku berasa agak terkejut apabila Anwar Ibrahim dibebaskan daripada pertuduhan kerana menyodom Saiful Bukhari. Bukan sebab aku berharap dia dibebaskan. Cuma aku pelik sebab kalau berdasarkan faktor-faktor yang Hakim Zabidin katakan itulah yang menjadi punca kes ke atas Anwar tak lekat, maka sepatutnya Anwar dibebaskan lama dulu sebab kes ni gagal dibuktikan prima facienya.





Menurut hakim, Saiful Bukhari kekal menjadi saksi yang berwibawa. Ini poin penting. Walau digasak bagaimana pun, hakim tetap merasakan Saiful Bukhari seorang saksi yang boleh dipercayai.





Tapi hakim kata lagi, keterangan saksi semata-mata tak boleh diterima pakai, apatah lagi dalam kes-kes jenayah seksual. Bukti saintifik dari segi DNA amat penting untuk memastikan kes tu lekat.





Bukti DNA inilah yang aku rasakan dah terbarai dari awal kes lagi. Bagaimana sampel DNA tak dijaga dengan rapi, dibiarkan terdedah dan tidak disimpan mengikut piawaian yang sepatutnya dan ini diakui sendiri oleh pegawai polis yang menguruskan sampel DNA tersebut. DNA kekal "terdedah" sebegitu selama tempoh hampir 100 jam sehingga timbul isu bolehkah DNA bertahan sebegitu lama dan menjadi isu pertikaian antara pihak pendakwa raya dan peguambela.





Dengan puluhan kes-kes evidence yang sempat aku pelajari dulu, "terputusnya rantai bukti" sebegini akan menyebabkan kes-kes jenayah akan ditendang sedari awal lagi. Kenapa chain of evidence mesti kekal bersambung? Rantai bukti mesti bersambung secara konsisten sebab ada kemungkinan "orang dalam" akan mencemarkan bukti-bukti yang ada dengan menambahkan sampel baru atau menghilangkan sampel yang sedia ada. Kalau rajin tengok CSI kita akan perasanlah. Sebab tu dalam kes dadah, berat dadah bercanggah pun tertuduh dah boleh dibebaskan (maksudnya berat dadah waktu tangkapan dibuat, kemudian berat dadah sewaktu ditimbang di makmal dan berat dadah sewaktu dibawa ke mahkamah) - sebab ada keraguan kat situ.





Begitu jugaklah dalam kes Anwar. Aku boleh katakan cara polis mengendalikan bahan bukti begitu sloppy dan kalau beginilah cara pengendalian dibuat dalam kes-kes jenayah yang lain, patutlah berlambak orang yang dibebaskan.





Dalam tempoh hampir 100 jam, macam-macam boleh berlaku. Di sini yang hakim rasa tak selamat kalau nak sabitkan Anwar berdasarkan keterangan Saiful je. Tapi kenapa tunggu sampai akhir perbicaraan, sedangkan isu ini boleh diselesaikan sesudah pendakwa raya mengemukakan kes dan saksi-saksinya.





Untuk ulangkaji semula, kes jenayah terbahagi kepada dua fasa, fasa pendakwa raya dan fasa pembelaan. Fasa pendakwa raya, dia akan kemukakan hujah dan panggil semua saksi-saksi untuk sokong kes dia. Kemudian, hakim akan putuskan sama ada wujud prima facie atau tidak dalam kes tu. Kalau wujud prima facie, tertuduh akan dipanggil untuk membela diri, kalau tak wujud, kes akan dibakulsampahkan.





Apakah prima facie itu? Senang cerita, prima facie ialah fasa apabila sesudah semua bukti pendakwa raya dibentangkan, hakim berasa adalah selamat untuk dia sabitkan tertuduh bersalah kalau dia tak panggil tertuduh untuk bela diri. Apabila hakim rasa kes pendakwa raya boleh dipercayai kalau tertuduh senyap, maka wajib bagi hakim untuk panggil tertuduh membela diri sebab kalau tertuduh tak bela diri, hakim boleh percaya yang tertuduh memang bersalah. Makanya di fasa pembelaan itulah tertuduh perlu buktikan yang dia tidak bersalah. Peluang untuk buktikan yang dia tak bersalah lazimnya agak tipis, aku boleh katakan dalam 20% - 30%. Kerana once pendakwaan berjaya buktikan prima facie, kita boleh kata tertuduh dah 70% - 80% bersalah. Oleh kerana pendakwaan perlu membawa kes yang betul-betul kuat untuk dapatkan prima facie, maka pembelaan perlukan bukti yang betul-betul kuat untuk menepis dakwaan pendakwaan, sesuatu yang sukar sebenarnya untuk dilakukan.





Dalam kes sodomi 2.0 ni, hakim kata pendakwa raya telah berjaya membuktikan prima facie. Maknanya, kalau Anwar tak dipanggil untuk bela diri pun, hakim dah boleh percaya dengan hujah-hujah pendakwa raya dan dia dah boleh terus sabitkan Anwar bersalah.





Jadi Anwar pun bawaklah segala bukti yang dia ada.





Kemudian hakim memberi penghakiman, membebaskan Anwar atas alasan yang aku rasa telah menjadikan keseluruhan proses perbicaraan jadi tak logik!





Ini kerana, punca utama Anwar dibebaskan ialah walaupun Saiful merupakan saksi yang berwibawa, tetapi bukti DNA sangat rapuh kerana telah terdedah dengan kemungkinan sampel-sampel DNA itu diusik. Dan bukti DNA ni telah terkantoi di fasa pendakwa raya lagi. Masa ni pun bila aku baca kenyataan polis yang dengan "sambil lewanya" jaga sampel-sampel DNA tu, aku dah rasa "Sudah, jahanam jugak kes Anwar ni".





Kalau inilah sandaran hakim, maknanya selesai je fasa pendakwa raya tu, hakim dah boleh putuskan yang takde prima facie dan Anwar tak perlu dipanggil untuk membela diri. Masalahnya ini tidak berlaku. Sebaliknya hakim suruh Anwar bela diri dan secara jujurnya aku boleh katakan, pembelaan Anwar "entah apa-apa" sampaikan Najwan Halimi pun dipanggil untuk discredit Saiful Bukhari, sesuatu yang aku rasakan takde faedah langsung. Yang lagi sarkis bila doktor pakar yang rawat tulang belakang Anwar dipanggil untuk bagi testimoni bahawasanya Anwar takleh nak henjut deras-deras, aiseyyy bikin malu la wei.





Dan apabila keputusan diumumkan, hakim memutuskan sesuatu yang sepatutnya dah lama dia putuskan dulu, masa bulan Mei 2011 sewaktu dia katakan pendakwa raya telah berjaya buktikan prima facie.





Bagi aku, apa yang Anwar buktikan masa fasa pembelaan tak bawak apa-apa kesan kepada kes pendakwa raya secara keseluruhan. Dahlah Anwar tak bagi kenyataan bersumpah yang boleh disoal balas oleh pendakwa raya, jadi apa lagi yang tinggal untuk Anwar?





Sebab itulah aku rasakan tindakan hakim memanggil Anwar untuk membela diri ialah sekadar memenuhi hasrat hakim untuk mendengar hikayat Anwar pulak. Sambil-sambil tu boleh buat saspen. Sebab kalau betul-betul dia buat assessment, sepatutnya Anwar dah dibebaskan at the end of prosecution stage, macam kes Hanif Basree tu, tak payah dipanggil membela diri, so kita pun tak payah dengar hikayat Hanif Basree, berapa kali dia henjut dan sebagainya.





Memang serasa-rasa ada yang tak kena, tapi siapalah aku untuk menduga. Bukankah pelik, sewaktu memutuskan kes Anwar ada prima facie hakim telah menghabiskan masa berjam-jam untuk membaca alasan penghakimannya, tapi apabila penghakiman yang sebenar (hari ni), dia boleh pulak baca intisari penghakiman je, tak sampai 5 minit. Entah-entah alasan penghakiman tak habis taip lagi kot. Seolah-olah ada u-turn di saat akhir, wakaka. Ini memang highly unsubstantiated, tapi biasalah, dah nama pun Melayu, teori pun teorilah, asalkan boleh bercakap.



Keseluruhan komentar aku ini bukan berpaksikan sama ada Anwar betul-betul menyodom atau tidak sebab bukan kerja aku nak ambik tau benda-benda tu. Aku cerita pasal evidence dan trial. Dan begitulah penilaian aku yang kerdil ini.





Kes Anwar ini sepatutnya dibuang dalam tong sampah lama dahulu lagi.

5 comments:

  1. betul gak tu,kalau dah bukti tak kukuh in the first place macam mana boleh ke defense stage?demm..

    panjang analisa based on brief judgment...takut aku nak baca bila judge release grounds of decision dia.haha

    ReplyDelete
  2. memangla kalo ikutkan kena tunggu full judgment dia baru boleh komen..tapi bagi aku, apa yg hakim nak cakap, dia dah cakap dlm masa 5 minit tu..dah dia kata uncorroborated witness testimony takleh diterima, maka taklehlah..nak pusing kot mane lagi..

    pace kes ni sama dgn kes azizan dulu..cuma dulu takde reliance on DNA evidence (in fact sebutir DNA evidence pun takde), tu pun still bole convicted..ni kan pulak kes camni, tu yg kalo convicted pun kali ni aku tak rasa pelik

    ReplyDelete
  3. politik ohh politik..hemmm
    datang dari Hanif bloglist

    Hanif bin Idrus Blog

    ReplyDelete
  4. kalau boleh submit kat MLJ je, haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets