Baru lepas menonton siaran bolasepak d Astro. Sebenarnya, sejak melanggan Astro, banyak keluh kesah aku. Untuk golongan muda dan bujang gelandangan seperti kami, maka kami membuat keputusan untuk melanggan Astro, iaitu channel yang basic dengan bayaran paling minima (yang penting ada sports channel, nak tengok BPL ;p).
Antara kekecewaan tersebut berpunca dari sebab-sebab yang berikut: -
1. Ulang tayang yang melampau-lampau
Tapi yang aku terkilan dan kecewanya, Astro tak habis-habis menyiarkan rancangan-rancangan lama, yang sudah lapuk dan berkepuk. Tak salah kalau nak ulang siar, tapi kalau sampai tahap pelanggan dan penonton rasa tertipu dan tertekan sebab bila buka TV pada tahun 2012, Astro tayangkan pasal Mawi jalan-jalan keluar negara dengan Ekin. Apa hal?
2. Kurang menyokong arena sukan tempatan
Astro Supersport je yang lebih, alih-alih, tunjuk sports event luar negara. Nak buat apa? Luncur ais, dart, hoki ais. Berapa kerat orang kat Malaysia ni main benda-benda tu semua sebagai sukan harian dan secara professional? Tak pun tunjuk match BPL je.
Cubalah tunjuk siaran langsung Liga Super tu lebih banyak. Ni tak. Astro Arena je yang tunjuk. Kalau tunjuk pun, pilih match Negeri Sembilan, kelantan, Terengganu dan/atau Selangor je. Habis tu, penyokong Kedah, Perak dan/atau Sabah tak tengok bola ke?
3. Rancangan yang kurang bermanfaat atau kurang kualiti
Kalau merujuk kepada rancangan bual bicara perihal-perihal artis-artis ni memang banyak, dan bagi aku itu semua tak ada manfaat pun. Tapi nak buat macam mana, memang kurang kualiti. Sebagai contoh, rancangan Masa Tambahan tu. Tak ada faedah, recycle je. Bezanya ada hos yang sengih-sengih, kemudian cakap "dapatkah", "mungkinkah" dan yang seangkatan, kemudian review match guna klip yang disediakan media asing. Senang je.
Patutnya, Astro letak syarat pada pengeluar/penerbit rancangan supaya sediakan content yang bermutu, bukan sekadar berbentuk tempelan dan tiruan.
4. Hilang siaran bila hari hujan
Yang ini memang isu lapuk, aku tak tahu apa perkembangan teknologi yang diusahakan oleh Astro. Mungkin pengguna individu boleh letak payung atas piring [satelit] masing-masing bila hujan.
5. Customer service yang kurang efisyen
Ni pengalaman peribadi, nak langgan Astro pun kena follow up. Rasa macam tengah dalam proses permohonan loan dari bank. Kena follow up, pada hal kita ni pelanggan, yang bagi duit pada Astro.
Mungkin ada lagi kelemahan-kelemahan Astro yang aku tak tulis. Silalah kongsi. Mungkin sebab Astro ni satu-satunya penyedia TV kabel di Malaysia, maka hal remeh temeh, aduan kecil-kecil dari pelanggan kurang di ambil kira. Untung dah juta-juta, tapi kalau servis dan mutu servis yang disediakan berskala kurang memuaskan, tak guna juga. Aku harap ada staff Astro baca entri ni, dan ambil tindakan yang sepatutnya.
0 comments:
Post a Comment