Pages

peri-peri

Setiap tempat ada peribahasa masing-masing, bukan melayu sahaja yang penuh atau kaya dengan peribahasanya. Ia sedikit sebanyak telah membentuk pemikiran orang-orang di mana sesuatu peribahasa itu digunakan. Seperti biasa ada yang buruk ada yang baik.

Dalam alam melayu, ada beberapa peribahasa yang pada saya telah membentuk pemikiran masyarakat dengan agak dalam. Peribahasa itu di antaranya berbunyi begini:

1. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
2. Alang-alang mandi biar basah.
3. Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Secara umunya ia membawa maksud supaya bersungguh dalam melakukan sesuatu kerja. Namun, di sebaliknya, ia telah memberikan makna yang boleh merosakkan seseorang dan seterusnya menjadi masalah kepada bangsa.

Saya ambil contoh, Azizul ialah seorang budak yang baik. Namun selepas sekolah, beliau telah bercampur dengan budak-budak yang tidak senonoh, dan perangai dia kini sudah berubah. Apabila ditanya oleh keluarga dan kawan-kawannya, beliau dengan bersahaja menjawab, "ala, alang-alang jadi jahat biar jahat betul".

Contoh yang lebih sensitif, seorang budak perempuan bercampur gaul bebas dengan kawan-kawannya. Bila ditanya, maka jawabnya "alang-alang teruk biar teruk betul".

Jadi, peribahasa seperti ini, walaupun niatnya adalah baik, namun masyarakat telah menggunakannya untuk memujuk diri sendiri apabila sesuatu telah berlaku dan tak dapat diundur. Pengucap akan mengatakan bahawa disebabkan sesuatu itu telah berlaku ke atas mereka, maka alang-alang teruskanlah. Ibaratnya, alang-alang jadi jahat, biar jahat betul.

Masyarakat seharusnya menilai semula pemakaian peribahasa ini kerana daripada pengamatan saya, tak pernah pun ada orang mengucapkan seperti ini, "alang-alang kaya, biar kaya betul" atau "alang-alang pandai, biar pandai betul". Tiada, tak pernah saya dengar.

2 comments:

  1. Anak ketiga biasanya digelang "Alang" dalam keluarge.

    ReplyDelete
  2. kalau anak ketiga tu kembar yang dipanggil alang-alang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets