Pages

kisah dua peminat bola

Muhammad Bakri dan Khairul Solehuddin adalah dua orang yang baru bertemu. Mereka diperkenalkan oleh rakan mereka, Haji Nawawi bin Jusoh, di dalam satu jamuan kenduri menyambut menantu Encik Sufian Hashim, Penolong Pegawai Daerah.

"Sedak betel air sirak ni yek, nok pulok tengoh2 panas maca ni" kata Muhammad Bakri kepada Khairul Solehuddin untuk memulakan bicara. Khairul Solehuddin hanya mengangguk tersenyum tanda setuju. Melihat Khairul Solehuddin macam tu, Muhammad Bakri mencari idea lain untuk meneruskan bicara.

"Eh, enka tengok dok bola semala, Manchester City main", kata Muhammad Bakri. "ceh, minat bola jugok ke orang ni", getus Khairul Solehuddin dalam hati". "Tengok, mana ke tok tengok nye, aku memang minat bola", Khairul Solehuddin meneruskan kata-kata, dalam hatinya dia teringat akan masa mudanya ketika mewakili sekolah main bola, dan disebabkan itulah dia dapat berkahwin dengan Senoh, anak Mok De Soh yang memang digilai satu kampung masa tu, dia tersenyum sendiri. Khairul Solehuddin makin berminat meneruskan perbualan.

"Enka sokong team mende", Khairul Solehuddin bertanya.
"Aku sokong Mencester United la, memang dari dulu lagi", jawab Muhammad Bakri bangga.
"Enka pulok sokong team mende?" Muhammad Bakri menyoal balas.
"Cube ko teke" Khairul Solehuddin cuba membawa perbualan ke tahap yang lebih santai dengan mengajak teman barunya berbual seperti sudah kenal lama.
"Ala, aku toktahu la, bagi klu sikit" Muhammad Bakri berkata.
"Ok la, aku bagi klu, team ni main lawo" Khairul Solehuddin memberi klu.

Muhammad Bakri tersenyum sahaja mendengar klu yang diberikan itu. Dalam hatinya dia sudah tahu pasukan mana yang dimaksudkkan oleh Khairul Solehuddin itu.

"Hah, aku tau" kata Muhammad Bakri. "Mende?" balas Khairul Solehuddin.
"Mencester United la main lawo, dok?" jawab Muhammad Bakri dengan penuh pengetahuan.

Terbeliak mata Khairul Solehuddin dengan jawapan yang diberikan Muhammad Bakri itu. Dia langsung tidak menyangka. Dia mengharapkan jawapan yang diberikan adalah Arsenal, namun dia tersilap. "Mengapa bukan Arsenal?" rintih Khairul Solehuddin berulang kali dalam hatinya sendiri. Dia menyesal berbual dengan Muhammad Bakri tentang perkara ini. Sekarang dia tak tahu apa nak dijawab. Dia betul-betul dalam dilema. "Takkan aku nak jawab ye, Mencester mana main lawo, dan takkan aku nak jawab salah", Khairul Solehuddin menghadapi konflik.

"Ye dok?" Muhammad Bakri memecah kesunyian, ingin mendapatkan kepastian.
"Ho, ye la tu" balas Khairul Solehuddin dengan berat hati, "Aku balik dulu la ye, petang ni mok metue aku datang", tambahnya lagi. Muhammad Bakri bangga.

Khairul Solehuddin terpaksa berpura-pura mengatakan yang mak mertuanya akan datang. Sekarang ini dia hanya nak menamatkan perbualan dengan Muhammad Bakri, itu hanyalah alasan.

Khairul Solehuddin akhirnya balik. Fikirannya bercelaru.

"Takpe, aku tetap sokong Arsenal sampai bila-bila", Khairul Solehuddin memujuk hatinya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets