Aku mengenali Hasan Ali macam orang-orang lain jugaklah, menerusi Forum Perdana Ehwal Islam. Untuk satu ketika, dia memang popular, seangkatan dengan Haron Din, Ismail Kamus. Tapi kemudian dia tenggelam, khabarnya kena gam gajah, seiringan dengan Haron Din & Ismail Kamus jugak.
Selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, sentimen anti-Mahathir dan anti-Umno sangat memuncak. Aku tak ingat bila, sama ada Oktober atau November 1998, Hasan Ali masuk Pas.
Kemasukan Hasan Ali diarak dan dikompang dengan begitu dahsyat. Macam satu fenomena. Memanglah ucapannya berapi-api dan menaikkan semangat. Syok sendiri pun ada. Aku tak lupa ungkapan "bakal Menteri Pendidikan" meniti di bibirnya lewat ceramah-ceramah beliau. Ini tidaklah menggelikan sebab Anwar pun bajet dia PM dan Mat Sabu bajet dia Menteri Dalam Negeri.
Masa tu aku taklah reti soal tamrin, tarbiyah, usrah sangat. Aku rasa Pas pun dilanda badai populariti Hasan Ali sampai terlupa soal ini. Tapi Pas pun agaknya tidaklah mengesyaki fikrah Hasan Ali sebab, iyalah untuk seorang yang "tak pernah tinggal solat sejak baligh" dan "baca khutbah sejak tingkatan dua", dengan kem motivasi lagi, takkanlah Hasan Ali kangkung sangat.
Tak sampai setahun dia masuk Pas, dia dipilih oleh ahli sebagai AJK Pas Pusat sesi 1999/2001. Tak silap aku dia dapat undi paling tinggi. Ini menunjukkan harapan ahli-ahli Pas yang sangat tinggi terhadap Hasan Ali.
Kira-kira setahun selepas masuk Pas, dia memenangi dua kerusi - Dun Sungai Burung dan Parlimen Parit Buntar pada PRU 1999. Ini sesuatu yang istimewa sebab selain Hasan Ali, cuma almarhum Dato' Fadzil Noor sahaja yang menang 2 kerusi seperti ini pada waktu tu. Hasan Ali jadi Ketua Pembangkang di Dun Selangor.
Tak lama lepas tu, kalau tak silap aku tahun 2000, Hasan Ali dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dalam tempoh tak sampai 2 tahun. Ini memang meteoric rise la orang kampung panggil.
Walaupun dengan 2 kerusi, impak Hasan Ali sebagai pembangkang adalah minima. Bertempik dan berpidato tapi tak dapat nak ubah apa-apa sangat. Orang kata, banyak bercakap dari buat kerja.
Tak sampai 3 tahun sebagai ahli Pas, Hasan Ali dipilih sebagai Naib Presiden sesi 2001/2004 dan berterusan selama tiga penggal. Sempatkah dia khatam silibes usrah, tamrin, tarbiyah dan adab berjamaah sepanjang tempoh ini? Sewaktu menjadi Naib Presiden inilah Hasan Ali tumbang di kampungnya sendiri dan juga Parit Buntar.
Hayat politik Hasan Ali hampir saja tamat kalau bukan sebab PRU 2008. Atas kapasiti Pesuruhjaya Pas Negeri, Hasan Ali 'lari' dari kampung sendiri dan datang ke Gombak Setia, kawasan yang agak selamat bagi Pas. Dan aku perhatikan sepanjang kempen PRU 2008, Hasan Ali lebih banyak berkampung di Gombak Setia (tak konfiden menang kot) dan amat jarang (entah-entah takde) aku tengok dia berceramah di kawasan luar untuk membantu calon-calon Pas yang lain atas kapasiti Pesuruhjaya Pas Negeri.
Dia menang di Gombak Setia, jadi Exco Agama & Infrastruktur, beserta Timbalan Pengerusi MAIS.
Sebetulnya 3 tahun pertama sesudah PRU 2008 sememangnya aku takde isu mengenai Hasan Ali. Dia pun lebih banyak mendiamkan diri, agaknya sebab sibuk dengan tugas Exconya. Riak-riak air tu ada, khususnya apabila dia berlaga angin dengan Khalid Samad dan Saari Sungib. Begitu juga isu-isu agama di Selangor yang menyaksikan Hasan Ali lebih kepada menjaga hati orang-orang di atas sana. Bunyi-bunyi yang dia sebenarnya kemaruk nak jadi MB (siapa tak nak jadi ye tak?) dan dia terlibat secara langsung dengan kerajaan perpaduan aku kira remeh.
Tapi yang sebetulnya dia mula cari pasal apabila dia dilucutkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Sejak tu dia mula meroyan. Dia mula melayan media massa parti pemerintah dalam kes serbuan gereja dan kristianisasi. HIMPUN pun takde apa sangat lagi. Tapi apabila dia melompat sesudah Saari Sungib kata dia dapat sikit pencalonan untuk PRU-13 nanti, dah nampak dah warna-warna sebenar dia. Itu pun boleh tahan lagi.
Tapi aku takleh terima apabila dia berani kata Pas dan melencong dari dasar dan kata dasar negara berkebajikan tu tak sama dengan negara Islam. Kat sinilah yang aku nak kaitkan dengan fikrah dia yang masih bercelaru. Bekas Naib Presiden Pas pun tak tau apa yang parti dia nak buat. Aku nak salahkan Pas jugaklah sebab tak tapis atau brainwash dia masa dia masuk Pas dulu, alih-alih dah seret dia ke hulu ke hilir. Tarbiyah ke mana, tamrin ke mana.
Bila ditegur, dia mintak maaf. Tapi dia cari gaduh pulak dengan Harakah. Bila Harakah balas, dia senyap pulak. Dan serangan dia terhadap Harakah seolah-olah nak menunjukkan Nik Aziz menipu Harakah. Dia mendustakan Nik Aziz kononnya Nik Aziz sokong dia walhal Nik Aziz tak pernah backing dia. Bagi aku, dia ni dah kronik.
Kemuncaknya apabila dia membantai Anwar secara terbuka, sesuatu yang aku rasa dia memang cari nahas. Kau tak nak datang mahkamah itu kau punya pasal, tapi apa yang kau cakap tu, bercanggah dengan apa yang pimpinan Pas buat. Sekali dua, tahan lagi. Tapi ini berkali-kali. Orang kata Azmin Ali yang tekan, tapi bagi aku kalau Azmin Ali tak tekan pun, dia memang patut dipecat. Sebab terlalu banyak cakap dan terlalu memandai-mandai.
Hasan Ali kata dia dipecat kerana Anwar. Kalau pun sungguh kerana Anwar, memang dia patut dipecat, sebab dia tak sedar faktor Anwar banyak melonjakkan sinar politik dia. Kenapa lepas Anwar kena pecat baru dia nak masuk Pas (kemudian dia nafikan berkali-kali dia masuk Pas bukan sebab kes Anwar). Kalau bukan sebab faktor Anwar kau ingat kau boleh jadi wakil rakyat 2 kawasan? Kalau bukan Anwar yang turun kempen kat Gombak, agak-agak kau boleh menang ke kat Gombak Setia? (Untuk makluman, Anwar deras berkempen di Keramat, Wangsa Maju dan Gombak masa kempen PRU 2008) Kalau kau nak melayan fitnah orang terhadap Anwar itu kau punya pasal tapi tak payah duduklah dalam Pas kalau macam tu, masuk UMNO lagi baik!
Isu pemecatan Hasan Ali hanya bertahan sehari semalam je. Apabila Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah hari ni (atau kalau disabitkan bersalah sekali pun), semua orang bercakap pasal Anwar pulak. Hasan Ali dilupakan.
Reaksinya sesudah dipecat amat menyedihkan dan sangat tipikal. "Selepas apa yang saya buat, ini yang Pas balas?" Ini memang sindrom KKS (kurang kasih sayang). Kalau berjuang, nak dikenang-kenang. "Pas pecat saya kerana Anwar", ni pun sindrom KKS jugak. Terima kasihlah sebab menonjolkan wajah sebenar, tak payahlah penat-penat orang nak detect lagi. Memanglah Hasan Ali banyak berjasa, tapi orang lain pun banyak berjasa jugak, para pimpinan, petugas. Jadi kebaikan tu tak payahlah diungkit-ungkit.
Selamat maju jayalah kepada Hasan Ali. Semoga ada sinar bahagia menanti di hadapan.
takpayah la nak berharap dengan kebanyakan wakil2 yang lompat party dari BN ni.. semua nye tak leh pakai.. lepas beberape tahun tak dapat apa yang dorang nak kat PR, baru la sebuk2 nak lompat balik
ReplyDeletesaya ada PHD, saya tahu apa itu research.
ReplyDelete