Ini cerita lama, tahun 2011, aku baru tahu. Kisah ketika perlawanan sepakbola antara kelab Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki).
Gambar-gambar menunjukkan penjaga gol merangkap kapten kelab Trabzonspor, Tolga Zengin sedang mengutip sepotong roti yang dilemparkan oleh penyokong kelab lawan dan meletakkan roti tersebut pada dahi beliau, tanda menghormati roti yang dilemparkan. Bila ditanya sebab musabab tindakan tersebut, beliau menjelaskan bahawa beliau terkejut kenapa orang baling roti, sedangkan ramai warga Somalia sedang kebuluran.
Betul kata-kata Tolga Zengin, sebab ramai penduduk dunia yang kelaparan, kebuluran. Tapi di sebalik hakikat yang menyedihkan tersebut, masyarakat Malaysia ramai yang bersenang-lenang dengan makanan ke tahap pembaziran.
Dari riwayat Muslim, diriwayatkan bahawa Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata: Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam.
nota kaki: ini entri bernada terkesan dengan entri-entri dari wan Chawan
masa yang terbaik untuk beramal dgn hadis ni, hehe
ReplyDeletenext time bw plastik...org lempar terus sambut guna plastik...jimat duit dapur
ReplyDeletebagus mamat ni...aku tabik!!
ReplyDeletelepas dia kutip roti tu dia pass pada match steward untuk memastikan roti tak dipijak-pijak, tapi tak pasti dia ambil balik ke tak.
ReplyDeletemasa main Arsenal dulu..saya mampu makan roti je
ReplyDeletesalute ahh mamat nih!.
ReplyDeleteKalau main FM2012 boleh la amik mamat ni jadi keeper kelab korang, kah kah kah...
ReplyDeletedaimpressive: Kena tengok jugak...kalaupun hati baik, tapi reflexes dan goalkeeping teruk+ eccentricity tinggi, tak guna bro. Hahahaha
ReplyDeletebetul2...haha...
Delete