Hari pertama sesi persekolahan semalam, Menteri Pelajaran ada mencadangkan bahawa sekolah rendah yang mempunyai ramai murid Tahun Satu bermasalah menikmati sarapan di rumah diminta mewujudkan waktu rehat fleksibel pada sepanjang minggu pertama atau tempoh tiga minggu program transisi persekolahan.
Soalan saya, mengapa sekarang? Dan mengapa hanya di sekolah tertentu? Dan mengapa hanya tiga minggu?
Budak-budak sekolah pada saya menjalani hidup yang letih. Mereka bangun awal pagi untuk bersiap-siap. Bangun lambat karang kena marah dengan mak ayah. Kemudian 7.20 pagi sudah kena ada di sekolah. Katalah budak itu bangun pada 6.30 pagi macam saya, adakah sempat untuk dia bersiap, makan mandi dan sebagainya. Habis sekolah tengah hari dekat pukul dua, kemudian petang ada fardu ain, malam tusyen, dan begitulah sehari hari. Bayangkan. Itu belum campur dengan kelas renang, kelas biola, atau kelas karate di hujung minggu. Budak kecil macam tu sepatutnya diberi masa untuk berehat dan bermain, menghayati masa yang dia ada selepas waktu sekolah.
Saya berkesempatan melihat sendiri perkara ini semasa saya berehat-rehat di rumah. Saya perhatikan budak-budak sekolah ini memang penat dan tidak cukup masa. Hanya balik rumah untuk makan, berjalan di bawah terik matahari untuk ke kelas fardu ain atau tusyen. Dari kulit putih elok sampai jadi hitam, kelat. Ditambah lagi dengan tekanan mereka untuk jadi pandai.
Maka apabila cadangan untuk waktu rehat seperti ini seharusnya dengan cepat diteliti oleh kementerian bagi mengurangkan stress budak-budak sekolah. Berilah budak-budak sekolah menghargai masa yang mereka ada, janganlah dibebankan dengan benda-benda yang menyulitkan.
Jika dahulu ada cadangan untuk waktu sekolah dilewatkan kepada 9 pagi, namun ianya senyap begitu sahaja. Pada saya itu adalah satu cadangan yang baik, kerana ia dapat mengurangkan kesesakan masa di waktu pagi, dan memberi kelegaan kepada ibu bapa dan tidak lupa kepada guru-guru.
mak bapak gila akademik
ReplyDeletekadang2 tu nampak mak bapak yg beriya2 sebab kalau anak dia skor exam, mak bapak yg bangga, walhal perasaan anak diorang jarang diorang peduli
darjah 5 aku x g sangat pun kelas fardhu ain, nak tgk dash yankuro.. bes.. habis exam sekolah kebangsaan aku terus x g sekolah, ramai ingat aku dah berenti..
ReplyDeletemasa darjah 6. lepas waktu sekolah kena jumpa cikgu mentor, bincang2 pastu balik siap2 kena dtg sekolah kelas tambahan smpai petang. malam pun ada lagi.. tp aku selamba je x pegi, ckp kat cikgu, mak ayah keje malam, nak jaga adik2... majlis baca yassin pun aku tak pergi...
dan semua tu tak menjadikan aku kurang pandai berbanding anak2 orang lain...
well said, aku sekolah rendah memang tak pernah ada fardu ain, atau ape2 kelas petang. pukul 3 aku dah gi padang sekolah main bola.
ReplyDeletebila dah besar ni aku tengok ramai budak2 (esp skolah rendah) teraniaya sampai nak cuti seminggu dua saja2 pun punyalah takut...walhal takdenye ko tak datang sekolah sebulan ko bole jadi bodoh..kalo skolah menengah tu yela effected jugak..aku pun jadi bodoh jugak apsal laaaa lepas upsr/pmr dulu aku datang jugak skolah, hahaha
ReplyDelete