Pages

Ini cerita bas pengantara

Masa kecil saya tinggal di kawasan perumahan kira-kira 9km dari bandar. Bas memang lalu depan rumah dan itu ialah satu perkara yang sangat menyenangkan. Ini bermakna saya amat jelas dengan waktu-waktu bas akan lalu depan rumah samada untuk ke bandar ataupun dari bandar. Namun setelah beberapa lama, syarikat bas tersebut gulung tikar, dan jadual bas sudah jadi tak tentu haluan, tak teratur, kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Menunggu bas sampai dua jam sudah jadi biasa.

Kemudian saya bekerja di Kuala Lumpur. Memandangkan saya tidak memiliki apa-apa kenderaan ketika itu, maka pengangkutan awam ialah pilihan utama. Kawasan rumah yang saya duduk pula mempunyai bas pengantara ke stesen l.r.t yang berhampiran. Untuk permulaan, saya bersyukur kerana teman serumah saya juga menaiki l.r.t dan kami berdua menaiki keretanya ke stesen l.r.t.

Setelah sekian lama, saya harus pergi kerja sendiri. Jadi, saya akan keluar rumah dalam 7 pagi. Kemudian saya akan berjalan kira-kira 300 meter untuk ke stesen bas. Seterusnya saya akan menaiki bas pengantara untuk ke stesen l.r.t, ia akan mengambil masa kira-kira 35 ke 40 minit untuk sampai bagi jarak lebih kurang 10km. Pada waktu pagi biasanya saya akan naik bas itu kira-kira 7.20 pagi dan akan sampai ke stesen l.r.t kira-kira jam 8 pagi. Saya akan sampai ke pejabat kira-kira 8.30 pagi.

Namun hakikatnya, bukan begitu mudah untuk bas itu sampai pada waktunya. Setiap pagi penuh dengan ketidaktentuan. Samada bas itu sudah terlepas ataupun ia datang lambat. Itu belum dikira dengan masalah-masalah sampingan seperti sakit perut, bangun lewat dan sebagainya. Dan itu cerita waktu pergi pejabat. Waktu balik pula adalah sama. Anda perlu berebut untuk menaiki bas itu, dan terpaksa menempuh perjalanan yang lebih lama, kira-kira 45 minit pula.

Pada saya ia adalah satu pengalaman yang ngeri. Saya menunggu bas sehari-hari dengan penuh tekanan. Saya tak tahu apa yang akan berlaku. Saya menunggu bas sehingga satu jam lebih namun tak sampai-sampai. Yang boleh saya buat ialah naik teksi, itu sahaja sudah hampir RM10.

Itu hanyalah bas pengantara. Pada saya itu adalah satu pengalaman yang teruk. Bas itu akan melalui hampir seluruh kawasan perumahan, sehinggakan tak dapat lagi mengambil penumpang, atas alasan bas sudah jadi senget. Saya naik bas itu dengan rasa bercampur-campur, ada gembira, ada geram, ada menyampah, ada rasa nak ketawa, menangis dan sebagainya. Saya rasa malas untuk pergi kerja, dan saya rasa malas untuk balik kerja.

Dan sehingga sekarang, saya mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik dan juga lain-lain kerana mempunyai ketahanan untuk menaiki bas itu sehari-hari. Ini kerana untuk tunggu dan naik bas itu bukanlah sesuatu yang senang. Mereka sebenarnya berkorban.

4 comments:

  1. jadi saudara menaiki apa sekarang?

    ReplyDelete
  2. Abou from Zambia14 January 2012 at 18:13

    Bukankah yang naik Bas kebanyakaannya Orang Seberang (bahsa lembut).. Malah dari pemerhatian saya drebar dan orang kutip duit tu pun macam Orang dari Seberang juga...Persoalannya:

    1. Adakah dengan menggaji orang Seberang sistem perkhidmatan bas kite akan jadi seperti seberang?

    2. Adakah kita senang hati merakyatkan pekerjaan untuk Orang Seberang

    p/s: Sila buat artikel tentang KEJAYAAN KERAJAAN MENINGKATKAN SERVIS PENGANGKUTAN AWAM. Tq

    ReplyDelete
  3. achmed from italy14 January 2012 at 22:40

    ini baru epik..real life epik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets