Serak Itu Suatu Abstrak. Nampak Nyata. Boleh Dirasa. Kedengaran Ada. Tapi Fizikalnya Tiada.
Habis bilanya nak berjuang?
Posted by
Tamar Jeles
Apabila mahasiswa melibatkan diri dalam isu-isu kenegaraan, ramai yang memandang sinis dan mengatakan "dapatkanlah degree dulu, baru bercakap". Orang yang berkata begini ada jugak benarnya, kerana ada sesetengah aktivis mahasiswa yang terlalu taksub 'berpolitik' sampai pelajaran terabai dan terpaksa extend beberapa semester. Ada yang sampai kena dismiss. Jadi poin dapatkan degree tu relevan di sini. Tapi untuk limitkan degree itu sebagai lesen untuk bercakap pun tak boleh jugak sebab aku perhatikan ramai yang lepas grad, bila dah start kerja (especially kerja dengan gomen), tak bercakap pun, makin kangkung jadinya. Ada yang lagi teruk, terus tukar kiblat (ni pun ramai contohnya). Bila dah start kerja, nak berkeluarga pulak, dah berkeluarga nanti sibuk dengan komitmen keluarga, habis tak berjuang jugak. Lepas tu anak masuk tadika, masuk sekolah, tak berjuang jugak. Habis bilanya nak berjuang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment