Kalau anda tau perkembangan terkini mengenai kisah budak pandai Amalina yang dapat 17A1 masa SPM tu (seperti yang dikomen oleh daimpressive di bawah), sesungguhnya saya pun turut merasa kesal mengenai perkembangan terbaru ini. Perubahan yang berlaku kepada Amalina sangat-sangat membuat saya rasa terkesan kerana saya seolah-olah melihat diri saya di dalam diri dia (ah sudah merapik pulak orang ingat nanti).
Maksud saya begini, selepas mendapat keputusan yang boleh tahan baik masa SPM 2002 dulu (takdelah dapat straight A tapi bolehlah), saya turut mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Sesudah memohon, saya mendapat bukan satu, tapi tiga tawaran. Satu daripada JPA dan dua daripada Petronas. Dan saya mengambil keputusan menolak mentah-mentah tawaran-tawaran oversea tersebut. Misalnya JPA menawarkan tempat untuk saya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, malah diberi pilihan pulak waktu tu, nak ambik course apa, Accounting? Law? Economics? Boleh belaka. Petronas pulak menawarkan tempat ke Australia. Saya tolak kesemua beserta dengan tawaran matrik kementerian semata-mata untuk menunggu tawaran course undang-undang di UIAM (kebetulan tawaran UIAM ialah tawaran yang paling lambat sekali keluar, offer letter hanya sampai ke rumah kira-kira seminggu sebelum semester bermula - maknanya kalau tak dapat UIAM ada harapan saya masuk Kisas semula sambung form 6, ahaks).
Tentu para hadirin tertanya-tanya, kalau dah pohon, kenapa tolak pulak?
Pertamanya saya memohon kerana sekadar mencari pengalaman ketika menghadiri temuduga, sekali di JPA dan sekali di Petronas. Ianya merupakan satu pendedahan yang baik untuk menguji kekonfidenan saya. Tapi tidaklah saya kemaruk nak ke oversea.
Jadi, kenapa tolak?
Sebab-sebabnya banyak, tapi yang paling utama ialah kerana saya takut menjadi seperti Amalina itulah. Bukan maksud nak jadi drag pulak, tapi takut tergelincir.
Sebagai seorang lelaki yang mempunyai akal dan nafsu (ehem), sesungguhnya saya sedari awal menyedari saya perlukan satu environment yang baik supaya saya boleh kekal 'baik' (kat Kisas ini dipanggil Biah Solehah, argh tak sangka saya akan menaip kalimah ini). Nak kata saya tak tahan ujian ke, takut diuji ke, takut gugur iman ke, lantaklah, tapi itulah hakikatnya. Sedangkan 6 tahun saya di UIAM pun dah banyak huhahuha yang saya buat, itu Islamic university tu, international yelah jugak. Bayangkan kalau saya ke UK, ke LSE, London, Warwick, arrgghhhh, sekali lagi sebagai seorang lelaki yang mempunyai akal dan nafsu, saya berkeyakinan penuh yang nafsu saya boleh tersungkur di bumi orang.
Saya tak mahu mengambil contoh orang lain yang tersungkur sebab ujian yang Allah beri kepada setiap hambaNya berlainan antara satu sama lain. Belajar di Malaysia pun, saya tetap teruji dengan cubaan-cubaan lain. Ada yang saya lulus, ada yang saya gagal. Namun saya kagum dengan orang yang kekal dan istiqamah dengan perintah Allah walau di ceruk muka bumi mana sekalipun, walhal saya yang berada di comfort zone kadang-kadang mengarut juga (dah kat comfort zone pun mengarut, kalau kat dangerous zone, bungkus kain kafan terus!)
Cerdik tak menjanjikan apa-apa sebab saya sudah lihat sekian banyak lulusan Kisas yang gagal menyudahkan pengajian degree atas pelbagai sebab. Yang tersangkut masa buat foundation kat Malaysia lagi, yang tersangkut masa first year, second year, third year, yang terus tersangkut tak balik-balik, yang balik Malaysia tanpa bawak balik segulung ijazah, walhal bukan bodoh. Apa yang berlaku? Entahlah.
Terlalu sulit untuk menghuraikan masalah orang, mungkin boleh buat kajian atau tesis sarjana kot.
sebab tu aku belajar di sungai pusu je, sob sob sob
ReplyDeletesia-sia aku amik add math & akaun, last2 amik law, ceh..lagi baik aku amik tasawwur islam je dulu
ReplyDelete