Pages

Bila Hati Terluka...

Oleh Buluh Perindu, penulis tamu tak bertauliah.

Bila Hati Terluka...

Hampir semua orang pernah bercinta. Terutamanya saat di menara gading. Sangat indah, terasa dunia ini milik kita bila bersama orang tersayang.

Namun, hampir semua yang bercinta pasti pernah kecewa. Putus cinta, beralih arah, hadirnya orang ketiga, perselisihan faham dan sebagainya.

Bila Hati Terluka..

Aku teringat saat indah bercinta tika di Universiti. Ia bukan cinta pandang pertama, juga bukan cinta pandang kedua. Ia hubungan yang bermula sebagai seorang kawan biasa sahaja. Malah dia juga bukan perempuan pertama dalam hidup aku. Yang pasti, ia pertama kali aku benar-benar menyayangi seorang perempuan sepenuh hati.

Perkenalan bermula saat aku menegurnya kerana nama. Ia, nama dia yang panjang berjela. Siapa tak tahu aku yang tidak punya perasaan malu atau segan dalam kamus hidupku. Aku tergelak bila melihat kad metrik yang tertulis sepatah nama walhal empunya diri punya nama yang sangat panjang. Dia tersenyum kerana aku orang pertama yang mempersoalkan rasionalnya nama yang panjang.

Maka bermulalah suatu perkenalan. Membawa kepada persahabatan. Terus menjadi rapat. Kredit handphone yang dulunya selalu expired kerana berbaki berpuluh ringgit kini boleh habis dalam dua tiga hari sahaja. Pernah sekali topup sebanyak RM30 terus kuhabiskan dalam satu perbualan panjang. Huh, bisanya saat laila majnun menjadi realiti. Aku menjadi majnun yang sentiasa merindukan si laila. Oh ya, namanya bukan laila ek. Hehe.

Saat peperiksaan akhir semester menjelma. Aku punya kertas yang amat payah keesokan harinya. Tapi dek kerana dia (mmg kuhafal lirik lagu kerna dia nyanyian Yassin) aku terus ke perpustakaan. Bukan untuk mengulangkaji. Sebaliknya menghabiskan masa dengan dia. Mesti orang kata aku gila kan.

Tapi dalam gila aku itu, keputusan aku masih cemerlang. Malah kertas yang payah itu, yang malam sebelumnya aku habiskan dengan dia, wow aku dapat A. Entah haram jadah apa yang aku karang, tapi nampaknya Profesor memberikan aku A. Mungkin esei seorang yang dilamun cinta amat menarik dan cukup sifatnya untuk lulus cemerlang. Atau mungkin Yang Maha Esa mahu menguji imanku.

Entah bila aku melafaz kata cinta. Baik nasibku, cinta berbalas. Dan aku terus hanyut. Tangan tidak pernah berhenti menaip mesej di handphone. Entah apa yang aku bualkan, semuanya aku dah lupa. Tak pernah jemu, tak pernah bosan. Orang dah angau, apa lagi yg nak dikata. Berbagai kenangan dicipta. Hingga saat aku memandang sejenis air atau biskut, pasti kenangan lama menjelma.

Ku sangka panas ke hujung jalan, rupanya hujan lebat di persimpangan. Dah terlalu rapat, lama-lama bergaduh juga. Entah apa sebabnya, tak perlu untuk dikongsi. Namun, ia bukan perpisahan yang aman. Kalo dalam bab divorce, orang panggil irreconcilable differences and hostile separation.

Bila Hati Terluka..

Maka aku terngadah. Terasa dunia gelap gelita. Dendam dan marah tak usah dicerita. Terus aku membawa diri merawat luka.

Yakinlah Tuhan Maha Bijaksana. Selepas itu baru kusedar apa itu dunia sebenar. Baru kubuka mata seluas mungkin. Baru kutahu betapa jahilnya aku berkenaan dunia.

Mana taknya. Saat menjadi gila dahulu, aku cuma fikirkan si dia. Cita-cita pun aku dah lupa. Hala tuju entah ke mana. Indahnya cinta, aku cuma mahu kerja la apa pun, asalkan kononnya boleh menyara dia dan keluarga. Hidup yang simple.

Kini, Bila Hati Terluka..

Aku baru celik mata. Baru tahu dunia ini luas. Baru tahu, orang boleh pergi ke angkasa. Baru tahu membaca pelbagai buku dan berita. Baru kusentuh New Straits Times, edisi Ahad Kalimullah Hassan tak pernah kulupa. Baru ku usaha untuk mengenali hal ehwal semasa.

Aku berubah. Aku bukan lagi jahil. Aku bukan lagi mudah ditipu. Benarlah kata orang, lelaki akan hanya berubah bila ditimpa musibah yang besar. Bukan senang untuk lelaki berubah sebenarnya.

Akhirnya, Bila Hati Terluka..

Akhirnya aku sedar. Hati yang terluka membawa banyak perubahan dalam hidup aku. Banyak hikmahnya bila kita berusaha untuk bangkit kembali. Tak kisah lah sedalam mana kita jatuh, seteruk mana kita ditimpa musibah, yang paling penting ialah bagaimana kita bangkit kembali.

Bila Hati Terluka.. aku dedikasikan untuk semua lelaki. Bukan dalam bab cinta sahaja. Malah dalam bab perniagaan atau kerjaya. Ingatlah saat kita jatuh dan terluka. Kita mesti bangkit kembali. Malah pasti kita boleh berubah. Menjadi lebih baik.

To be a better man..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets