Pages

WRC : Sukan Melayu Tak Tengok Tapi Selalu Buat (1)

Ini ialah suatu lagi sumbangan dari Belalang Fansuri: -

                                                                                                                                      

Daimpressive, Siti Payung dan Richard kalau menulis pasal sukan mesti cakap pasal bola, bola, bola. Naik bosan aku. Jadi di sini aku nak introduce satu sukan yang sangat-sangat popular, terutamanya di Eropah (tapi haram x popular langsung di Malaysia) , iaitu Rally!

Korang mesti suke bawak keta laju-laju kan? Lagi-lagi kalau atas highway, dapat potong keta lain dengan kelajuan paling kurang 120km/s (2 paling laju sbb aku bwk BLM je, haha) time amik selekoh tajam (x main la potong jalan straight, bapok je bt cm2), perasaan bestnya tak terkata! Cuba tanya Richard, die bawak Satria Neo kot…mesti lenjan 180 punya atas highway. Umumnya, orang Melayu suke bawak keta laju tak ingat. Bukan keta je, bas pon. Tapi, takde seorang pun bangsa Melayu mencatat nama sebagai pemandu kereta lumba tersohor dunia. Dowh…~~

Seperti mana-mana sukan, akan ada satu bentuk pertandingan yang premier atau yang utama. Contohnya, kalau lumba kereta dalam litar ada F1, kalau bolasepak di England ad BPL, kalau lumba motor ada MotoGP dll. Dalam dunia Rally, World Rally Championship (WRC) adalah pertandingan premier, di mana kereta dan pemandu terhebat berentap.

Di dalam satu calendar tahunan WRC, akan ada 13 pusingan di 13 buah negara. Pilihan Negara pada setiap tahun adalah berubah-ubah, melibatkan Negara-negara Eropah (majority) dan satu dua Negara Asia seperti Jepun dan Jordan. (Malaysia pernah memohon tapi tak dipilih oleh FIA).

Satu pusingan melibatkan 3 hari pertandingan. Dalam sehari melibatkan 10 hingga ke 20 stage. Pemandu akan dilepaskan seorang demi seorang untuk setiap stage, dan masa yang diambil untuk menamatkan setiap stage akan dikumpul dengan masa stage-stage yang lain. Di hari ketiga, pemandu yang mengambil masa paling sedikit diisyhtihar sebagai pemenang.

Pertandingan WRC tidak melibatkan aksi kereta memotong antara satu sama lain, tapi tetap mengujakan. Di sini aku listkan kenapa.
  1. Bermacam-macam jenis jalan, ade jalan tarmac (jalan tar biase), ada jalan gravel (jalan berbatu-batu, kadang-kadang ada batu sebesar paha tengah2 jalan) dan jalan salji, melibatkan approach pemanduan dan setting keta yang berlainan.
  2. Bermacam-macam jenis permukaan bumi, naik bukit turun bukit, selekoh kiri selekoh kanan, kadang-kadang dari tempat pemandu nampak kne pegi straight je rupa-rupanya ada selekoh (perkara biase dalam WRC).
  3. Akan sentiasa ada eksiden! Bleh tengok keta berpusing-pusing jatuh lembah tapi driver still idop.
  4. Driver takkan tahu apa yang menanti untuk setiap stage. Batu bergolek dari atas bukit, balak melintang, kuda melintas, x kurang juge peminat gila tengah-tengah jalan.
  5. Driver y humble. Rata-rata driver WRC bersikap rendah diri, ini disebabkan nature WRC itu sendiri. Kereta rosak di tengah-tengah stage diorang kne baiki sdr (x macam driver F1, bawak pusing2 litar je y  diorang pndai, kalo rosak tros out).
  6. Catatan masa yang diambil oleh top drivers sgt2 dekat. Pemenang pernah dipisahkan oleh perbezaan masa sbanyak 0.02 saat.
  7. Bleh tgk driver bergaduh dgn co driver. Co driver berfungsi utk bitau kpd driver ap ad kat depan, selekoh setajam mana, kiri ke kanan, boleh makan jalan ke x, dll. Kalau co driver bg arahan salah, bleh tgk driver hempuk helmet co driver n mencarut-carut, dan perkara sebaliknya bila driver buat-buat tuli dgn arahan co driver.
  8. Driver  WRC lagi power dari driver F1. Buktinya, Kimi Raikonnen, juara F1 bila masuk WRC asyik kne lauk je, asyik dapat nombor belas-belas, loser! Sebaliknya berlaku bila Sebastien Loeb, juara WRC test keta F1, mencatat masa y sgt2 kompetitif.
Itulah sedikit sebanyak yang aku nak tulis tentang WRC. Banyak lagi sebenarnya, kalau nak tahu tengok sendiri. Astro kadang-kadang je siar WRC ni… (bongok Astro, byk siar BPL je). Nak senang donlod dari tenet, x pon copy je dari aku, aku ada koleksi lengkap untuk 4 tahun y latest. Jika dibenarkan oleh daimpressive, artikel akan datang aku akan tulis tentang pemandu-pemandu berani mati dalam WRC.


Kereta WRC yang macho
By,
Belalang Fansuri

5 comments:

  1. Kat ne Belalang Fansuri dload WRC? Bagi link ckit..

    ReplyDelete
  2. belalang fansuri24 January 2012 at 21:34

    budak gaban, xde blog @ website spesifik...usually aku search kat torrent sehari slps mana2 pusingan tamat...nk sng g kat google, cth : WRC MONTE CARLO 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ belalang fansuri. Aq dah jumpe.. Tp IRC dgn ARPC mmg xde ke? X jumpe2 aq crik kat google..

      Delete
  3. Idop belalang fansuri..sememangnya rally ini satu sukan yang mengujakan..rindu pulak masa aku main arsenal dulu tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets