Pages

Manusiawi vs Robotiawi

Aku terkesan mengenai entri saudara (bukan saudari) Siti Payung di bawah. Ianya mengenai penderaan mental kepada budak-budak sekolah rendah yakni dari segi deraan akademik - pagi petang siang malam. Mereka didera seawal 6.30 pagi untuk bangun dan lazimnya berterus-terusan sampai ke lewat petang kalau dia sekolah dua sesi (sekolah kebangsaan dan agama).


Aku perhatikan dulu (time aku lah), kalau yang pergi sekolah agama ni memang ikut nasiblah kesedaran mak bapaklah. Kalau dia rasa nak, dia hantar anak-anak dia. Kalau tak, setakat yang ada kat sekolah kebangsaan tu jelah. Aku tak ingat "kepenatan" sekolah dua-dua sesi tu sangat sebab sejujurnya, aku sangat suka pergi sekolah agama. Sebab kat sekolah agama, aku belajar agama (pebenda ayat ni). Maknanya begini, aku rasa sedari kecik, aku agak cerah sikit untuk menerima ilmu-ilmu agama ni, maknanya mudah je nak masuk. Dan bila exam, aku taklah study pun, tapi sokmo dapat no. 1 atau 2. Agak berbeza dengan sekolah kebangsaan, kedudukan aku lazimnya no. 3, 4, 5, 6 atau 7. No. 1 dan 2 tu pernahlah dapat tapi masa darjah 2 je.

Jadi perspektif aku mungkin tidak sesuai digunapakai untuk majoriti budak-budak yang merasa "terdera" sebab kena bangun pagi-pagi dan lepas Maghrib terus tergolek atas katil. Cumanya aku turut merasa kasihan dengan budak-budak zaman sekarang yang disodok dan disuap dengan segala jenis ilmu pengetahuan, seolah-olah kau akan mati kering kalau kau tak belajar betul-betul.

Dari satu segi, betullah. Kalau tahun 1950'an dulu, kalau seseorang ada diploma, itu memang sehebat-hebat umatlah. Kalau ada degree tu, hampir mustahil la ada dalam satu daerah. Kemudian tahun 1970'an, ada degree ni kira tak miskinlah kau sampai bila-bila. Masuk 1990'an, degree ialah sesuatu yang common, malah diploma pun orang tak berapa nak pandang. Terkini (2012), sudah ada trend kalau seseorang takde master (sarjana), kira macam takde safety net. Survive memang boleh survive, tapi mungkin added value tu takde.


Persaingan semakin sengit, tapi janganlah sampai menafikan hak anak-anak kita untuk membesar sebagai manusia. Maknanya, they can have their own sweet time to enjoy their life as kids. Ini dengan segala tuisyen, ko-kurikulum, kelas taikwando, kelas renang, kelas ballet, gila ke apa kau nak suruh budak-budak ni jadi robot? Time cuti sekolah kau haruk budak-budak ni suruh pergi kem motivasi, kem rohani rohana, tuisyen dan entah apa-apa lagi. Unsur manusiawi sudah tiada, unsur robotiawi yang mengambil tempat.


Berilah peluang untuk mereka menikmati keseronokan dunia. Bukankah kita juga mengecapinya sewaktu kecik-kecik dulu?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets