Pertama secara ringkasnya dengan meningkatkan penyertaan kanak-kanak ke prasekolah.
Kedua setiap kanak-kanak menguasai literasi dan numerasi setelah 3 tahun tempoh persekolahan.
Ketiga menubuhkan sekolah berprestasi tinggi.
Keempat penilaian kepada guru besar dan pengetua.
Setelah beberapa tinjauan rambang dibuat, saya mendapati bahawa tumpuan-tumpuan yang diberikan tidak menyelesaikan beberapa masalah yang sedia ada.
Masalah yang paling penting pada pandangan saya ialah bagaimana untuk menangani kes-kes pelajar yang terpaksa berhenti sekolah akibat kemiskinan? Adakah empat tumpuan di atas mampu memberi jawapan kepada masalah ini?
Benar, pendidikan adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun, jika dilihat dari NKRA ini, pendidikan itu kepada siapa? Terhadap siapa? Adakah ia hanya kepada kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat? Atau adakah kepada setiap lapisan masyarakat?
Pada saya, NKRA ini gagal untuk mengambil kira golongan bawahan yang terpaksa berhenti sekolah akibat kemiskinan. Perkara ini berlaku dan kita tahu, tetapi apakah tindakan kita? Apakah tindakan kerajaan? Adakah mereka-mereka yang terpaksa berhenti sekolah ini dilindungi? Adakah kanak-kanak hanya wajib ke sekolah, tetapi tidak wajib menamatkan persekolahan?
NKRA sepatutnya memberi tumpuan kepada bagaimana membawa keluar kemiskinan rakyat melalui pendidikan. Bukan membuat duit dari pendidikan.
0 comments:
Post a Comment