Hari ini aku nak mengajak rakan2 pembaca belajar sebutan inggeris, dengan nama-nama pemain atau mereka yg berkecimpung dalam arena bolasepak sebagai contoh, Sebenarnya tema entri ini adalah kekeliruan aku dalam sebutan huruf "S" di kalangan para englishmen. Jadi, kalau ada sesiapa yg ingin memberi pencerahan, amatlah aku alu-alukan.
Sebagai permulaan, cuba anda sebut nama-nama di bawah: -
Torres
Ramires
Meireles
Villas-Boas
Jika anda dengar para englishmen menyebut nama-nama di atas, Torres dan Ramires hujungnya disebut molek dengan sebutan S. Tapi, untuk nama Meireles dan Villas-Boas, tiba-tiba berbunyi Meirelesh dan Vilash-Boash. Ada bunyi H di hujung sebutan. Hairan? Saya pohon pencerahan bagi mereka yg lebih arif.
Adakah ini kes yg sama terpakai sepertimana orang-orang belanda menyebut huruf J sebagai Y. Contoh: -
Nistelrooij > Nistelrooy
De Jong > De Yong
Ataupun bagaimana orang sepanyol menyebut huruf J sebagai H. Contoh: -
Jose > Hose
Juan > Huan
Kemudian, aku perhatikan ada segelintir manusia Melayu yg mungkin secara sengaja membaikpulih sebutan S mereka kepada bunyi "ASHHH". Makanya, "saya" disebut sebagai "shaya". Contoh lain: -
astro > ashtro
sama-sama > shama-shama
aiskrim > aishkrim
arsenal > arshenal
ish.. ish.. ish.. berputar lidah aku. Kalau mereka yg semulajadi tu, dimaafkan, nak buat mcm mana. Tapi bagaimana pula dgn mereka yg sengaja mereka-reka sebutan sedemikian? Adakah kedengaran cool?? TIDAK. Tapi tak apa, masing-masing ada gaya mutu keunggulan tersendiri.
Kemudian aku teringat situasi ketika aku di matrikulasi, ada program, yang pengerusi majlis ketika itu menghadapi kesukaran menyebut huruf R. Macam Lisa Surihani tu (sebagai contoh jelas, tiada niat nak kutuk). Makanya ramai pelajar lain mengajuk-ngajuk sebutan R pengerusi majlis ketika itu. Dengan nada selamba dan ikhlas, pengerusi berkata "Saya minta maaf kerana saya tidak dapat sebut R dengan betul". Point aku, bagi mereka yang betul-betul boleh sebut sesuatu bunyi, maka sebutlah dengan betul, tak perlu merosakkan bunyi sesuatu bahasa itu. Bayangkan diri anda di tempat pengerusi tersebut, di ejek hingga dia meminta maaf atas 'kekurangan' diri sendiri. Pada hal, sedikit pun dia tak salah.
Aku rasa tajuk entri ni dah lari dengan pengisiannya. Minta maaflah ye. Sebelum aku lebih merepek, sekian pembelajaran hari ini.
Terima kashih.
nistelrooj??...dari mana penulis dpt ejaan ni..marah fan menyu..ha2
ReplyDeletemaaf, sepatutnya "nistelrooij" - ada huruf I di situ.
Deletenama penuh beliau ialah Rutgerus Johannes Martinus van Nistelrooij.
ini terpakai kepada nama2 belanda lain spt kuijt > kuyt.
cuma para englishmen tak tahu, atau sengaja dizahirkan Y utk senang ejaan.
fan menyu prihatin pada asal usul pemain, termasuk nama sebenar. sila anda periksa nama sebenar chuks aneke.
Chukwuemeka Ademola Amachi Aneke..he2
DeleteSiapakah makhluk Ademola Amachi Aneke?
Deletebekas housemate amar tak tahu orang belanda sebut J sebagai Y. Nama penuh itu pun setelah amik masa lebih 10 minit utk google.
DeleteFan MenYu
tapi tuan,jose,villas boas,meireles bukanlah english word.orang putesh yang berbahasa english hanyalah sebut sepertimana org spain/portugal/brazil menyebut nama2 tersebut.tiada kaitan dengan bahasa orang putesh..
ReplyDeleteKalau anda bac betul2 ayat saya di bawah ini anda takkan buat komen seposen tu ;p. Apa pun terima kasih atas pencerahan.
Delete"Sebenarnya tema entri ini adalah kekeliruan aku dalam sebutan huruf "S" di kalangan para englishmen."
"Hairan? Saya pohon pencerahan bagi mereka yg lebih arif."
"Adakah ini kes yg sama terpakai sepertimana orang-orang belanda menyebut huruf J sebagai Y."
maka isu sebenar adalah tajuk tuan daim yg deceiving itu..bukan belajar speaking english,tapi belajar speak like an englishman.. in fact bukan belajar,tapi ajarkan..
Deleteharap maaf
betul. tp still rasa terpanggil utk defend institusi suaraserak:
Delete"Aku rasa tajuk entri ni dah lari dengan pengisiannya. Minta maaflah ye. Sebelum aku lebih merepek, sekian pembelajaran hari ini."
(Jawapan ala corporate communication).
Izwan Pilus
mengikut amalan saya, fenomena "sh" ini bermula dengan kedatangan AVB..mungkin kita boleh kata sebab jd mcm itu ialah boash dan meirelesh ialah org portugal. sebab sebelum2 ini pun dieorg selambe je sebut fernando torres, elok je, tp lepas AVB dtg terus tukar.
ReplyDelete