"fakta isu nur amalina
1. die hanya bertudung hanya ketika ke sekolah
2. gambar yang jadi isu 2 mak die sendiri yang amik
3. sluar y die pakai dlm gambar y ketat melekat 2 pon mak die yang belikan
4. semua fakta di atas dari mulut mak nur amalina sdr
(sumber: harian metro)"Ada juga video penjelasan Amalina iaitu empunya badan sendiri, mengenai isu tersebut. Sila lihat SINI dan SINI. Terpulang pada budi bicara anda untuk menilai. Seperti entri terdahulu, pengajaran yang kita dapat ialah jangan expect seseorang yang bijak pandai itu sempurna kehidupan mereka. Aku juga ingin berkongsi penulisan dari saifulislam.com bertajuk "Sukarnya menjadi genius".
Ironinya, entri kali ini untuk berkongsi kisah dua orang pelajar cemerlang SPM tahun 2006 dan 2008, iaitu Siti Fatimah Mukhtar dan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal. Kedua-dua mereka bekas pelajar Maahad Muhammadi (P), Kelantan.
Siti Fatimah yang memperoleh 17 1A dan 1 2A, sedang mengikuti pengajian bidang perubatan di Universiti of Nottingham. Nik Nur Madihah pula memperoleh 19 1A 1 2A, jika tidak silap periksa, kini di Jordan, juga mengambil bidang perubatan.
Anda boleh membaca kisah mereka di SINI dan SINI. Banyak iktibar dan pengajaran boleh kita perolehi.
Seperti yang dilaporkan, mereka ini masih berpegang teguh pada agama dan norma masyarakat Melayu walaupun jauh dirantau orang. Aku percaya, ramai lagi penuntut yang istiqamah dari segi ketrampilan dan keperibadian walaupun mereka kini di negeri orang. Sedangkan kita yang memang menetap di Malaysia ini pun, tidak tertahan dengan godaan-godaan duniawi. Berapa ramai rakan-rakan kita yang dulunya bertudung litup kini memakai shawl nipis? Yang bekas-bekas naqib kini rokok di tangan dan berseluar pendek?
Maaflah entri kali ini banyak link kepada penulisan orang lain. Bak kata Akhi Hayy dalam Cobaan, aku menulis ni "bukan nak mengena, tapi mencari makna".
0 comments:
Post a Comment