Pages

Tahniah Datuk Lee Chong Wei & Dato' Nicol Ann David

Aku ingin mengucapkan tahniah kepada dua atlet tanahair yang terkemuka dan yang terunggul di dunia dalam bidang masing-masing, iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Dato' Nicol Ann David, yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan yang mereka sertai baru-baru ini.



Chong Wei, yang merupakan pemain badminton no. 1 lelaki dunia, menewaskan seteru utama, Lin Dan dalam Kejohanan Terbuka Korea 2012. Chong Wei menang 12-21, 21-18 dan 21-13.

Sementara itu Nicol, pemain no. 1 wanita sukan skuasy merangkul kejuaraan World Series 2012 di London dengan menewaskan Madelline Perry dari Ireland. Kemenangan memihak Nicol dengan keputusan 11-9, 11-9 dan 11-9.

Aku tak tahu sangat nak komen atau merepek pasal sukan badminton atau skuasy ni. Jelasnya, tiada pemain Malaysia lain yang dapat menyaingi kehebatan kedua-dua personaliti sukan ini. Pemain pelapis yang ada tidak dapat diketengahkan atau tidak mampu bersaing diperingkat dunia. Pemain-pemain utama sedia ada tidak konsisten. Aku boleh ucap tahniah dan selamat maju jaya. Jadi, aku serahkan pada yang pakar untuk komen, iaitu Encik Rizal Hashim (hos Dengan Izin di Astro Arena).

Rizal, over to you.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets