Pages

Kenapa aku bukan lagi pensyarah...

Cita-cita utama aku sesudah aku habis belajar ialah untuk menjadi pensyarah undang-undang. Aku tak ada sebab-sebab tertentu, cuma aku suka apabila membuatkan seseorang yang tak tahu menjadi tahu selepas aku menerangkan perkara baru. Kesukaan itu seolah-olah kepuasan, berjaya membuatkan orang tau sesuatu. Faktor-faktor lain ialah aku suka kerja pensyarah yang waktu kerjanya fleksibel dan tidak ada kongkongan langsung daripada bos. Maknanya takdelah sikit-sikit bos panggil, sikit-sikit bos suruh buat tu, buat ni. Pensyarah jarang diganggu oleh superior dan lebih menumpukan kepada pelajar dan kajian sahaja. Ini mungkin berkaitan dengan sifat aku yang tak boleh 'diperintah' dan tak boleh disuruh itu ini. Memanglah masa chambering dan masa jadi PTD dulu aku ikut perintah, tapi aku tak naklah hidup ni memanjang ikut perintah orang.

Tidak ada tempat lain lagi yang ingin aku curahkan bakti aku selain daripada Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, tempat aku belajar selama 5 tahun. Aku memohon apabila terdapat kekosongan. Temuduganya sangat horror apabila 10 orang pensyarah senior (termasuk dekan, timbalan dekan dan ketua jabatan) menemuduga macam passing baton, tak henti-henti. Aku pergi interview AG pun tak pernah kena macam ni!

Sesudah aku menerima surat tawaran, barulah aku menyedari rupa-rupanya susah nak jadi pensyarah. Aku bukan sahaja menerima tawaran secara kontrak setahun sahaja, malah tidak ada jaminan yang jelas adakah aku betul-betul akan kekal sebagai tenaga akademik di situ (walaupun aku ada nombor staff). Ini kerana mengikut jadual, sesudah setahun aku bekerja, aku sepatutnya menyambung PhD, tetapi perbelanjaan PhD itu dibiayai oleh JPA, bukan duit UIAM. UIAM cuma facilitate.

Sepanjang tempoh aku mengajar, kepala aku sangat serabut memikirkan pengajian PhD yang aku kira terlalu berisiko. Kontrak perjanjian yang 'berat sebelah', tidak ada jaminan, kalau tak siap PhD, pelajar tu silap-silap diwajibkan membayar kesemua jumlah wang yang telah digunakan sepanjang menyambung PhD. Kalau dulu seseorang pensyarah sambung PhD gaji jalan, tapi kali ni langsung takde apa-apa gaji melainkan duit elaun JPA sebanyak RM2700 sebulan itulah. Itu saja sudah tak masuk akal kerana gaji aku semasa menjadi pensyarah (setelah ditolak EPF), kira-kira RM3400. Belum campur kalau buat extra classes, aku boleh dapat hampir RM4000 sebulan, alih-alih bila sambung PhD dapat RM2700 je? EPF takde pulak tu.

Kalau aku diberikan pilihan untuk buat PhD dalam negara boleh tahan kiralah jugak sebab aku nak meminimakan risiko (yelah kalau buat PhD kat oversea and then PhD tak siap, berapa ratus ribu aku kena bayar balik, kalau buat local setakat belas-belas ribu je kot). Ini tidak, aku 'didesak' untuk pergi oversea atas alasan aku lelaki dan aku masih bujang. Kononnya kalau buat PhD kat oversea tu hebat. But I beg to differ. Aku tak rasa hebat atau tak seseorang pensyarah tu bergantung kepada kat mana dia buat PhD. Tapi bergantung kepada KERAJINAN dia. Kalau dia rajin menulis, cepatlah dia naik pangkat, walaupun dia cuma ada PhD dari UIAM. Tapi kalau dia malas menulis, ada 10 PhD dari UK pun dia tetap tak naik pangkat.

Banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan aku berat untuk buat PhD di luar negara, antaranya rintangan-rintangan seperti exam English IELTS, nak memilih universiti, nak memilih penempatan, nak 'menjaja' proposal PhD kepada pensyarah kokesen yang aku tak pernah jumpa, ini semua benda-benda remeh yang hanya menyukarkan aku. Sebaliknya kalau aku buat PhD kat Malaysia, aku tak perlu hadapi benda-benda remeh macam ni. Aku cuma nak menulis sahaja, aku tak nak benda-benda remeh mengganggu tujuan aku.

Dalam memilih tajuk PhD pun, aku menghadapi tentangan halus daripada pensyarah-pensyarah yang jugak merupakan pensyarah aku dulu. Pensyarah ni kata yang ni tak viable, buat tajuk ni, pergi kat pensyarah ni, dia kata yang tu tak viable, buat pulak ni. Sungguhpun aku tak salahkan mereka tapi aku jugak merasakan kata-kata mereka lebih memeningkan aku daripada ingin menolong aku.

Aku jugak menghadapi masalah dengan dekan yang prejudis terhadap aku. Aku tak perlu ceritakan secara terperinci, cumanya dekan yang jugak pensyarah aku tu dah beberapa kali berlaga angin dengan aku atas isu-isu yang tak patut berlaga pun. Aku lebih kepada menjadi mangsa keadaan disebabkan politik kulliyyah yang tak mengizinkan aku menjadi neutral.

Dengan masalah-masalah terkumpul seperti ini, aku rasa aku dah tak boleh jadi pensyarah di tempat aku belajar. Kerenah birokrasi, kedudukan sebagai pensyarah yang paling junior menyebabkan aku rasa terhimpit.

Yang lebih memeningkan aku, apabila aku melihat masa depan aku, bilanya yang aku boleh settle down? Kerja pun tak tetap. Bukan sekarang, tapi kena tunggu habis PhD (itu pun kalau habis). Katalah 4 tahun habis PhD, campur Viva semua, dekat 5 tahun baru dapat PhD. Dah dapat PhD, belum tentu UIAM nak terima aku sebagai pensyarah sebab antara aku dan UIAM takde kontrak, yang ada ialah kontrak antara aku dan JPA. Katalah lagi 5 tahun UIAM bekukan pengambilan pensyarah, habis aku macam mana? Oklah, katalah UIAM terima aku sebagai pensyarah, bilanya jawatan nak confirm? Sebab bila dah jadi pensyarah (Assistant Professor), aku kena siapkan beberapa research papers terlebih dulu sebelum jawatan aku confirm dan jadi permanent staff UIAM. Berapa lama, setahun? 2 tahun? Katalah setahun, maknanya aku perlukan 6 tahun barulah jawatan aku disahkan dengan jayanya (kalau berjayalah).

Bandingkan dengan kakitangan kerajaan lain macam PTD, AG, baru 2 tahun. Malah yang kerja JKSM hampir takde syarat untuk pengesahan jawatan. Pensyarah, 6 tahun! Hebat sangat ke kerja pensyarah, besar sangat ke gajinya sampai 6 tahun baru boleh confirm? Banding dengan kerja aku sebagai Eksekutif Syariah sekarang pun, 6 bulan je aku dah confirm.

Masa aku menunaikan umrah bulan Mac tahun lepas, antara perkara yang aku doa depan Kaabah ialah masa depan aku. Aku tak nampak future sebagai pensyarah, tapi aku tak tau apa yang aku perlu buat. Tambah-tambah pulak time tu aku nak kahwin, takkanlah aku pergi buat PhD kat oversea dan isteri aku tinggal kat Malaysia? Ini memang aku takkan buatlah (ini jugak antara sebab utama kenapa aku nak buat PhD kat Malaysia je).

Rupa-rupanya Allah menjawab permintaan hambaNya apabila Allah melorongkan kepada aku kerja aku sekarang. Aku boleh kata ini pertolongan Allah dan rezeki kahwinlah, sebab cara aku dapat kerja ni pun memang tak disangka-sangka. Aku tinggalkan kerjaya aku sebagai pensyarah. Dalam masa yang sama, aku tetap menyimpan hasrat untuk sambung PhD dan kalau takde aerial melintang, insyaAllah, tahun ini, 2012, aku akan sambung PhD (institusi dirahsiakan terlebih dahulu, huahua). Aku rasa buat PhD sendiri-sendiri jauh lagi best sebab takde kerenah birokrasi, tak perlu dapat sokongan dekan, tak perlu 'approval' rakan-rakan pensyarah. Aku boleh buat apa yang aku nak buat dan takde sesiapa boleh dictate aku itu dan ini. Aku berhasrat kalau aku dapat PhD nanti, insyaAllah aku akan buat comeback sebagai pensyarah sebab itu memang cita-cita aku satu hari nanti.

Di samping aku ceritakan semua ini, aku bukanlah nak bercerita mengenai diri aku sangat, tapi cuba fikir, kalau dah sebegini 'ketat'lah syarat untuk menjadi pensyarah, siapa yang nak jadi pensyarah? Siapa yang nak tunggu sampai 5, 6 tahun baru disahkan jawatan sebagai pensyarah? Betullah ada pensyarah aku pernah kata, kalau nak kaya, tak payahlah jadi pensyarah. Aku fikir-fikir memang betul pun. Dalam tempoh enam tahun seorang peguam dah boleh bergaji 10 ribu, kalau kakitangan kerajaan bukan saja dah confirm jawatan tapi dah naik gred 48, sedangkan sebagai pensyarah, dia baru nak merangkak. Macam mana nak cari pensyarah pelapis yang berkualiti kalau macam ni? Kalau lelaki, lima tahun pertama selepas kerja itulah waktu crucial dia nak kahwin, nak berkeluarga, tapi dengan keadaan elaun tak seberapa dan pekerjaan yang belum tetap, macam mana dia nak survive? Siapa je yang nak jadi pensyarah kalau macam tu? Kalau lecturers batch dulu-dulu pun komplen punyalah susah nak survive masa buat PhD, yang zaman sekarang ni macam mana pulak? Dengan serba-serbi harga barang naik. Kalau macam ni la berterusan, nampak gayanya hanya orang kaya yang minat mengajar sahaja yang boleh jadi pensyarah.

Rintangan terbesar seorang pensyarah ialah untuk mendapatkan PhD. Aku telah saksikan sekian ramai pensyarah yang gagal untuk mendapatkan PhD atas sebab-sebab yang bukanlah berpunca daripada pensyarah itu sendiri. Jadi aku rasa kalau seseorang tu kalau nak jadi pensyarah yang betul-betul boleh sampai jadi Profesor, eloklah dia buat PhD sendiri terlebih dulu sebelum apply jadi pensyarah. Tak pening kepala dengan kerenah birokrasi dan lebih independent.

Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain mengenai situasi ini tapi aku bercerita mengenai keadaan aku sebagai pensyarah undang-undang (PhD undang-undang pening ooooo) di UIAM, universiti yang dah established. Kalau universiti yang belum betul-betul established mungkin lain situasinya.

Fikirkanlah baik-baik orang-orang di atas sana.

24 comments:

  1. memang alasan pun...

    yg sebenarnya, nothing personal, it's all about MONEY

    wakaka

    ReplyDelete
  2. Bgantung pd diri sndiri.

    ReplyDelete
  3. elok buat bisnes halal

    ReplyDelete
  4. gaji saya sebagai pensyarah IPTA RM6000 +++

    Isteri saya yang buat perniagaan gerai makan purata dalam Rm24,000, kiranya 4-5 kali ganda.

    Wang satu hal,tetapi yang paling utama ialah kepuasan, keseronakan bila tengok pelanggan tengah lapar membeli makanan dan kita serve untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hati tuan menghalakan kepuasan ke arah wang dan pelangan kelaparan berbanding 'pelajar yg dahagakan ilmu' maka eloklah buat keputusan yang sewajar

      Delete
    2. huh RM24K hasil gerai!!! Entah berapa garai isteri Zaman ada? Untung bersih RM1K tu!, maknanya congak-congak bodo isteri Zaman kena serve kepada 1K orang pelangan sehari.......

      Delete
    3. mamat tu tgh menipu tu.. jgn caya..

      Delete
  5. kalau itu cara anda berfikir maka anda memang tidak layak menyandang jawatan pensyarah

    ReplyDelete
  6. saya rasa memang tepat apa yang anda fikir. Sememangnya terlampau banyak birokrasi bagi seseorang untuk menjadi pensyarah di malaysia ni. Yang terbaik adalah sesorang itu ada Phd dan demand gaji berdasarkan experience dalam industri. Sememangnya untuk capai kedua-dua faktor itu memakan masa paling kurang 7-8 tahun tapi saya rasa ia berbaloi kerana:

    1. Tak perlu layan karenah birokrasi kerana Phd dah ada dalam genggaman.
    2. Boleh dapat kenaikan pangkat lebih sekurang-kurang Prof Madya (sekiranya skil dan pengalaman mencukupi)
    3. silap-silap lebih tinggi gaji anda dari pensyarah yang mula dari bawah (tutor sampai Phd) sebab saya tahu ramai yg masih jadi pensyarah kanan walaupun ada Phd di IPTA.

    pikir-pikirkanlah..Life is about choices.. Wang pun bukanlah segala-galanya dalam hidup ini.

    ReplyDelete
  7. Setiap kerjaya ada cabarannya. Sesetengah doktor perubatan terutamanya di hospital kerajaan kerana terlalu ramai patients, kerja professional engineer saingan untuk dapatkan tender sangat tinggi, kalau ceo syarikat2 kewangan selalunya tak bertahan lama, kerjaya arkitek projek2 berseni taklah banyak sangat, pekerja2 swasta secara amnya tiada job security, sesetengah kilang pekerjanya terpaksa bekerja sambil berdiri selama 8 jam, dll. Pokoknya, tiada kerja yang mudah. Pilihlah kerjaya yang kita minat.

    ReplyDelete
  8. kerjalah apa saja asal beriman dan jujur. Yang jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang berintegriti. Bukan pemalas, ambil kesempatan songlap artikel orang bawahan. Nama hendak, buat research malas.
    Satu lagi pensyarah yang hanya boleh bahasa melayu sahaja jangan sakit hati dgn org lain yang menguasai banyak bahasa. Orang tu dah penat berusaha, awak pun usaha juga laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. saya banyak kali kena. tapi redha je, sesungguhnya nnt allah bagi lebih pada kita...

      Delete
  9. kerja pensyarah ini kena minat baru berjaya dik.

    ReplyDelete
  10. saya kerja swasta, kompeni oil and gas... masalahnye sama je.... keje kerajaan ke, keje swasta ke, pensyarah ke kerani ke.... klau nk ikutkan keje saya dgn keje saudara sebagai pensyarah mmg berbeza, tetapi isu ditempat kerja tu sama...so kemana pun kita pergi sama saje masalah yg akan kita hadapi...yg penting kita kena selalu berdoa kepada ALLAH. Kita selalu nmpk the orther side is greener...

    ReplyDelete
  11. Bg aku ,masalah timbul sbb org atas ,padahal sama2 cari rezeki utk hidup ,apa lah yg susah sgt ,kdg2 procedure tu mcm2 nk kene ikut , mmg la semua nya dunia je, tp bleh x fhm keadaan org sekeliling

    ReplyDelete
  12. lecturer kalau x da phd mmg sakit.
    kalau ada phd terus main sekitar rm5k lebih.

    ReplyDelete
  13. Macam2 alasan sampai tak nak sambung phd. Nak berjaya mana boleh dapat hasil cepat. Kena tunggu bertahun-tahun baru boleh dapat sebab kita berjaya atas orang sekeliling & atas kehendak Allah

    ReplyDelete
  14. Lantikan pensyarah baru yg ada phd adalah terus lompat ke gred 51. Bukan mula mcm gaji tutor��. So, takdelah merangkak sangat seperti yg digambarkan. Tentang phd pula, kena la yakin. bila buat phd mesti kena habiskan. Kalau dr awal pon dah lemah semangat dan beralasan mmg tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camtu after PhD nk try apply lecturer la..skang baru 44..lompat ke 52 terus ke?

      Delete
  15. I love iium always...since matrix..degree..master and now waiting for PhD..cumanya sy skang kje cikgu..sy minat nk smbung hga PhD mmg cita2 dari start masuk uia..hehe.. doakan ye..berkat doa arwah mak also degree mak kata kje tetap dlu bru smbung master dan seterusnya PhD..now dh 10 years abg cikgu kerajaan.. smbung master duit simpan sdri..PhD pun sma duit sdri..blaja sambil relax aje

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets