Pages

Merancang kewangan hidup (entri separa serius)

Entri ini juga merupakan lanjutan daripada entri-entri sahabat-handai di bawah ini. Ini merupakan satu cetusan idea yang timbul setelah aku bersembang dengan ejen Takaful aku sebentar tadi. Sementelah aku sendiri terbabit secara langsung dengan industri Takaful ini. Takaful sebenarnya berkait rapat dengan perancangan kewangan dan perlu aku sebut di sini, di kalangan masyarakat kita, kesedaran mengenai perancangan kewangan boleh aku kategorikan sebagai TERUK.

Biar aku mulakan dengan seseorang yang baru grad universiti dan ada degree. Ambikla degree law misalnya, typically dia akan chambering dengan gaji tahun pertama sekitar RM1500-RM2000. Gaji tahun kedua biasanya sekitar RM2000-RM3500. Perhatikan golongan ini, ke manakah perginya pendapatan mereka?

Seseorang graduan normal yang mengambil pinjaman PTPTN buta-buta sahaja akan menanggung hutang sekitar RM20 ribu ke RM30 ribu sesudah tamat belajar. Pinjaman perlu dibayar, bayaran rumah sewa, makan minum, mak ayah, dll mesti diambil kira. Tapi kebanyakan graduan (lelaki terutamanya), tak sampai tahun pertama bekerja atau yang lebih gila tiga bulan selepas bekerja sudah berani beli kereta. Beli kereta tak beragak pulak jenama tu, kot Saga BLM/FL ke, Viva ke, Myvi ke, boleh tahan kira lagi. Dan tak salah pun nak beli kereta sebab keperluan, nak balik kampung, nak travel (kalau kerja sebagai lawyer). Bayar bulan-bulan dalam RM400-RM500, munasabahlah. Tapi ini yang terus melonjak ke tahap macam dah kerja 5 tahun, beli Gen2, Persona, bulan-bulan bayar sampai RM700-RM800, eh ko gila ke kalau setakat gaji RM2500 je misalnya?

Ramai orang terlupa, kereta ialah liabiliti. Kalau kira yang bayar bulan-bulan tu je, memanglah mampu nak bayar. Tapi jangan lupa, katalah kalau kita bayar RM500 sebulan, sebenarnya tambah lagi RM150 atau RM200 untuk cover duit minyak, maintenance dan insurans. Maknanya sebulan kau bukan habiskan RM500 sahaja, tapi sebenarnya RM600 ke RM700. Servis koman-koman 4, 5 kali setahun, kita ambiklah RM1000. Insurans kereta pun kita ambiklah RM1000. Semua kejadian luar jangka (tayar meletup, eksiden kereta kecil) dah dikira sekali. Maknanya tanpa mengira duit minyak, perbelanjaan tambahan sebulan sahaja mencecah RM170. Ada yang lebih gila babi, tergamak ambik kad kredit walaupun baru setahun dua bekerja, semuanya kerana apa, kerana LIFESTYLE dan terikut-ikut dengan kawan. Tu yang umur tak sampai 30 tahun dah diisytihar bankrap tu.

Macam mana nak hidup dalam keadaan macam tu kalau takde perancangan kewangan yang teliti? Mana nak kira dengan nak kahwinnya, nak ada anaknya, sakit peningnya lagi. Kalau masuk hospital? Eksiden berat? Haji dan umrah toksah cakaplah, itu yang umur 65, 70 baru nak pergi buat haji (ini tak bermaksud aku salahkan warga emas yang dah tua baru nak naik haji, sebab kebanyakan mereka bukanlah dari golongan yang berada). Cumanya kalau nak makan sehari-hari pun tak berapa nak lepas, toksah ceritalah haji dan umrah.

Mak aku selalu cakap, nak menyimpan ni, jangan kira-kira, pejam mata je sudah, sebulan tu wajib dah, zaaaapp RM200 masukkan dalam Tabung Haji ke, bank ke. Kalau start mengira memanglah tak cukup sokmo setiap bulan. Macam aku sendiri, aku taklah kaya walaupun gaji aku boleh tahanlah juga. Tapi maintenance aku pun boleh tahan jugak sebab aku ada isteri yang masih belajar dan bakal menimang anak tak lama lagi. Cash reserve yang ada bulan-bulan pun buat masa ni aku simpan untuk wife aku bersalin nanti, jadi nak kata menyimpan tu tidaklah. Cumanya aku menyimpan secara 'paksa' melalui pelan Takaful yang aku ambik, satu Etiqa satu lagi PruBSN (ini adalah promosi). Jumlahnya tak banyak, adalah dalam RM300 je sebulan, pelan Takaful untuk isteri aku pun aku amik, total semua sekali adalah dalam RM500 sebulan. Maknanya once gaji aku masuk (jumlah dirahsiakan, ptuih ptuih), RM500 tu dah lesap. Moga-moga, kalaulah jadi apa-apa yang tak elok kat aku di hari muka kelak (cewah), at least dapatlah kurangkan beban dan perlindungan yang diberikan.

TAPI, berapa ramai yang sedar mengenai perkara ini?

Takaful dalam hidup kebanyakan orang terletak pada kedudukan no. 10 dalam senarai priority hidup diorang. Ada yang rasa tak perlu. Mindset diorang, kalau mati, matilah. Kalau lumpuh, lumpuhlah. Nak mengeluarkan RM50 sebulan untuk perlindungan Takaful itu terlalu berat bagi mereka.

Di kawasan bandar, Lembah Klang terutamanya, kesedaran mengenai perlunya perlindungan Takaful ni boleh dikatakan agak meluas, sebab ramai yang mempunyai pendapatan yang ada surplus (lebihan), sekitar RM100-RM300. Tapi untuk penduduk luar bandar jangan cakaplah, jangan kata surplus, defisit lagi ada. Salah mereka kah?

Misalnya baru-baru ni aku ke Kota Kinabalu, Sabah untuk mesyuarat Jawatankuasa Syariah Etiqa Takaful Berhad dan program-program berkaitan. Pengurus Etiqa Sabah mengatakan kalau ada penduduk Kota Kinabalu (bandaraya ni, tak kira yang duduk Kudat, Ranau, Sandakan, Semporna tu semua) yang nak ambik produk Takaful dengan bayaran RM50 sebulan tu pun dah kira bagus dah. Dan range bayaran Takaful bulanan tu kalau sekitar RM50 - Rm100 je. Maknanya adalah jugak kesedaran tu, walaupun agak minimum.

Tapi macam mana kalau orang tu memang tak mampu, misalnya dek kerana alasan genuine macam himpitan hutang PTPTN dan kena menyara keluarga misalnya? Hasrat gomen untuk jadikan PTPTN sebagai tabung 'kitar semula' untuk pembiayaan pendidikan merupakan satu hasrat yang murni tapi MALANGNYA KITA TAK DIAJAR UNTUK MERANCANG KEWANGAN PUN SEJAK DARI SEKOLAH RENDAH. Jangan kata budak sekolah menengah, yang lepasan universiti, hatta yang ambik law macam aku, yang belajar Islamic Banking & Takaful (sampai 2 kali lak tu), pun tak boleh appreciate kepentingan Takaful sewaktu aku belajar. Dulu aku ingat Takaful ni takde kaitan dengan aku dan hanya study untuk pass exam je. Tu pun mujurlah kesedaran tu datang jugak walaupun agak lambat.

Di sinilah pentingnya ilmu.

Umat Islam seharusnya bijak merancang ekonomi, sebab tu Islam haramkan pembaziran. Tapi malangnya, perancangan ekonomi bani Melayu ni boleh dikatakan menyedihkan. Ada yang menanam pemahaman "alah apa susah gomen mesti tolong punya", tapi kalau dah BODOH, siapa nak tolong? Ada cop mohor MELAYU kat dahi pun takde siapa nak tolong. Insaflah wahai bani Melayu sekalian.

Pelan Takaful yang aku sebutkan sebentar tadi hanyalah satu elemen daripada banyak elemen dalam perancangan kewangan. Ada yang lebih kompleks macam pelaburan emas, REIT, itu tak payah bincanglah kalau kesedaran mengenai Takaful pun tak lepas lagi. Aku pun tidaklah pandai merancang kewangan sebab sumber kewangan aku pun terhad, nak melabur itu ini, tak terdaya lagi. Kesedaran aku pun timbul agak lambat. So kayuh pelan-pelan jela.

Point aku kat sini, berusahalah merancang kewangan hidup dengan lebih sempurna. Anda boleh mulakan dengan memilih pelan Takaful yang sesuai. Pilihlah sebarang pelan Takaful pun, kerana generally aku boleh katakan kebanyakannya ada perlindungan asas macam kematian dan lumpuh kekal. Tapi sebagai kakitangan Etiqa, aku secara terang-terangan mempromosikan sertailah pelan Takaful Etiqa, HAHAHAHA. Pelan Takaful syarikat lain pun boleh juga, apa-apa pun boleh, Asalkan Bukan Umno (ABU), HAHAHAHAHA lagi. Dan nak memilih pelan ni pun kena tengok ejennya jugak, cekap atau tidak, proaktif atau tidak. Itu persoalan yang subjektif pulakla kan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets