Ini mengingatkan kita dengan satu lagi kisah terdahula, iaitu cerita Suffiyah Yusuf, seorang genius yang mengiklankan diri menjadi pela**r.
Ada teori mengatakan laman sosial Nur Amalina telah diceroboh dan di hack, oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Itu, terpulang pada Nur Amalina sendiri untuk tampil membuat penjelasan. Sebelum ni pun, ada khabar mengatakan beliau tidak berjaya dalam pengajian beliau dan pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.
Ini memang berita yang penuh jus dan berkhasiat untuk para pengamal media, dan bagi kebanyakan warga Malaysia (termasuklah aku). Tapi secara peribadi, tidak perlulah terkejut sangat, dan janganlah meloncat-loncat seolah-olah dalam dunia ni, Nur Amalina seorang sahaja yang muat naik gambar peribadi di laman sosial. Ramai lagi yang muat naik gambar tak senonoh, berbikini, bersosial di kelab-kelab dan bercampur aduk laki perempuan. Malahan golongan artis-artis kebanyakannya yang terdedah sana sini, terlambak-lambak, rambut perang menyala-nyala, tak kurang yang pose daring maut untuk majalah, hatta ke adengan-adengan peluk memeluk. Itu semua masalah dan bencana kepada masyarakat, suatu bencana kepada Melayu apa lagi kepada agama. Kenapa tidak dipersoalkan? Kenapa tidak jadi isu nasional?
Kebetulan Nur Amalina ni bergelar pelajar cemerlang, maka argumen orang ramai adalah beliau wajar menjadi contoih dan ikutan yang lain. Aku tekankan, beliau merupakan pelajar cemerlang, bukannya pelajar solehah. Jadi apa puncanya?
Jangan hantar anak-anak menuntut ilmu ke luar negara? Tidak juga, kerana ada sesetengan cabang ilmu tu, di Malaysia memang tidak cukup kepakarannya. Jadi, baliklah kepada agama, dari akar umbi. InsyaAllah selamat. Tapi nanti ada pulak yang jawab, ustazah tudung litup pun boleh kena tangkap khalwat. Jawapan aku, belajar agama, berpegang pada agama, dan selebihnya terpulang pada individu untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Aku bukan ustaz, tapi blogger karut marut. Dan aku sedih tengok keruntuhan moral masyarakat secara umumnya. Dan aku kecewa tengok anak-anak Melayu berpakaian urban dan hip, ketat sana sini, dedah sana situ dan tergedik-gedik, berkepit dengan mamat saleh ntah mana-mana. Aku juga sedih lihat anak-anak muda Melayu lepak di La Bodega dengan arak atas meja. Urban sangatkah? Adakah dengan berkelakuan begitu akan menjadikan mereka warga yang berjaya, sedangkan kehidupan berkiblatkan barat? Apa mereka tidak sedar harga yang perlu dibayar dengan perlakuan mereka ini?
Aku hanya boleh membenci.
Nabi cakap kalau sekadar benci di hati, itulah selemah-lemah iman. Betapa kerdil dan lemah aku ni.
nota kaki: Aku pun pelajar kategori sederhana
Melayu sampai tergamak kapel dengan nigger...apehal?
ReplyDeleteAku "like" komen encik Tamar Niger..silap Tamar Jeles
ReplyDeletehuuu...bc but no komen.nice entry!
ReplyDeletepositif bro..i loike!!
ReplyDelete@suzie rahman
ReplyDeletesuarakan pendapat penting anda. TQ kerana membaca..
@LegendOfPersia
ReplyDeleteTQ2...
melayu mudah lupa dan bodoh tk tntu pasal.....
ReplyDelete