Sepertimana yang dilaporkan dalan ENTRI sebelum ini, memang betullah Dr. Ezani menang MasterChef Malaysia ("MM"). Jadi, sekalung tahniah dan syabas kepada Dr. Ezani. Jadinya, Dr. Ezani juara MasterChef musim pertama.
Tapi ada juga kawan-kawan aku yang lain seperti Richard dan Siti Payung tidak puas jati sebab kenapa Ezani yang menang, bukan Wahidan. Secara peribadi aku rasa, Wahidan lebih layak kerana konsisten dan menunjukkan skil masakan dan peralatan dapur yang lebih teratur dan beretika serta bergaya (Penyokong Ezani atau penonton lain mungkin berpendapat sebaliknya). Tapi faktor kemenangan telah ditentukan oleh persembahan dan prestasi mereka berdua di epringkat akhir dan diadili oleh 40 juri jemputan (40%) dan selebihnya oleh 3 juri tetap (Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Riz).
The Beast and the Beauty (Macam tak kena je caption ni??!!). |
Kepada Wahidan naib juara MasterChef Malaysia, sekalung tahniah juga kepada anda. Anda memang kool dan tenang. Aku rasa banyak lagi peluang anda di masa akan datang. Anda kini bergelar status selebriti (ayat pujuk dan ikhlas).
nota kaki: sebenarnya aku tak sempat tengok episod akhir tu, sebab aku tengok Man Utd menentang Man City pada pertandingan Piala FA England, sebab tu aku tak tulis entri panjang. Hehe..
dua2 terbaik wok
ReplyDelete@- zuriey -
ReplyDeletememang terbaik sbb diaorng masuk final, tp bro. Wahidan lebih coo (ayat penyokong Wahidan, haha)...