Mereka malas berfikir.
Dalam bahasa yang mudah ia merujuk kepada orang Malaysia. Penduduk Malaysia majoritinya berbangsa Melayu dan pada masa yang sama beragama Islam. Dari segi sejarahnya orang Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Sejak kedatangan Islam pada kira-kira hujung abad ke 13, masyarakat di sini begitu kuat berpegang kepadanya, walaupun datang selepas itu penjajah bersilih ganti. Kuatnya ikatan ini sehingga maksud Melayu di dalam perlembagaan juga termasuk menganut agama Islam. Perkara inilah yang telah membentuk pandang darat sosial masyarakat sejak sekian lama.
Namun apa yang saya nampak hanyalah Melayu semata-mata. Agama Islam telah menjadi ekslusif kepada bangsa Melayu sahaja di negara ini, sehinggakan jika seseorang berbangsa lain memeluk Islam, mereka akan dipanggil “masuk Melayu”. Perkara ini masih berlaku dan masyarakat berterus-terusan menganut fahaman ini. Apa yang menyedihkan ialah ini telah menjauhkan bangsa-bangsa lain dari mendekati Islam, membayangkan bahawa mereka akan hilang identiti selepas memeluk Islam. Sesungguhnya bangsa tidak akan berubah. Lahirnya orang itu sebagai Melayu, matinya juga sebagai orang Melayu.
Dari apa yang saya perhatikan, Melayu-Islam ini mempunyai beberapa karakter yang istimewa. Pertama, mereka menganggap bahawa Arab itu Islam. Bermakna jika orang itu orang Arab, mereka akan terus menyangka bahawa orang itu lebih alim, tinggi ilmu agama, masuk syurga dan sebagainya. Pendek kata apa-apa yang berkaitan dengan Arab akan dipuji dan dipandang tinggi, termasuk orang-orang yang pandai bercakap dalam Bahasa Arab. Kuncinya ialah label. Pemikiran Melayu-Islam telah dipakukan dengan idea seperti ini. Mereka meletakkan Arab itu sebagai pengukur keislaman. Nak nampak Islam sikit kena makan kurma contohnya. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka mudah diperdaya dengan muslihat bagi orang-orang yang mengambil kesempatan.
Kedua, perkara asas yang mereka tahu ialah anjing dan babi itu haram. Bermakna apa-apa yang berkaitan dengan kedua-dua haiwan berkenaan adalah haram, menyentuhnya pun haram. Jadi tidak hairanlah jika kedua-dua haiwan ini dibenci. Sebut sahaja babi, maka menyumpahlah golongan ini. Atas kepercayaan ini, mereka mudah diprovokasi. Letak saja kepala babi di masjid-masjid, maka menyiraplah darah Melayu-Islam. Benda-benda lain yang menyentuh isu yang lebih penting seperti judi, makan duit haram dan sebagainya tidak dihiraukan.
Ketiga, mereka menyusahkan amalan agama Islam. Ini memang jelas dapat dilihat di mana mereka terlalu mengikut satu perkara di dalam semua keadaan, tidak kira dalam keadaan biasa atau darurat. Dalam kata lain menjumudkan pandangan. Tambahan pula, mereka cenderung untuk mengharamkan semua benda baru. Hanya Islam yang diamalkan di sini sahaja lah yang betul. Saya pernah sekali berbual dengan seorang tua di dalam bas dan dia menasihatkan kepada saya bahawa jangan terlalu mengikut cara sembahyang orang-orang negara lain kerana itu tidak betul. Adakah ini benar? Pada saya Syafie itu Islam, Hanafi itu Islam, Malik itu Islam, Hanbal itu Islam tiada beza, malah lebih berilmu dari saya. Selain itu, mereka juga hanya percaya pada apa yang diajar oleh guru mereka, dengan tidak mengambil kira pendapat-pendapat lain. Dalam masa yang sama, jika terdapat sesuatu masalah dan ada yang memberikan pandangan, mereka akan mengatakan bahawa ini ialah hal agama, tak boleh cakap sebarangan. Ya betul, tapi kenapa perlu ditutup ruang untuk memberikan pendapat?
Keempat ialah mereka mudah melatah. Melatah dalam makna sebenar, mudah kecoh apabila mendengar sesuatu berita, atau dalam kata lain mudah diprovokasi. Tidak “cool” dalam menghadapi sesuatu perkara yang belum tahu asal usulnya. Mereka malas berfikir.
Ini adalah dari apa yang saya lihat dan perhatikan sepanjang saya hidup. Saya memahami Islam sebagai agama yang memudahkan, yang memberikan penganutnya ketenangan jiwa. Islam ialah agama yang cantik, rasional, yang mengajak penganutnya menggunakan akal sebaik mungkin untuk berfikir. Islam bukanlah Arab atau Melayu, yang dilihat hanyalah kualiti, bukan label. Kesimpulan yang dapat saya buat, jika seseorang itu berkata "saya ialah Melayu-Islam”, ia tidak memberi apa-apa makna.
Contoh kebodohan Melayu apabila bercakap soal sunnah Nabi, dia kata berserban ni bukan sunnah Nabi sebab kalau sunnah Nabi, kenapa saya pergi Masjidilharam tak nampak pun orang Arab pakai serban..ini pemahaman jahil & ironinya yg menuturkan statement di atas ialah Tun Abdul Hamid Mohamad di dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman
ReplyDeleteSaya Melayu Jawa Islam.
ReplyDelete