Pages

The Associate, Suatu Pengalaman Peribadi

Entri ini lebih bersifat peribadi, dan aku ingin kongsikan kepada semua. Kira pendedahan tak berapa eksklusif la kepada rakan-rakan yang mengenali aku. Beberapa Jumaat lepas aku berkesempatan kembali ke alma matter yang aku cintai iaitu, UIA khas untuk solat Jumaat.

Aku bertemu dengan seorang kenalan, penuntut tahun akhir AIKOL. Selesai sesi beramah mesra dan bertanya khabar, dia bertanya kepada aku, "kerja mana sekarang?". Aku pun jawab la, kerja sendiri, wondering around dan sebagainya. Maklumlah, penganggur seperti aku ini memang tak kerja (walaupun hakikatnya aku ada kerja lain, yang tidak sepenuh masa).

Kenalan tersebut dengan nada terkejut, bertanya - kenapa berhenti? Dimaklumkan, firm lama aku tu, macam bajet bes, kategori BIG firm, Tier 3, tersenarai dlm Legal 500 bla bla bla... specialize dalam CORPORATE... watever lah... gaji pun sedap, atas dari market rate, bonus pun sangat2 boleh tahan (tapi still tak berbaloi dgn effort dan tenaga dan workload yg ada). Dan aku buat pejabat tu macam aku sendiri, sbb boleh masuk bila2 aku suka, bole cuti bila2 masa aku nak.

Tapi, kesemua itu tidak seindah bahasa. Bidang guaman bukanlah sesuatu yg seperti digambarkan dalam kaca TV, cerita2 The Practice, Ally McBeal dsb, di mana peguam akan digambarkan berpakaian kemas, hensem, bergaya dgn kata-kata dan hujah. Itu hanya secebis kebenaran kehidupan peguam. Atas sebab2 yg separuh lagi yg tidak digambarkan oleh TV, aku mengambil keputusan utk berhenti. Hati aku ni dah membara nak quit, at any cost.

Dua tiga bulan sebelum aku tender, secara kebetulan atau suratan aku sedang membaca novel The Associate, karya Encik John Grisham (aku sebenarnya berhajat nak review novel ni, tapi masih tak berkesempatan kerana ketandusan idea dan terpaksa revisit balik novel ni. Aduiii... ~ ~). Jadi, hidup aku mmg macam yg digambarkan dlm novel tu. Rutin, pergi keja, meeting, contract drafting, opinion writing, due dilligence on and on, day in, day out (tapi aku sesekali tidak pernah terlibat dlm skandal dunia korporat, Islamik la katakan [mata ke atas tangan di dada]). Aku pun dah muak dgn legal dokumen. Pukul 6 kebanyakan ofis mate dah balik, tp aku dan rakan2 department still bertapa di ofis, sampai la pkl 12, 1 atau 4 pagi. Rekod aku dalam pejabat, masuk pkl 9, balik pukul 7 pagi keesokannya.

Lagi satu, client kebanyakannya corporate client, so mmg aku punya kerja ni utk mengkayakan mereka yg sedia ada kaya. Dlm hati aku, ini bukan yg aku nak, aku nak membantu masyarakat, menyumbang kepada mereka yg memerlukan - bukannya sebagai peguam korporat (biasalah, idealisma budak2 law - utk mempertahankan keadilan, bantu mereka yg tertindas, menjadikan dunia lebih baik dan sempurna...)

Mmg la tak ada kerja yg senang, kena rajin, komited, tapi aku dah tertanggung dgn rutin harian aku tu. Aku rasa, kalau geng2 auditor pun hidupnya lebih kurang (atau lebih teruk lagi) dengan apa yg aku alami ketika itu. Jadi aku pun quit, dan sekarang aku buat apa yang aku suka, tidur bila aku suka, lepak bila aku suka, dan aku survive [terima kasih pada dia yang selalu di sisi, bagi sokongan peribadi :)].

Jadi, bila orang tanya aku nyesal ke join firm lama tu, aku jawab: buat apa nak menyesal, aku dapat banyak exposure, aku mmg buat legal works, a real corporate thing. Tempat tu mmg a really good place for learning, tp utk dijadikan suatu kerjaya, dgn rendah diri, aku akui, I'm not up to the standard.

Point aku:

  1. Kalau hati dah tak hepi nak keja, better quit, cari kerja lain 
  2. Tak guna nak bangga-bangga dgn status kerja sendiri, ramai lagi yg kerja lagi bes 
  3. Buat apa nak compare gaji dgn orang lain, kita hidup dgn apa yang kita ada, apa yg kita mampu (of course kena usaha) 
  4. Kalau gaji dah besar jgn sibuk dengan gelombang duniawi, ramai lagi budak-budak pergi sekolah pakai kasut koyak, malahan ada yg tak berpeluang dapat pendidikan formal.
  5. Employment is two-way traffic, boss kena appreciate pekerja, baru la pekerja berkobar-kobar utk kerja, dan bekerja perlulah komited utk kerja dgn ikhlas
  6. Tak guna pakai tie atau kot, bajet hensem kalau hati busuk
  7. Sharing is caring, jgn lokek utk share apa2 pengalaman utk bagi panduan pd orang lain

Cakap memang senang kan. Mari sama-sama kita berdoa moga hati tabah utk menghadapi hari-hari yg mendatang.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets