Pages

Pengantin Baru : Secebis Pesanan

Tips perkahwinan dari orang yang sudah berkahwin dan beranak, dari blogger tamu suaraserak.blogspot.com, Encik Belalang Fansuri: -
                                                                                                                                                



Berikut adalah contoh-contoh posting di dinding muka buku oleh pengantin baru:-

  1. Alhamdulillah…akhirnya selamat diijabkabulkan dengan si dia tercinta…doakan kami bahagia (normal)
  2. Mendapat kejutan yang romantis dari si dia…thanx sayang! (mode nak main teka-teki)
  3. Hari ini si suami buat bla bla bla bla bla bla oh romantisnya dikau wahai suami bla bla bla dikaulah yang paling kucintai bla bla bla (mode pujian menggunung kinabalu).

Aku sedikit kurang bersetuju dengan contoh (c) di atas. Pada pengamatan aku, di awal perkahwinan pengantin perempuan (biasanya, sang suami ada gak perangai ni ckit-ckit) akan cerita habis akan keseronokan, keterujaan, keromantisan dan keghairahan dunia perkahwinannya. Bercerita tentang suaminya yang romantis kerana tolong membuang stoking di kakinya, macam-macam lagi lah yang si suami buang, semuanya dengan penuh passion diceritakan. Aku memahami keterujaan itu (sebab aku dah kahwin), namun semangat untuk bercerita itu haruslah dikawal, oleh diri si isteri sendiri dan juga oleh sang suami. (sang suami sebab biasanya suami ganas macam harimau auuummmm!!!!).

Bagi si suami, status isteri di muka buku si isteri dialu-alukan, menunjukkan bahawa beliau ialah seorang suami yang romantis, penyayang, caring dan macam-macam lagi sifat dalam hati ada taman. Namun harus diingat, jika di saat bahagia si isteri dengan bangga bercerita kisah rumahtangganya di dinding muka buku, begitu jugalah sifatnya di saat dukanya!

Posting negatif tentang sang suami tadi pula disusuli oleh komen rakan-rakan si isteri (juga buaya-buaya yang berminat nak tekel si isteri). Tentunya komen-komen ini akan back-up si isteri, pada masa yang sama mencemuh sang suami. Akibatnya, rumahtangga hancur dan berantakan…

Bukanlah niat aku nak halang kita menzahirkan kebahagiaan di muka buku, tetapi berpada-padalah. Di saat bahagia ramai yang tumpang ketawa, di saat duka belum tentu ada. Posting di muka buku hanya membuka ruang untuk orang luar mencampuri urusan rumahtangga kita, kadangkala mengundang nasihat membina, tapi ada juga bersifat membinasa…

Hanya secebis pesanan bersandarkan pengalaman rakan-rakan yang usia perkahwinannya melebihi sedekad…

By, Belalang Fansuri

p/s: selamat hari lahir buat anak aku yang telah mencecah usia sebulan (mode eksen dah ada anak)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets