Sebenarnya kebencian aku tu bukanlah apa. Perlu aku jelaskan kat sini, sebagai seorang yang diajar untuk menilai berita daripada pelbagai pihak, waktu zaman 1999 sampailah sekarang, aku memang menilai sumber berita daripada pihak parti pemerintah dan jugak pembangkang. Alangkah sedih dan malangnya, aku tak pernah puas hati dengan penjelasan media pengampu yang tidak menjawab persoalan yang dilontarkan oleh pembangkang waktu tu sampailah sekarang. Kebanyakan masanya media pengampu hanya mengulang-ulang berita (tuduhan/fitnah) tetapi persoalan masih tak terjawab.
Aku bagi contoh, berita semalam. Aku tak naklah tengok tapi semacam hukum alam kalau pukul 8 malam, biasanya family mentua aku akan bukak Bullshit Utama. Aku pulak pada hari-hari biasa memang tak tengok Bullshit Utama sebab baru balik kerja. Tapi semalam aku tertengok dan seperti biasa termaki hamunlah.
Semalam Bullshit Utama cerita pasal Madrasah Salihiah yang nak dirobohkan oleh kerajaan negeri Kedah. Isu ni sebenarnya dah selesai kalau kita baca penjelasan dari pihak Pas Kedah. Dan takde isu yang kontroversi pun, isu lapuk. Tapi isu yang dimainkan oleh Bullshit Utama, seolah-olah macam langit nak runtuh. Jadi aku berkesempatanlah cerita kat mentua aku dan wife aku yang menonton sekali waktu tu, apa cerita sebenar mengenai madrasah ni. Madrasah yang takde solat maghrib, isyak dan subuh berjemaah. Madrasah yang berkongsi dengan syarikat Takaful (Takaful Ikhlas), madrasah yang hampir takde ahli kariah. Sehinggakan footage Bullshit Utama tu pun menunjukkan ahli kariah yang solat zohor (atau asar) tak ramai pun, sebaris saf je. Tidak ada aktiviti majlis ilmu di situ, tak terdengar olehku kalau ada aktiviti sambutan maulidur rasul ke, israk mikraj ke, solat tarawih ke, takde pun. Yang aku dengar dalam Bullshit Utama tu sendiri menyebut madrasah ini menguruskan jenazah untuk musafir. Tidakkah pelik? Ini madrasah yang mandom atau apa?
Itu baru satu isu. Kedua, isu Pas menekan Majlis Agama Islam Kedah / Jabatan Mufti Kedah dan lain-lain lagi. Kita pun macam di Kelantan, Selangor, istana yang mengawal hal ehwal agama ni. Justeru gesaan untuk minta Sultan Kedah campur tangan amatlah melucukan, seolah-olah macam Sultan Kedah tak tau apa-apa pasal hal ni. Dari segi bidangkuasa pun kita tau Sultan Kedah dah beri perkenan mengenai perobohan madrasah yang tak aktif ni.
Kemudian, nak bandingkan yang ada gereja berdekatan, kenapa tak dirobohkan. Haaaa, ini memang melampaulah. Mula nak mainkan isu agama. Apakah para penentang ni nak gereja pulak yang dibina kat kompleks membeli-belah tu?
Satu isu tu saja dah bikin aku panas. Kemudian keluar pulak isu zakat MAIWP. Sekali lagi, Jamil Khir tak menjawab BETUL ATAU TIDAK duit zakat telah digunakan untuk menanggung kos mahkamah MAIWP dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita tak pernah pertikai yang MAIWP diberi peruntukan untuk kes-kes mahkamah, itu memang ada. Yang kita pertikaikan, kenapa pakai duit zakat tu dulu lepas tu ganti kemudian? Ini sangat jijik dan tidak beretika. Kalau jadi lawyer ni, dah lama kena lucut kelayakan sebagai lawyer sebab pecah amanah. Mana boleh duit client kita pakai untuk bayar sewa ofis misalnya, kemudian dapat duit kita ganti semula duit client, ini pecah amanah namanya, boleh didakwa di mahkamah. Jadi isu zakat MAIWP ni pun benda yang sama. Tapi masih tak dijawab oleh Jamil Khir. Dia pergi konar nak pertahankan MAIWP sebagai majlis yang jaga Islam, bla bla bla. Bukan itu yang aku nak dengar, tapi aku nak dengar BETUL ATAU TIDAK kau dah pecah amanah?
Perkara-perkara macam ni bukan berlaku sekali dua, tapi berlaku sepanjang 10, 11 tahun yang lepas dan setiap kali itu jugaklah aku tak pernah puas hati dengan penjelasan media pengampu. Dan ada jugak masanya media pengampu berjaya menjawab isu tapi peratusannya terlalu sedikit. Benda inilah yang membentuk persepsi aku yang sangat skeptikal dengan parti pemerintah, sebab media penerangannya sangat teruk dan sangat tak efektif.
aku suka kalau dapat berkawan dengan manusia cerdik macam kau
ReplyDelete