Semenjak dua menjak aku ni memang suka sangat tengok AFC dan TLC channels iaitu saluran 703 dan 707 di Astro. Walaupun nama je AFC, TLC, banyak rancangan diimport dari barat.
Apa yang aku perhatikan, orang-orang barat ni sangat bangga dengan budaya dan makanan mereka. Dari situ lah aku kenal rempah dan herba ruji dalam makanan barat. Oregano, thyme, basil dll. Bagi aku, pemperasaan makanan barat ni agak tawar, tidak kuat. Plain and bland. Apa pun, bila chef2 ni rasa makanan yang dorang masak, dengan bangganya terkeluar lah skrip ni "Wow, THIS IS SOOO GOOODDDD". Walhal dia tengah makan bawang goreng je (Aku faham la tu gimik rancangan, takkan la nak rasa makanan, pastu cakap tak sedap pulak). Tapi tak pelah, sebab mereka tu dari kecil memang dah disuap dengan bahan-bahan macam tu, so tekak dorang memang dah biasa dengan rasa yang bland itu. Kalau budaya kita, lebih hebat dan lebih menarik, ada pandan, serai, daun kesum dll. Tu tak termasuk lagi dengan rempah ratus yang menyengat hidung bila ditumis.
Lagi satu, bila orang US ni berkunjung ke negara orang, mereka akan komen (baca: komplen) masakan orang. Kalau budaya tu tiru masakan US, mereka kata tidak cukup sifat, tak cukup bahan, tak sedap dan dll. Ada juga yang puji. Tapi bila aku tengok rancangan dorang, aku gelak je bila dorang modify makan Asia. "Today, we are going to make SATAY" dengan bangganya seorang chef dalam suatu rancangan mengumumkan. Bahan-bahan dia setakat lada hitam, garam dan ntah herba apa, pastu cucuk je kat skewer (Siti Payung marah bila denga perkataan ni - lidi satay). Nak buat kuah satay, guna mentega kacang (Ya, peanut butter yang korang sapu atas roti tu), campur cili, campur jus lemon dll... Kah kah kah..
Ada lagi satu aku tengok tu, mamat ni travel ke Sarawak, naik bot berjam-jam menyusur sungai nak buat tatu orang asli, dan dia dengan sinisnya berkata yang lebih kurangya, "This is the root of MALAY culture" Ntah bila orang Melayu duduk pendalamn Sarawak aku tak tahu, dan ntah bila orang Melayu ni tradisinya bertatu, aku pun tak tahu. Marah geng-geng PERKASA kalau tahu benda ni.
Jadi nasihat aku, janganlah percaya dan terima bulat-bulat apa orang lain cakap pasal budaya kita, sedangkan bab makanan pun dorang dah salah sampaikan maklumat, ini kan lagi isu-isu global dan kemanusiaan.
pakcik aku (pakar pokok2) selalu tergelak kalo tengok national geographic, sebab dia kata NatGeo banyak tipu kite kalo dia tunjuk gambar hutan2 kat negara sekian2, walhal hakikatnya kat negara sekian2 tak wujud hutan yg sebegini (dia identify melalui jenis2 pokok yg appear kat skrin TV)...
ReplyDeleteada sekali tu dia sebut "tengok, tipu lagi, ni bukan kat taman negara ni, nak kat indon, negara kita mana ada pokok XXXX (dia sebut nama pokok), pokok tu hanya ada kat hutan XXXX" (hutan apa ntah kat indon tu, tapi aku ingat time geografi dulu, hutan kite memang lain dgn hutan indon, hutan kita hutan hujan tropika kot, hutan indon hutan amenda ntah nama (mohon pencerahan))
kita ialah hutan khatulistiwa, indon, thailand adalah hutan hujan tropika, memang sangat berbeza, lantai hutan khatulistiwa dan hutan hujan tropika adalah lain, begitu juga pokok2 yang tumbuh, hutan khatulistiwa pada pandangan sisi akan membentuk kanopi, biasanya pokok2 dengan ketinggian 20 ke 30 meter, manakala hutan hujan tropika tidak akan ada begitu, lantai hutan lebih serabut dengan pokok2 renek.
ReplyDeleteni mesti kaki geografi.. haha.. tu la, pastu buat dokumentari gambaran yg dorang bagi, mcm dorang je yg 1st time muat discovery, dorang yg 1st time buat expose.
ReplyDeleteyang buat satay tu bobby chin, yg pergi sarawak tu anthony bourdain.
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletebetul.. tambah sorang lagi, robert rainford yg aku rujuk buat satay tu.. bobby chin dah TERLALU byk sgt makanan org lain dia rosakkan jadi versi dia..
sebenarnya aku x nak sebut mana2 nama... tp ko dah sebut jugak, aku tambah la.. haha
sbb tu tak minat sgt.. diaorg bangga sendiri.. diaorg jer rasa betul. heee..
ReplyDelete