Pages

Masterchef Malaysia (Bahagian III)

MasterChef Malaysia ("MM") kini sudah hampir ke kemuncaknya. Peserta akhir merupakan Cik Ezani, iaitu seorang doktor gigi. Seorang lagi ialah Encik Wahidan, seorang tukang kebun. Antara kedua mereka ini, peserta favourite aku ialah Encik Wahidan, kerana  beliau seorang yang kool dan tenang. teknik memasak beliau pun boleh tahan berbanding dengan peserta lain. Menurut beberapa forum, ada yang mengatakan bahawa Ezani yang akan menang gelaran MM. Kita tunggu dan lihat 8 Januari nanti.

Untuk rekod, pada episod 'separuh akhir' baru-baru ini, Amita dan Zamir telah terkeluar. Amita merupakan seorang peguam (tapi bila check directory nama dia dah tidak tersenarai, sebelum ni memang ada) yang pada pemerhatian saya, merupakan seorang yang periang dan ceria. Siti Payung cakap dia ni kat sekolah mesti budak pandai, sebab gaya di bercakap tu macam skema je. Jadinya, Amita tidak dapat mengikut jejak langkah Encik Adam Liaw, juara MasterChef Australia, yang juga merupakan seorang peguam (kebetulan Encik Adam Liaw menjadi juri ketika episod separuh akhir). Ini link wikipedia Encik Adam Liaw. Aku agak kagum, terutamanya bila Encik Adam Liaw grad double degree science + law. Berbalik pada Amita, teruskan usaha anda, dan secara peribadi, anda sesuai dengan kerjaya voice over cerita kartun, terutamanya untuk cerita Upin dan Ipin, hehe...

Zamir yang merupakan seorang pelajar (kat mana aku tak check la) pulak, dia sendiri tidak yakin dengan teknik pisau beliau ketika cabaran terakhir, dan akhirnya beliau pun tersingkir bersama Amita.

Di kesempatan ini juga (macam nak tuju lagu je, haha), aku nak komen (baca: komplen), kenapa la chef jemputan sebelum ini iaitu seorang chef executif Hotel Casa Del Rio (Melaka) yang berbangsa Inggeris. Pilih la chef lain, dah macam Hell's Kitchen pun ada, dok tinggi suara pada para peserta bagi instruction. Macam lari tema, rancangan berbahasa kebangsaan, tiba-tiba terselit bunyi Englishman. Aduhai.... Kalau Encik Adam Liaw aku boleh terima lagi, sebab connection beliau dengan franchise MasterChef itu sendiri. Walaupun aku tengok Encik Adam Liaw tu macam kekok pun ada, berbudi bahasa je dia komen masakan peserta-peserta...

Apa pun, aku akan menanti kesudahan MM ini. Sekian.

nota kaki: entri-entri lepas berkaitan MM di SINI dan SINI.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets