Masterchef Malaysia: Hala tuju dan arah penerbitan. Suatu perbandingan kepada rancangan realiti lain dengan rujukan khas rancangan realiti dari barat.
Masterchef Malaysia (“MM”) adalah rancangan yg kini tersiar disaluran Astro Ria. Intipati rancangan ini adalah sekumpulan individu yg terdiri dari pelbagai profession – doktor gigi, peguam, tukang kebun, artis, juru audit, novelis dll – berentap dlm acara memasak dan seni kulinari utk mendapat gelaran “MasterChef”.
(Masterchef ni asalnya dari UK, skrg ni dah ada francise di merata dunia, termasuk la MM.)
Aku tidak menonton MM dari 1 episod ke 1 episod, tp rasa terpanggil utk membuat entri berkenaan MM, berdasarkan episod2 yg aku tonton.
MM diadili oleh 3 juri tetap. Sorg tu muka dia mcm wajah sorg pensyarah aku di uni dulu. Sorg lagi, muka mcm YB Jamil Khir. Dan sorg lg, yg plg muda, wajahnya tidak mengingatkan aku kpd sesiapa pun – beliau anak kpd sorg chef terkemuka di Malaysia. Kdg2, MM akan jemput chef2 jemputan sbg juri, tak pun utk bertanding dgn peserta2.
Aku tak follow sgt kontroversi2 MM di laman sesawang atau blog2 lain, tp yg plg jelas dan ketara ialah ketika slh sorg juri ttp tersilap barangkali, dlm menyediakan credentials yg beliau miliki, hasilnya bapa juri tersebut “mengamuk” di FB.
Kalau dah nama rancangan2 sekarang ni, walaupun 1 pertandingan, mmg ada unsur2 dramatisasi yg kdg2, aku rasa sgt2 artificial, superficial dan tidak natural. Mungkin kerana yg terlibat lebih hebat dari segi masakan, bukan bab2 lakonan atau drama ni. Jadi sepanjang menonton MM, anda akan terasa seperti menonton rancangan ujibakat utk berlakon filem, samada atas faktor2 terlalu skema, ayat tunggang langgang (juri pun tak lari dari masalah ni masa komen hasil masakan peserta – mcm komen tak ikhlas pun ada), tak pun sbb peserta ramai2 ckp “ya chef!!” (mcm bdk tadika dlm kartun Upin & Ipin).
Ada beberapa perkara lain yg aku kurang senang: -
Pertamanya, gimik iklan (board advertisement) menggunakan tagline yg sgt tak bersesuaian. “Peguam otak udang”. Wow, peguam patutnya mempunyai akal yg cerdas, tp otak udang tu membawa maksud sebaliknya. Nasib baik la Majlis Peguam tak protes dan tak bantah, apa lagi nak buat perarakan ke Astro serah memorandum. "When lawyers walk, something must be very wrong".
Keduanya, ada sorg juri ni dok guna perkataan “Chef” merujuk pd diri sendiri. “Chef suka”. “Chef akan guna bahan ni…”. “Chef rasa tak sesuai”. Agak janggal bunyinya, mcm skema pun ada. Mmg la beliau sorg chef, tp ada sbb kenapa dlm Bahasa Melayu ada kata ganti nama “saya”. Kan lebih formal dan teratur.
Walau pun kebanyakan menu dikuasai dgn mknn2 barat, ada sesetengah episod yg memerlukan para peserta memasak menggunakan bhn2 yg hanya ada di Malaysia spt belacan. Ada 1 episod tu para peserta kena msk masakan ruji di Malaysia spt kuew teow goreng dan pelbagai kuih muih tempatan. Jadinya, mmg bagus la.
Dan lagi satu, ada sorg juri ni yg mukanya mcm YB Jamil Khir tu, cakap dlm dialek tempatan, barangkali org utara. Peserta2 pun tak la terhegeh2 sgt nak speaking English, hatta yg bukan Melayu pun ckp Melayu. Bagus2.
Apa pun, tahniah kpd produksi MM krn berjaya membawa kelainan dlm media Malaysia. Chef bagi 70 markah ;p
daimpressive
Nota kaki: Kami geng2 suaraserak pernah menghabiskan lebih 4 jam utk memasak hidangan ikan 3 rasa, ayam panggang berperisa sate, sup sayur, sayur goreng kacau (literally: stir fry), satu pun bukan makanan kegemaran Luis Nani, pemain sayap Man Utd.
0 comments:
Post a Comment