Pages

Memahami riwayat hidup orang

Sesungguhnya sejak akhir-akhir ni begitu ramai orang menulis autobiografinya sendiri. Perkembangan ini tidaklah pelik di barat, sampaikan artis yang biasa-biasa pun ada autobiografinya sendiri. Tetapi di Malaysia, perkembangan ini agak baru dan menyihatkan.

Autobiografi atau memoir atau apa sajalah namanya akan disediakan sama ada oleh empunya diri sendiri atau pun ditulis oleh orang lain. Dan tentulah kalau orang lain yang menulis sejarah hidup orang lain, ianya tidak sama dengan empunya diri sendiri. Sesiapa pun yang menulis sejarah hidup seseorang itu, ada bahayanya. Kalau empunya diri, sedar tak sedar dia akan bias kepada diri sendiri (kita panggil ini sebagai syok sendiri). Kalau orang lain yang menulis riwayat hidup orang lain, berkemungkinan dia akan memandai-mandai dan boleh jadi bias jugak terhadap tokoh yang diriwayatkan sejarahnya itu. Aku telah bertemu dengan kedua-dua situasi ini dan sebagai pembaca, pandai-pandailah kita untuk menilainya sendiri.

Perlu disebut di sini, hobi aku ialah membaca riwayat hidup orang lain. Justeru, punyalah banyak sejarah hidup orang yang telah aku baca, tapi sebenarnya tak banyak pun lagi. Antara yang boleh aku perturunkan di sini (tajuk autobiografi boleh cari pakai lebai google):

Penulis ialah empunya diri -
1. Dato' Dusuki Ahmad (bekas Setiausaha Parlimen dan ahli parlimen Tumpat)
2. Dato' Dr. Ismail Ibrahim (bekas Ketua Pengarah IKIM dan Duta Malaysia ke Arab Saudi)
3. Senator Dr. Syed Husin Ali (bekas Timbalan Presiden PKR)
4. Subky Latif (wartawan veteran dan bekas AJK Pas Pusat)
5. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri)
6. Dato' Zaid Ibrahim (bekas Menteri)
7. Dato' Seri Yuen Yuet Leng (bekas Ketua Polis Perak)
8. Tan Sri Lim Goh Tong (taikun Genting)
9. A.Samad Said (Sasterawan Negara)
10. Tan Sri Zainuddin Maidin (bekas Menteri Penerangan)

Penulis ialah orang lain:
1. Tun Azizan Zainul Abidin (bekas Pengerusi Petronas, MAS dan Putrajaya Holdings)
2. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bekas Timbalan Perdana Menteri)
3. Ustaz Hassan Shukri (bekas Timbalan Presiden Pas)
4. Karpal Singh (DAP)
5. Lim Kit Siang (DAP)
6. Tun Mohamed Suffian Hashim (bekas Ketua Hakim Negara)
7. Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim (bapa undang-undang moden Malaysia)
8. Tan Sri Harun Hashim (bekas Hakim Mahkamah Agung)
9. Dato' Shafee Yahya (bekas Ketua Pengarah BPR)
10. Tan Sri Jins Shamsudin (bekas Senator dan pengarah filem)

...dan banyak lagi.

Apa yang boleh dipelajari daripada riwayat hidup para tokoh ini?

Banyak sebenarnya. Membaca riwayat hidup mereka memberi aku motivasi. Dalam banyak situasi, aku perhatikan mereka ini pada asalnya bukanlah orang yang hebat. Memang ada yang bijak pandai macam Prof. Ahmad Ibrahim, tapi lebih ramai yang 'biasa-biasa'. Dan bagaimana yang biasa-biasa ini akhirnya jadi orang yang ternama dan dikenali. Maknanya orang biasa-biasa macam aku pun boleh mencipta nama jugak (tapi ini taklah bermakna aku nak nama, cuma kalau dah ramai orang kenal disebabkan sumbangan/jawatan kita tu, automatik ada nama la). Kalau kita komited, ikhlas dengan kerja kita, insyaAllah ganjaran dunia akan datang dengan sendirinya.

Kita mungkin tak sedar sebenarnya sejak kecil lagi kita didedahkan dengan riwayat hidup orang lain iaitu manusia agung, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Ini juga satu motivasi. Bagaimana sirah Nabi walau berapa kali dibaca dan dihadam dari pelbagai aspek, pengajarannya tetap segar dan baru.

Ambillah pengajaran daripada riwayat hidup insan-insan hebat yang pernah melata di atas dunia. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat juga sebagai khalifah untuk memakmurkan muka bumi Allah ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets