Pages

Membetulkan salah faham (Edisi backing Khir Toyo)

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh mahkamah kerana kesalahan membeli rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran dengan menggunakan kedudukan beliau. Ada ayat Kanun Keseksaan tu (mendapatkan bagi dia dan isterinya, bla bla bla) tapi aku pakai ayat laymen untuk menjelaskan kesalahan sebenar beliau.

Aku bangkitkan isu ini sebab banyak orang komen di Facebook mengenai ketidakadilan hukuman tu dan dibandingkan pulak dengan si polan yang mencuri susu kena dua tahun penjara dan sebagainya.

Pertama sekali, Dr. Khir Toyo tidak melakukan apa-apa rasuah dari segi duit atau mencuri apa-apa daripada sesiapa. Cuma gist seksyen 165 Kanun Keseksaan meletakkan kesalahan bagi seseorang penjawat awam (Menteri Besar dalam kes ni), menerima sesuatu barang (rumah dalam kes ni) dengan tidak ada atau tidak cukup balasan (maksud balasan di sini - Khir Toyo beli rumah tu dengan harga RM3.5 juta (2007) sedangkan penjual rumah tu membeli rumah tersebut pada 2004 dengan harga RM6.5 juta - jadi koman-koman pun sepatutnya Khir Toyo kena bayar RM7 - 8 juta untuk rumah tu). Penjual tu pulak mempunyai hubungan dengan Khir Toyo atas kapasiti Khir Toyo sebagai Menteri Besar (dalam seksyen 165 pun tak sebut penjual mesti ada hubungan perniagaan, nampak macam ada - likely - pun boleh dikira termasuk bawah kesalahan ni).

Jadi adakah hukuman 12 bulan penjara itu ringan?

Kalau nak diikutkan, berat sebenarnya. Sebab seksyen 165 memperuntukkan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 2 tahun (24 bulan). Jadi dia dapat separuh, kira beratla tu, tambahan pulak dia first offender.

Apakah sebenarnya falsafah di sebalik seksyen 165 ni?

Falsafahnya ialah, sekiranya mana-mana penjawat awam, berurusan dengan orang awam (pemaju, kontraktor, etc.) atas kapasiti dia sebagai penjawat awam, dia TIDAK BOLEH ada urusan jual beli dengan orang awam tersebut, melainkan dalam urusan jual beli tersebut, dia (penjawat awam) membeli barang tersebut dengan harga pasaran. Sebab ada kemungkinan kalau dia beli harga barang tu dengan harga yang murah (macam dalam kes Khir Toyo ni), kelebihan yang dia dapat tu akan menjejaskan integriti dia dan menyebabkan dia cenderung untuk menyebelahi orang awam tu dalam apa-apa urusan rasmi antara dia dan orang awam tu. Misal katalah, sebagai pemaju, dia mintak kelulusan Menteri Besar untuk buat projek perumahan kat Bangi. At the same time, pemaju tu jual rumah yang projek perumahan dia kat Puchong kepada Menteri Besar dengan harga yang murah. Menteri Besar bila dapat harga murah, mesti rasa macam terhutang budi, eh aku dapat murah ni, aku luluskanlah projek dia kat Bangi tu.

Makanya kesalahan bawah seksyen 165 ni tidak ada kaitan dengan mencuri, merasuah, menipu atau apa pun. Ianya kesalahan integriti yang perlu dihalang agar penjawat awam tidak mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan atas kapasiti dia sebagai penjawat awam. Maka tidak adillah nak dibandingkan kesalahan ini dengan kesalahan curi susu, curi nestum, curi getah sekerap, walaupun kesalahan yang dibandingkan tu, mungkin hukumannya terlalu berat berbanding kesalahan yang dilakukan.

Jadi, bersalahkah Khir Toyo? Bukan aku untuk menilai, tapi kes dia lekat dengan gam gajah sebab penjual tu (Shamsuddin Hayroni) dah jadi saksi utama pendakwaan dan menyebabkan Khir Toyo terkelepet di situ, tiada ruang untuk mengelak.

Berilah sedikit simpati kepada Khir Toyo. Paling tidak pun, sejarah merakamkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor selama 8 tahun. Ko mampu???

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets