Kedatangan Arsene Wenger ke Liga Perdana England (epl) sungguh memberi kesan kepada corak dan pola epl itu sendiri. Namun, dalam banyak perkara yang dilakukannya, terdapat dua aspek yang beliau begitu menonjol, yang juga disedari oleh peminat dan juga yang tidak minat.
Pertama, dengan memperkenalkan corak beautiful football. Epl sebelum kehadiran beliau, bola menghabiskan terlalu banyak masa di udara. Ini terjadi apabila pemain-pemain menggunakan jalan pintas untuk terus ke gol lawan, di mana penjaga gol atau pun pertahananakan menghantar bola tinggi langsung ke dalam kotak penalti lawan untuk disudahkan oleh penyerang (kalau penyerang tu slow tak dapat bola, dia akan tepuk-tepuk tangan sambil tengok orang yang hantar bola).
Sebaliknya, falsafah beautiful football yang diamalkan oleh Arsene Wenger, yang mementingkan hantaran pendek dan lorongan bola cantik telah mencetuskan gusar di pihak lawan. Mereka sebelum ini sudah biasa dengan hantaran bola di udara, tetapi Arsenal bermain sebaliknya, bola lebih banyak berada di atas padang.
Taktik ini begitu menjadi bagi Asenal sehinggakan mereka dengan mudahnya berjaya memecah monopoli Manchester United di dalam kejuaraan epl. Ini dibuktikan dengan kejayaan mereka dalam mengharungi satu musim tanpa kalah.
Setelah sekian lama, epl nampaknya sudah berjaya membaca permainan Arsenal. Mereka seolah-olah sudah mendapat jawapan bagaimana untuk mengekang beautiful football yang dibawa Arsenal. Akibatnya, Arsenal dan kecederaan tidak dapat dipisahkan. Pemain-pemain Arsenal menjadi mangsa terjahan keras pemain lawan, yang begitu geram melihat pemain-pemain Arsenal menghantar bola dengan mudah kepada rakan sepasukan.
Arsenal membayar harga yang mahal terhadap beautiful football mereka. Sehingga artikel ini ditulis, mereka gagal untuk memenangi sebarang piala yang dipertandingkan sejak kali terakhir mereka memenangi f.a cup pada 2005.
Revolusi kedua pula adalah berkenaan penggunaan pemain-pemain muda bawah 33 tahun yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan Arsenal. Saya lebih suka untuk menamakan fenomena ini sebagai forever young.
Tindakan Arsene Wenger dalam membeli pemain-pemain muda menampakkan hasil yang memberansangkan pada awalnya, sehinggakan saya sendiri merasakan pada tahun 2005 bahawa dengan pemain-pemain muda yang dibeli ketika itu, inilah pasukan yang paling hebat untuk 50 tahun lagi. Sebut saja pemain-muda mereka, Pennant, Aliadere, Flamini, Song, van Persie, Hoyte, Djorou, Quincy Owusu Abeyie, Fabregas, Eboue, pasti kita terfikir bahawa mereka-mereka inilah yang akan meneruskan legasi Arsenal untuk masa hadapan.
Sehingga ke hari ini, Arsenal masih lagi menggunakan pemain-pemain muda bawah 33 tahun dalam pasukan mereka, untuk tahun ini sahaja, kita lihat pelaburan Arsenal kepada Oxlade Chamberlain, Aneke, Afobe, dan juga Arteta, Benayoun, Squillacci dan banyak lagi.
Arsenal sememangnya dari dulu lagi dikenali sebagai young guns. Ia bagaikan sesuatu yang selalu disanadkan kepada Arsenal. Setiap tahun mereka akan dipanggil young gun, walaupun mereka menggunakan pemain-pemain yang sama setiap masa. Lihat saja Arshavin, Rosicky, Sagna, Persie, Vermaelen, Konsielny dan lain-lain lagi.
Walaupun kebanyakan umur pemain yang saya sebutkan di atas sudahpun lewat 20an, namun di hati saya mereka tetap young gun. Sebab itulah saya suka menamakan fenomena ini sebagai forever young.
Dalam pemerhatian yang lain pula, Arsenal, walaupun hanya meletakkan 2 orang pemain bawah 21 dalam kesebelasan utama, media-media masih lagi menggelar mereka sebagai young team.
Kita di Malaysia hanya menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh media-media sukan britain, dan tidak hairanlah dari aspek bolasepak, penyokong-penyokong bolasepak inggeris di malaysia nampaknya lebih inggeris dari orang inggeris.
Sila kemukakan satu link artikel dalam mana2 media british yang merujuk pemain arsenal seperti yg anda sebutkan di atas sebagai young gun utk season ni.
ReplyDeleteAdakah Goal.com media british?
ReplyDelete1. http://www.arsenal.com/news/news-archive/van-persie-these-young-gunners-are-fearless?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed28News+Feed)
ReplyDelete2. http://www.goal.com/en/news/9/england/2011/10/24/2725565/arsenal-plan-to-send-five-young-gunners-out-on-loan-after-league-
3. http://younggunsblog.co.uk/
(Theres a lot of Young gunners here)
http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/showbiz/bizarre/3998105/Young-Guns-are-having-some-fun.html
ReplyDeleteOld Gun
http://www.goal.com/en-gb/
ReplyDeleteGoal.com edisi UK.
Tgk tajuk je dah tulis young gun, apsal tak tulis Arsenal players ke, the Gunners ke, nak jugak YOUNG.
Shaka Hislop
haha..this is s***t..(korang kan englishman,ckp ksr2 mesti xkisah..hehe)artikel tu satu pun tak refer arteta ke,arshavin ke,rosicky sbg young gun..mmg dia refer pada player muda arsenal..siap sebut nama lg..bukannya dia ckp satu team tu young gun, dia refer pd individual player..korang ni kata lawyer, tp kalau masuk mahkamah, haram nak boleh menang..confirm..argument without substance...haha..
ReplyDeletesbg hadiah utk penulis, aku sedekahkan link ni..
http://www.guardian.co.uk/football/2011/jun/02/italy-football-corruption-match-fixing
yg diperlukan oleh aku, ialah artikel yg merujuk nama2 seperti arshavin,rosicky,arteta sbg seorang young gun..minta semula kemukakan link ye..
ReplyDelete