Pages

K Pop: Suatu Analisa Umum

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Peribahasa tersebut tiada kaitan dgn posting ni. Beperti yg dijanjikan,dan seperti yg tertera pd tajuk di atas, topik kali ni adalah K Pop. Tujuan penulisan ini adalah untuk memberi gambaran umum K Pop dari kacamata suaraserak.blogspot.com .

Dari golongan kanak2 kanak hingga dewasa, mmg ramai yg suka sgt K Pop ni. Budak2 yg blm ambil UPSR pun kalo update status FB akan post psl K Pop. Mungkin Najwa Latif pun suka K Pop. Mungkin tidak. Iklan DIGI pun ada unsur2 K Pop, malahan sekarang ni iklan Visit Korea pun berunsurkan K Pop, mempertaruhkan barisan artis2 K Pop ni. Jadi, apa yg menarik sgt psl K Pop? Adakah lagu2 M. Nasir tidak berkualiti atau pun In Team sudah hilang sengat utk mencuri halwa telinga pendengar rakyat Malaysia? Persoalan tersebut, suaraserak serahkan kpd anda utk renung2kan atau pun geng2 Melodi dan Fuhh utk buat laporan terperinci.

Berikut merupakan beberapa ciri2 utama K Pop: -
  1. 5 ke 6 ke 7 org anak muda (dan ada yg lebih, mcm nak main bola pun ada, ramai sgt) berkumpulan menyanyi dan menari dgn irama K Pop.
  2. Kalau lelaki mmg takde misai atau janggut pun,kalau bahasa kasarnya muka jambu la, kalau dlm bahasa Arab, amrod. Gaya rambut yg mmg sgt2 fancy, diwarnakan terang - tutup dahi tak pun spiky. Anggaran masa nk buat style rambut mungkin 2 ke 3 jam.
  3. Kalau lelaki yg agak muscular akan pakai singlet atau sleeveless atau pun shirtless terus.
  4. Video klip agak stereotype, ramai2 nyanyi dgn happy dan menari-nari. Paling obvious pusing2 tgn je, tak pun tiru M. Jackson skt dan seterusnya  goyang2 apa2 bahagian yg patut (dan yg tidak patut).
  5. Nama kumpulan pun ada patent tertentu, gabungan nombor2 dan huruf2 (memang la nama terdiri dari huruf/abjad, tp ni kdg2 tak bawa maksud apa2. Mujur tak dinamakan H1N1, atau lebih teruk AIDS. Mungkin Robert Langdon (ni slh satu subjek suaraserak nak komen dlm masa2 akan dtg) blh dipanggil utk memecah kod nama2 kumpulan K Pop ni).
  6. Lirik2 lagu pulak, selain bahasa Korea, diselitkan beberapa patah perkataan Inggeris. Antara yg popular ialah: Kiss kiss, baby, fly high, yeah, let’s go, why, nobody nobody. Tu je? Whatever ~~

Jadinya, tidak ada kelainan yg ditunjukkan oleh kumpulan2 ini, selain identity budaya K Pop itu sendiri.

Secara umumnya, berikut disenaraikan beberapa pro dan cons budaya K Pop (tanpa mengikut turutan tertentu): -

Kebaikan (mungkin tidak bagi sesetengah pihak)
  1. Pengeluar pewarna rambut akan meningkatkan produktiviti produk atas permintaan tinggi fanatik peminat K Pop.
  2. Boleh belajar bahasa Korea (sang saha mida).
  3. Orang Malaysia dah tak dgr sgt lagu dari seberang.
  4. Dll.

Di Malaysia ni pun dah ada kumpulan berunsur-unsur K Pop ni, tapi atas fakto masa, suaaserak tak dapat buat butiran mengenai kumpulan ini (padahal malas nak check).

Keburukan (mungkin tidak bagi sesetengah pihak)
  1. Orang Malaysia dah tak dgr sgt lagu dari seberang tp dgr lagu2 dari Korea.
  2. Membelakangkan budaya sendiri.
  3. Menunjukkan manusia mudah obsess/minat/suka/tertarik dgn benda/perkara/unsur yg nampak cute¸jambu dan yg seangkatan.
  4. Sila tambah sendiri apa2 yg anda fikirkan patut. Sharing is caring.

Analisa suaraserak bukan bermaksud suaraserak benci K Pop atau nk isytihar perang terhadap K Pop, tetapi sekadar suatu analisa, dan memberi serta membangkitkan persoalan2 dlm benak minda anda akan kesan2 yg terhasil, dan impak kepada sosial (dgn nada serius).

Sebagai penutup, K Pop merupakan suatu unsur atau suatu budaya yg kini dah meresap dlm jiwa anak2 muda sekarang, dan masa2 yg dihabiskan utk admire artis K Pop lebih baik digunakan utk baca buku kajian tempatan atau sejarah atau belek2 la blog2 baru seperti suaraserak.blogspot.com dan sokonglah kami.

Sekian

Nota kaki: Walau pun Ji sung Park berasal dari Korea, tiada unsur2 K Pop dlm corak permainan yg ditunjukkan oleh beliau ketika MU menentang Basel FC.

4 comments:

  1. sy minat sekoda-sekoda je lerrr kpop nih...jgn melampau sgt..hihihi..tak salah nk minat tu..cuma remaja sekarang yang mcm dah terlebih...oppps terlebih sudahh...
    >masih minat lagu 90an.(geng SPIN,SCREEN,SPRING,STING,SLAM....S..,S..S,.SCORR)..layaaaaaannnn

    ReplyDelete
  2. @zima

    tak nampak mana elemen istimewa pd kpop tu...

    ReplyDelete
  3. entah saya pon tak tau apa yg istimewa sgt...ehmm..kena kaji jiwa remaja ni.

    ReplyDelete
  4. even artis kpop rmai wat pmbedahan plastik,,tp dorg tk hipokrit cam artis mlaysia..n kpop idol sgt rajin coz dorg btahun2 jd trainer bru leh debut sbg pnyanyi n bakat dorg tk yah diragu ag..malaysia?sesetgh je ok,y lain harap mke je.y len tah ke laut!bg kpop lover cam sye,,kpop idol memang bg kesan positif dlm hdup sye...camtu gak gan remaja2 len....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets