Hari ini khutbah Jumaat di Madrasah As-Sa’adah, Seksyen 1 Wangsa Maju berkisar adab dan etika solat Jumaat. Memang bagus khatib kali ini, huraian dan sindiran yang beliau kemukakan memang kena tepat pada ketikanya. Tapi bila aku periksa laman web JAKIM, lain pulak teks khutbah. Mungkin khatib rasa terpanggil untuk berkhutbah mengenai adab-adab ketika solat Jumaat atas sebab runtuhnya akhlaq dan etika jemaah.
Anda pasti melihat senario berikut ketika hari Jumaat:-
Kalau di kawasan bandar, dekat dengan kawasan kerja, jema’ah ramai-ramai beli makanan (ada juga yang jual minyak wangi, buku-buku), walhal azan sedang dilaungkan;
Jema’ah ramai-ramai makan pisang masa azan dilaungkan / semasa khatib baca khutbah;
Jema’ah yang lambat tapi nak cari tempat duduk akan melangkah-langkah peha dan bahu orang lain;
Jema’ah berborak-borak masa khatib baca khutbah;
Jema’ah tidur masa khatib baca khutbah; dan
Jema’ah berat je kaki nak melangkah ke saf hadapan, siap “mempersilakan” orang sebelah ke depan.
Banyak lagi yang boleh kita perhatikan senario yang berlaku pada hari Jumaat yang kadangkala menunjukkan sikap jahil sesetengan masyarakat. Sila Google “adab Solat Jumaat”, pasti anda akan memperoleh manfaat.
Renung-renungkan, dan selamat beramal.
Aku baru nak tulis, haha
ReplyDeleteSilakan tulis tajuk yg sama. Haha..
ReplyDeletebetter luck next time
ReplyDeletesaya setuju memang perkara yang dinyatakan itu berlaku di semua masjid hampir di semua masjid lbh2 lagi bab berbual2.. xmo duduk saf depan etc..
ReplyDeletemr. pingu,
ReplyDeletemoga perkara2 negatif yg kita saksikan tu tidak jadi amalan kita dan rakan2 kita.