Pages

Visit Malaysia

Dalam berita-berita, kita disuapkan dengan berita yang pelancong-pelancong luar negara sangat sukakan Malaysia dan rakyatnya, mengatakan bahawa rakyat Malaysia sebagai mesra dan murah senyuman. Dan orang-orang luar ini biasanya memuji Malaysia.

Setelah sekian lama, aku cuba menyelongkar hikmah di sebalik cerita ini. akhirnya aku dapat membuat kesimpulan seperi berikut:

- orang melayu rupe2nya menganggap bahawa orang putih yang datang ke malaysia ni ialah orang yang power, terer, kaya, hebat dan sebagainya. Bila tgk je orang putih, orang melayu akan rasa rendah diri, dan serta merta hormat pada orang putih tu. Sebab itu biasa kita lihat orang melayu melayan orang putih sebagai tuan.

- di dalam pembelajaran bahasa inggeris di sekolah2, kita diajar untuk mengatakan "yes sir", "sorry sir" dan berbagai-bagai "sir" lagi. Ini secara tidak langsung telah membuatkan pemikiran orang melayu dipakukan dengan idea2 begitu. Jadi bila dah besar, jadi la seperti di atas. Cikgu bahasa inggeris kita panggil "sir".

- keadaan di malaysia sendiri yang tak jauh bezanya dengan negara mereka sendiri. Outlet2 orang putih, kedai2 orang putih, makanan2 orang putih, kelab2 malam, semua ada. Kalau saya lihat budaya negara saya bersepah2 di negara tertentu, sudah tentu saya suka negara itu, kan?

Jadi, kesimpulan saya ialah, pada orang melayu, orang putih = power.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets