Untuk memeriahkan lagi medan Pendapat Penting, aku dengan kuku besinya menambah satu lagi ruangan, khusus untuk literasi, membolehkan blogger-blogger suaraserak berkongsi hasil karya, bahasa atau untuk ulasan buku-buku atau yang seangkatan dengannya. Sebagai permulaan, aku hendak berkongsi satu perkataan iaitu : ACUM.
Aku masih ingat peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia, kertas bahasa Melayu pada tahun 2002, salah satu soalan ialah buat ayat dengan perkataan acum. Aku rasa hampir keseluruhan tidak dapat menjawab dengan tepat, kerana tidak tahu maksum acum. Tidak silap aku, acum penggunaanya lebih kerap di bahagian utara semenanjung. Oleh kerana aku pernah belajar di Kedah, aku menjawab dengan jayanya.
Maksud acum: menghasut, menentang
Contoh ayat: Siti Payung mencari akal untuk acum penyokong Arsenal tidak sokong Arsenal.
Oleh kerana Siti Payung dan Richard merupakan Englishmen, aku sediakan maksud acum dalam bahasa ibunda Prince William : instigate, provoke, incite
Sekian
0 comments:
Post a Comment